Sunday, June 23, 2013

Hulurkan Bantuan Seikhlas Hati Mu.



mari kita sama-sama membantu..hulurkan tangan, ringakan beban...dengan kos sara hidup yang tinggi di Jordan, mana mungkin mereka mampu untuk menanggung pula kos rawatan mereka yang terlibat dengan kemalangan di sana..

untuk details..baca ini

Bismillah..

Pada 13hb jun, kami akhawat Jordan telah menerima kedatangan 2 orang akhawat UK, Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan (pelajar Tahun Akhir Sains Aktuari, London Economy of School, penggerak di London) dan Sumaiyah binti Romli (pelajar Tahun 1, Astrofizik, University College London, adik yang baru menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah Sept 2012 dan sangat konsisten dalam DnT) dalam rangka berjaulah selama 12 hari ke sini atas hadaf ingin menziarahi akhawat, mencari ibrah di bumi anbiya' dan berukhuwwah sesama ahli jaulah dan akhawat Jordan. 

Pada awalnya, jaulah ke tempat tempat bersejarah yang berhampiran dengan Irbid telah diuruskan oleh akhawat. Kemudian pada 20hb dan seterusnya, seperti dirancang, jaulah akan diteruskan ke kawasan selatan Jordan yang jaraknya 6-7jam daripada Irbid menyebabkan akhawat meminta khidmat pelajar Melayu yang sudah biasa menjadi ajen pelancong. 

Ahli jaulah mereka seramai 9 orang, 2 kereta. 2 orang akhawat UK menaiki kereta bersama 3 orang lagi pelajar Jordan; seorang pemandu lelaki (pelajar Universiti Yarmuk) dan sepasang suami isteri juga kedua-duanya pelajar Universiti Yarmuk yang mana isterinya mengandung 7 bulan setengah. Manakala kereta satu lagi dinaiki oleh seorang pelajar perempuan Yarmuk, seorang pelajar perempuan Mafraq dan ibu bapa pelajar tersebut. 

Pada petang 21 Jun sekitar jam 4-5ptg, kereta yang dinaiki oleh akhawat UK terbabas ke dalam gaung ketika dalam perjalanan daripada Petra ke Aqabah. 2 orang iaitu Nazirul dan Arwah Sumaiyah telah tercampak keluar daripada kereta. Manakala sebuah lagi kereta dalam keadaan selamat dan telah hampir sampai di Aqabah, namun berpatah balik apabila mengetahui tentang kemalangan tersebut. 

Semua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Malikah Rania Petra. Setelah sampai di Emergency Department, Arwah Sumaiyah masih hidup dan sempat mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit setelah sampai di hospital. Innalillahi wainna ilahi rajiun. 

Jenazah dalam keadaan yang baik dan sangat tenang alhamdulillah. Jenazah sedang diuruskan oleh pihak Education Malaysia Jordan, Prof Azidan untuk dihantar pulang ke Malaysia. Update terkini tentang waktu penerbangan belum diketahui. 

Manakala Ukhti Ili Dayana patah tulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang. Ukhti tersebut dalam keadaan stabil dan sudah sedar. Doktor Nidhal (Doctor yang bertanggungjawab) mengatakan bahawa tulangnya akan pulih dan bercantum semula secara spontan selama 3-4 minggu dengan pergerakan yang paling minimum. 

Ukhti Ili Dayana akan dipindahkan ke Hospital Amman untuk rawatan lanjut dan consultation. 

Pemandu cedera parah (retak dikepala - linear skull fracture, patah tulang bahu dan patah tulang rusuk - multiple rib factures, masih di ICU kritikal). Nazirul patah tulang kaki dan tangan (dah sedar boleh cakap, namun memerlukan surgery di tangan dan kakinya di Hospital Amman), Humairak isteri Nazirul keguguran kandungan berusia 8 bulan. 

Detail akhawat yang terlibat adalah seperti berikut : 

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia) 
Universiti Kolej London. 
Tahun 1. 
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam 
Pengkhususan : Astronomi Fizik. 
Asal : Kedah. 

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera) 
London School Of Economy. 
Tahun 4. 
Pengkhususan : Sains Aktuari
Tajaan: Bank Negara. 
Asal : Perak. 

Ukhti Sumaiyah adalah akhawat yang baru ingin mengenal dunia dakwah dan tarbiyah, ukhti yang konsisten dengan program-program DnT di UK. Namun ketetapan Allah telah mendahului. Seorang rijal untuk ummah ini telah pergi. (Al-ahzab, 33:23)

اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها. 


ukhtikum fillah, 
siti umairah binti abd rahman
umwirdani@gmail.com
+962779974153

Copy paste

Moga jdi pengajaran wat kita, 
Ingat.. mati x mengenal sesape

sama-sama kita membantu ye kawan-kawan..terima kasih..

