Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts
Sunday, January 1, 2012
~..GIVEAWAY SOLEHAH..~
seperti yang pernah ros janjikan sebelum ini..
ros dah lama sangat tak buat Giveaway..since busy dengan Madrasah Solehah dekat TV Alhijrah tuuuuu..~
jadi, sempena dengan rezeki yang hadir dari Allah..
ros nak berkongsi sedikit dengan semua dan nak buat GIVEAWAY la!;)
ros namakan GIVEAWAY ni, GIVEAWAY SOLEHAH..;)
sempena dengan tamatnya pengajian ros dalam Madrasah tersebut..
soalan yang sangat simple dan sempoi..
1- Berikan nama ke sepuluh-sepuluh pelajar dalam SOLEHAH.
2- Siapakah juri-juri Program Realiti Solehah?
3- Siapakah Juara, Naib Juara dan tempat ketiga dalam SOLEHAH..
4- Harapan anda untuk program realiti seperti ini..?
mudah kan?;)
meh tengok syaratnya pula..
Syarat-syaratnya mudah sahaja:-
1- terbuka kepada semua blogger..
2- follow ke tak ke..join jek..:)
3- jawab terus soalan ini dikotak komen dan jangan lupa tinggalkan email sekali..
4- pemenang akan ditentukan berdasarkan random.org..
5- Giveaway Solehah ini tamat pada 1 Januari 2012..:)
hadiah akan diberitahu kemudian, hanya seorang pemenang sahaja yang terpilih ye! ^^,
salam SOLEHAH!
semoga berjaya semua! :)
Thursday, December 22, 2011
Kisah Si Gundik Raja dengan Tabib..
Pada zaman dahulu seorang gundik Raja telah terseliuh tangannya sehingga menjadi kaku tidak boleh di angkat. Bermacam cara di buat tetapi tetap juga tak dapat di obat. Maka Raja memerintah seorang tabib tua yang banyak idea datang merawat gundik Baginda. Sampai di istana tabib tua pun menyuruh gundik Raja mengangkat tangannya tetapi tetap tak boleh juga.
Akhirnya datanglah idea gila tabib tua dan dia pun bertitah : Wahai Tuan ku ! Sakit tangan ini berpunca dari tulang punggungnya di sebelah belakang maka izinkanlah hamba menjamahnya.
Tabib tua pun bersungguh-sungguh mengacah-ngacah menghulurkan tangannya hendak menyelak kain gundik raja hendak menyentuh punggungnya dan dengan tidak semena-mena kerana terkejut dan malu gundik raja telah menepis-nepis tangan tabib tua sambil menyumpah-nyumpah di dalam dada.
Tabib tua mengacah-ngacah lagi tangannya hendak menyelak kain gundik raja dan bersungguh-sungguh pula gundik Raja menepis tanpa menyedari kesakitan yang menimpa dia.Akhirnya tamatlah sesi acah-mengacah dan tepis menepis di antara gundik dan tabib tua dengan keputusan sembuhlah tangan gundik raja tanpa sempat di pegang punggungnya oleh tabib tua.Moral of the story : Rasa malu telah melupakan rasa sakit kerana ingin mempertahankan maruah diri......Sekian dari hamba..(^_^)V.
sumber: KaRg0zari DaKwaH 2011
Wednesday, December 21, 2011
Bolehkah yang pelat itu diubah?
Ros ada satu persoalan untuk anda semua..Bolehkah yang pelat itu diubah? adakah ianya memeritkan lidah untuk diubah? dan adakah ianya ada kaitan dengan otak?
semua persoalan diatas adalah hasil dari pengamatan ros terhadap seorang adik ni..
memang kesian sangat ros tengok dia..susah nak menyebut huruf jawi dengan baik..tapi bagi ros benda macam ni boleh diubah...
teringat pada Episod Solehah yang ke berapa yer, yang ke-9 kalau tak salah..ros pernah ditanya tentang bagaimana nak mengubah cara anak muda sekarang dari bercakap menggunakan perkataan yang kesat dan kurang enak didengar..lebih kurang macam tu lah soalan yang telah diajukan oleh Puan Isfadiah diketika itu..
dan diantara jawapan ros adalah, menghantar anak-anak muda ke kelas Tahsin Al-Quran..iaitu kelas memperelokkan bacaan..bukan sekadar boleh menyelesaikan masalah bacaan..akan tetapi dari segi makhraj huruf juga kelas ini sangat-sangat mebantu...bila teringat akan jawapan ros waktu tu..Alhamdulillah, serta merta nak membantu adik yang agak pelat dalam sebutan makhraj ni..walaupun ilmu yang ada tidak seberapa..tapi, insyaAllah..bantu setakat mana yang mampu..mungkin mengajar adik ini mambaca dengan betul Muqaddam boleh membantu dia mengurangkan pelatnya..
ros yakin ros buat sehingga adik ini betul3 hilang pelatnya..insyaAllah..permudahkanlah ya Allah..aku buat!
apa yang ros nampak sekarang adalah, Solehah tidak mebgajar kita pandai berkata-kata sahaja..tetapi Solehah banyak mengajar kita bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah..dan salah satu yang ros hadapi sekarang adalah masalah pelat, solusinya..tahsinul quran..tidak ada perkara yang mustahil jika dengan kuasa Allah..:)
moga dapat dimanfaati oleh semua pembaca! ;)
saya rasa gembira dapat berkongsi degan semua..;)
moga Allah berikan ganjaran yang BAIK buat kita semua..
