Wednesday, November 28, 2012

JOHAN Adam Hawa tu memang tak pernah tetap hatinya!


Johan: "kalau cincin ni bukan untuk Ain, bukan juga untuk Azie.."

perghhhhhhh...senang-senang je lelaki yang tak tetap hatinya ni kan? ingat hati ni boleh dibuat main ke? boleh dilayangkan ke sana ke sini?
kalaulah aku jumpa lelaki jenis macam ni memang mahu sahaja dilesing-lesing!
panass...panasss..*eyh, macam aku lak adik Ain yang nak emosi-emosi bagai :P

tapi itulah hakikatnya LELAKI kan?
bila dah putus dengan yang ni, cuba pula dengan perempuan lain..ibarat tukar baju pula..dah busuk yang tu..tukar pakai yang wangi sikit, yang baru..busuk lagi..tukar lagi..banyak juga yang terjadi kepada kawan-kawan ros..tahu-tahu jer dah bercinta dengan orang lain..jadi lebih baik senyapkan apa sahaja jenis perhubungan dari kita hebah-hebahkan tapi tak jadi..aduhhh! sedih kan? 

dan apa yang best Adam Hawa tadi ialah, Adam dan Ain dah kembali bersatu dan berbaik-baik semula..seronokkkkk..biarkan padan muka si Johan tu meroyan tak tentu pasal...

bagi sang jejaka yang terbaca post kali ni, jangan toucing-2 ye! ahakssss!

TIPS: Anda tetap cantik tanpa solekan.

bismillah..
hai semua, nak cerita..semenjak dah tak pergi mengajar ni, okey..fahamkan ayat..maksudnya bercuti la..semenjak cuti sekolah ni, muka ros pun cuti tanpa sebarang make up, memang tak berapa nak suka pakai make up dan akalu boleh i am really like to look natural than tepek muka dengan make up..hehe..:) kadang tu kalau dah datang sekolah awal, memang tak make up langsung lahhh..lepas solat Zohor dekat sekolah baru make up..jadinya semua barang-barang termasuk tonner, moisturizer, krim, bedak compact dan semua benda alah tu memang ros bawa ke sekolah..agak leceh juga sebab ros ke sekolah bukannya naik kereta..tapi by motor..ada lesen kereta tapi takut sangat nak bawak..baguskan perangai? entah sampai bila pun tak tahu lah! ;) lebih selesa ke sekolah dengan menaiki motor..hikhik..:P memang macam supergirl lah naik motor tu..ngan selendang terkuak-kuak..nampak sikit muslimah yan bekerjaya..haha :P *muslimah terkuak-kuak ker ros? okey, sy pakai jenis labuh untuk ke sekolah..:) 
okey, kat sini nak kongsikan tips tetap cantik tanpa solekan..
tak semua orang suka bersolek, ada yang suka nampak natural..dan terkadang  tu ada diantara yang tidak mahu memakai sebarang alat solek dek kerana alahan dan sebagainya..jadi di sini ada beberapa tips yang boleh diguna pakai bagi mereka yang cintakan natural:-
1- Rajin membersihkan kulit muka. Ini merupakan jalan penyelesaian tercepat dan termurahhh! tak gitu? :)
2- Hindari Stress, Stress ni boleh menyebabkan naiknya wrinkle kat bahagian muka..;) percaya atau tidak..hindarilah stress anda dari dinaiki jerawat! Jerawat suka membiak bila kita stress, jadi tangani stress dengan baik ye dear!;) 
3- Selalu tersenyum, Senyum itu kan ibadah dan sedekah..tak ada rugninya kalau kita senyum, bila muka kita pucat..pastinya nampak agak kusam dan muram, jadi tanganinya dengan SENYUM..:) free3 dapat PAHALA..:) tapi kalau duduk seorang diri tu jangan pula senyum sorang-sorang, kang ada yang kata kita GILA pula! hehehe..;)
okey, selamat mencuba ye adik-adik manis..SMILE! 

Kuasa Bedak Arab Kokuryu - Hanya RM55 sahaja!


