Wednesday, June 19, 2013
Isu Kesantunan Guru.
Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang
berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan
dan disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga
kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku
sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid
bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan
guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan perhubungan antara
guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan
sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.
Berdasarkan perkembangan semasa dalam
profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:
i. Kesantunan
berpakaian
ii. Kesantunan
tingkah laku
iii. Kesantunan
berbahasa
Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara perlu diberi
perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada jenis pakaian
yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang
sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib
dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang
orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya
berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan
bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu
tinggi.
Kesantunan tingkahlaku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru
ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa
yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab
urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti
guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan
sebagainya.
Semua situasi yang dinyatakan di atas memerlukan tingkah laku yang berbeza.
Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan
dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara
menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan cara
memakai tusuk gigi .
Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi sama ada dari
segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu
mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea
yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur
budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang
digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak
dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap
sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan
tidak berbudaya.
Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi.
Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej
dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika melaksanakan
pengajaran.
Kesantunan berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru kerana melalui
kesantunan ini guru akan mengetahui:-
i. Apa
yang sebaiknya diucapkan pada waktu dan keadaan tertentu.
ii. Ragam
bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.
iii. Bila
dan bagaimana giliran berbual dimulakan.
iv. Bagaimana
mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.
v. Bagaimana
sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi
vi. Bila
seharusnya diam dan menamatkan perbualan.
Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok
masyarakat tertentu. Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa
orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu. Hal ini menunjukkan
kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu berppengaruh pada pola
bahasanya.Oleh itu seorang guru seharusnya mengetahui dan memahami
norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid.
Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan
menghasilkan kesantunan berbahasa.
Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus serta sapaan
berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang
yang berilmu dan terpuji akhlaknya. Guru menjadi sebahagian orang yang
dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa
mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai
kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. Guru
juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam
setiap tutur katanya.
Kesantuan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid.
Ciri-ciri kesantunan termasuklah
i. Ikhlas,
jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang.
ii. Bersyukur
dan berterima kasih.
iii. Berani,
tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .
iv. Menghargai
dan menghormati pihak lain.
v. Menggunakan
kata-kata yang baik.
vi. Peramah,
pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri .
Kesimpulannya kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi
merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada
murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika
profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan
awam (Abd. Rahim, 2007)
*kaitkan dengan isu bobo…
Contoh Soalan Dan Jawapan bagi Kertas EDC2103.
SAMPEL JAWAPAN
BAHAGIAN A
Bahagian A
60 markah
1. a.
Terangkan salah satu aspek perbezaan individu yang dapat
diperhatikan di
kalangan murid?
(5 markah)
Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan boleh
mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan
berdasarkan kriteria pantaksiran yang dilampirkan.
Sampel Hujah
Setuju
Terdapat pelbagai aspek perbezaan individu yang dapat diperhatikan di kalangan
murid. Antara yang paling ketara ialah perbezaan kecerdasan. Kecerdasan merupakan keupayaan atau potensi
yang dimiliki oleh seseorang murid yang
mempengaruhi keupayaannya belajar.Maka tidak
hairanlah terdapat murid yang digolongkan sebagai pintar, cerdas,
sederhana, lemah atau lembam. Terdapat
beberapa pandangan tentang kecerdasan.
Antaranya kecerdasan dilihat sebagai IQ, tetapi pandangan lain pula
melihat terdapat kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi (EQ) dan SQ. Setiap pengkaji mengemukakan teorinya
dan sebagai guru pengetahuan tentang kecerdasan menyumbang kepada pembinaan
pemahaman yang dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti P&P. Sebagai rumusan, kecerdasan dapat disimpulkan
sebagai himpunan kecekapan seseorang yang meliputi aspek mental,
bakat/keupayaan, kecekapan interpersonal
dan intrapersonal.
Aspek perbezaan
individu lain yang boleh diterangkan.
·
Fizikal
·
Emosi
·
Rohani
·
Konsep kendiri
·
Personaliti
·
Lokus kawalan
·
Gaya pembelajaran
·
Jawapan-jawapan lain yang sesuai.
b. Pengetahuan mengenai perbezaan individu dipercayai membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran. Bincangkan peranan
guru dalam menghadapi perbezaan individu di dalam kelas.
(15
markah)
Sampel Hujah:
Peranan guru dalam
menghadapi perbezaan individu di dalam kelas;
Pengetahuan mengenai perbezaan individu sangat penting kerana pengetahuan sebegini
menyediakan satu kerangka yang dapat
menjadi panduan kepada guru.
Individu di dalam sebuah kelas
tidak sama. Banyak aspek yang membezakan
mereka. Oleh yang demikian , pengetahuan sebegini membolehkan guru merancangan
strategi P&P yang berbeza. Jika
sekiranya individu/ murid berbeza keupayaan, Peranan utama guru ialah perlu
menjalankan strategi yang bersesuaian dengan murid. Analogi yang diberikan
untuk pengajaran dan pembelajaran ialah
buying and selling. Tidak ada gunanya guru banyak mengajar sedangkan
proses pembelajaran berlaku pada paras yang minimum. Misalnya , sekiranya murid
berbeza keupayaan, guru boleh menggunakan kaedah pemulihan dan pengayaan. Pemulihan akan dapat membantu murid yang lemah manakala bagi murid yang pandai akan
terus berkembang mengikut keupayaannya.
Tanpa pengetahuan tentang perbezaan individu, guru mungkin akan
menggunakan kaedah seluruh kelas dan implikasinya murid yang lemah akan terus
tertinggal, manakala murid yang pintar berkemungkinan akan hilang motivasi
kerana pembelajaran yang dilalui tidak mencabar. Dengan ini jelas bahawa
pengetahuan mengenai perbezaan individu membolehkan guru menjalankan
program pemulihan dan pengayaan yang
implikasinya akan meningkatkan keberkesanan P&P.
Hujah-hujah lain:
·
Membina persekitaran
pembelajaran yang berbeza
·
Cara berkomunikasi yang
efektif
·
Pelaksanaan program
pengayaan (enrichment)
·
Pelaksanaan program
pemulihan
·
Pengagihan tugasan
mengikut keupayaan
·
Mempelbagai tugasan berbeza aras
·
Mempelbagai bahan bantu
belajar (BBB) dan bahan bantu mengajar (BBM)
·
Pembelajaran
koperatif/kolebaratif
·
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
2. a. Aktiviti mental terdiri daripada
dua jenis iaitu kognitif dan metakognitif.
Jelaskan perbezaan di antara
kedua-dua aktiviti tersebut?
(5 markah)
Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang
dilampirkan
Perbincangan boleh
mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan
berdasarkan kriteria pantaksiran yang dilampirkan.
Sampel Hujah:
Kognitif ialah aspek berfikir dan menjadi petunjuk kepada
pembangunan diri seseorang. Kemahiran berfikir ini sering kita menggunakan
setiap hari seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan membuat penilaian.
Aspek berfikir ini menyumbang kepada keberkesanan dalam melakukan pekerjaan
tertentu. Keberkesanan berfikir memerlukan kemahiran berfikir secara konvergen,
divergen, mendatar atau menegak untuk menngendalikan kepelbagaian masalah dalam
konteks yang berbeza pada masa berlainan di sepanjang kehidupan.
Sementara
metakognitif merupakan pengetahuan mengenai proses-proses kognitif atau pengetahuan yang dapat digunapakai untuk
mengawal proses kognitif. Maka metakognitif ialah kesedaran dan pengawalan
terhadap proses kognitif tersebut dan kemampuan untuk menjanakan proses ini
dalam mempertingkatkan daya pemikiran dan pembelajaran. Selain itu metakognitif
juga bermaksud seseorang individu mampu
berfikir di atas pemikirannya
b. Terdapat pelbagai jenis
pemikiran kognitif yang telah dikenalpasti oleh
ahli-ahli psikologi sehingga masa
kini. Huaraikan bagaimanakah pemikiran kritis
dan kreatif dapat ditingkatkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
(15 markah)
Sampel Hujah:
Bagi meningkatkan pemikiran kritis, guru boleh menggunakan
kaedah inkuiri dalam pengajaran. Perasaan ingin tahun murid-murid dapat
dipenuhi apabila guru memberi peluang kanak-kanak menggunakan pancaindera untuk
menyiasat, merasa, menyentuh dan membuat kesimpulan dalam aktiviti
pembelajaran. Perasaan ingin hendak menyelidik sesuatu secara mendalam dan
bukannya secara menerima sahaja. Dengan pemikiran kritis, murid-murid akan
bersikap suka menilai satu-satu tindakan dari segi kelebihan dan kelemahannya.
