Saturday, February 2, 2013

Semakan Keputusan BR1M 2.0.


Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas. Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.

Semakan BR1M 2.0 Online 2013:

  • Akan dikemaskini (Februari 2013)

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?

  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.

sumber: OneNewsHub

Demam Setia Hujung Nyawa.

gambar: ehsan google
sudah menjadi trending di Twitter, di FB dan diseluruh laman sosial yang lain termasuk lah juga blog tentang Drama bersiri slot Akasia dengan tajuk yang diadaptasi dari sebuah novel Setia Hujung Nyawa..dah lama benor rasanya nak update entry pasal cerita ni..sampai dah nak ke last episod baru sekarang nak mengatakan ala-ala sempat jugaklah update kisah cinta antara Ersalina dan juga Zain..:) 
seronok tengok kenakalan duorang pelakon nih..dua-dua degil, padahal dalam hati ada taman woooooooo..:P
kadang tu bila duduk menghabiskan waktu dengan lambakan kerja di sekolah, bila jam dah menunjukkan ke pukul 5 mesti dah call abah suruh ambil alasan kerja dah siap ddan nak balik nak tengok cerita Setia Hujung Nyawa..punya seronok hati menunggu cceria drama ni..kalah cerita-cerita yang lain sebelum ni tau! ecceh, padahal lepas ni kalau ada lagi yg terbaik mesti nak kata cerita ni pulak yang dah KALAH kan? haha...lumrah lah tuh..
memang agaknya penerbit sekarang dah tak kuasa nak create cerita sendiri agaknye..hihi :D lebih mudah ambil cerita dari novel, tapi tak juga..mestilah diorang ada buat sedikit kelainan terhadap cerita Setia Hujung Nyawa ni..kan? 
minggu lepas kan ros dengan adik ke popular semata-mata nak cari novel Setia Hujung Nyawa ni, padahalnya kami memang dah dapat agak..novel ni memang yang paling laris dipasaran sepanjang dramanya disiarkan di Slot Akasia TV 3..semenjak dari situlahhhhh adik-adik yang meningkat remaja ni mula nak kenal dengan pelakonnya..saya minat lah dengan kak Nel..allah..macam-macam perangai..normal bagi adik-adik yang baru belasan tahun..ros ada juga terbaca tentang komen yang ada di FB artis-artis yang sedang meletup ni..*stalker jugaakkk tu..hehe..minat kottt dengan diorang ni..:P 
memang menjadi sangat lakonan Hadi yang batu api, meenyampah tengok kan..dengan Eriza yang menjadi pemusnah..huish, macam tak sanggup pulak nak tengok episod akan datangggg..hope Zain boleh ingat semua perkara yang BAIK yang pernah dia lalui dengan Ersalina...;)
dan ros ingat, esok nak pergi cari buku novel Setia Hujung Nyawa ni lah..hehe..sebab kadang kala cerita tak sama dengan isi yang ada dalam novel..baiklahhhh, untuk semua jangan lupa saksikan SETIA HUJUNG NYAWA last episod pada minggu hadapan..mesti tak ssabar nak tahu ending dia kan? of course lah Zain dan El tu bahagia...nama tajuk pun dah terangkan semuaaaaaa! tak gitu?
okey lah, nak menidurkan diri..
esok ada Kursus LDP..moga segalanya mudah belaka..asssalamualaikum dan nyte! :)