Amin ya Rabb..:)
Kejutan buatku di Episod Solehah yang ke-11..:)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua kawan-kawan..:)
Setelah sekian lama ros simpan cerita ni dan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk ros kongsikan apakah perasaan ros sewaktu menerima kejutan pada minggu ke-11 Episod Solehah berlangsung..
Kejutan yang memang tak disangka-sangka oleh ros..baik teman-teman dalam Solehah sendiri tidak seorang pun diantara kami yang tahu kecuali Produksi..
pandai betul Abg Is..(Tengku Ismail) simpan rahsia..patutlah bila ditanya tentang kawan-kawan Solehah akan raikan ros atau tidak waktu hari Konvo ros nanti..Abg Is hanya tersenyum dan agak sinis jugak senyumannya tu..sseolah-olah sedang memikirkan apa yang dia nak kenakan ros nanti..
sesuatu yang diluar jangkaan apabila sekumpulan kawan-kawan ros dari KUIS hadir pada malam itu..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ros, bercampur baur..suka, duka yang hadir sebelumnya dan sedih sebab kawan-kawan tak datang waktu kedua-dua hari konvokesyen ros..
actually, dua kali ros naik pentas untuk ambil sijil sebab hari pertama ros dapat Anugerah Menteri Besar Selangor..syukur Alhamdulillah manakala hari kedua pula adalah pengambilan sijil untuk course..:)
hari pertama tu memang ros agakkan jela, kawan-kawan yang lain akan datang..tapi, tunggu jugak sebenarnya..hampa jugak la..tapi ros suka sebab roomate ros dan kawan baik ros sendiri dari UKM hadir untuk meraikan kejayaan ros..thanks Aisha!;) luv u!
pastu tunggu pada hari keduanya pula..hampagas jugakkk :'( frust wooo..hehe..:P kowtlah sahabta-sahabat Solehah hadir..tapi ternyata tidakkkk..yang datang cuma abg director iaitu Hakim Zin dan jugak abg cameraman dua orang..abg adik ngan hapis..mekasih korunk!;)
malam tu kalo semua nak tahu, bile ros tengok balik siaran ulangan Solehah pada setiap hari Ahad jam 11 pagi tu..waktu kumpulan Rabbani duk berselawat..ros pown same duk berselawat jugak..padahal kawan-kawan ros dari KUIS dah turun dari tangga tau..sumpah! memang tak perasan langsung kwn3 ada kat tangga tu dan lepoas diberitahu oleh kak Iman ke kak Irma ntah..baru ros perasan dan serta merta airmata ni mengalir..ya Allah..terima kasih abg Is...terima kasih kepada semua team produksi Solehah yang telah mengaturkan semuanya dengan sempurna tanpa dapat ros hidu apa yang mereka rancangkan..memang ros akan ingat sampai bila-bila..nak3 pulak orang yang bagi bunga ros tu adalah Idola ros sendiri..Dr.Sharifah Hayaati..:)
ros berpegang pada Man Jadda Waja..siapa yang bersungguh, dia pasti akan dapat..dalam solehah sendiri pun ros nampak akan kesungguhan dari setiap sahabat-sahabat solehah..mereka memang sangat-sangat bertungkus lumus dengan apa yang mereka buat...kesemuanya amat ros kagumi!
kalian memang terbaik! dan kalianlah menjadi ikutan terbaik untuk wanita masa kini..:) insyaAllah..:)
sebenarnya, cerita tentang perasaan ros ni telah direquest oleh kawan ros yang hadir pada malam tu untuk bersama-sama memberikan kejutan buat ros..iaitu saudari Sakinah..syukran Sakinah dan kawan-kawan BASL yang hadir..kalian terbaik! sanggup duduk asrama selama seminggu untuk menanti Solehah..
kagum juga dengan ketekunan kalian..
tak telambat nak wish Congratulations to all of u FRIENDS..
kalian HEBAT!
saya sangat HAPPY dan terharu pada malam ituuuuu..
tak tergambar perasaan..tak terlahir dengan kata-kata..
moga Allah merahmati anda semua!
aminnnnn..
Senarai Nama Peserta GIVEAWAY SOLEHAH..
hye dan assalamualaikum semua sekali!;)
diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya..;)
entry kali ni cume nak beritahu senarai nama peserta giveaway solehah telah pun ros letakkan dekat sidebar..nanti ajak lah kawan-kawan lain untuk sertai giveaway ni kay?;)
ros dah buat sticky post dah..soalannya pun sangat mudah...
terima kasih kepada yang telahpun menyertai giveaway kali ni..dan yang belum..