Murid akan membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap
masalah yang dihadapi. Murid akan menjadi lebih yakin dan berani mengemukan
persoalan menuju ke arah penyelesaian masalah. Kaedah inkuiri seperti ini mampu meningkatkan
pemikiran kritis dan kreatif.
Jawapan lain:
·
Kaedah kumpulan
·
Perbincangan
·
Sumbangsaran
·
Lawatan sambil belajar
·
Eksperimen
·
Bercerita
·
Sosiadrama
·
Soalan yang beraras
tinggi
·
Lain-lain jawapan yang
munasabah
3.
a. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid boleh dikategorikan kepada
dua
iaitu tingkah laku bermasalah yang
negatif dan tingkahlaku bermasalah yang positif.
Terangkan ciri-ciri tingkah laku
bermasalah yang positif?
(5 markah)
Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang
dilampirkan
Perbincangan boleh
mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan
berdasarkan kriteria pantaksiran yang dilampirkan.
Sampel Hujah:
Tingkah laku
bermaslah yang positif bermaksud tingkah
laku positif yang dianggap bermasalah dan mengganggu proses P&P. Masalah ini ditimbulkan oleh murid-murid yang
digolongkan sebagai pintar cerdas, murid yang proaktif, murid yang cepat
belajar dan murid yang terlalu enthusiastik.
Murid seperti ini menimbulkan gangguan terhadap kelancaran proses
P&P. Murid-murid ini biasanya
memiliki daya intelek yang tinggi dapat memahami sesuatu konsep dengan cepat
berbanding murid lain dan jika guru mengulangi penerangan menjadikan mereka
bosan dan menimbulkan masalah. Mereka
mungkin membuat bising, menggagu konsentrasi rakan lain dan menimbulkan
pelbagai tingkah laku disruptif yang lain.
b. Kemungkinan guru berhadapan dengan murid yang menimbulkan tingkah laku
bermasalah yang positif adalah tinggi. Bincangkan cara menangani tingkah laku
bermasalah yang positif
ke arah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan
efektif?
(15 markah)
Sampel Hujah:
Guru perlu
melaksanakan aktiviti pengayaan bagi murid-murid yang menimbulkan tingkah laku
bermasalah yang positif. Pelbagai
aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan.
Antaranya aktiv iti pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar bermaksud didedahkan kepada lebih banyak soalan atau
latihan yang aras kesukaran yang hampir
sama. Pengayaan menegak pula bermaksud
melibatkan pemberian soalan atau latihan yang mempunyai ras kesukaran yang
tinggi yang melibatkan pemikiran aras tinggi.
Melalui aktiviti seumpama ini, murid yang memiliki daya intelek yang
tinggi dapat berkembang mengikut aras dan keupayaannya. Aktiviti ini dapat mengelakkan kebosanan
apabil kaedah pengajaran guru agak lambat kerana memberi rauang kepada
murid-murid berpencapaian sedenrhana dan lambat. Aktiviti pengyaan bagi
golongan ini boleh dilaksanakan melalui pembelajaran berbantukan komputer
(CAL). kajian menunjukkan aktiviti
pengayaan perlu kerana tanpa aktiviti pengayaan pelajar yang hilang minat ini
akan terus menimbulkan masalah dan hilang minat untuk ke sekolah. Jika hal ini berlaku, adalah satu kerugian
besar kerana kita gagal memngembangkan potensi pelajar ke peringkat yang
setinggi mungkin sejajar dengan
keupayaannya.
Jawapan-jawapan lain.
·
Menggunakan strategi
pembelajaran inkuri kepada murid
·
Kaedah
kumpulan/koperatif/kolaboratif dan menjadikan pelajar ini sebagai ketua
·
Pelaksanaan kaedah Problem
Based learning (PBL)
·
Mewujudkan buddy support/peer
support dengan menjadikan murid seumpama ini sebagai mentor untuk membantu yang
lemah.
·
Menyediakan learning station
yang membolehkan murid-murid seperti ini belajar sendiri setelah selesai
kerja-kerjanya.
4. a.
Motivasi boleh mendorong individu untuk bertindak agar sesuatu matlamat itu
tercapai. Bincangkan kepentingan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran
(5
Markah)
Rujuk
kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan boleh
mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan berdasarkan
kriteria pantaksiran yang dilampirkan.
Sampel jawapan.
Kepentingan
motivasi yang amat ketara dalam pengajaran dan pembelajaran ialah ia mewujudkan
semangat persaingan sesama murid.
Dengan adanya motivasi, murid
akan bersaing sesama mereka secara sihat sama ada dalam akademik atau dalam
aspek-aspek kokurikulum yang lain.
Persaingan yang sebegini akan meningkatkan pencapaian kerana
masing-masing berkeinginan untuk menjadi yang cemerlang. Sejajar dengan Teori Keperluan oleh Maslow,
murid akan berusaha mencapai hirarki tertenggi keperluan manusia iaitu
aktualisai kendiri.
Jawapan-jawapan
lain.
·
Meningkatkan tingkah laku pembelajaran
·
Menarik perhatian murid
·
Menimbul dan mengekalkan minat murid
·
Menimbulkan perasaan ingin tahu
·
Membantu kepada pembinaan tingkah laku yang positif
·
Menghasilkan suasana pembelajaran yang menggembirakan
·
Membnatu muurid membina
matlamat yang realistik dan boleh dicapai.
b. Cadangkan cara bagaimana anda boleh meningkatkan motivasi dalam
bilik darjah.
(15
markah)
Sampel jawapan.
Peneguhan merupakan antara aspek
yang perlu diberi perhatian dalam meningkatkan motivasi di dalam bilik
darjah. Menurut Teori Behaviorisme,
peneguhan boleh dikategorikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambah kebarangkalian kepada tingkah laku
atau gerakbalas yang diingini daripada murid.
Sebagai contoh, sekiranya murid menjawab soalan dengan betul, dengan
adanya peneguhan positif murid akan bermotivasi untuk menjawab dengan betul
pada masa-masa lain. Peneguhan
negatif pula walaupun membawa kesan yang tidak menyeronokkan dapat
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contoh, murid yang
sering membuat bising, sekiranya diberi peneguhan yang negatif, kemungkinan dia
tidak akan mengulangi perbuatan
tersebut. Penggunaan peneguhan dapat memantapkan fokus mereka meningkatkan tingkah laku pembelajaran. Dengan
ini nyata peneguhan merupakan antara cara boleh digunakan untuk meningkatkan
motivasi dalam bilik darjah.
Jawapan-jawapan lain
·
Bantu murid memahami objektif sesuatu pelajaran. Mereka
lebih terdorong untuk melakukan sesuatu setelah mereka memahami objektifnya
·
Pastikan ganjaran yang disediakan itu merupakan jenis
yang dikehendaki murid-murid.
·
Persaingan sederhana boleh digalakkan kerana ia
meningkatkan pencapaian
·
Timbulkan perasaan ingin tahu murid-murid sebelum
memulakan satu satu topik pelajaran.
·
Bantu murid –murid untuk menetapkan matlamat yang
realistik dan boleh dicapai
·
Pastikan suasana bilik darjah adalah mesra,teratur dan
kemas.
·
Elakkan tekanan dan keadaan yang boleh menimbulkan
kekeliruan
·
Menggunakan kaedah pembelajaran yang menarik dan sepadan
dengan gaya pembelajaran murid.
PMM
ESEI/SAMPEL JAWAPN BAHAGIAN B
1. Teori penaakulan Moral
Kohlberg menekankan perkembangan moral berlaku dalam tiga tahap. Pada tahap
pertama Penaakulan Moral Pra-konvensional, pembinaan moral berorientasikan
hukuman-patuh dan orientasi ganjaran. Sejauh
mana anda bersetuju bahawa/Bincangkan kesesuaian hukuman dan ganjaran
membantu kepada pembinaan moral yang
baik kepada kanak-kanak/di kalangan murid.
