Saturday, January 5, 2013

Zizan Menangis Pun Korang Kisah Ye?


eyh, banyak pulak kata kunci untuk ZIZAN menangis di Maharaja Lawak Mega hari ini..pergh, rugi lak rasa tak update awal-awal, korang mesti nak kata yang zizan tu cengeng kan? ish, zizan tak cengenggggg la! zizan cuma sedih je tu sebab kawannya si Johan..

tapi kalau dia nangis pasal Juliana evans pun tak ada siapa yang tahu..kan? heeeeeeeeeee :D

gurau jah abg zizang! :P

Apa Dosa Nureffa Sahira Hingga Diperlakukan Begini?



Apa Dosa Nureffa Sahira Hingga Diperlakukan Begini?

KEJAM…inilah perkataan terbaik boleh kita beri kepada penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan paling hina seperti ini.
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, Semporna, Sabah kelmarin.
Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.
Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.
Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia ditemui dalam tong dram tersebut.
Apa dosa Nureffa Sahira…apa yang kanak-kanak enam tahun ini mampu lakukan hingga dia diperlakukan sebegini rupa?
Semoga polis dapat segera mengheret pelakunya ke muka pengadilan, kalau ia boleh berlaku pada Nureffa Sahira, ia juga boleh berlaku pada anak kita semua, Nauzubillah.

sumber: MyNewsHub


Berani Juga Elfira Loy.

Pergh, mantap sungguh lah adik Elfira Loy sebab berani bertarung dengan ULAR! Segan kakakkkk yang kurang berani ni..:p tahniah lah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fear Factor Malaysia.

Sedang menonton Fear Factor Malaysia, ya Allah..cabaran dia boleh tahan mencabar juga, agak menakutkan sebab kena pegang ular bagai. Uhhui, rasanya memang tak lah Elfira Loi, Ezlynn dan kak Didi Alias nak pegangggnya! Seriauuuu..

Ularlah binatang paling berbisa yang sangat ros takut nak pegang..tiba-tiba teringat pula waktu tugasan solehah di JPAM, nak tak nak kami semua kena mencuba untuk pegang ular..bayangkan lah..entah berapa kali bismillah pun tak pasti dah waktu tu..

Apa-apa pun all the best lah untuk Fear Factor Selebriti Malaysia.. ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lipat Baju.

Sambil menonton Piala Sultan Ahmad Shah, kita lipat baju dulu..untuk penjaga gawang kelantan Khairul Fahmi Che Mat, Selamat pengantin baru..majlis hari ini ya? Tahniah la..:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TIPS: Peranan Seorang yang Bergelar Guru Agama Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.


selama 3 hari bagi bulan january bergelar ustazah di SJKC Ayer Keroh, ros ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama..terutamanya bagi guru-guru j-QAF yang bakal berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 

tidak dinafikan, kerja sebagai seorang guru bukanlah sekadar talk and chalk, bercakapppp tentang pelajarannnnn semata, tetapi masa selama 30 minit bagi setiap pelajaran itu perlulah juga digunakan sebagai satu ruang untuk kita selitkan dakwah islamiyyah yang terbaik bagi semua pelajar yang bergelar muslim..

kebanyakkan daripada student yang ros ajar di SJKC Ayer Keroh datangnya daripada keluarga muallaf yang baru memeluk agama islam dan tidak kurang juga agama kristian dan bersuku kaumkan iban.

mereka ini masih putih, bersih, suci tanpa ada apa-apa dosa dan ustazah-ustazah / guru-guru yang beragama islam ini lah yang membentuk dan mencorakkan warna putih yang ada pada mereka..

warna yang perlu dicorakkan itu tidak lah bermaksud warna / colour dan kita cat pada muka mereka, tidak sama sekali, akan tetapi warna tersebut adalah akhlak, adab, iman dan islam yang perlu kita ajarkan kepada adik-adik ini.

umum tahu akan sjkc tidak provide kepada yang muslim kantin yang makanannya HALAL, bahkan non halal merata-rata akan ada dalam kawasan sekolah dan kantin, jadi tips pertama yang perlu diajar ini adalah, anda perlu mengingatkan kepada para pelajar supaya tidak pergi ke kantin yang dijual oleh orang cina tersebut..seharusnya memberikan penerangan kenapa dan mengapa tidak boleh ke sana agar mereka sedia maklum sebabnya.