JOM JOIN GIVEAWAY SOLEHAH ni!;)
Tuesday, December 20, 2011
Tokoh Salafus Soleh: Sulaiman Bin Yasar Al-Hilaliy
pada minggu yang ke 11, ros telah memilih tokoh salafus soleh ini sebagai tajuk untuk sirah tauladan pada minggu itu..
ada cerita disebalik kisah yang ros pilih ini..pada kali pertama membaca buku Gen-Q..ros dah mula terpikat dengan semua isi kandungan yang ada didalamnya..bukan nak promote..tapi ini memang datang dari hati ros sendiri untuk mengajak semua kawan-kawan menjadikan bahan bacaan dari Stormreaders dan juga Telaga Biru sebagai panduan dalam meniti kehidupan seharian..
kadangkala kita tidak nampak benda ilmiah yang dipandang sepi seperti ini sedikit sebanyak membantu kita dalam membentuk peribadi bahkan dalam menambahkan lagi ilmu kita..
pasti ramai yang tidak mengenali tokoh salafus soleh ini, begitu jugalah ros...ros sendiri baru sahaja terbaca akan kisah beliau dalam buku GenQ..dahsyatkan penangan GenQ..sehinggakan ros tertarik nak bawakan kisah Salafus Soleh ini..
menarik! memang menarik dan sangat-sangat tertarik dengan penceritaan tentang tokoh ini..
seorang yang sangat terkenal dengan sifat warak, sangat handsome dan berbudi pekerti mulia..
ketika beliau di Abwa' beliau berhenti berehat bersama sahabatnya, lalu sahabatnya meminta izin untuk ke pasar membeli bekalan..lantas tinggallah Sulaiman keseorangan didalam khemahnya..
dari kejauhan..kelihatan seorang wanita yang terpandangkan ketampanan Sulaiman..lantas dia menghiaskan dirinya secantik yang mungkin untuk memikat Sulaiman..lalu datanglah beliau ke khemah Sulaiman seraya meghadapnya dan membuka niqabnya dan berkata: "berikanlah kepadaku", Sulaiman menyangka bahawa wanita tersebut inginkan makanan darinya..lalu Sulaiman memberikan makanan kepada wanita itu..wanita tersebut berkata: "aku tidak inginkan makanan, aku inginkan apa yang diinginkan oleh setiap wanita dari seorang lelaki"..
Sulaiman menangis dengan sekuat-kuatnya dan itu merupakan ujian Allah baginya, lalu Sulaiman berkata kepada wanita tersebut: "iblis mengutusmu untuk menyesatkan aku"..
melihatkan keadaan Sulaiman tersebut, wanita itu menutup kembali niqabnya dan berlalu pergi dari khemah Sulaiman Bin Yasar..
demikianlah cerita Sulaiman..seorang yang sangat teguh dengan berpegang pada islam yang mana beliau benar-benar menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah iaitu amanah ketampanan dan kecantikan yang beliau miliki..
kisah ini sama seperti kisah nabi Yusuf A.S...sehinggakan Sulaiman pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi Yusuf A.S...dalam mimpinya beliau berkata: Aku sangat kagum dengan kisahmu wahai Nabi Yusuf bersama dengan seorang wanita yang pernah menggodamu sepertimana yang telah diceritakan di dalam Al-quran..;)
Nabi Yusuf: Kisahmu di Abwa' lebih mengagumkan..;)
Nabi Yusuf sendiri memuji akan perbuatan Sulaiman dengan wanita yang telah menggodanya...
kawan-kawan yang dikasihi Allah sekalian, jom jaga amanah Allah ini..kecantikan yang Allah berikan bukanlah untuk digunakan ke jalan maksiat..tapi ke jalan yang diredhai Allah..dan jagalah sebaik-baiknya agar kita semua terhindar dari FITNAH..
insyaAllah..:)
Monday, December 19, 2011
berat sungguh title "SOLEHAH" bagiku..
semalam berkesempatan keluar berjalan-jalan dengan emak dan juga adik di tesco, alhamdulillah..dah lama rasanya tak keluar dan melihat-lihat dunia luar..almaklumlah, dalam Madrasah Solehah sendiri pun kami jarang didedahkan dengan dunia luar kecuali ketika berprogram dengan masyarakat kampung dan anak-anak yatim yang kami raikan...:)
masa kami banyak kami habiskan dengan tasking dan dengan mengikuti kelas-kelas bersama Musyrifah..tidak kurang juga rehearsal di Dewan Muktamar pada setiap hari Khamis..oh! rinduuuuuu~
nak dijadikan cerita, semalam tengah duk cari-cari barang, terperasan orang duk pandang-pandang semacam..dan pada waktu itu terfikir..
berat sungguh title "SOLEHAH" yang aku pegang sekarang..
semua memandang dari atas hingga ke bawah..
tak kurang juga ada yang menegur..
ya Allah, begini rupanya bila dah keluar dari madrasah Solehah..
ke mana sahaja kita pergi, orang pandang, orang peduli..
mungkin kalau sebelum ni tak pernah terlintas untuk orang menilai kita..
tudung apa yang aku pakai, baju apa yang aku pakai, stoking pakai tak..kasut pulak yang macam mana..??