SAMPEL HUJAH
Setuju
Dendaan
sebagai teknik Modifikasi yang sesuai
Usaha
pembinaan moral perlu bermula di peringkat awal. Pembinaan moral mempunyai
kaitan yang rapat dengan pedisiplinan. Orientasi hukuman dan ganjaran sesuai
dan relevan dalam membantu kepada pembinaan moral kanak-kanak. Hukuman dilihat sebagai mengenakan kesakitan
dengan sengaja oleh orang yang berautoriti ke atas seseorang yang melanggar
peraturan dan ke atas sesorang yang
melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan. Ganjaran pula dilihat sebagai usaha
peneguahan kepada sesutau tingkah laku yang dingini. Hukuman dan ganjaran
dilihat sebagai teknik modifikasi tingkah laku.
Kajian menunjukkan bahawa teknik modifikasi tingkah laku sebegini
berkesan dan seterusnya mampu membina kemoralan sosial yang sihat. Teori
penaakulan Moral Kohlberg melihat tahap awal kemoralan banyak dipengaruhi oleh
sejauh mana kanak-kanak mematuhi peraturan sosial melalui orientasi hukuman dan
ganjaran. Kanak-kanak mematuhi peraturan
bertujuan untuk mengelak hukuman dan kepatuhan terhadap peraturan diperkukuh
melalui ganjaran. Sesuai dengan peringkat awal perkembangan kanak-kanak, penaakulan moral yang sebegini mampu menyedia
asas ke arah pembinaan moral.
Hujah
lain yang menyokong
·
Gejala
kemorosotan moral dan disiplin yang semakin meningkat dapat dikaitkan dengan amalan kita yang tidak
menbenarkan hukuman dan dendaan walaupun bagi kes-kes seperti pergaduahan. Implikasinya
semakin tidak menghormati guru dan bergaduh. Kita tidak harus terlalu
menumpukan kepada pendekatan lembut (internally induced method) dan
meninggalkan pendekatan yang agak keras
(externally enforced method). Kesimpulannya
orientasi hukuman dan ganjaran adalah perlu, , sikap terlalu bertoleransi dan
lembut tidak menyumbang kepada perkembangan moral yang sihat.
·
Pembentukan peribadi
dari perspektif Islam turut menekankan aspek pendisiplinan. Bagi anak yang tidak menunaikan
solat/sembahyang setelah mencapai umur 7 tahun boleh dirotan. Natijah daripada ini, tidak salah untuk
mendenda asalkan dendaan itu bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan dan
bertujuan untuk kebaikan. Tingkahlaku negative dapat diubah dan pembentukan
moral yang baik dapat ditekankan
·
Teori
Behahaviorisme membuktikan bahawa hukuman dan dendaan merupakan antara strategi
yang boleh digunapakai melemahkan tingkahlaku yang tidak diingini dan mendorong
kepada pembentukan tingkah laku yang diingini (perkembangan moral). Di bawah
konteks psikologi pendidikan, dendaan membawa kesan secara tidak langsung untuk
membentuk tigkah laku yang
diingini. Kajian telah membuktikan bahawa
ia adalah satu teknik yang boleh digunakan malah teknik sebegini turut digunakan
dalam sistem kehakiman.
·
Kerelevanan orientasi hukuman dan ganjaran sebenarnya dilihat sebagai satu teknik
modifikasi yang bersifat universal dan terpakai luas sehingga hari ini. Misalnya sistem kehakiman dan beberapa puasat pemulihan
akhlak masih mengamalkan hukuman dan ganjaran.
Untuk usaha membina dan mengembangkan moral, hukuman seperti penjara,
rotan atau yang lain-lain untuk pesalah semata-mata bertujuan untuk pembinaan
semula mora. ganjaran juga turut
diberikan kepada pesalah misalnya pengurangan hukuman atau pengampunan bagi
banduan yang berkelakuan baik.
Hujah
tidak menyokong
Orientasi hukuman dan dendaan bukanjaminan kepada pembentukan
moral yang baik di kalangan kanak-kanak.
Terutamanya hukuman,kemungkian akan mendatangkan kesan yang psikologi
yang negatif. Sekiranya seorang
kank-kanak itu sentiasa dihukum atas kesalahannya semata-mata untuk memastikan
ia mematuhi peraturan, terdapat kemungkinan kank-kank tadi menjadi agresif atau
menjadi pasif atau membina konsep kendiri yang negatif. Kajian-kajian psikologi criminal menunjukkan
orang yang dibesarkan dengan kekerasan dan hukuman cenderung untuk menjadi
agresif dan membalas dendam. Jika ini berlaku, usaha pembinaan moral seperti
ini tidak akan berjaya.
Jawapan lain
·
Modeling
daripada orang signifikan e.g keluarganya lebih sesuai
·
Penerapan
nilai secara internally induced
·
Cara
pembesaran
·
Pembetulan
melalui kaunseling
·
Didikan
agama
·
Pendekatan
Humanistik -Meastikan Hirarrki keperluan dipenuhi dan manusia menuju kepada
kesempurnaan kendiri.
·
Penggunaan
teknik modifikasi tingkah laku yang lain misalnya kontrak
·
Hukuman
memungkinkan kecederaan fizikal/mental
·
Hukuman
untuk mendidikan bertukar menjadi penderaan
2.
Faizah adalah seorang murid tahun enam. Dia adalah seorang murid yang
rajin, aktif dan ceria yang berpencapaian tinggi dalam pelajaran. Sejak
kematian ibunya, beberapa bulan yang lalu, Faizah telah menjadi pasif, pendiam dan pencapaian dalam ujian telah
menurun. Sejak kebelakangan ini Faizah telah hilang minat untuk belajar.
|
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan sejauh mana
kaunseling dapat membantu Faizah untuk mengatasi masalahnya supaya kembali
menjadi murid yang rajin, aktif, ceria dan berpencapaian tinggi dalam
pelajaran.
(20 markah)
Sampel hujah.
Menyokong.
Kaunseling dilihat sebagai profesion menolong. Melalui peringkat-peringkat kaunseling,
kaunselor boleh membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi. Melalui penerokaan, skop masalah, aras
kefungsian, pola sejarah, memahami kekuatan dan sumber kekuatan dapat diketahui
untuk memudahkan supaya klien dapat dibantu.
Dalam kes faizah, permasalahan sebenar dapat difahami dan dirungkai
sebelum membaut keputusan bagaimana klien dapat dibantu. Bergantung kepada teori yang menjadi pegangan
kaunselor, kaunselor mengemukakan
beberapa alternative membantu dan keputusan dibuat atas persetujuan
bersama, bagi Faezah mungkin ia perlu
dibantu menagani kesedihan kerana kehilangan ibu, coping skills menangani
kesukaran-kesukaran tanpa orang signifikan, menyediakan/membina sokongan social
jika perlu atau membantunya mengatasi masalah pembelajaran dan meningkatkan
kemahiran belajar. Pada tahap
pelaksanaan, klien akan melaksanakan alternative/langkah yang telah
dipersetujui. Seterusnya pada tahap
penamatan, tindkan susulan akan dilaksanakan mengikut progress/kejayaan
kaunseling. Sekiranya kaunseling
dilakukan secara professional, mengikut peringkat-peringkatnya, kaunseling
boleh membantu Faizah mengatasi masalahnya dan kembali fokud kepada
pelajarannya.
Jawapan-jawapan lain.
- Kejayaan
kaunseling tidak hanya dipengaruhi kepada pelaksanaan sesi etapi turut
dipengaruhi jenis/angkubah klien.
Sekiranya Faizah klien yang komited sesi kaunseling akan
Berjaya. Sekiranya klien tidak
komited, enggan bekerjasama (resistance and reluctance client) proses
kaunseling tidak akan membantu
Faizah.
- Keayaaan
kaunseling juga turut dipengaruhi oleh angkubah kaunselor. Sejauh mana kaunselor itu berpengalaman
atau kaunselor novis. Kajian
menunjukkan keupayaan menolong adalah berbeza antara kaunselor
berpengalaman dengan kaunselor novis.
Sekiranya kaunselor berpengalaman. Kaunseling akan membantu
Faizah. Sekiranya kaunselor masih
novis, kemungina khidmat kaunseling tidak membantu.
- Kejayaan
kaunseling juga turut dipengaruhi oleh aspek lain seperti kekuatan dan
sumber kekuatan. Faizah menjadi murid yang sedemikian, hilang minat untuk
belajar berkemungkinan kerana tidak
memiliki sumber kekuatan seperti kewangan selepas kematian ibunya. Kemungkinan ibunya yang menanggung
perbelanjaan keluarga. Dengan
kematianya, kehadupan menjadi susah.