Barang Hantaran Dari Saya Untuk Si Dia.


ehhh..jangan salah fahammm..barang hantaran ni sebagai contoh sahaja..yelah, akan datang pasti ramai yang nak mencari kan? macam ros lah..cari kat google image je punnnn..hihi :D ni contoh-contoh hiasan barang hantaran..cantikkkkk..memang ros suke dan berkenan sangat..jom tengok satu-satu..:)






see...cantikkan orang yang buat hantaran ni semua? masyaAllah lah Allah berikan kelebihan untuk org ni...:') harap-harap nanti dtg lah idea nak deco macam mane hantarannyer...elak suh org buatkan je nanti..hehe..:P

Belum Pasti.


salam nisfu syaaban buat teman-teman blogger..tadi dah merepek cerita kisah idup kawan dekat belog ni..yuppp..kisah hidup kawan..skrg nak cerita tentang kisah hidup sendiri yang belum pasti..yupp..belum pasti sebab selagi yang di sana belum balik memang tak boleh nak pastikan sama ada sudi atau tidak si DIA terhadap saya..:') 

apa-apa pun ros kuatkan dengan doa..tawakkal dan berharap agar masa yang berlalu antara kami tidak sia-sia bahkan Allah panjangkan jodoh dan umur kami untuk terus bersama dan meelayari cinta dan cita-cita hingga ke syurganya..:')

cukplah ros katakan yang ros sendiri belum pasti..kan dalam entry sebelum ni ros dah cakap..lelaki ni sukar untuk kita faham..sukar di jangka lah senang cerita..jadi..memang di akhirnya jawapan ros masih dengan BELUM PASTI..

doakan ros tau..:') banyak yang dah ros plan untuk kelancaran majlis andai dia SUDI..hihi :D yelah, tu la cakap belum pasti sebab kalau cakap dah pasti nanti tak menjadi pula....

umur kita makin tua kan? kalau boleh ros memang target nak tamatkan zaman bujang pada umur 27 / 28...insyaAllah...teruskan berdoaaaaa..lebih-lebih lagi esok nisf syaaban..banykkan mengingatinya...:) sama-samalah kita menuju redha ALLAH yang kekal ABADI..:) 


selamat beribadah semua....:) 




*peace! :)

Jerebu Oh Jerebu..



JEREBU

Maksud:

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ahíla terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. 

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan arbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Suatu Hari...


bismillah..

hye dan salam untuk semua pembaca tegar blog ros..tegar tak tegar asalkan tiap-tiap hari ada lah dalam 30 orang yang sudi baca..haha..:P tak kisahlah kannnn..

agak lama jugak tak update tentang kisah hidup sendiri dekat blog kesayangan ni..rasa nak update tapi malas tu lebih menguasai diri..jadi dibiarkan blog ini kosong tanpa penulisan melalui hati..kalau ikutkan entry ros yang sebelum ini..ros lebih kepada perkongsian contoh soalan yang ros dapat dari pensyarah IPG..maklumlah..memang tahu ramai yang mencari contoh soalan lebih-lebih lagi soalan dari jabatan Ilmu Pendidikan...iaitu Falsafah dan Etika Guru dan juga Psikologi Pendidikan..memang famous amous lah subjek killer ni..;) tapi apa-apa pun bersyukur sebab dapat jawab dengan baik waktu exam hari tu..:)

baiklah, tak nak merepek sakan sangat tentang isu lain..nak bangkitkan tentang isu HATI sendiri..actually, buan pasal diri sendiri pun..pasal kawan baik ros ssendiri sebenarnya..tapi duk rasa geram dan duk mikir tak habis-habis pasak hubungan kawan baik dan teman lelakinya yang juga kawan baik ros..kami semua dah macam adik beradik..tapi apakan daya...mungkin sahaja jodoh tidak panjang..putus ditengah jalan tatkala dalam perancangan nak nikah..sedih kan..ros paling sedih sebab peernah jadi orang tengah diorang..entahlah..sejujur-jujurnya...semua perempuan nak kan lelaki yang jujur dan setia dalam hidup..ros sendiri pun macam tu jugak..tapi LELAKI ni kita susah nak tafsirkan mereka macam mana..ikutkan hati ros, memang ros akan cakap semua lelaki sama sebab majoriti mereka berperangai dan buat haal mende yang sama..

  • memang menimbulkan rasa geram juak lah..sibuk jek nak geram-geeram hal orang kan dak ros ni..tapi inilah hakikat yang sehingga sekaarang ros tak dapat nak terima...huhuhu..tu lah sebab status ala-ala orang tak nak hidup...punye teruk bahasa yang ros gunakan..:P maaf lah, ros memang tak selindung dah ni..perangai ros macam ni lah...orang lain ada masalah ros yang lebih emosi..sebaab apa nak tahu? sebab ros fikir benda macam ni tak mustahil akan jadi pada kita...ya ALlah...sedihnyerrr...sedih sangat-sangat..:'( tak nak lah berlaku pada diri sendiri..
sebenarnya..dah cuba fikir positif pasal lelaki..tapi ros tetap tak bleh dan memang jenis ros tak mudah percaya...hurm, susah kan kalau dah negatif terlebih dengan lelaki..patutlah tak ada orang nak...huhu..:'(

okey lah...nak end up this entry..nanti kalau cerita banyak-banyak sendiri sakit hati....makan hati..huhu..tapi tak pe, makan hati leh tambah darah..hehe...:) senyum dan teruskan senyum walaupun dalam keadaan terpaksa tau rosss! ;)

pssttt! jangan keluar rumah..jerebu sangat teruk skrg ni..banyaakkan minum air masakkkk....;) peaceee!