TETAPI! ! !
setelah 3 bulan keluar sebagai seorang pendakwah dan dengan title "SOLEHAH"...
semua orang caring dekat kita..semua nak ambil tahu..
dan kita inilah Qudwah Hasanah bagi mereka di luar sana yang masih mencari identiti sebagai seorang Muslimah..
percaya atau tidak, inilah hakikat kehidupan..yang perlu kita terima dengan lapang dada..
Solehah Maryam, Solehah Adiba dan juga Solehah Amy telah mengorak langkah kehadapan melalui dakwah yang pertama mereka..
bagaimana pula aku yang baru menapak dalam jalan dakwah ini..
baru tercari-cari dimanakah titik permulaan untuk aku teruskan dan kekalkan sehingga aku benar-benar kuat untuk berhadapan dengan orang ramai seperti sahabat-sahabatku?
terus terang, ros tak pernah join mana-mana persatuan islam, dan jangan terkejut kalau ros katakan ros tak pernah tahu akan kewujudan persatuan seperti ini..
melalui "SOLEHAH" lah ros TAHU dan BELAJAR semua..
atas pendapat dan cadangan dari kawan-kawan..
ros tahu pun dari Solehah Adiba..dan dari situlah ros menemukan titik dakwah ros..
dengan menyertai Persatuan Pelajar Islam Melaka..(PEPIM)
insyaAllah..
buat sahabat-sahabat SOLEHAH yang lain, teruskan perjuangan ye?
moga ketemu kita nanti..
rindu kalian semua! ♥ ♥ ♥
dan ketahuilah bahawa..berat sungguh title "SOLEHAH" bagiku..
Sunday, November 6, 2011
Salam Aidil Adha...
masih tak terlambat untuk wish kat semua kawan-kawan dan juga dekat semua blogger..
selamat hari raya aidiladha..
raya kali ni sangat bermakna sebab walaupown tak beraya dengan keluarga..tapi cukuplah sekadar beraya dengan mereka yang sepatutnya kita hargai..
siapakah mereka?
nantikan dalam post yang berikutnya...!;)
salam eid korban semua!;)
Friday, November 4, 2011
kepujian kelas pertama?
ikutkan hati malas dah nak online pas abis basuh baju tadi..
dah pagi-pagi buta ni lah tangan duk gatal jugak untuk bukak lappy dan online..
nilah yang selalu ros lakukan setiap kali ada dekat rumah, kalau ade masa jek mesti online..
same lah jugak kat kampus..
melainkan ros betul-betul busy jek....tapi rasenyer waktu duk kat asrama dulu selalu jek online..hehe:P
dah dua entry yang ros pendingkan dulu untuk hari ini...maybe lepas LIVE SOLEHAH esok baru ros cube jugak untuk update..insyaAllah..moga ade kesempatan itu..
tadi agak teruja jugak pas tengok pic neh..
rasa syukur yang tak terhingga kerana semua yang datang dalam hidup ini merupakan hadiah dari Allah..
pernah juga terfikir..adakah ini hanya ujian untuk Allah menduga kekuatan iman seseorang hambanya agar tidak terleka dengan nikmat yang DIA berikan?
dan adakah ini juga merupakan satu istidraj dari Allah buatku?
bila setiap soalan ini berlegar difikiran, teringat akan nasihat yang sentiasa terngiang-ngiang ditelinga ini..
nasihat dan kata-kata dari Ustazah Wazzainab sewaktu ros dan juga seorang rakan kelas yang menumpang keretanya sau ketika dulu..(tumpang nak g ATM kat Petronas Bandar Seri Putra je pown :P ) heeeeee:D
Ustazah kesayangan ros tu cakap: La yukallifullahu nafsan Illa 'Usa'ha..
Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan dia sanggup menempuhinya, dia boleh menghadapinya..
Maha Suci Engkau Ya Allah..bersyukur atas segala nikmat yang tyelah kau kurniakan..
nikmat IMAN, ISLAM dan IHSAN ditambah pula nikmat SOLEHAH ini..
terlalu banyak lopong-lopong yang ada dalam hati dan juga minda yang perlu aku isi dengan ilmu..
yang perlu ros tanamkan ia dengan sifat sabar, redha, yakin, amanah dan banyak lagi sifat mahmudah yang perlu kita semua semai dalam diri masing-masing..
bila idea mencurah-curah ke ladang gandum, mata pula seakan-akan dipacak dengan batang-batang mancis..
haish..susah jugak nak tidur..mungkin sebab assignment lepas yang masih lagi kurang isinya dalam kepala neh..
jadi, untuk mengakhiri entry ini..ros nak kongsikan sedikit tips yang selalu ros amalkan sewaktu ros dalam zaman belajar dulu..
apa yang selalu ros amalkan adalah, yang pertamanya...niat kita untuk dapatlan sesuatu ILMU itu..
yang keduanya, pastikan apa yang kita niatkan adalah kerana Allah dan adalah untuk faham ilmu yang kita dapat dan cuba untuk sampaikan juga kepada orang lain..
yang ketiganya, hormat ibu-bapa, ustaz ustazah, cikgu cikgi, rakan-rakan,teman, taulan dan sahabat handai..dan juga orang yang berada disekeliling kita..
dan akhir sekali, selepas kita lakukan sesuatu yang disertai dengan niat yang baik, usaha yang jitu, doa yang sebenar-benarnya memohon dengan Allah dan mengharapkan balasan hanya dariNYA..insyaAllah selepas semua ini, kita cuba bertawakkal kepada Allah dengan lafaz..
"BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LA ALLAH"
moga dengan doa tadi kita akan beroleh keberkatan dalam apa jua ibadah yang kita lakukan dan juga moga kita beroleh kejayaan...
Amin ya Allah...Amin ya Rahman...Amin ya Rahim..:)
Allah mendengar setiap doa hambanya yang bersungguh-sungguh meminta hanya dariNYA..
Allah mendengar setiap doa hambanya yang bersungguh-sungguh meminta hanya dariNYA..
Saturday, October 29, 2011
malulah saya..
assalamualaikum semua...
alhamdulillah, hari ni ade jugak kesempatan untuk ros update blog, maaf kak nana dan juga kak ujie..ros teramat rindukan kalian..maaf juga jika adikmu ini tidak memberikan yang terbaik ketika persembahan pentas dan juga ketika diajukan soalan oleh juri..segala kesalahan tu memang datang dari diri yang serba kekurangan ini..
kakakkkk..
ros malu niiiiiiiiiiii..:'>
sungguh malu sebab waktu LIVe semalam dah bagi bahasa rojak..arghhh! nak jerit kuat-kuat kat sini boleh tak?:P heeeee:D
ros juga manusia biasa yang nak luahkan semua dan
segala yang terbuku dihati ini..andai kakak-kakak faham..betapa bersyukurnya..:)
malulah saya..
tapi apa-apa pun. insyaAllah untuk performance yang akan datang..cuba untuk perbaiki diri dan berikan yang terbaik..
nak kutip dari pengalaman yang tidak seberapa sebelum ni, insyaAllah dapat mebantu dan juga dengan adanya sahabat-sahabat yang sangat hebat seperti mereka semua pasti dapat menolong ros dalam menyusuri onak dan ranjau dalam Solehah ini..:)
tapi, tetap nak cakap jugak kat sini..
malulah saya! :'">
Sunday, October 2, 2011
tips untuk dekat dengan SAHABAT..
pengalaman banyak mengajar ros akan erti kehidupan, lebih-lebih lagi di dalam mengenali sahabat yang berada dekat disisi ros sekarang, dan apa yang pasti adalah persahabatan yang kita lalui ini haruslah disemai dengan rasa mahbubah yang tinggi terhadap seseorang agar persahabtan yang terjalin itu indah..
disini ingin dan suke untuk ros kongsikan cara ataupun tips untuk bersahabat dengan orang yang tidak kita kenali..dan terus meneruskan persahabatan hingga ke akhirnya..
Tips-tipsnya adalah:-
1- Sentiasa melemparkan senyuman dengan siapa sahaja..
2- Sentiasa berfikiran positif..
3- tidak terus menilai seseorang daripada sikap luarannya..
4- sentiasa mendengar dan menerima pendapat yang diutarakan oleh sahabat..
5- cuba adapt dengan keadaan dan cara seseorang..
6- sentiasa bersangka baik dan sentiasa berlapang dada apabila menerima ujian dari Allah yang sentiasa menguji hambanya apabila terleka dengan nikmat dalam bersahabat..
7- terapkan nila-nilai murni yang perlu ada ketika bersahabat sebagai contoh, sikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain..
kawan-kawan, cubalah untuk mempraktikkan apa yang telah diberikan, sesungguhnya kita akan dapat mengenali sifat dan sikap seseorang itu setelah kita bersama dia dalam 2hari atau 3hari..dan sesungguhnya apa yang ros kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman yang ros lalui selama ros bersama kawan-kawan ros didalam kumpulan Khadeeja..
setelah selesai membuat tugasan di Kampung Chalil, Gua Musang Kelantan..
inilah yang ros dapat, persepakatan sesuatu itu akan lebih kuat apabila kita kenal dengan lebih rapat dengan SAHABAT kita, dan ros yakin dan percaya..anda semua juga adalah bersaudara dan mempunyai sahabat, diharapkan tips ini dapat membantu mengeratkan lagi perkenalan yang baru terjalin..
ya Rabb, sesungguhnya segala idea yang BAIK itu datang dari Allah yang mengurniakan akal kepada semua manusia..dan yang BURUK dan kurang SEMPURNA, hina dan dina itu datangnya dari diri ros yang serba kekurangan ini...
moga semua dapat sedikit manfaat dari entry ini..
wallahu a'lammm:)
Saturday, October 1, 2011
Kisah sahabat-sahabat Solehah..
dalam kelembutan ade kedegilan..heee:D yang degil tu cume ros je..:)
baiklah..
baiklah..
jika kita singkap kembali zaman Rasulullah dahulu pown, srikandi-srikandi islam terdahulu juga degil.degil disini bukanlah bererti keras kepala, akan tetapi degil disini bermaksud cekalnya hati mereka dalam menegakkan agama Allah..
