Tuesday, August 4, 2020

Muhammad Ali Nuruddeen 6 Months Old.

Bismillah,

 salam buat semua, esok dah masuk 4 Ogos 2020, dan Ali dah pun mengjangkau umur 6bulan..ikutkan 6 bulan ni dah boleh makan kan? Actually, Ali dah makan masa 28 Julai yang lalu...Alhamdulillah, Ali makan bubur putih yang nenek masakkan..awal sikit anak ibu makan sebabnyer air liur Ali asik ngencesss aje bila tengok kami makan..mungkin gigi nak tumbuh sama la tu..

kalau macam abgnya Ashraf ibu memang ikut betul aturan makan yang disuggestkan oleh kawan-kawan..mana yang terbaiklah untuk dia..tapi untuk Ali ni yang jaganya ibu sorang, tak dan nak buat sangat kecuali hari minggu..ibu mulakan dengan bubur putih sebab ada satu gambar yang ibu baca nanti anak-anak tak cerewet makan..sebab ibui perhatikan macam Ashraf dia susah nak terima benda yang pedas-pedas..sampai sekarang dah 3 tahun 5 bulan still Ashraf tak boleh nak adapt makan benda pepedas nau! 

harap bila ibu mulakan Ali makan bubur putih ni, Ali akan datang ok jelah ye..

PERKEMBANGAN ALI

Alhamdulillah juga, masa umur Ali 5 bulan Ali dah pandai meniarap, nak berborak-borak kononnya..pandai panggil iiibuuuu...allah-allah...seronok dan terhibur sangat rasanya ibu :') 

ALHAMDULILLAH


inilah perkembangan Ali, walaupun Ali adalah haemangioma baby, tapi perkembangan Ali setakat ini mengikut bulan...syukur, minta semua yang baca blog ibu, doakan Ali sihat sentiasa yer..masa buat ultrasound ceranium di kepala hari tu, ibu cukup risau dengan kondisi Ali..6 hb ni ALi perlu ke daycare Hospital Melaka, untuk on ubat..harap ubat propanolol tu OK untuk Ali dan Ali tahan dengan ubat tersebut.. sungguh hati ibu mana yang tak risau bila anaknya banyak masa habis di hospital kan? syukur ada hikmah ibu pindah Melaka, kalau kat sana pastinya ibu dah menyusahkan walid :"( itupun walid selalu ada dengan ibu harungi semua ujian Allah ini..terima kasih Allah