yang kedua, bab adab..apabila anda mengajar mereka pendidikan islam mahupun bahasa arab, hendaklah anda ajar juga bab adab ketika mereka bertembung dengan guru-guru yang ada..budayakan memberi ucapan salam kepada guru-guru yang beragama islam serta juga salam dan cium tangan guru yang mengajar..agar mereka dapat mengamalkan kesemua ini di rumah mahupun di sekolah. didikan yang terbaik bagi murid-murid yang beragama islam ini adalah ketika mereka masih di Tahun 1.

seterusnya, perkara yang paling penting yang perlu anda sebagai guru ingatkan kepada para pelajar ialah SOLAT, kadang kala ada diantara ibu bapa mereka yang ambil mudah tentang bab solat, jadi andalah penggerak utama bagi mereka yang masih muda ini..ingatkan lah pelajar anda supaya mereka SOLAT, walau sesibuk mana pun aktivti sekolah pada waktu petang, jangan sesekali meninggalkan solat terutamanya ketika mereka berada di sekolah..SOLAT! , kebiasaannya pelajar akan menunaikan solat Zohor dan Asar jika ada kelas tambahan dan juga aktiviti kokurikulum di sekolah pada waktu petang.

dan seterusnya tugas kita sebagai guru adalah mendoakan anak murid kita yang islam ini terselamat akidahnya dari anasir-anasir yang kita tidak tahu di sekolah..semoga dengan panduan yang tidak seberapa ini dapat membantu memperingatkan guru-guru islam yang mengajar di SJKC mahupun di SJKT..

*actually, ros banyak belajarr dari guru Pendidikan Islam di SJKC Ayer Keroh iaitu Puan Maria Haslina, terima kasih kak Maria atas tunjuk ajar ini..:) 

insyaALlah akan kita sematkan semua dalam hati dan minda...:)

Adakah Ini Muqaddimah Terbaik Bagi Tahun 2013 untuk Negeri Melaka? Nauzubillah..


Tak sanggup nak cerita..

sila baca dan lihat gambarnya sendiri..

Pertunjukan Fesyen Kondom.

nauzubillah..

ThePoplook.com


hari ni adalah hari mencuci mata dengan NIAT untuk menghabiskan wang yang ada dan memboroskan segala isi duit di dalam akaun Maybank dan CIMB..phewwww..teruk betul perangai boros ros sekarang..sebelum ni ros dah order baju dari Tshirt Muslimah CantiQue dan juga Zea Rea..boleh search di FB..dan jangan lupa ya untuk tekan button LIKE! 

dan sekarang kegilaan menjadi-jadi shopaholic terlampau apabila ros nak jugak beli lagi maxi dress vintage yang di designkan khas dari eightdesign malaysia..melampau kan? 

lepas tu carik lagi yang terbarru dengan harga yang sangat termurahnya punnnn!

http://www.thepoplook.com/

boleh kelik laju-laju dan buntangkan mata semua untuk lihat dresses, pants, tops, rompers,outerwear, scarves, handbags dan banyak lagi dekat situuuuuuh! 

mata duk kerling-kerling tanpa mengerlip langsung pada baju-baju / dresses yang ada! Oh Mak Kau! kenapa boros sangat ni ros?


hehehhehe..tak la, kita nak beli sehelai je lagi..plsss! sehelai je..:'( 

*buat muka seposen..

okey, bye!

Zizan Menangis Tanpa Johan? - Maharaja Lawak Mega 2013.


semalam siapa lagi yang tengok lawak dari zizan? msti lah semua menghadap televisyen kan? pasti sahaja semua tak nak melepaskan peluang yang ada dan tercongok tunggu persembahan terbaik dari jozannnnnn!;)

ye! memang malam tadi zizan terbaik..walaupun tanpa johan bersama tetapi U do a good job zizanggg! ;) 
satu family yang tonton Maharaja lawak mega malam tadi tergelak terbahak-bahak jugak lah! :P terlopong-lopong mulut! 