tetap teguh dalam melayari kehidupan sebagai pejuang wanita islam..srikandi-srikandi seperti Sumayyah, Khadijah, Aisyah adalah diantara srikandi-srikandi islam yang berdiri disebalik kejayaan seorang lelaki bernama Rasulullah SAW..
nak ceritakan kat sini, alhamdulillah hari ini diberikan kelapangan untuk berehat..dan kami semua mengisi kelapangan yang diberikan ini dengan beriadah ke Plaza Alam Sentral Shah Alam, dan kemudian ros dan Solehah Tuan Nor Shazni Tuan Muda menghabiskan masa ke Kompleks PKNS Shah Alam..
kami membeli beberapa buah buku sebagai rujukan..
dan ros pulak membeli beberapa bahan ilmiyyah untuk dibaca..insyaAllah, masih banyak ilmu Allah yang perlu ros pelajari dan semakin kita berilmu semakin kita jahil sebenarnya..kerana ilmu Allah itu diibaratkan seperti lautan yang amat luas..sekali ditimba, takkan habis air di lautan..;)
semalam merupakan pengalaman untuk menjawab soalan kali pertama yang bagi ros, ros rasekan tidak berjaya dan tidak berapa menjawab, akan tetapi dengan izin Allah...walaupown masih memikirkan tentang kekurangan akan isi atau intipati jawapan tersebut...ros cuba untuk menenangkan diri agar tidak lagi membuat kesilapan berulang-ulang kali di masa akan datang insyaAllah..:)
buat Solehah Renny Johnnuin, tahniah kerana anda seorang yang sangat kuat dan tabah dalam melayari hari-hari di dalam kem SOLEHAH ini..
beliau yang ros kenal adalah seorang isteri yang benar-benar taat akan suaminya, walau didalam keadaan yang sarat mengandung..tetapi belaiu berjaya menghadapi tasking yang pertama dengan baik sekali..tahniah buat reen...:)
dan sesungguhnya, tiada yang lebih bernilai, selain dari persahabatan yang ros dapat didalam kem SOLEHAH ini..syukur dan terus memanjatkan kesyukuran kehadrat allah yang maha esa, atas kurnianya dan rahmatnya inilah ros dapat mengenali semua adik-adik solehah yang lain...
Solehah Adibah: seorang yang kuat dan sentiasa bersemangat! ^^,
Solehah Nurul: seorang yang sangat lemah lembut dan sangat berketerampilan dan bila bercakap seperti seorang pengacara Nona..:P
Solehah Reen: bunda yang sangat tabah mengharungi liku-liku hidup dalam Kem Solehah..;)
Solehah Wan: Ketua Kawad yang sangat tegas tapi dalam hati ada taman woooo:P dan dalam kekerasan beliau ade kelembutan yang tersembunyi..:)
Solehah Mariyam: teguh pendiriannya dan beliau seorang yang sangat berkepimpinan..:)
Solehah Shazni: petah berkata-kata dan pandai menyampaikan hadis dan ayat Al-Quran dan belaiu juga seorang yang sangat manja..:)
Solehah Amie Sofea: kecil tapi berjiwa kental!;)
Solehah Wan Suhaili: seorang yang sangat suke menundukkan kepalanya..ilmunya terpahat penuh didada..segala yang diungkapkan jelas dari hati yang murni..:)
Solehah Sarah: sentiasa senyum dengan apa jua yang beliau lakukan..senyuman yang datang dari hati yang ikhlas memancarkan dan menyerikan lagi wajah beliau..tauke biskut raya ni..nak tempah leh btau ros!;)
merekalah yang membuatkan ros lebih bersemangat dalam kem ni..tanpa mereka, siapalah ros..dan alhamdulillah nikmat sahabat yang telah Allah kurniakan ini akan ros manfaati dengan baik..insyaAllah moga tujuan yang baik dibalas dengan yang baik dan yang pasti segala kebaikan itu jangan sesekali minta dibalas oleh manusia dengan ganjaran, akan tetapi memintalah balasan yang sewajarnya pada Allah, mengadu padaNya dan sesungguhnya hanya DIA yang memberikan segala yang kita hajatkan dan inginkan..:)
Allah tidak memberi apa yang kita hendak, tapi Allah berikan kepada kita apa yang kita PERLU!;)
sekadar ini dahulu perkongsian dari ros, moga ukhuwwah dan mahabbah ini akan terjalin sehingga bila-bila..amin ya ALLAH..:)
inilah permulaanya..
betapa kerdilnya diri ini..
lebih-lebih lagi berada dan berdepan dengan 9 Finalis yang hebat-hebat dan sangat tinggi ilmunya..
rase rendah diri sebab tak sebaik mereka yang lain..
yang pandai mengawal diri dalam apa jua keadaan sekalipown..
terlalu banyak perkongsian yang sebelum ini yang mahu dikongsikan..
pengalaman menaiki Tjet yang ditaja khas oleh Dato' Taufik..
pengalaman ketika berada di Kg.Chalil bagi menyiapkan tugasan yang diberikan menyuntik semangat untuk teruskan kerja dakwah..
agak mencabar pabila hari demi hari kian tiba untuk LIVE..