Tanpa sokongan kkewangan, misalnya biasiswa, sara hidup daripada
agensi-agensi lain e.g Kebajikan Masyarakat, kaunseling bukan penyelesai kepada
permasalahan yang dihadapi Faizah.
- Jawapan
lain yang sesuai.
3. Teori
pembelajaran sosial menekankan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial
iaitu murid memerhati dan meniru tingkah laku orang lain.
Bincangkan sejauh mana tingkah laku baru dapat dipelajari
melalui pemerhatian dan peniruan.
(20 Markah)
Sampel Hujah
Pemerhatian dan peniruan merupakan elemen penting dalam
pembelajaran. Sekiranya seseorang ingin
meniru, ia harus memerhatikan.
Pemerhatian merupakan fasa penting.
Bagi kanak-kanak, orang signifikan seperti ibu, bapa, pengasuh, adik-beradik
menjadi tumpuan pemerhatian dan peniruan.
Peniruan meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti tangkah lakun, tutur
kata, cara makan, dan lain-lain. Sebagai contoh, kalau kanak-kanak melihat
adik beradiknya makan dengan tangan, dia juga akan menggunakan tangan, tetapi
kalau ibu bapanya menggukan sudu dan garfu atau sepit, maka mereka juga akan
mengikut. Proses pembelajaran ini
berlaku secara tidak formal melalui pemerhatian dan peniruan. Semakin meningkat umur seseorang kanak-kanak,
atau setelah memasuki alam remaja, model yang menjadi pemerhatian untuk ditiru
dating dari lingkungan atau konteks social
yang lebih luas.Tingkah laku baru mungkin dipelajari dari rakan sebaya,
daripada penyanyi atau pemimpin yang terkenal dan lain-lain. Dalam pengajaran
dan pembelajaran formal pula, misalnya dalam pendidikan jasmani, guru harus
dapat memodelkan kemahiran-kemahiran tertentu dengan sebaik mungkin supaya
murid dapat memerhati dan meniru, menyimpannya dan mengeluarkannya semula.
Dalam fasa reproduksi, sekiranya murid dapat melakukan dengan baik, perlu
diikuti fasa motivasi atau peneguhan.
Sejajar dengan proses globalisasi, dunia tanpa sempadan dan kemajuan
ICT,pembelajaran tingkah laku baru
melangkaui sempadan geografi dan akses kepada pemerhatian dan peniruan
mengambil dimensi yang lebih luas.
Sebagai contoh, ramai murid atau remaja kita meniru perilaku, fesyen,
pergaulan atau-atau nilai dari Barat melalui model yang ditampilkan melalui TV,
filem, YOU-tube dan sebagainya. Dengan
ini jelas bahawa pelbagai tingkah laku baharu dapat dipelajari melalui
pemerhatian dan peniruan.
Jawapan-jawapan lain.
·
Pembelajaran turut dipengaruhi oleh status perkembangan dan aras
kognitif. Kanak-kanak yng mempunyai aras
kognitif yang tinggi dapat memerhati, mengingat dan mampu mengeluarkan semula
sebagai tingkah laku baharu. Berbeza
pula bagi mereka yang memiliki aras kognitif rendah, contoh murid yang
bermasalah pembelajaran seperti downsindrom, kemungkinan tingkah laku baharu yang
kompleks, sukar dipelajari atau tidak berlaku proses pembelajaran seperti yang
diharapkan melalui pemerhatian dan peniruan.
·
Pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan banyak dipegaruhi
oleh deria, Seorang pelajar yang
menghadapi masalah penglihatan, buta misalnya, ruang pembelajaran melalui
pemerhatian dan peniruan mungkin agak terhad berbanding yang lain. Rumusannya tingkah laku baharu sukar
dpelajari melalui peniruan dan pemerhatian seperti yang dianjurkan oleh Teori
Pembelajaran Sosial.
·
Pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan banyak dipengaruhi
oleh keupayaan membuat storan dan motivasi/peneguhan. Kegagalan menyimpan akan mempengaruhi fasa
reproduksi dan reproduksi akan menjadi lebih teguh melalui fasa motivasi. Peneguhan dilihat antara variable yang
mempengaruhi. Tingkah laku baru yang
dipelajari, sebagai contoh mat rempit (remaja yang bermotosikal dengan pelbagai
aksi) akan terus diulang-ulang kerana ada pengiktirafan dari rakan sebaya
sebaliknya tingkah laku baru itu mungkin menjadi lemah sekiranya aksi
sedemikian diikuti dengan dendaan.
Misalnya sipelaku dipenjarakan atau disaman. Dalam pembeljaran sekiranya tingkah laku
baharu diikuti dengan ganjaran, pembelajaran akan lebih menyeronokkan. Jelas bahawa keberkesanan pembelajaran melalu
peniruan dan pemerhatian turut dipengaruhi oleh elemen motivasi atau peneguhan.
·
Pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan banyak dipengaruhi
oleh kecekapan dan keupayaan model. Model harus berupaya membantu pemerhati
mencapai matlamat pembelajaran atau tingkah laku baru. Sebagai contoh seorang
jurulatih bolasepak yang baik akan
menhasilkan pemain dn pasukan yang baik tetapi jurulatih yang kurang kemahiran,
gagal meningkatkan tingkah laku baharu (kemahiran) pemainnya. Rumusan, kecekapan model mempengaruhi
tingkahlaku baru yang dingin dipelajari.
·
Pemerhatian dan peniruan wlaupun dilihat sebagai prinsip utama
pembelajaran, kesediaan seseorang mempelajari tingkah laku baharu turut
dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan seseorang. Sebagai contoh seorang pelajar Islam yang
belajar di Barat, walaupun tingkah laku
social yang dimodelkan oleh Barat begitu bebas, pergaulan antara lelaki dan
perempuan, budaya mnum/alcohol sentiasa didedahkan dan diperhati, kemungkinan
tingkah laku itu dipelajari banyak bergantung kepada sejauh mana pegannyya
terhadap Islam. Sekiranya pegangan nilainya kuat, tingkahlaku baru
(bersoasisal cara Barat) tidak akan dipelajari, tetapi sekiranya pegangan
nilainya tidak kuat seseorang itu akan mudah terpengaruh hasil daripada
pemerhatian dan peniruan.
·
Pemerhatian dan peniruan turut dipengaruhi oleh self-efficacy
seseorang. Sekiranya seseorang
berkeyakinan ia boleh melakukan sebagaimana orang lain boleh melakukan, tingkah
laku baru akan dapat dihasilkan/reproduksi.
Sebagai contoh aksi penerjun dalam sukan Olimpik dari ketinggian
tertentu dengan pelbagai aksi memang menggerunkan. Pemerhati akan dapat
menghasilkan aksi/tingkah laku yang sedemikian kalau memiliki self-efficacy
yang tinggi tetapi sekiranya dia memiliki self-efficacy yang rendah, dia tiadak
akan berani mencuba dan tingkah laku baru tidak dapat dipelajari.
SOALAN KUIZ
JAWAB TIGA SOALAN SAHAJA.
1. a. Pengetahuan
tentang Psikologi Pendidikan penting dikuasai oleh guru. Nyatakan
konsep psikologi pendidikan.
(3
markah)
b. Sebagai seorang bakal guru, bagaimanakah pengetahuan
psikologi pendidikan dapat anda
gunakan untuk membantu pelajar
memperoleh pembelajaran yang maksimum.
(7 markah)
2. a. Terangkan salah satu faktor yang
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang murid.
(3 markah)
b. Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai
hubungan dengan prestasi akademik. Pelajar yang konsep kendirinya negatif
menunjukkan prestasi akademik yang rendah. Bincangkan bagaimana guru boleh membantu membina konsep kendiri yang positif di
kalangan murid.
(7
markah)
3. a. Terdapat
pelbagai gaya pembelajaran di kalangan
murid. Nyatakan model gaya pembelajaran
individu mengikut Dunn & Dunn (1978).
(3 markah)
b. Pada pendapat anda, bagaimanakah guru dapat
menghadapi gaya
pembelajaran
murid yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
(7 markah)
4. a. Menurut Teori
Perkembangan Kognitif Piaget, perkembangan kognitif berlaku secara
berperingkat-peringkat. Terangkan
ciri-ciri perkembangan kognitif di peringkat operasi konkrit (7-11 tahun).
(3
amrkah)
b.
Bincangkan implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget kepada guru.
(7 markah)
5. a. Pemikiran boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis. Terangkan ciri-ciri pemikiran divergen.