tapi waktu perfomance zizan yang kedua, waktu Lisa Surihani cakap when I say Jo, you say zan, dua kali lisa ulang benda yang sama..memang mendapat sambutan dan itu kot agaknya yang membuatkan zizan nangis..cian tengok dia..tapi tak apa..doakan sama-sama agar johan cepat sembuh ye..johan buat operation kaki katanya..semoag semuanya berjalan dengan baik dan lancar..dan apa yang ros pasti sangat..Jozan mesti dapat JUARA! ;) 

dari awal sehinggalah ssekarag...mereka ni sentiasa mendapat perhatian peminat..tak hairanlah mereka nanti yang akan bergelar juara..kan? ;)

zizang! jangan nangis3..tak macho..:P kasut meroh doh..hehe..:P 

Bahan Rujukan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam j-QAF Bagi Tahun 2013


bismillah, kesemua bahan-bahan bagi tahun 2013 ini ros ambil sebagai rujukan dari blog Al-Fadhil Ustaz Syahmi Harun..Syukran Ustaz A'la Kulli Al'Adawat Almufidah minka..:)

  1. Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 1
  2. Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 2
  3. Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Arab Tahun 3
  4. Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 1
  5. Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 2
  6. Dokumen Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 3
  7. Contoh Instrumen Pentaksiran Bahasa Arab KSSR Tahun 3 Kegunaan 2013
  8. Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1
  9. Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 2
  10. Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 3
  11. Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 1
  12. Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2
  13. Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 3
  14. Modul Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 3
  15. HSP Bahasa Arab Tahun 5 (2012)
  16. HSP Bahasa Arab Tahun 6 (2013)
  17. RPT Bahasa Arab Tahun 1 - 6 (Versi 2013)
  18. RPH Terkini Bahasa Arab 2012
  19. Format RPH Terkini
  20. RPT Bahasa Arab Tahun 1 KSSR (Versi 1.0)
  21. RPT Bahasa Arab Tahun 1 KSSR (Versi 2.0)
  22. RPT Bahasa Arab Tahun 1 KSSR (2012)
  23. RPT Bahasa Arab Thun 2 KSSR (2012)
  24. RPT Bahasa Arab Tahun 3 KSSR (2013)
  25. RPT Bahasa Arab Tahun 4 (2011)
  26. RPT Bahasa Arab Tahun 4 (KBSR 2011 : Full Version)
  27. RPT Bahasa Arab Tahun 5 KBSR (2012)
  28. RPT Pendidikan Islam Tahap 1 & 2
  29. RPH Terkini Bahasa Arab 2012
  30. RPT Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR versi 1.0
  31. RPT Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 versi 2.0
  32. RPT Pendidikan Islam Tahun 1 (2011) versi 3.0
  33. RPT Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR versi 1.0
  34. RPT Pendidikan Islam KSSR Tahun 2 versi 2.0
  35. RPT Pendidikan Islam Tahun 3 KSSR 2013
  36. RPT Pendidikan Islam Tahun 4 (Part 1)
  37. RPT Pendidikan Islam Tahun 4 (Part 2)
  38. RPT Pendidikan Islam Tahun 5 (Part 1)
  39. RPT Pendidikan Islam Tahun 5 (Part 2)
  40. RPT Pendidikan Islam Tahun 6 (Part 1)
  41. RPT Pendidikan Islam Tahun 6 (Part 2)
  42. Contoh RPH Pendidikan Islam KSSR
  43. Contoh RPH Praktikum Pendidikan Islam
  44. RPH Pendidikan Islam KSSR Tahun 2 (Minggu 1-15)
  45. Buku Bahan Sokongan PBS Bahasa Arab Tahun 3
  46. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025
  47. Takwim Persekolahan Sesi 2013

Tanggungjawab Seorang Isteri Salah Satu Darinya Adalah Jaga AIB Suami.


bismillah,

nak cerita tentang AIB, sebagai seorang isteri kepada seorang suami..sudah semetinya banyak tanggungjawab yang perlu juga dipikul, bukan sekadar menyediakan makan, pakai, menjaga anak-anak. Bahkan tugas seorang isteri juga adalah menjaga AIB suaminya..

walaupun perjalanan ros masih jauh untuk satu tahap yang dipanggil ISTERI, tapi tidak ros nafikan..orang sekeliling ros semuanya sudah pun melalui FASA / ALAM pernikahan. Tahniah! tapi jangan pula kita salah gunakan nama baik sebagai seorang isteri untuk memburuk-burukkan suami. dan jangan pula sesekali sang isteri melayan suaminya dengan buruk dan kasar. ini merupakan dari pengalaman ros sendiri. 

yelah, bukan ros sekadar mengadap laptop seharian..tidak! ros juga berkawan dengan semua orang! tidak kira lah kakak, adik abang, pakcik makcik, cikgu cikgi, semua ros kawan..berhubung dengan mereka semua apatah lagi pernah juga melihat situasi-situasi seperti mengaibkan suami dihadapan mata.

