Wednesday, December 21, 2011
Bolehkah yang pelat itu diubah?
Ros ada satu persoalan untuk anda semua..Bolehkah yang pelat itu diubah? adakah ianya memeritkan lidah untuk diubah? dan adakah ianya ada kaitan dengan otak?
semua persoalan diatas adalah hasil dari pengamatan ros terhadap seorang adik ni..
memang kesian sangat ros tengok dia..susah nak menyebut huruf jawi dengan baik..tapi bagi ros benda macam ni boleh diubah...
teringat pada Episod Solehah yang ke berapa yer, yang ke-9 kalau tak salah..ros pernah ditanya tentang bagaimana nak mengubah cara anak muda sekarang dari bercakap menggunakan perkataan yang kesat dan kurang enak didengar..lebih kurang macam tu lah soalan yang telah diajukan oleh Puan Isfadiah diketika itu..
dan diantara jawapan ros adalah, menghantar anak-anak muda ke kelas Tahsin Al-Quran..iaitu kelas memperelokkan bacaan..bukan sekadar boleh menyelesaikan masalah bacaan..akan tetapi dari segi makhraj huruf juga kelas ini sangat-sangat mebantu...bila teringat akan jawapan ros waktu tu..Alhamdulillah, serta merta nak membantu adik yang agak pelat dalam sebutan makhraj ni..walaupun ilmu yang ada tidak seberapa..tapi, insyaAllah..bantu setakat mana yang mampu..mungkin mengajar adik ini mambaca dengan betul Muqaddam boleh membantu dia mengurangkan pelatnya..
ros yakin ros buat sehingga adik ini betul3 hilang pelatnya..insyaAllah..permudahkanlah ya Allah..aku buat!
apa yang ros nampak sekarang adalah, Solehah tidak mebgajar kita pandai berkata-kata sahaja..tetapi Solehah banyak mengajar kita bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah..dan salah satu yang ros hadapi sekarang adalah masalah pelat, solusinya..tahsinul quran..tidak ada perkara yang mustahil jika dengan kuasa Allah..:)
moga dapat dimanfaati oleh semua pembaca! ;)
saya rasa gembira dapat berkongsi degan semua..;)
moga Allah berikan ganjaran yang BAIK buat kita semua..
Amin ya Rabb..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
boleh mot.ajar dia pelan-pelan sebut somthing tu...lama2 betul la pelat tu
ReplyDelete