(3
markah)
b. Untuk
meningkatkan keupayaan berfikir murid, antara usaha yang perlu dilakukan oleh
guru ialah merangsang pemikiran divergen. Bagaimanakah cara yang boleh
dilakukan oleh guru untuk menggalakkan
pemikiran divergen di kalangan murid.
(7
markah)
SAMPEL JAWAPAN
1. a. Pengetahuan
tentang Psikologi Pendidikan penting dikuasai oleh guru. Nyatakan
konsep psikologi pendidikan.
(3 markah) Psikologi
pendidikan ialah gabungan antara bidang psikologi dan bidang
pendidikan.Psikologi bermaksud kajian saintifik mengenai tingkahlaku dan
pemikiran manakala pendidikan merupakan proses untuk mengembangkan potensi
individu. Oleh itu psikologi pendidikan lebih menjurus kepada kajian tentang perlakuan manusia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Psikologi pendidikan memberi gambaran/profil
terhadap cara seseorang belajar dan keupayaan pembelajaran individu. Disiplin
ini memfokus kepada pengetahuan teoretikal dan empirikal mengenai pengajaran
dan pembelajaran. Pengetahuan psikologi pendidikan membantu dalam perancangan kurikulum dan instruksional.
b. Sebagai seorang bakal guru, bagaimanakah pengetahuan
psikologi pendidikan dapat anda gunakan untuk membantu pelajar memperoleh
pembelajaran yang maksimum.
(7 markah)
Sampel Hujah
Pengetahuan psikologi pendidikan penting bagi bakal guru kerana melalui disiplin ini guru
dapat meramalkan tingkah laku murid. Berdasarkan teori perkembangan misalnya,
guru dapat menjangkakan tingkah laku murid misalnya kesediannya daripada
pelbagai aspek; tahap keupayaannya, apa
yang disukai dan apa yang kurang disukai mengikut peringkat umur pertumbuhan
dan perkembangan. Oleh yang demikian
pengetahuan sebegini menjadi penting kepada guru untuk membolehkannya
menguruskan tingkahlaku murid, memotivasikannya dan meningkatkan tingkahlaku
pembelajaran dan learning engagement.
Jika ini dapat dilakukan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih efektif.
Jawapan-jawapan lain
·
Merancang
strategi pengajaran yang berbeza mengikut perbezaan individu
·
Menggunakan
kaedah dan teknik pengajaran yang sejajar dengan peringkat kognitif pelajar.
Semakin meningkat umur, semakin tinggi keupayaan.
·
Bersifat
lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan pelajar setelah memahami kebolehan,
minat serta bakat pelajar yang berlainan
·
Membantu
meramal serta mengawal tingkah laku pelajar. Ini bermakna pencegahan boleh
dilakukan.
·
Mengubah
tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
·
Dapat
memotivasikan pelajar dalam pelajaran
·
Jawapan-jawapan lain
yang sesuai
2. a. Terangkan
salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang murid.
(3 markah)
Konsep kendiri seseorang murid dipengaruhi oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah perkembangan
yang dilalui. Perlu diingat, konsep kendiri yang positif terbina daripada
kejayaan memenuhi keperluan-keperluan kehidupan dan penghargaan daripada
orang-orang yang penting di dalam persekitarannya. Seperti yang ditegaskan oleh Erikson, peringkat-peringkat perkembangan psiko-sosial yang dilalui oleh seseorang mempengaruhi
konsep kendirinya. Sekiranya setiap peringkat (percaya vs tak percaya hingga
kepada intergriti vs putus asa) dapat dilalui dengan lancar, ia akan membentuk
konsep kendiri yang positif dan sekiranya sebaliknya, ia akan membentuk konsep
kendiri yang negatif.
Jawapan-jawapan lain
·
Rakan
sebaya
·
Keluarga
dan cara pembesaran (authoritarian, authoritative, abaikan, indulgent)
·
Lingkungan
budaya
·
Pengalam
hidup yang dilalui/proses pertumbuhan dan perkembangan
·
Persekitaran
·
Iklim
sekolah
·
Penolakan/penerimaan
·
Pencapaian
·
SES
·
Kekurangan/kelebihan
diri e.g kecacatan
b. Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai
hubungan dengan prestasi akademik. Pelajar yang konsep kendirinya negatif menunjukkan prestasi akademik yang
rendah. Baincangkan bagaimana guru boleh
membantu membina konsep kendiri yang positif di kalangan murid.
(7 markah)
Sampel
Hujah
Konsep
kendiri merujuk kepada kesepaduan antara
idea, perasaan dan sikap yang dipercayai oleh seseorang terhadap
dirinya. Konsep kendiri juga boleh
membawa maksud satu cara kita melihat dan menerangkan diri kita sendiri. Konsep kendiri biasanya dibahagikan kepada
dua, iaitu konsep kendiri positif adan konsep kendiri negative. Kajian
menunjukkan konsep kendiri mempunyai hubungan dengan prestasi akademik.
Untuk
membantu membina konsep kendiri yang positif di kalangan murid, guru boleh
membantu murid membini identiti jaya.
Dalam membina identiti jaya, guru harus menonjolkan kekuatan sesorang
murid bukan menonjolkan kelemahannya dan melabelkannya dengan label-lebel yang
tertentu misalnya bodoh, lembab, debab dan lain-lain. Dengan menonjolkan kekeuatan dan mengenali
potensi seseorang memudahkan guru membina identiti jaya di kalangan murid. Sebagai contoh, pengetahuan mengenai
kecerdasan pelbagai membolehkan guru membantu pelajar cemerlang dalam ruang dan
kecerdasan yang dimiliki. Sesorang murid
iitu mungkin kurang bagus dalam matematik tetapi hebat dari segi bermain kerana
memiliki kecerdasan kinestetik yan tinggi.
Dengan pemupukan /grooming yang betul pelajar dapat membina konsep
kendiri yang positif kerana dia percaya dirinya turut memiliki
kekuatan-kekuatan tertentu setanding dengan orang lain. Amalan
membanding-banding pencapaian antara
pelajar walaupun bertujuan baik tetapi jika tidak teliti ada kalanya boleh menimbulkan kesan negatif
yang membentuk konsep kendiri yang negatif.
Oleh itu penting bagi guru untuk membantu pelajar membina konsep kendiri
yang positif kerana konsep kendiri yang positif mempunyai hubungan dengan
prestasi akademik dan aspek-aspek lain dalam kehidupan.
Jawapan-jawapan
lain
·
Menggunakan
terapi imageri untuk membina imej positif.
Khususnya bagi pelajar yang konsep kendirinya negatif, misalnya
menanggap dirinya lemah, tidak berdaya atau dipulaukan boleh dibantu melalui
terapi seumpama ini. Pelajar yang merasa
tidak berdaya boleh diminta mengimejkan diri dengan imej yang gagah,
berkeupayaan dan berkeyakinan. Kajian
menunjukkan terapi seumpama ini menyumbang kepada pembinaan konsep kendiri.
·
Role
–play/Main peranan/Simulasi. Melalui
aktiviti ini pelajar dengan konsep kendiri yang negatif boleh diberikan peranan/watak yang sesuai untuk menjadikan
dirinya lebih positif. Khususnya bagi
murid di peringkat rendah, pemberian
peranan atau watak sebagai polis atau hakim boleh membantu
meningkatkan konsep kendiri.
·
MemberI
khidmat bimbingan dan kaunseling. Kaunseling bertujuan membantu seseorang
mengenali diri dan dunianya. Dengan cara
ini seseorang itu dapat mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya
meningkatkan coping skills.
·
Penerapan
nilai murni dan konsep redha. Konsep redha penting dalam mewujudkan penerimaan
terhadap diri. Perspektif Islam melihat
setiap sesuatu ada hikmahnya.
·
Hargai
dan terima murid atas usahanya dan
pencapaiannya secara jujur.
·
Bantu
pelajar membina matmat yang jelas, realistic dan boleh dicapai
·
Wujudkan
kelompok sokongan e.g buddy support untuk membolehkan pelajar saling membantu
bukan memperlekeh kelemahan orang lain.
·
Guru
perlu membina personal kualiti seperti yang ditegaskan oleh Rogers; penerimaan
tanpa syarat, tulen, empati, tidak melabel, mesra dan nilai-nilai murni yang
lain.
·
Membina
pernyataan positif dalam diri murid
·
Melayan
murid sebagai individu yang unik.
