Monday, January 14, 2013

Bidang Tugas Guru-guru j-QAF.


Hasil carian budak baru belajar seperti saya, alhamdulillah sedikit sebanyak perkogsian dari guru-gur di ruangan maya ini membantu..:)

dan saya jumpa bidang tugas kami sebagai seorang guru DPLI-SR j-QAF 2013, 

anda boleh download / muat turun di link ini:-

http://www.ziddu.com/download/21343494/isu-isu-jqaf.doc.html

semoga dapat membantu! :)

Linus & Numerasi KSSR.


Bagi yang mencari bahan-bahan LINUS & NUMERASI..semuanya boleh terus klik di LINK dibawah ini..semoga dengan adanya bahan-bahan ini dapat membantu..hasil perkongsian KSSR Online..:) Terima Kasih telah memudahkan kami..:)

Linus & Numerasi KSSR

Hari Ini.


bismillah, 

Alhamdulillah, hari ini tidak henti-henti menerima message, email dan whatsapp dari customer yang bertanyakan tentang jubah..harga jubah ni berapa? size macam mana ye? maaf lah, sebab ros memang super duper busy tak terkata sebab ros sekarang dah mula mnegajar kan..dengan RPH yang tak siap, bagus perangai..manakan tidak, RPH ros baru tadi dapat tau! hehe..esok nak tanya dekat kak Maria tentang RPH dan dah boleh start mengajar..mungkin juga bahagikan jadual dengan kak Maria..:) harap dimudahkan esok..:)

actually, kalau semua nak tahu, ros ni bendahari dalam rumah ni, jadi semua kira-kira kutip hutang rumah ros lah orang nya..bendahari tak bertauliah..kikiki..kat dalam rumah ni pulak, siapa yg bekerja wajib bayar rm15 setiap hari..ros pun sebenarnya tak terkecuali..tapi ros dah buat perjanjian dengan abah, barang rumah ros yg akan beli..hihi :D makanya terlepas dari bayar rm15..bagus tak? :)

tadi mak panggil masuk bilik, suruh kira duit..semuanya sal duit je hari ini kan? emak ros ni jenis suka kumpul RM1 yg baru tu banyak-banyak..kira-kira tadi betlul-betul genap rm699..abah tambah rm1, jadi total rm700..puas nak ngirakan untuk emak..emak dan abah plan nak gi buat umrah, semoga tercapai cita-cita..ros pun dah rindu sangat dekat Haramain..

ini lah cerita Hari Ini..esok pun akan bercerita lagi..adakah mungkin tentang RPH lagi? boring tak baca pasal RPH? owh! sila cakap tidakkkkkkk! sebab esok ros nak post gambar buku RPH yg penuh dengan bahasa cina dan gambar adik Aisyah..:) insyaALlah..:)

*semoga dalam kasih sayang dan rahmat Allah..:) dan semoga ALlah elakkan kita dari buruk sangka dan sentiasa baik sangka pada sesiapa sahaja..sebelum terlupa..nak promote model terbaru Syazara Enterprise...kawan aka sahabat Solehah Naib Juara Wan Nor Mazuani..:) comel dan baik orangnya..orang yang banyak berbakti kepada dua ibu bapa..model muslimah sekarang..:)


comel kan? yang tertutup dan berlitup itu INDAH..:)  Klik LIKE SYAZARA 



Sambungan: Bakal Pengantin "Mati Pucuk"


cerita ini adalah kesinambungan dari post yg INI..

sebenarnya ros sendiri kurang pasti dengan isu ini, pendek kata kurang arif dan memang tak tahu pun apakah hukum sekiranya seseorang itu akan berkahwin sedangkan dia tahu bahawa dia seorang lelaki yang Mati Pucuk..

ini adalah hasil dari bacaan ros yang mana telah ros ambil isinya dan disalin semula ke sini melalui majalah al-Ustaz bilang 08, Fiqah Semasa.

Soalan: Saya telah pun bertunang sselama tiga tahun. Kini keluarga pihak perempuan kian mendesak saya agar segera melangsungkan perkahwinan. Namun, saya belum bersedia kerana masih berusaha untuk mengubati penyakit "Mati Pucuk" saya. Apakah hukum jika saya berkahwin?

Jawapan: Ringkasnya HARAM melangsungkan perkahwinan dalam keadaan saudara berpenyakit seperti yang dinyatakan.

Huaraian: Hal ini kerana saudara akan berlaku zalim ke atas isteri saudara kerana saudara tidak mampu untuk memberinya nafkah batin. Selain itu, perkahwinann ini juga akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan beerbanding kebaikan seperti fitnah keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Oleh yang demikian, saudara perlu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit tuan terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis perkahwinan. Sekiranya pakar telah mengesahkan bahawa saudara telah pulih sepenuhnya daripada penyakit tersebut maka barulah saudara dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan. Seperkara lagi nikmat perkahwinan bukan hanya pada seks semata-mata, malah lebih dari itu. Tanpa seks ada pasangan yang bahagia, maka apa yang perlu ialah bakal isteri perlu diberitahu akan hal ini.

* ros sebenarnya tak berapa faqih tentang hukum hakam sebenar, tapi al-Ustaz ni satu bahan bacaan yang ssangat membantu selain daro Solusi..:) semoga bermanfaat..:)

Download Borang Pentaksiran KSSR.


disini anda boleh MUAT TURUN Borang Pentaksiran bagi KSSR:-


dah selesai download? sila komen di petak bawah..:) terima kasih..:)

Lelaki Mati Pucuk Haram Untuk Dinikahi?


betul ke ni?
serius ke?
mana awak tahu ni ros? 


okey, nanti ros kongsikan ye..:) 


sabarrrrr..:) 

Anak Murid A.K.A Mia Sara.


bismillah, nak cerita tentang seorang anak murid ros yang sangat comel, namanya Aisyah..dan ros panggil dia Mia Sara sebab muka dia memang serupa dengan adik Mia Sara, sehinggakan waktu ros tanya dia..awk ni muka macam..macammmm..kemudian dia dah mendahului ros..macam Mia Sara ke ustazah? haaaaaaaa! tepat sekali..

actually, apa yang ros nak ceritakan dekat sini ialah, waktu berakhirnya kelas bersama dengan adik Tahun 1 tadi, aisyah berbisik dekat ros..dia cakap..

Aisyah: Ustazah, Aisyah cakap ni dekat ustazah, ustazah jangan cakap dekat Ustazah Maria tau..
Ros: Okey, nak cakap apa?
Aisyah: Ustazah ros cantik laaaaaa..:)))
Ros: hahahaha..yelah-yelah..ustazah tak bagitahu ustazah Maria..terima kasih Aisyah..:)

lucu kan? budak nya kecil, comel molek jerr...esok insyaALlah ros snap gambar Aisyah tu ye? :) balik ni nak beli buku foolscap..nak buat RPH dalam buku tu sebagai bukti ros mengajar adik-adik ni, kesian kan? sebabnye GPK tak bagi buku RPH sekolah..huhu..tak pelahhh! :) 


okey, nak balik rumah dah...nak punch card dan balik, kejap lagi abah dah datang nak ambil..anak abah la katekan, peergi berhantar, balik berjeemput....heeeeeee:D 

bg yg follow ros tu, terima kasih..insyaALlah ros akan follow kalian nanti..:)