sangat nervous hari ini kerana LOST..
ya Allah..
segala-galanya kembali pada Allah..
dy yang menciptakan sesuatu itu bertujuan..
dan sesungguhnya masih banyak lagi ilmu Allah yang perlu diterokai..
apa yang penting adalah ikhlaskan diri untuk menerima segalanya dan sentiasa berlapang dada untuk terima apa sahaja teguran yang bakal tiba nanti..
yang pasti segala kritikan perlu diambil dan dianggap sebagai satu yang membina semangat untuk terus berfikir secara rasional..
permulaan inilah yang banyak mengajar erti perubahan, gagal sekali tidak bererti gagal untuk selamanya..
melihatkan ketabahan dan kekuatan semangat yang Allah berikan kepada kawan-kawan yang lain..
membuatkan ros mendapat tempias dari mereka dan terima dengan redha ape yang telah berlaku pada hari ini..
moga pengalaman ini mengajar ros supaya buat yang lebih baik dan terbaik dari segi isi dan penyampaian..
cube untuk berada diatas stage dengan lebih tenang..
teringat akan soalan rehearsal yang ditujukan oleh abg Yusof, katanya adakah ada rse putus asa dipenghujung jalan dakwah..
apa yang aku jawab adalah sudah semestinya tidak sama sekali..mengapa tidak lantang dan mengapa tiba-tiba rase aku sedang berkhayal..
ya Allah..muhasabah diri ini sesungguhnya adalah untuk melihat kekurangan diri dan untuk mengubah kepada yang lebih baik, insyaAllah dengan berkat bantuan dari kawan-kawan yang lebih kuat dan hebat..insyaAllah..
ukhuwwah yang bakal tercipta ini tidak akan sesekali aku persiakan..
mengambil iktibar dengan apa yang berlaku merupakan jalan yang terbaik untuk terus memajukan diri yang serba kekurangan ini..
semoga pengalaman hari ini akan membuatkan kami lebih kuat dan tabah..
amin..
Wednesday, August 31, 2011
~GIVEAWAY AIDILFITRI ROROS~
ENTRY MELEKAT SEHINGGA 31 OGOS 2011 (11:59 AM)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan-kawan!
seharian hari ni tak bukak tenet...hurm, bukak kejap then tidow..pas balik membeli belah dengan mak n abah kat Tesco..pastu singgah Living Cabin jap..berhajat nak buat Giveaway dan tak tahu nak bagi hadiah ape dekat semua kawan-kawan yang bakal sertai GA ni..tapi ade dah hadiahnyer~:P
ok, kepada semua kawan-kawan blogger..GA ni terbuka kepada semua samada anda semua FOLLOW ros atau tidak!:)
ini merupakan GA yang kedua yang ros anjurkan..hadiahnya biase3 sahaja..dan tak ada yang istimewa..bagi sesiapa sahaja yang sudi untuk join..syarat-syaratnya seperti dibawah..
1) tidak perlu buat sebarang entry tentang GA ini, cume anda perlu war-warkannya dalam entry anda semua..dalam satu entry tu pown dah ok..contoh: jom join GA AIDILFITRI ROROS! ;)
2) Follow! if sudi dan suke dengan entry roros..korang boleh follow..if tak nak pown tak pe...:)
3) Perkenalkan nama, kerja, study kat mane, itu shaja..
4) Tinggalkan jawapan di ruangan komen entry ini..
5) Kalo ikutkan hadiah, GA ni sebenarnya tak menggalakkan lelaki untuk join, tapi kalo dah menang hadiah tu leh bagi adik ke, kakak ke, ato mak ke..hihi:D
ok lah, itu sahaja..hope GA kali ni ramai yang join..sebab simple3 sahaja!;)
pemilihan pemenang akan dipilih sendiri oleh random.org..
dan hanya seorang sahaja pemenang bagi GA kali ini..
dan berkemungkinan ade hadiah tambahan dari ros~:) heeeee:D
akhir sekali, nak mintak korang vote ros dekat sini:-
thenLIKE pic ros yang ni:- http://www.facebook.com/ph oto.php?fbid=2293801104328 04&set=pu.170034029700746& type=1&theater
KEDUA KAT SINI:-LIKE:- http://www.facebook.com/sy afiqsalimnetwork
thenLIKE pic ros yang ini:- http://www.facebook.com/ph oto.php?fbid=1723875061678 49&set=pu.142904035782863& type=1&theater
LIKE dekat both fan page dan like kedua3 yang ade gambar ros yew..~
TERIMA KASIH SEMUA!:)
and GOOD LUCK! ! !
