Saturday, December 8, 2012

Try !

Bismillah, saje nak try guna bb, agak3 masuk tak dalam post ni ek? Hihi :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kita Perlu Ada Target.


bismillah,

nak tanya, korang semua ada target? macam mana target untuk tahun ini? dah tercapai ke apa yang korang semua mahukan? 


okey, dalam hidup ni kita semua perlu ada target..target nak berjaya, target nak pergi umrah, target nak dapat title Guru Bahasa Arab yang mengajar dibawah gomen..mesti kena ada..

kenapa target ini sangat penting?

target penting supaya kita nampak hala tuju kita, dah tercapai sesuatu yang ditargetkan atau belum tercapai atau hampir mencapai target yang dimaksudkan dan diidamkan.

setelah anda punya target, pelan haruslah dilakar, supaya lebih jelas! 
tidak kiralah pelan yang dalam bentuk macam mana sekalipun, carta ke, draf ke..atau apa sahaja petam minda pun dipanggil pelan yang NAMPAK..lakarkan yang ada dalam fikiran supaya target yang ingin dicapai lebih jelas! 

seterusnya, dari hari ke hari nilaikan bagaimana..kalau boleh pelan tersebut disimpan atau lebih mudah ditampal di suatu sudut yang memang kerap anda lihat padanya../ yang kerap penglihatan tertumpu padanya..

selebihnya adalah usaha dan tawakkal..

semoga berjaya! :)


Tahniah Solehah Mariyam Sa'ari dan Pasangan.


Alfun Mabruk untuk Yam dan suami..tak sangka yam dah mendahului kami semua..senyap-senyap dah membina masjid..maaf tak dapat nak meraikan hari bahagia yam..semoga kekal hingga ke syurgaNya..:)


Mariyam Sa'ari (Finalis Solehah TV Al-Hijrah) bersama suaminya..:)

Barakallahu Lakuma Wa Baraka Alaikuma, Wa Jama'a Bainakuma FilKhair..

Kita Dapat Hadiah Buku Dari Peminat!


bismillah,

lupa sangat nak ceritakan tentang buku yang ros dapat pagi tadi..
buku Terapi Duka, buku ini merupakan nukilan intipati dari La Tahzan karangan Dr.Aidh AlQarni.. Buku Terapi Duka ini dihadiahkan oleh peminat ros..peminat ke? tak tahu lah, mungkin sahaja dia anggap ros macam kakak sendiri..adik Rabieatul ni baik sangat..dia selalu kongsi apa yang dia nak kongsikan pada ros, kadang kala cerita ataupun ada juga soalan yang agak bombastik dia bagi..kadang tak terjawab sebab kalau bab Fiqh memang ros tak pandai sangat..memang banyak yang kena belajar lagi bab Fiqh ni..:)

sebenarnya rasa malu sebab terima hadiah macam ni..bukan tidak biasa, dah biasa sangat dah sebab sebelum ini ada juga YDP dar persatuan yang ros join dekat melaka ni postkan buku..banyak pulak tu..waktu tu ros masih mengajar di Rawang..

seronok sangat dapat buku terapi duka ni sebab bila baca petikan ni buatkan ros nak kunci segala sedih, pedih dan duka yang pernah ros lalui sebelum ini..

" Islam mengajak kita untuk melupakan masa lalu jika ia hanya membuat kita berduka, cukuplah masa lalu itu sebagai pelajaran, lalu baki-bakinya ditutup rapat dan disimpan dalam ruang "LUPA" - Terapi Duka

kalau antum semua baca pun mesti setuju juga dengan ros dan dalam buku ini juga terdapat banyak tips untuk kehidupan yang lebih bahagia...

wajib dikongsikan bersama antum semua! tungggguuuuu! :)


ihsan google..:)



Rasa Macam Nak Beli Tablet PC, Agak-agak Best Tak?


bila tengok gadget canggih manggih, tengok yang orang punya sahaja..rasa macam nak beli pulak! bila la sendiri boleh pakai IPhone, Ipad, semua bagai yang I-I lahhh! :P 
tadi baru kejap survey pasal satu gadget nih, Tablet PC..kita nak beli hat yang murah-murah ja..yang mahai tak mampuuuuu..kalau yang murah tu pun takat rm250 tu masih boleh dikatakan mampu lagi la..;) hihi :D 
kenapa tiba-tiba nak beli ni?
sebab semua duk cakap ada tablet canggih ka? sebab syiok main game ka?
dop eyh, sebab semata-mata nak update belog dengan lebih mudah..
tapi rata-rata ramai yang bagi komen negatif terhadap penggunaan tablet nih..dyowang cakap kalau touch screen susah sikit, nnt salah eja la, pastu dalam draft entry hilang lah..yeke?
tu dyowang lah yang cakap...
kalau nak tahu lebih lanjut memang kena guna sendiri baru tahu tahap kepuasannya macam mana....kan3?
nanti nak try surbey kat kawasan Melaka ni plak..;) kalau boleh nak masuk blog pastu try type satu entry..agak-agak korang lah..tuan kedai bagi tak buat macam tu? mahu dia sesah ros kat situ jugakkk..hehe..:P
okeylah..bye!

