Sunday, December 2, 2012

TIPS: 10 tips diet yang sihat.


langsing dan cantik merupakan impian setiap wanita. Walaupun tidak mudah untuk dilakukan, tetapi ramai wanita rela menahan lapar dan bersukan selama berjam-jam. Diet yang baik bukanlah dengan cara berpuasa yang berterusan jika mengganggu gugat kesihatan..apa yang penting mengikut peraturan makanan berdasarkan umur dan juga aktiviti sampingan. Berikut ialah beberapa tips yang dijamin menjadikan diet lebih baik dan sihat:

1- Makanlah secukupnya dan atur jumlah kalori yang diambil secara bijaksana.

2- potong buah-buahan yang anda suka dalam potongan kecil untuk menggantikan makanan ringan yang tidak sihat.

3- Hindari memakan snek yang diletak di dalam bekas. Letak di dalam piring atau cukup dengan hanya mengambil segenggam.

4- Jika anda termasuk dalam orang yang menyukai roti, pilihlah yang mengandungi bijirin penuh.

5- Hindari makanan yang berlemak lebih dari 10%. Baca label maklumat nutrisi pada tin / plastik makanan.

6- Catatlah makanan yang telah anda makan selama 2 minggu.

7- Mentega mempunyai kandungan lemak tepu. Hindari atau ganti dengan yang rendah lemak.

8- bawalah botol air minuman walau kemana pun anda pergi. Dengan itu, anda tidak akan mengalami dehidrasi dan juga lebih sedikit kemungkinan untuk memilih minuman yang bersoda ataupun terlalu banyak gula.

9- Cubalah melakukan detoksifikasi untuk mengeluarkan racun dalam tubuh (Detox Foot tu pun oke rasanya) heeeeee;D

10- Minumlah air mineral dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..:) 

* itu sahaja TIPS DIET untuk kali ini..ada lebih 40 Tips Diet yang Sihat yang akan sy kongsikan berdasarkan bacaan saya..tungguuuuuuuu! :)





Kerja edit mengedit belog sudah selesai..Terima Kasih Adik Fatimah Azzarah!


Bismillah,

Selesai sudah edit mengedit di belog ros ini..dan ros sangat berpuas hati dengan kerja / khidmat edit blog yang telah dibuat oleh adik Fatimah Azzarah..

temanya ialah ROSE..wajib ada bunga rose, nama belog pun Mawar Merah Berduri kan? of course lah bunga ros tu wajib ada tepek dekat belog yang indah ini..

tak sangka dapat suruh orang edit belog sendiri, kalau sebelum ini tak pernah nak suruh orang editkan melainkan suruh Nyrah budak IT KUIS yang santek itu editkan header blog..tu pun free..tapi yang kali ni memang nak stick dengan belog dan disebabkan itu mestylah keadaan belog cantik dan kemas! ;) 

sebab lepas ni ros nak kongsikan semua cerita dalam belog neh..tak sabar nak tunggu keputusan J-QAF minggu depan..8 Disember ni baru tahu jawapan samada dapat atau tidak untuk mengajar Bahasa Arab di sekolah kebangsaan..huishhh..debor sangat rsanya!;)

okey3, siapa yang nak hire adik fatimah boleh terus pergi ke blognya ye? memang fast reply and love it to the max! ;) adik fatimah juga layankan aje ros ni..tak sangka agak cerewet jugak aku neh..:P

dan kalau semua nak tahu di blog adik Fatimah ada nyatakan berapa RM..macam yang ros punya ni full package RM25 sahaja..;) kalau header tu tak salah RM5 sahaja..memang berbaloi dan puas hati sangat..terima kasih dik! 

adik fatimah ni baru lepas UPSR tau, tahun depan dah form 1 lah kan..?
all the best dik..semoga terus sukses dalam pelajaran..:) 

kalau ada apa-apa yang akk kurang tahu sal coding dekat belog neh, insyaAllah akak akan tanye pada awk ye..:) terima kasih..:)

KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN DPLI-SR j-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2013




KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN DPLI-SR j-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2013
BilAktivitiTarikh
1.Iklan akhbar permohonan Program DPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 201323 September 2012
2.Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.26 September 2012
3.Permohonan ditutup.(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)03 Oktober 2012
4.Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.12 Oktober 2012
5.Ujian MTeST seluruh negara.(Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).20 Oktober 2012
6.Semakan online nama calon berjaya ditemu duga. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat melalui internet).12 November 2012
7.Temu duga DPLI j-QAF Ambilan Januari 2013.(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapkan).19 November hingga
23 November 2012
8.Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan penempatan guru. (Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui internet untuk tujuan pendaftaran.10 Disember 2012
9.Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran sementara semasa pendaftaran).17 Disember 2012
9.Pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.02 Januari 2013
Perhatian:

 Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan. Calon dinasihatkan supaya sentiasa menyemak kalendar aktiviti dengan melayari laman sesawang KPM : http://www.moe.gov.my

Resipi Kangkung goreng belacanggggg..versi Roros! ;)

bismillah, 
sebentar tadi dikunjungi rakan sekolah menengah waktu Form 1 dahulu yang datang bersama suaminya, Nurul Zakiah dan juga Khairun Hakim..
actually, suami isteri ni memang dari satu sekolah..hehe..:P tapi waktu jaman sekolah dulu tak bercinta pommmm! :P
oleh sebab dyowang datang dah tengahari, makanya ros pun menghidangkan makanan untuk disantap..
diantaranya Kangkung goreng belacan, dan juga Udang masak serai..wow!
okey, skarang nak kongsi Resepi kangkung goreng belacang dengan semua..
Bahan-bahannya ialah:-
- kangkung
- belacan
- bawang merah
- bawang putih
- ikan bilis
- 5 tangkai cili merah / cili hijau hidup.
okey, sebelum menggoreng kangkung, kisar dahulu belacan, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan juga cili hidup tersebut..
setelah bahan dikisar, masukkan minyak ke dalam kuali yang telah dipanaskan..
setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga nampak bahan-bahan tersebut masak..dan akhir sekali masukkan kangkunggggg ..jgn lupa, basuh kangkung bersih-bersih ya...! ;)
dah masukkan kangkung? gaul kesemua ramuan sehingga sebati..(macam nak baking cake lah pulak)
akhir sekali masukkan garam dan pak aji secukup rasa ye..:)
mudah kan?
dah masak boleh lah hidangkan kepada tetamu..
heeeeeeeeeeeeee :D nanti kite buat resipi udang masak serai pulak ye? :)
dah tengok perubahan dekat belog ni? heeeeee :D komen lah sket..sebab baru jek edit belog ni..kalau boleh nak rose-rose seluruh layout ni..;) 
ok, bye!

Blog masih dalam proses baik pulih.


Bismillah,

sebelum ros tuliskan entry pagi ini, ros nak tanya..semua dah tahu belum siapa JUARA MASTERCHEF Musim ke-2? hehehehe..semalam malas na tunggu sampai habis..tapi tak sangka apa yang ros teka semalam betul-betul menjadi kenyataan..:)

Izyan adalah Juara MasterChef bagi musim ke-2...! 
hebat tak hebat air tangan perempuan? hehe..dua jejaka iaitu Along dan Ah Hong pun boleh tewas tau! ;)

apa-apa pun TAHNIAH Izyan, semoga teerus cemerlang dalam bidang masakan sampai bila-bila...! :)

okey, kita terus pergi kepada tajukkk..nampak tak perubahan pada belog ros ni? ros hired adik Fatimah Az-Zarah untuk edit blog ros..alhamdulillah..hampir separuh siap..insyaAllah tunggu sedikit lagi proses mengedit blog ni..almaklumlah nak suruh owner blog ni sendiri yang edit memang tak la, jauh sekali nak edit dengan cantik..tak pandai nau! hihihihi :D 

ros harap belog ni semakin cantik nanti..;) tak sabar nak tunggu blog ni cepat pulih seperti biasa..tang header tuh macam nak suruh adik Fatimah kurrangkan kaler dynampak mcm gelap lah pulok! hish, cerewet jugak ros ni...hehe.. :D

okey, jumpe lagi di lain entry..

bye!