Monday, January 7, 2013

Bila Aku Menjadi Guru.


Bila dah jadi cikgu ni macam-macam yang aku fikir, macam-macam yang terlintas, macam-macam yang kena ubah..perangai, tingkah laku, kesopanan dan kesusilaan, imej berpakaian...

macam sebelum ni tak pernah terfikir semua tu?
hurmmmm..jangan harap, sebab sebelum ni ros pergi mengajar pakai ikut dan! asbol (asal boleh) je! tapi ros memang prefer pakai jubah, since dapat tahu kalau mengajar etika pemakaian sebenar tidak dibenarkan memakai jubah, ros PATUH dan AKUR..:')

sungguh tak dinafikan bila berpindah ke sekolah rendah sesi pagi ni, semua cara kena ubah, cara mengajar, cara dan etika pemakaian di Sekolah Kebangsaan kena ambil tahu..pokoknya semua lah! 

setiap malam duk fikir, esok aku nak pakai baju warna apa ek? biru, merah, kuning, hijau? mana satu nak pilih kaler niiiii? mana yang menawan dan tertawannnnn ni? hew..hew..

last sekali, teringat kawan-kawan pernah duk cerita, kita ikutla kaaler yang sesuai mengikut hari..

jom baca di bawah ni:-

Berdasarkan The Law of Repetition of Chronology, hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan membawa sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibaration dominasi yang berbeza dan ia berulang setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Vibaration yang disukat menyamai dengan frekuensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibaration yang dikesan mendominasi setiap hari.


ISNIN - PUTIH (gabungan/istirehat/pertahanan) 0 - 279 nanometer
SELASA - PINK/VIOLET (kesucian rohani) 380 - 489 nanometer
RABU - BIRU (kasih sayang/tumpuan) 490 - 544 nanometer
KHAMIS - KUNING/OREN (pemikiran/tenaga) 555 - 729 nanometer
JUMAAT - HIJAU (keseimbangan/iman) 545 - 554 nanometer
SABTU - MERAH (keberanian/tuah/kemewahan) 730 - 780 nanometer
AHAD - HITAM (keberanian/tuah/kemewahan) 0 - 279 nanometer


ISNIN
Warna PUTIH merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-1.html)dan kelenjar Pitutary (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-2.html). Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Ini kerana tidur yang tidak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk bekerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru dan merangsang semangat baru. Isnin adalah hari terbaik untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak kerana hari Isnin adalah hari yang lebih kreatif dan efisyen.


SELASA
Warna PINK/VIOLET ialah warna kasih sayang dan menyamai bahagian Thalamus (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-3.html). Mereka yang mengalami MIGRAIN akan merasa kelegaan setiap hari Selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk BEREMOSI, MELUAHKAN PERASAAN KASIH SAYANG kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk MENGEMBARA atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi.
Dengan berpakaian PINK/VIOLET, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat


RABU
Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon Thyroxine(T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html) berada pada tahap optimum. Paras Thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.


KHAMIS
Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-12.html) dan warna OREN ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-16.html).
Pada hari Khamis, sepanjang siang hari kita dinasihatkan untuk  tidak makan terlalu banyak pada waktu siang. Ini adalah untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.  Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.


JUMAAT
Warna HIJAU mempunyai tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-11.html) dan paru-paru (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-10.html).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. 
BIasanya pada hari-hari lain, kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.


SABTU
MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-19.html), Otot, darah (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-18.html), Tulang dan Saraf (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-20.html). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


AHAD
Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka sepatutnya warna pada hari ini ialah putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.
Hari Ahad merupakanhari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan pergerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing. 



Cek Pertama Dari Nuffnang, Terima Kasih Nuff!

Setelah 2 tahun lebih, tak tahu berapa yang lebihnya..kalau nak tengok lebih-lebih boleh tengok dekat daisypath jejak-jejak yang ada gambar comel kasut tuh..hehehehe.. Hari ini merupakan hari yang sangat gembira buat ros sebab balik sahaja dari sekolah terus buka post box, memang tak ada surat, lepas tu tanya emak, emak..ada surat sampai tak? Emak cakap, ada..dua surat..

Surat yang pertama itulah cheque dari Nuff! Walaupun ros tak seperti blogger otai yang lain, tak sehebat mana earning yang ada..tapi cukuplah nak tampung belanja sendiri..nak beli barang-barang seperti baju, accessories, tudung and so on..

Dapat pun tak banyak, tapi rasa bersyukur sangat dpt kumpul hasil usaha berblogging selama ni..;)

Ros start berblog dari tahun 2010, dan selalunya on off jugak, kalau busy dan ketandusan idea memang ros tak update, macam tahun 2011, lagi lah habaq hangggg, tak update sebab sibuk dengan program tv, sekakrang ini kerap update sebab nak jadikan blog sebagai diari maya.. ;)

Apa-apa pun, many ┏┉┈┈┈┈┈┈┉┓
┆. τĥªηк☺γōυ
└┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶ to encik Nuffnang, saya akan terus berblogging walaupun ketandusan ide, saya akan menulis juga..

Bagi visitor yang datang, terima kasih juga..maaf jika tiada input yg berguna disini, saya menulis secara random..tidak terlalu spesifik dengan sesuatu tajuk, dan pembaca lah yg telah melayakkan saya menerima cek pertama ini..terima kasih :)

Silent reader ada tak ye? Heeee :D Terima kasih juga! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keputusan Pindah Sekolah dari SJKC ke SK.


bismillah, 

tak sabar rasanya nak tahu Sekolah Kebangsaan mana agaknya yang bakal aku mengajar nanti..menunggu keputusan dari Ustaz Norhisyam, Penyelaras Jqaf Negeri Melaka memang lama sehinggakan aku sendiri dah boring nak bertanyakan soalan yang sama pada ustaz kata ustaz yang aku call tengahari tadi, katanya insyaAllah dalam minggu ini juga..

Ustaz, sungguh kah ni? :'( lama ana tunggu natijah nya..:'( ana bukan apa, kawan-kawan ana dah nak khatam transisi dan MOS, ana duk tunggu lagi keputusan dari ustaz...huhuhuhuhuhu..

Bahan Bantu Mengajar Bahasa Arab.


bismillah,

ini adalah sebagai rujukan saya dan mungkin juga sahabat-sahabat j-QAF yang lain..:)

credit to: Ustaz Syahmi Harun.

BBM Bahasa Arab Tahun 1


BBM Bahasa Arab Tahun 2

BBM Bahasa Arab Tahun 4

BBM Bahasa Arab Tahun 6


Semoga Allah Merahmati dan Memberkati Ilmu Ustaz yang Telah Berkongsi..:) 
Dalam kitab Minhajul 'Abidin, Imam Ghazali r.a menjelaskan bahawa terdapat beberapa kesan buruk akibat terlalu banyak makan iaitu:

1) Hati akan menjadi keras yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk melaksanakan perkara-perkara kebajikan.
2) Mendorong tubuh badan manusia untuk cenderung ke arah kejahatan.
3) Menghakis kecerdikan dan kepintaran seseorang.
4) Menjadi malas kerana terlalu kenyang dan badan menjadi lemah.
5) Menghalang kekusyukan dalam beribadat.
6) Menyukarkan saat-saat kematian (sakaratul maut)
7) Melemahkan hati.
8) Mengurangkan pahala amalan untuk hari akhirat.
9) Boleh menyebabkan kesulitan ketika dihisab.

*terkena diri sendiri..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.