·
Jawapan-jawapan lain
yang sesuai
3. a. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran di
kalangan murid. Nyatakan model gaya pembelajaran individu mengikut Dunn & Dunn
(1978).
(3 markah)
Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya
pembelajaran merupakan kaedah seseorang
menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat. Model ini berdasarkan
prinsip-prinsip di mana kebanyakan individu mampu dan boleh
belajar. Gaya pembelajaran individu akan bertindak balas
dengan iklim, sumber dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Model ini menekankan empat gaya pembelajaran
iaiatu auditori, visual, tactile dan kinestetik.
b. Pada pendapat anda, bagaimanakah guru dapat menghadapi gaya
pembelajaran murid yang pelbagai dalam proeses pengajaran dan pembelajaran?
(7 markah)
Sampel Hujah.
Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu
pendekatan pengajaran bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan
saja dari segi gaya kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh
Dunn dan Dunn (1993) dilihat sebagai alternatif yang lebih sesuai di dalam
menzahirkan pendekatan pengajaran yang bersepadu. Menurut Rita dan Kenneth Dunn dalam Meng (1997) menyatakan, “If
children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way
they learn.” Maka guru harus menggunakan pendekatan, strategi dan teknik mengajar yang
pelbagai untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid. Pendekatan pengajaran
bolehlah berbentuk kaedah kumpulan, perbincangan, sumbangsaran, projek, eksperimen dan lawatan sambil belajar.
Jawapan-jawapan
lain
•
Guru perlu mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid sebelum membuat
perancangan
pengajaran & pembelajaran.
•
Guru perlu menggunakan gaya pengajaran yang sesuai dengan gaya gaya
pembelajaran murid.
•
Guru haurs membentuk aktiviti kumpulan berdasarkan gaya pembelajaran
murid-murid
•
Guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai
dengan gaya pembelajaran murid-murid.
• Guru patut menyediakan persekitan pembelajaran yang kondusif dan sesuai
dengan
gaya pembelajaran murid-murid
4. a. Menurut Teori
Perkembangan Kognitif Piaget, perkembangan kognitif berlaku secara
berperingkat-peringkat. Terangkan
ciri-ciri perkembangan kognitif di peringkat operasi konkrit (7-11 tahun).
(3
amrkah)
Sample jawapan.
Pada
peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) operasi mental banyak dikaitkan dengan
objek konkrit dan situasi. Kanak-kanak di peringkat berkebolehan menyelesaikan
masalah secara konkrit (hands-on) dan logik.
Mereka juga boleh memahami hukum pengekalan dan boleh membuat seriasi
dan klasifikasi. Kanak-kanak boleh berfikir melalui beberapa peringkat dan
boleh berbalik semula kepada peringkat asal yang diistilahkan sebagai pemikiran
berbalik. Kanak-kanak juga boleh
mengklasifikasi mengikut kategori.
b.
Bincangkan implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget kepada guru. (7 markah)
Sampel
jawapan
Menyesuaikan
strategi P&P dan keupayaan murid.
Kajian
menunjukkan pemadanan strategi dan keupayaan menyumbang kepada keberkesanan
P&P. Pelajar akan menjadi bosan
kerana kegagalan guru menyesuaikan strategi P&P dengan keupayaan murid.
Pelajar juga akan menjadi bosan sekiranya aras pembelajaran terlampau rendah
atau mereka akan tertinggal di belakang dan menjadi bosan apabila aras
pembelajaran terlampau tinggi dan di luar keupayaan kognitif mereka. Penting
bagi guru membina padanan yang betul dan mencabar tetapi harus berpaksi pada
keupyaan mereka.
Jawapan
lain
·
Menyusun isi P&P
mengikut peringkat (senang kepada sukar/konkrit –abstrak)
·
Pembinaan pengetahuan
berlaku dalam diri pelajar –penglibatan secara aktif
·
Pemahaman terhadap
keupayaan berfikir murid
·
Penggunaan BBBM dan BBB
yang sesuai untuk membantu pemhaman konsep sesuai dengan aras berfikir murid
·
Pengguna strategi
P&P yang sesuai dengan aras pemikiran – model inkuiri
·
Jawapan-jawapan lain
yang sesuai
5. a. Pemikiran boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis. Terangkan ciri-ciri pemikiran divergen.
(3
markah)
Sampel jawapan
Pemikiran
divergen turut dikenali sebagai pemikiran bercapah. Tujuan pemikiran divergen ialah untuk menjana
seberapa banyak idea daripada sesuatu topik.
Pemikiran divergen berlaku dalam persekitaran spontan dan murid diberi
peluang mengeluarkan sebanyak mungkin idea.
selain itu pemikiran ini menggalakkan keaslian, terperinci, fleksible
dan lancar. Murid diberi peluang melihat
sesuatu isu/topik daripada pelbagai perspektif.
b. Untuk
meningkatkan keupayaan berfikir murid, antara usaha yang perlu dilakukan oleh
guru ialah merangsang pemikiran divergen. Bagaimanakah cara yang boleh
dilakukan oleh guru untuk menggalakkan
pemikiran divergen di kalangan murid.
(7
markah)
Sampel
Jawapan
Sumbangsaran/brainstorming
merupakan antara cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pemikiran
divergen. Teknik ini melibatkan
penjanaan idea dalam keadaan kreatif dan tidak berstruktur. Matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menjana
idea spontan daripada ahli-ahli kumpulan untuk satu topik dalam satu jangkamasa
yang pendek. Dalam satu sumbangsaran,
semua idea direkodkan dan tiada yang dikritik atau diketepikan. Selepas senarai idea dijana, ahli-ahli
kumpulan boleh menilai idea-idea tersebut semula dan mengkritik kesahihan
idea-idea tersebut. Melalui aktiviti
ini, pelbagai idea dapat dijana dan setrusnya menggalakkan pemikiran divergen.
Jawapan lain
·
Penulisan/Menyimpan
jurnal
·
Pemetaan subjek/
mind-mapping
·
Penulisan bebas
·
Perbincangan kumpulan
·
Sesi-buzz
·
Penggunaan teknik CoRT
·
Jawapan-jawapan lain
yang sesuai
SOALAN LAIN UNTUK LANJUTAN AUDIT KENDIRI
1. Psikologi dan
Psikologi Pendidikan
1. a. Psikologi pendidikan merupakan disiplin yang diberi penekanan kepada kerjaya
perguruan.
Nyatakan pemahaman anda terhadap konsep
psikologi pendidikan (5 markah).
b. Huraikan bagaimana pengetahuan psikologi pendidikan membantu
guru dalam meningkatkan kualiti P&P. (15)
2 Cikgu Aini
seorang guru baru. Baginya, keutamaan
yang perlu diberi penekanan dalam P&P
ialah penyampaian isi pelajaran dan menghabiskan sukatan. Walaupun
pernah didedahkan dengan pengetahuan psikologi pendidikan, baginya pengetahuan
tersebut dilihat tidak menyumbang kepada proses P&P. Sejauh mana anda bersetuju dengan pendirian
Cikgu Aini (20 m)
2. Pertumbuhan dan
Perkembangan Kanak-kanak.
1. a.Terdapat
perbezaan antara konsep pertumbuhan dan perkembangan dalam psikologi.
Jelaskan
perbezaan konsep pertumbuhan dan perkembangan . (5 markah)
b. Perkembangan
Psikososial menurut Erikson banyak
dipengaruhi kelancaran peringkat perkembangan yang dilalui.
Bincangkan bagaimana guru dapat menyediakan persekitaran yang
kondusif ke arah pembinaan psikososial yang
sihat bagi murid darjah 3 yang yang berasa rendah diri dan sukar
berinteraksi dengan rakan-rakan. (15 markah)
2. Teori
penaakulan Moral Kohlberg menekankan perkembangan moral berlaku dalam tiga
tahap. Pada tahap pertama Penaakulan Moral Pra-konvensional, pembinaan moral
adalah berorientasikan hukuman-patuh dan orientasi ganjaran.
Bincangkan kesesuaian hukuman dan ganjaran dalam membantu kepada pembinaan moral yang baik di
kalangan kanak-kanak (20 markah)
3. Perbezaan Individu
a. Terangkan salah satu aspek perbezaan
individu yang dapat diperhatikan di kalangan murid.
(5
markah)
b. Pengetahuan mengenai perbezaan
individu dipercayai dapat membantu guru
meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Bincangkan peranan
guru
dalam menghadapi perbezaan individu
di dalam kelas.