ros ni kan style yang suka jalan sorang-sorang, pergi beli barang pun kadang kala sorang-sorang..dah terbiasa..dan rasa owh, dunia ini aku yang punyaaaaa! hehe..

pernah satu ketika, ros terpandang sepasang suami isteri ni, suami dia seolah-olah seperti pak turut, mengikutkan kata si isteri..disuruh pegang beg, suaminya pegang beg, disuruh ambil barang, suaminya pegang barang, disuruh tolak troli, suaminya tolak troli..dengan anak lagi nak dikendong..kasihan sangat! rasa macam tak patut si isteri memperlakukan sedemikian..sampai satu tahap, suaminya dipanggil dengan jerit-jeritan dari si isteri..ya ALlah..kalau orang lain melihat pasti malu..untung sahaja hanya ros dan beberapa orang yang melalui kawasan itu..

andaikata, kita nak mempergunakan suami kita atau nak suruh buat apa-apa atau nak mintak tolonglah senang cerita, boleh tak jangan nak terjerit-jerit dan cara tu cuba jangan seolah-olah nak memerintah..nak-nak pula ramai yang memandang..dah macam hamba abdi pulak si suami ni..kasihan tau! nasib si suami ni agaknya seorang yang COOL..huhu..ros pulak yg sedih..

dan jaga aib suami anda, jangan sesekali jatuhkan air mukanya! kerana, jika sebeginilah perangai anda..pasti tidak hairanlah anda bercerita tentang keburukan suami anda dibelakangnya tanpa suami anda sedari..

isteri, jaga aib suami anda..kerana insyaALlah Allah akan menjaga aib anda..

semoga dijadikan pengajaran dari kisah ini..dan ini juga peringatan buat ros sendiri..JAGA AIB! 

Asha tengah buat apa tuuuu?

Semalam Asha pergi rumah mak uda dia di Pantai Puteri...jadi hari ini mak ngah rasa boring tanpa Asha :(


Tapi tak apa...esok budak mengada-ngada ni mesti balik jugak....;)

Jom tengok gambar Arysha.. cantik, comel dan manjaaaaaaaaa...



posted from Bloggeroid

Masak Memasak! :)


bismillah,

alhamdulillah hari ini cuti, biasa kak ipar yang akan tolong masak untuk makan tengahari di rumah, almaklumlah..cikgu ni dah lama keluar dari awal pagi untuk mengajar ke sekolah..:) tapi hari ini ros yang masak! dah lama tak ke dapur..balik dari sekolah tengok makanan dah terhidang atas meja makan untuk dijamu..hari minggu macam ni berbeza sedikit, ditambah pula kak ipar pergi jalan-jalan menziarahi kakaknya di Pantai Puteri..jadi ros lah yang take over dapur hari ini..

macam-macam yang terlintas kat fikiran ni untuk dimasak dan dibuat, kebiasaannye ros akan kemas rumah, mop lantai, sidai baju, lepas tu masuk rmah balik dan terus ke dapur, tenggek air, tenggek nasi...:)

Menu untuk hari ini macam-macam, ros masak asam pedas ikan kembung campur dengan timun, tomata dan bendi..kemudian ros goreng kacang panjang campur telur, lepas tu goreng ikan cencaru dan juga ayam KFC..;) untuk ikan cencaru tu biasanya dekat rumah ni kalau makan ikan tak lengkap jika tak ada air asam..ros pun buatkan air asammmmm..;) memang terbaik, dah lama tak memasak lah katakan, rindu dengan dapur..ros sendiri belum makan lagi sebab masih kenyang dengan sarapan pagi tadi..

owh! lupa nak cerita, sarapan pagi tadi kami sekeluarga makan roti telur..ala, roti potong tu..lepas tu celup dengan telur dan goreng..jadi lah ia roti telur..roti telur tu favourite emak ros..emak memang suke makan roti telur, kalau tak ada roti telur untuk sarapan biasanya emak akan beli roti canai dan nasi lemak..berbeeza pulak dengan abah, abah pagi-pagi lagi dah nak makan NASI..mungkin juga disebabkan kalori yg abah perlukan itu lebih..:) abah memang kuat makan, kadang nampak abah makan sedikit..tapi berulang-ulang kali makan..

haaaaaaaaa! 
kawan-kawan pulak makan apa untuk tengahari ni? kongsikan sikit! ;)