Tuesday, August 30, 2011
tak sabar nak tamatkan GA AIDILFITRI ROROS ni~:)
Salam 1 Syawal semua!;)
ros sebenarnyer tak sabar sangat3 nak tamatkan GA ni tau!;)
hehe..hope masih ade lagi yg nak join sebabnyer malam ni ros nak umumkan pemenanggggggnyer..
eh, sebelum tu..nak ucapkan sekali lagi selamat hari raya buat semua..
ashane raye korunk? mesty best kan?:P
ros simple3 jek..kat umah lagi, sebab duk tunggu mak n abah free baru alik kampung, ni cume abg, adik3 lelaki ros jek yg alik kampung pagi tadi..namo ikut sebab mak takde....:P
hihi:D boleyh tak camtu?
raya kali ni semua serba serbi simple..!;)
siyes tau!;)
baju raye kami semua tak sedondong pown:P
kuih-kuih raye yang ade pown kebanyakkannya yg org bagi..cume beli beberapa jenis kuih sahaja..
baiklah, kepada yang nak join GA ros..leh kelik kat SINI
salam lebaran kawan-kawan,
berhati-hati pulang ke kampung..
salammmm~
Monday, August 29, 2011
Eid Mubarak Saeid ~2011~
Ramadhan pergi meninggalkan kita..
bergantinya dengan kedatangan bulan kemenangan buat umat islam semua..Syawal..
di kesempatan ini, dengan rendah hati dan tunduk tanda aku bersyukur dengan rahmat Maha Pencipta, ku menyusun sepuluh jari jemari, memohon kemaafan sempena Aidilfitri..
semoga Allah memberkati amalan kita semua dibulan Ramadhan yang bakal berlalu ini..
dan syawal yang dirai, maka raikanlah dengan kawan-kawan dan sanak saudara semua..dengan berhati-hati ketika didalam perjalanan pulang ke kampung halaman..
Eid Mubarak Saeid ya Asdiqoiey elkirammm~;)
May Happiness be around us in Eidul Fitri..;)
maafkan salah silap,
termakan, terumpat, terkata belakang dan segala yang telah ku lakukannn..:(
moga kite bertemu lagi dengan Ramadhan..Amin ya Rabb~
Tuesday, August 23, 2011
2 IN 1 GIVEAWAY..INFONEWBIE & MYCRAFTZON
join GA lagi..
kalo korang nak join klik je gambar kat atas eh?:)
baiklah, nama yang ros pilih untuk diletakkan dibelakang pendrive dan juga disulaman benang tu adalah nama penuh ros sendiri..
ROSMARIEZA
hope ade rezeki tuk menang..;)
korunk yang join tu ros wish gud luck kay?:)
^^,
Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea
Salam 23 Ramadhan..
hari ni nak join dan nak ajak semua join GA dari SIS ni..:)
nak join tak?
mesty ramai yang nak join kan sebab hadiahnyer dari oversea tau!:)
if korang nak join, klik banner GA dibawah yew..;)
gud luck semua!
^^,
Monday, August 22, 2011
ini cerita dua hari lepas dan semalam..~
nak cerita sal dua hari lepas dan tentang semalammmm..
hehe..skunk baru rajin nak update pas perut dah kinyanggg..;)
dua hari lepas kalo tak salah ros..ke tiga hari yang dah lalu? ke seminggu yang lalu neh? haha:P
baiklah, tak kisah lah bila...asal nak ceritakan kat korang semua yang ros sudah pown hantar / pos kad kawen raya dekat kawan-kawan yang terpilih...hehe..siap ade yang terpilihhh...:P
Alhamdulillah, untuk cik abang yang berada di Mesir pown aye dah poskan, kalo macam semester lepas, atau tahu lepas ros siap poskan barang-barang makanan tuk dy..tapi kali ni tak kerja dan tak berapa nak mampu untuk berikan pape tuk beliau..hanya sepotong doa buat kekasihhh..cewwwahhh!:P
hah, cer tengok, cer tengokkkk..name sape lah yang bertuah dapat kad raye yang tak seberapa dari ros tu ekh?:P hihi:D
hurm, rindu zaman sekolah dulu, selalu tiap3 tahun mesty berpuluh-puluh kad raye yang dihantarkan kepada kawan-kawan, memang dah jadik tradisi walaupown kad yang dihantar kecik cinonet sahaja...;)
tapi ianya sanga-sangat bermakna..
lebih bermakna dari kita duk guna kad raya elektronik skunk..dunia makin canggih manggih sehinggakan kad raya hanya dipandang sepi..;(
ok, tu kisah dua hari yang lalu...
skunk nak ceghita sal semalam, ros buat 3 benda..
buat kek kukus coklat buat kali yang kedua, dadih dan jugak kuih onde-onde..;)
sayyyyyyyyyyy..
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan kepada ros dan keluarga..
sape kate kita tak pandai buat kuih?
kita reti la, cume kne perbaiki lagi...:P
meh tgok cni...
ni dadihnya! sempoi tak, gune recycle punye bekas sebab kitorang mang suke buat dadih kat umah...;)
buat banyak3 dan ade yang dah bagi orang jugak...
tengok la dak chomel tu pose..dy mang suke tolong angah dy kat dapur...hehe:P
dah siap ape lagi, masuklah dalam peti ais!;)
dan ini pulak untuk berbuka petang semalam..onde-onde buah melaka...;)
mesty ramai yang dah tahu care penyediaanya kan?
senang jek buat kuih neh..
kalo orang melaka tak tahu nak buat tu memang saje sangat la!:P
^^,
selamat berterawih semua!;)
Subscribe to:
Posts (Atom)














