Thursday, December 27, 2018

i-Story - Mary Kay Beauty Consultant


Bismillah.. hai semua, alhamdulillah pada bulan November 2018 yang lalu Ros telah mendaftar sebagai Mary Kay Beauty Consultant. 

Semuanya bermula hanya dengan niat untuk membantu kawan yang ingin mencari rezeki dari rumah. kawan Ros namanya Nurul Ain Binti Idris.. memang terbaik Ain layan Ros sebagai customer dia. tidak ada sebarang paksaan nak beli barang, Ain tetap terangkan cara penjagaan muka dengan baik. Bermula dengan menggunakan Oil Free Eye Makeup Remover dari Mary Kay rasa macam berkesan sangat. Ikutkan dari tahun 2012 ke 2013, ada kawan yang ajak Ros jumpa untuk nak tengok skin, tapi tak dak masa dan pada waktu tu kita sendiri ada komitmen yang tinggi bulanan.

ok, stop kat situ...lepas dah guna eye makeup remover tu beerjangkit pula kawan-kawan ros beli lipstick Mary Kay.. Ros memang niat nak bantu Ain je waktu tu, jadi carilah beberapa orang guru dan tunjukkan katalog Mary Kay pada mereka. Alhamdulillah, lepas dari tu ramai pula yang nak repeat order. 

Actually, tak de rasa nak jadi Beauty Consultant, tapi disebabkan kulit muka kusam, ada kutil sana sini, berminyak teruk di bahagian T zone bila dah tengahari, waktu tu termenung dan fikir nak guna ape, last Ros guna Nourain Skincare, tapi apa-apa produk pun kena ambil masa untuk buatkan muka OK balik kan? then, Ain pula selalu beri nasihat basic jaga muka. Lepas raya 2018, Ros ada keinginan nak pakai balik makeup, raya kan,,mestilah nak cantik-cantik...paling selamat waktu tu fikir better beli dekat drugstore je ape pun, foundation semua..dan pernah juga guna Maybelline lipstick..eye liner pun..tapi lepas kawan macam nak repeat lagi lipstick, why not kita sendiri jadi BC Mary Kay kan...

So, dalam bulan Oktober macam tu risik-risik Ain untuk jadi ahli..mula-mula nak beli produk je dulu..sekali harga dia masyaAllah..mahhai..pastu ddecide mungkin kalau jadi ahli murah, so kita pun jadilah ahli..

bila dah jadi ahli Ain kata kena pergi ESRS kursus, ya ampunnnn, malas nak ke kursus bagai, tapi bila dengar nanti dapat VOUCHER RM200...fuhhh fuhhh fuhhh...banyak tu, siapa nak bagi kan..

bila join ESRS, banyak juga benefit yang Mary Kay sediakan. dan paling best lepas dah order untuk pertama kali hari tu ialah dapat gift dari Mary Kay tauuuu...

bersyukur, belum terlambat untuk rawat kulit muka...nak kesan yang singkat tu memang tak de lah...akan ambil masa yang lama dan mungkin sahaja makan tahun, tapi slowly insyaAllah akan nampak ketara paada kulit muka kita..


yang penting kita faham basic skincare yang betul..


untuk yang nak join, Mary Kay ada sediakan peluang kerjaya boleh je nak whatsapp Ros

www.wasap.my/61083974517