(15
markah)
a.Terdapat pelbagai gaya berfikir dan
gaya belajar di kalangan murid.
Terangkan ciri gaya belajar yang
diamalkan oleh murid kinestetik.
(5
markah)
b. Bincangkan bagaimana guru harus
mendepani gaya belajar yang berbeza ke arah memastikan keberkesanan P&P.
(15
markah
C. Di dalam kelas Ahmad sering dilabel sebagai
pelajar bermasalah kerana pencapaian
akademiknya terlalu lemah dan
terkebelakang berbanding rakan lain. Cikgu Natrah selaku guru kelasnya
melihatnya sebagai pelajar yang tidak menjajnjikan dan mengabaikannya. Adakah tindakan cikgu Natrah betul. Jelaskan pendirian anda.
(20
markah)
4. Perkembangan
Kendiri
Konsep kendiri dilihat sebagai antara
yang menyumbang kepada pencapaian akademik.
Terangkan ciri-ciri murid dengan konsep kendiri yang positif.
(5
markah)
a.Laila berasal dari kawasan pedalaman,
tinggal di asrama dan datang dari keluarga
yang mempunyai SES rendah.
Berbanding rakan-rakan lain, yang rata-rata dari SES tinggi, dia
merasakan dirinya tidak berkeuntungan dan sering menyendiri.
Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda
dapat membantu Laila membina
konsep kendiri yang positif.
(15 markah)
Perspektif Psikodinamik Freud menekankan
pembentukan personaliti manusia dipengaruhi oleh tiga komponen utama iaitu id,
ego dan superego selain daripada peringkat-peringkat perkembangan yang
dilalui. Beri ulasan anda terhadap
kesesuaian pandangan teori ini dalam memahami personaliti murid di bilik
darjah.
(20
markah)
5. Pemikiran
5.
Terdapat pelbagai jenis
pemikiran yang perlu dibangunkan
di kalangan murid.
Terangkan ciri-ciri pemikiran
kreatif.
(5
markah)
Penekanan kemahiran berfikr secara
kritis dan kreatif (KBKK) mendapat tempat di
dalam kurikulum persekolahan.
Bincangkan bagaimana KBKK dapat diterapkan di dalam bilik darjah. / Bincangkan
cara meningkatkan pemikiran kreatif di kalangan murid.
(15
markah)
Pemikiran kritis dan kreatif mampu
menjana modal insan yang berkualiti bagi menjadikan Malaysia negara maju dan
berpendapatan tinggi. Namun demikian, sistem persekolahan yang tidak fleksibel dan lebih
berorientasikan peperiksaan di Malaysia menyukarkan guru membangunkan KBKK di
kalangan murid. Sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan ini.
(20
markah)
6. Teori Pembelajaran dan Proses Pembelajaran
1. Teori
pembelajaran dapat dikategorikan kepada lima aliran yang utama. Nyatakan kepentingan teri pembelajaran kepada guru.
(5
markah)
Teori Behaviorisme menekan kepentingan
prinsip peneguhan untuk memastikan tingkah laku pembelajaran berlaku.
Bincangkan bagaimana anda boleh
mengaplikasi prinsip tersebut dalam pembelajaran di bilik darjah.
(15 markah)
Prinsip Behaviorisme turut menekankan
konsep ganjaran dan dendaan dalam merangsang tingkah laku pembelajaran di
kalangan murid.
Berdasarkan situasi semasa di Malaysia,
nilaikan kesesuaian dendaan sebagai amalan P&P di bilik darjah.
(20 markah)
Aliran kognitivisme melihat pembelajaran
adalah proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia. Terangkan peranan murid dalam pembelajaran
kognitivisme.
(5 markah)
Bincangkan implkasi teori kognitivisme terhadap amalan
guru.
(15
markah)
Teori pembelajaran sosial menekankan
bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu murid memerhati dan
meniru tingkah laku orang lain.
Bincangkan
sejauh mana tingkah laku baru dapat dipelajari melalui pemerhatian dan
peniruan.
(20 markah)
Antara prinsip Teori Pembelajaran
Humanis menekankan konsep pendidikan terbuka. Nilaikan kesesuaiannya dalam
konteks Malaysia.
(20 markah)
Konstruktivisme
Sosial yang diutarakan oleh Vygotsky menekankan peranan
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). Jelaskan konsep ZPD
(5 markah)
Teori pembelajaran kontruktivisme
menekankan kepentingan guru sebagai pemudahcara dalam proses pemelajaran.
Bincangkan bagaimana peranan pemudahcara dapat dilaksanakan secara berkesan
dalam amalan bilik darjah.
(15
markah)
Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan antaranya ialah ingatan dan
lupaan. Terangkan ciri-ciri ingatan
jangka jangka pendek.
(5 markah)
Cikgu Latipah mengajar murid-murid
darjah enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Perkara yang menjadi masalahnya ialah
murid-muridnya sering mengalami masalah meningat semula isi pelajaran yang
disampaiakan.
Bincangkan langkah yang perlu dilakukan
oleh Cikgu Latipah untuk membantu meningkatan ingatan di kalangan
murid-muridnya.
(15 markah)
7. Tingkah
laku bermasalah
. a. Tingkah laku bermasalah di
kalangan murid boleh dikategorikan kepada dua
iaitu tingkah laku bermasalah
yang negatif dan tingkahlaku bermasalah yang positif.
Terangkan ciri-ciri tingkah
laku bermasalah yang positif.
(5 markah)
b. Kemungkinan guru berhadapan dengan murid yang menimbulkan tingkah laku
bermasalah yang positif adalah
tinggi. Bincangkan cara menangani
tingkah laku
bermasalah yang positif
ke arah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan
efektif.
(15 markah)
Dalam usaha mengatasi tingkah laku
disruptif dan memastikan proses P&P berjalan lancar, Cikgu Roslan
seringkali menggunakan dendaan kepada murid-murid yang bermasalah tingkah
laku. Sejauh mana anda merasakan
tindakan cikgu Roslan adalah betul.
(20
markah)
8. Motivasi dan Pembelajaran
Motivasi dilihat sebagai elemen yang
boleh mempengaruhi pembelajaran.
Jelaskan kepentingan motivasi.
(5 markah)
Cikgu
Aziz baru dipindahkan dan ditugaskan mengajar kelas darjah enam. Dia
diberikan kelas yang agak bermasalah kerana murid-muridnya tidak bermotivasi
untuk belajar. Bincangkan usaha yang
boleh dilakukan oleh Cikgu Aziz untuk meningkatkan motivasi murid-murid di
kelasnya.
(15 markah)
Keputusan peperiksaan UPSR di sekolah Sri Cempaka seringkali
terkebelakang berbanding dengan sekolah-sekolah lain. Oleh yang demikian, PIBG dan pihak sekolah
telah menjanjikan pelbagai incentive ke arah meningkatkan motivasi pelajar
supaya prestasi dapat ditingkatkan.
Sejauh mana anda bersetuju dengan langkah bersama yang diambil oleh PIBG
dan pihak sekolah.
(20 markah)
9.
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling merupakan antara
perkhidmatan yang telah diwujudkan di semua sekolah. Nyatakan kepentingan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.
(5
markah))
Mazni merupakan murid tahun lima dan sentiasa bersendirian,
mengasingkan diri dan sukar bergaul dengan rakan lain. Bincangkan bagaimana anda menggunakan
kemahiran bimbingan dan kaunseling untuk membantu Mazni supaya boleh bergaul
dengan rakan-rakan lain.
(15
markah)
Setiap guru dalah kaunselor.
Bincangkan sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan ini
(20
markah)
Pedekatan kaunseling memfokus kepada usaha pencegahan,
pengembangan, pemulihan dan krisis, Nyatakan apa yang dimaksudkan dengan
program pengembangan.
(5
markah)
Sebagai guru tahun 6, anda mendapati sebahagian besar murid yang
bakal menduduki peperiksaan UPSR di kelas anda menunjukkan pencapaian
peperiksaan yang lemah dan kurang memberi tumpuan terhadap pembelajaran. Bincangkan usaha-usaha pengembangan yang
boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid anda.
(15
markah)
Untuk membendung masalah disiplin dan tingkah laku negatif dalam
kalangan murid, Pengurusan Sekolah Kebangsaan Sri Merlong lebih berminat kepada
pendekatan disiplin iaitu dengan mengenakan pelbagai peraturan, dendaan dan
hukuman dan mengabaikan peranan bimbingan dan kaunseling. Beri penilaian anda terhadap langkah yang
diambil oleh pengurusan sekolah.
