Sunday, February 17, 2013

Habib Al-Attas Digelar ‘Steve Jobs Malaysia'.


Kagum dengan kebolehan seorang adik yang sangat muda ini dengan kreatifnya mencipta satu aplikasi untuk Iphone..kalau tak tengok TV Alhijrah tadi, mesti ros tak kenal adik yang Allah berikan ilmu yg sangat luarbiasa kepada dia ni..

untuk mengetahui lebih lanjut tentang adik yang terkenal dengan nama Habib Al Attas ini..jom baca artikel ini:-

Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia.
Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara.
Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.
Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.
Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.

Kem Bestari Solat Tahap 1 & 2 SK Bukit Beruang.

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Bestari Solat untuk adik-adik SK Bukit Beruang yang telah pun diadakan di Bilik j-QAF SK Bukit Beruang..


sebahagian pelajar permpuan pada KBS Tahap 1.


pelajar-pelajar bag KBS Tahap 2.

Modul bagi setiap tahap adalah berbeza..guru-guru telah dibahagikan mengikut kelas yang diajar..itu bagi guru kelas dan guru-guru jqaf adalah guru yang akan menerangkan dengan lebih lanjut akan pengisian ketika dalam LDK..
untuk Tahap 1, ros dapat adik-adik darjah 1 Pintar..alhamdulillah kesemuanya dapat menguasai niat wudhu' dengan baik..sikit-sikit kesalahan dalam membaca tu biaselah bagi yang darjah 1 ni..tapi semua guru tak kira mengajar apa pun memberikan kerjasama yang sangat baik kepada semua guru-guru jqaf yang lain...
bagi tahap 2 pula, ros dapat kelas 5 Pintar 1, syukur sebab adik-adik ni semuanya dengar kata..dan pengisian bagi tahun 5 adalah Azan dan iqamah..kesemuanya dapat menguasai dengan baik Azan & Iqamah...kebetulan adik-adik ni memang ros yang ajar bahasa arab..jadi mudahlah nak dengar kata...tk degil..hehe..
dan sekarang ni ros masih rasa kepenatannya..ditambah pula dengan Motivasi untuk adik-adik darjah 6 pada hari ini...semuanya berjalan dengan baik..yng bagusnya..fasilitator jemputan adalah ex-student dari SKBB sendiri..apa yang ros respect dari mereka ini adalah, mereka sangat pandai control adik-adik yang bakal menduduki UPSR tak lama lagi, tambahan pula, batch fasilitator ini adalah batch yang mana seramai 45 orang mendapat 5A dalam UPSR dan mereka terpanggil untuk berkongsi pengalaman mereka semasa megambil UPSR dan pengalaman mereka belajar untuk mendapatkan 5A..syabas adik-adik Batch 2007 yang berjaya menjadi rintis terbaik SKBB..dan semoga mendapat keputusan cemerlang SPM 2012 yang bakal diumukan nnt..:)


sekitar Shouts Ur Spirit semalam.


Adik-adik Fasilitator yang hebat ..diantaranya Umairah..kagum dengan adik ini..:)