Salah Tarikh !


tadi dah siap-siap elok nak pergi dua rumah kenduri kahwin..yang satunya di rumah kak Tim, satu lagi rumah sepupu ros, adik ipar dia punya walimah..punya excited dah nak masuk lorong, pelik juga tengok lorong tu tak penuh dengan kereta..cakap lah dengan emak dan abah, ade tempat parking sebelah dalam tu, macam tak ramai orang lagi je ni mak...hehe.

emak: mana nya iza? khemah je ade..orang tak ade punnn..abah kau pusing balik, pusing balik..ish buat segan je datang tak ada orang..betul ke kenduri hari ni iza?

aku dah gelak sorang-sorang dekat seat belakang..

jap mak, nak call kak tim dulu nak tanya..















dalam 3-4 saat kemudian, mak, kak tim cakap esok lahhhhh! ala, mak temankan iza tau esok gi kenduri ni..

emak: nasib baiklah ada kenduri dekat rumah anak mak lai kau..kalau tak sesia je kena dengar ceramah free..
hurm, yelahhhh! *gerutu dalam hati!



ceramah tu dari abah ros la, sebab dia mesty bebel tak ingat tarikh....aduss, macam mane ntah boleh tersalah tarikh..! maluuuuu..maluuuuu! 

tapi alhamdulillah, dapat juga makan nasi minyak! sebab Semabok rumah engantin yang kedua tu memang dah dekat dengan rumah kak tim..selamat dari kena marah..hihihi..:D

Kisah Dahulu Kala.

bila teringat kisah dahulu kala, kisah siapa roros? kisah diri sendiri ini lah..rasa macam nak tergelak sendiri pun ada..macam rasa nonsense jerrr dengan perangai sendiri..perasan dan bajet kau sorang je yang bagus? :P hehehehe, yalah, dulu memang nak dikatakan mesti ada sahaja yang tidak puas hati..dengan orang itu lah, dengan orang ini lah..tapi orang tu memang bukan kawan kita..kadang-kadang orrang yang kita tak suka tu kite tak kenal pun, baca penulisan dia melalui blog then nak komen syok sendiri dekat entry sendiri..entry yanag pertama pulak tuh! lepas tu biasa dalam entry pertama orang mestilah kenalkan diri, ini tidak..siap kutuk-kutuk orang..itulah, bila teringat rasa macam lucu pun ada..nak tergelak pun ada..
petang tadi saja nak try buat daisypath..macam ticker untuk annviersary tu..ros sendiri lupa bila blog ini wujud..jadi cek balik entry yang pertama adalah pada 1 Februari 2010..tak sangka dekat 2 tahun blogging..masa yang paling lama ros tinggalkan blog adalah tahu lepas..itupun sebab join program Solehah, nak update blog pun tak dan..dengan tasking lagi..dan je sebenarnya..tapi masa agak suntuk waktu itu..
lepas tu nak cerita, macam tak pandai je nak tulis entry, punyalah jalan merata baca entry orang..mengharapkan orang baca entry kita semula..blogwalking sampai lenguh tangan-tangan ni type url dan komen..diantara komen-komen yang basic blogger lakukan adalah "salam ziarah", "saya follow awak, pls follow saya balik", "singgah sini" dan macam-macam lagi bentuk sapaan oleh para blogger..
lepas tu jumpa satu blog sorang kakak nih, seriously tak tahu apa nama dy sebab dah lupa...berjeman tak baca story kakak tu..dekat dalam blog beliau lah ros kenal Nuffnang, mula nak cari tapak untuk side income..waktu tu syarikat yang mengeluarkan iklan berbayar bukan sekadar nuff sahaja, mangga ads, innity dan ada lagi kot selain tu..tak familiar sgt..hehe..
memang suka nak kumpul duit sampai join macam-macam mende alah apee ntah...dengan says.com, iPanel online dan banyak lagi yang bisa menjana income...dah lah agak tak reti nak buat akaun paypal..semuanya atas bantuan blogger lain yang sangat baik hati berkongsi ilmu mereka dekat blog..
hidup dengan blogging memang terbaik, dan jika tidak digunakan sebaiknya pun bisa membawa padah pada diri sendiri..pernah juga di ganggu dengan orang yang gila seks brangkali, segala perkataan yang kurang enak semuanya keluar..lebih memalukan bila dipost di shout box, ros rasa blogger model cantik manis dah selalu dengan perkataan yang macam ros kena..perkataan seperti melanc...ap la..ape la..entah apa-apa..last-last memang shout box tu dah dibuang dek kerana org gila seks! sungguh tak sukaa..kalau nak pergi lah cari blog yang siarkan benda-benda porno..sungguh memalukan!
lepas tu nak cerita ros suka stalker blog orang lain tau, jadi silent reader..kenal semua blogger famous macam Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello, Hanis Zalikha dan ramai lagi..boringnya adalah bila bercerita dnegan roomate, eyh, korang kenak tak Irine..dia dah bertunang tau..eyh, koranggggg Irine dah nak nikah! apa jawapan diorang? roros, siapa Irine tu? rros pun jawab : bukan ke ritu aku ade cerita dengan korang siapa dia orangnya? ala, siap korg tengok gambar adik Irine ni tau! 
????? (blur)
selalu macam tu, macam dah tak ade feel bila nak kongsi cerita..
kessahnya kalau apa sahaja yang berlaku dekat kolej, and all about study, assignments, bussiness semua cerita dekat sini..tak puas hati dengan orang..orang tak puas hati dengan ros, orang kutuk nama ros..semua tertulis dekat sini..dan inilah diary terpenting peninggalan ros bila ros tak ada nanti..sebab ajal, kita tak tahu bila akan sampai kan? semoga yang baik-baik sahaja yang akan berlaku dalam hidup kita semua..
sekurang-kurangnya ros ada tempat untuk bercerita..:)
lebih-lebih lagi bila dah tiada teman..huhu..jauh betul BFF ros..dia sekaang menetap di Jordan bersama suaminya...
ros bila lagi? hurm, bila lagi ape nye korang ni? bila lagi nak kawen ler?
jangan ditanya, kalau ditanya ros akan jawab
ESOK...
ye, esok kita jumpa lagi ye diary!