(20
markah)
Terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh digunakan dalam
kaunseling kanak-kanak dan antaranya ialah terapi biblio. Nyatakan apa yang anda faham mengenai terapi
ini.
(5
markah)
Bagaimanakah anda dapat membantu seorang murid yang memiliki
konsep kendiri negatif meningkatkan konsep kendirinya melalui terapi biblio.
(20
markah)
Sebagai kaunselor, antara etika yang menjadi pegangan kaunselor
iala kerahsiian. Dalam keadaan yang
bagaimanakah etika kerahsian boleh dikecualikan.
(5
markah)
Bincangkan kepentingan kerahsiaan dalam proses kaunseling.
(15
markah)
SAMPEL
Antara
prinsip Teori Pembelajaran Humanis menekankan konsep pendidikan terbuka.
Nilaikan kesesuaiannya dalam konteks Malaysia
(PENDAHULUAN)
Pendidikan terbuka merupakan antara konsep pendidikan yang
diutarakan oleh Mazhab Humanis. Mazahab
ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Maslow dan Rogers. Pendidikan terbuka
merupakan satu konsep pendidikan yang melihat pembelajaran manusia mempunyai
kaitan dengan emosi dan perasaan.
Manusia dilihat sebgai positif, mengambil inisiatif dan bergerak ke
hadapan untuk memenuhi kesempurnaan kendiri.
Dengan kepercayaan ini, pendidikan dilihat sebagai proses yang datangnya daripada
individu itu sendiri dan sama sekali agak bertentangan dengan pandangan
Behaviorist. Pendidikan terbuka telah pun dipraktikkan di beberapa sekolah di
Barat. Melihat kepada beberapa prinsip
utama teori ini, pendidikan terbuka dilihat sebagai mempunyai kesesuaian untuk
dilakasanakan dalam kontes Malaysia.
Iisi-isi untuk menyokong (perbincangan)
Contoh sampel
HUJAH MENYOKONG.
TS Dalam konteks Malaysia,
pendidikan terbuka sesuai dilaksanakan kerana ia memberi kepada ruang pelajar
untuk memilih bidang yang ingin dipelajar (CI) (SM)Ini merupakan antara psinsip asas yang dianjurkan oleh
pendidikan terbuka di bawah Mazhab Humanis. Sudah sampai masanya, pakar-pakar pendidikan menyemak
semula kurikulum dan melakukan transformasi terhadap tawaran kurikulum yang diberikan
kepada murid. Apa yang berlaku dalam
system persekolahan hari ini ialah pelajar tidak diberi pilihan yang luas untuk
menentukan bidang atau mata pelajaran yang ingin di pelajari. Sebagai contoh, seorang pelajar di sekolah
rendah tidak diberi ruang untuk memilih matapelajaran yang disukai, Kita dapat melihat, misalnya murid yang tidak
suka kepada matematik tetapi lebih berminat terhadap bahasa atau muzik
dikehendaki juga belajar subjek
matematik. Implikasinya, pelajar hilang
minat dalam subjek berkenaan, dan berkemungkinan menimbulkan masalah dalam
P&P. masalah seumpama ini akan
berterusan apabila pelajar ini ke sekolah menengah, dia wajib mempelajari
Matematik sehingga ke tingkatan lima.
Persoalan yang ingin diutarakan di sini adakah dengan paksaan dan
mewajibkan, pembelajaran akan menjadi seronok atau sebaliknya. Apakah impaknya. Pelajar akan hilang minat untuk berada di
sekolah dan seterusnya berkemungkinan meninggalkan alam persekolahan. Jika kita menoleh kepada sejarah pendidikan
Negara, sebelum pensijilan terbuka, mereka yang gagal dalam subjek matematik di
peringkat PMR tidak boleh meneruskan
persekolahan di tingkatan empat. Teori
kecerdasan pelbagai oleh Gardner misalnya menjelaskan bahawa seseorang
mempunyai puncak kecerdasan yang berbeza-beza.
Sekiranya pelajar diberi autonomi memilih bidang yang ingin dipelajari
sesuai dengan kecerdasan yang dimiliki, kita yakin kita mampu melahirkan modal
insane yang berkualiti dan inovatif.
Semua ini akan mampu dicapai sekiranya system pendidikan kita sanggip
mengamalkan pendidikan terbuka dengan memberi ruang yang lebih luas kepada
pelajar memilih bidang yang disukainya sesuai dengan kecerdasan, minat dan
bakatnya. Sebagai cntoh Negara China cemerlang dalam sukan kerana mereka member
ruang menyediakan sekolah sukan bagi yang berminat sejak kecil lagi. Sistem pendidikan Negara seharusnya lebih
berani mengamalkan pendidikan terbuka. Walaupun pendidikan kita telahpun memberi ruang pilihan seumpama ini
tetapi pilihan ini hanya terbuka di peringkat tertiari atau university tetapi
tertutup di peringkat sekoalah rendah dan menengah. Sekiranya Negara mengimpikan kecemerlangan
dalam setiap bidang ke arah menjana modal insane berkualiti, usaha melaksanakan
pendidikan terbuka tidak seharusnya di sekat.
Dengan ini jelas bahawa
pendidikan terbuka mempunyai kekuatannya
dan sesuai dilaksanakan dalam konteks Malaysia (CN).
SM boleh
terdiri daripada definaisi, huraian, narration, data, fakta, contoh/contoh,
banding beza dll yang sesuai.
·
Pendidikan terbuka menekankan kepada iklim pembelajaran yang
bersifat mesra, penyayang dan tidak mengancam (non threatening). Sesuai diparktikkan sekarang. Kaitkan dengan in Loco Perentis, konsep REACH
dan hak kanak-kanak untuk diajar dengan cara yang terbaik.
·
Penekanan kepada pembelajaran arah kendiri (self directed
learning) dan mengurangkan kebergantungan.
·
Kurikulum terbuka – pelajar diberi ruang untuk memilih bidang
yang ingin
dipelajari,
·
Bahan pelajaran yang
memberi makna.
·
Pendekatan pengajaran dan Pembelajaran bersifat terbuka, jadual
fleksi – cuba lihat bagaimana konsep open university,
·
Murid ada autonomi untuk menentukan sesuatu
·
Ruang pembelajaran yang terbuka –tidak hanya tertumpu dibilik
darjah (pemb. maya/virtual learning, oll)
·
Peningkatan rasa tanggungjawab dan keupayaan terhadap apa yang
dipelajari.
·
Bersifat terbuka dan merangsang kreativiti –inovasi
·
Bersifat autoritatif, ruang untuk pelajar memilih dan menentukan
cora pembelajaran
·
Menekankan aspek afektif dan emotif
·
Pelajar diberi ruang mempelajari apa yang diminati dan apa yang
ingin diketahui – minat meningkat dan bersifat intrinsic –tidak timbul masalah
tingkah laku dan bersifat inner directed.
·
Penekanan kepada bagaimana cara belajar, bgaimana memperoleh
ilmu dan tidak bersifat suapan. Ini
sejajar dengan perkembangan semasa, dunia tanpa sempadan dan ledakan
maklumat. Kaitkan dengan peranan guru
sebagai fasilitator.
·
Penilian terhadap kemajuan diri dalam pembelajaran bersifat
dalaman. Pelajar sendiri perlu menilai
tahap pencapaiannya-pemahaman kendiri sebagai penilaian lebih bermakna. Walau bagaimanapun masih perlu belajar
memenuhi jangkaan darpada pihak luar. Penilian berasaskan sekolah merupakan
titik tolak kepada pendidikan terbuka bukan semata-mata kepada penilian sumatif
(UPSR, PMR, SPM dll).
·
Pendidikan terbuka menekankan kepada iklim pembelajaran yang
bersifat mesra, penyayang dan tidak mengancam (non threatening). Sesuai diparktikkan sekarang. Kaitkan dengan in Loco Perentis, konsep REAH
dan hak kanak-kanak untuk diajar dengan cara yang terbaik.
·
Meningkatkan kerjasama, kreativiti dan menurangkan
kebergantungan.
·
Meningkatkan tingkah laku positif terutamanya tingkah laku pembelajaran; (Engagement, Participation, Responsiveness,
Responsibility, Collaboration, Communication, Independent activity, Self
Regard/Self Esteem , motivation)
·
Membina lokus kawalan dalaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)