Bismillah, okey, sekarang nak beritahu kepada semua wanita-wanita yang gorgeous3 kalah saya yang super simple dimple pimples..:P perbezaan sebelum dan selepas saya apply bedak arab kokuryu ke muka saya yang agak lesu dan layu..

boleh lihat gambar saya yang tak pakai apa-apa..super natural semua datang dari Allah..:)


okey, ni gambar dalam flight waktu nak gi umrah..ditaja oleh UQ Holidays..ini antara hadiah yang ros dapat waktu masuk Program Realiti TV Alhijrah, Solehah..:)

ini gambar sebelum, nampak tak muka lebih-lebih lagi dekat dahi tu..memang tak apply apa-apa bedak sebab fikir nak wat umrah..bukan nak melarammmm..haha :P


selepas menggunakan Bedak Arab Kokuryu, ros tak pakai cream apa-apa pong! tak edit ye gambar ni adalah original..petang tadi neh waktu keluar..aduh, abaikanlah ketembaman yang memang ketara tuh! kalau beli bedak ni, tahan sampai 8bulan tau! lama tuuuu~ tengok juga pada penggunaan kita..:) selagi masih ada stock dekat ros ni mai la order...:) 

boleh emailkan di wardahamra_86@yahoo.com / whatsapp di 0136918603..:)






Mudahkan, Jangan Susahkan -Syed Alwi Alatas


Bismillah, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah..:)
dalam pukul 3 lebih macam tu tadi, adik Fatimah dah reply email dan ros dah agree nak hire dy untuk edit belog..dy pun kate memang dy masih buat khidmat edit belog..puas mencari dan Alhamdulillah dy nak editkan belog ni kasik lawa..make up..make up sket..kan? ;)

then, lepas dah abis bagi details dekat adik Fatimah, ros dengan adik ros yang baru habis dan sudahpun dapat result UPSR hari tu siap-siap..kami nak pergi berjimba-jimba dua orang..ala, tak ke mana pun, cuma ke Tesco jeeeee..itu pun sebab abah dah bagi dia duit ganjaran..haha..sebenarnya, abah dah janji dengan adik..kalau dapat 5A dapat rm500, kalau 4A rm400..jadi waktu result diumumkan...adik ros dapat 4A1B, hah! hamikkkkk lah abah..gasak nak memberi anak kesayangan dia tu duit..dan sebenarnye kesian juga dekat adik, sebab memang waktu cuti macam ni dia memang tak kemana..asik duduk depan laptop dan main game..jadi waktu kuar ke Tesco tadi singgah kejap ke Popular dan beli dua tiga buah buku untuk di baca..adik beliTRILOGI NOVEL PENYIASATAN SHERLOCK HOLMES dan aku pula beli dua buah buku MDAHKAN JANGAN SUSAHKAN dengan Tips dan Petua Kecantikan Harian..insyaAllah bakal aku kongsikan dengan semua pembaca-pembaca nanti..

walaupun kami jarang keluar, tapi mak dan abah tak lupa pun nak bawak kami pi jalan-jalan..dah rancang nak pi jalan jauh-jauh..tunggu masa dan ketikanya sahaja..almaklumlah mak dan abah memang sibuk..plan nak ke Rawang juga terencat dek nak menjaga adik-adik di rumah..kalau ros tak ada di rumah ni, tak ada siapa lagi yang nak masak makan pakai minum semuanya lah..ros ni ibarat ibu tiri bagi diorang..haha :D 

since kak ipar balik kampung memang ros lah yg buat, kalau dy ada..kami ssama-sama buat.hehe, kadang bantu juga, kadang tu tak ada ape sangat yang nak ditolong..dan even semua orang dah besar panjang dalam rumah ni, tapi liat juga tangannnya nak membantu satu sama lain..liat sangat! nak kena bersuruh baru bangun, sama lah dengan saya! hehehe..:P

okey lah, ni nak lipat baju sekejap kemudian nak sambung balik baca Mudahkan, Jangan Susahkan by Syed Alwi Alatas..


*kalau semua nak tahu, memang every month ros akan beli buku! ;) seronokkkkk membaca..tapi kadang tu tak ingat langsung apa yang di baca..otak dah lemah..almaklumlah, dah TUA..:)

ok, bye!

Emak dan Abah saya hanyalah seorang pemandu teksi.

bismillah..
Alhamdulillah diberikan nafas oleh Allah swt untuk hidup pada hari ini..maka, dari itu..setiap dari kita wajib mengucapkan rasa syukur..kan?
baiklah, seperti tajuk di atas..emak dan abah saya hanyalah seorang pemandu teksi..jangan segan bila ada yang bertanyakan kepada anda apakah pekerjaan ibu dan bapa anda walaupun hanya sekadar seorang cleaner..atau bekerja di mana-mana hotel sebagai housekeeping..
saya tidak pernah akan berasa malu malah saya berbangga kerana dengan gelaran seorang pemandu teksi lah abah dan emak mendidik saya sehingga saya mendapat macam-macam yang pastinya ramai diantara kita impikan tapi saya diantara mereka yang beruntung..Allah pilih saya, moga-moga ianya bukanlah tadarruj dariNya..
saya berusaha bersungguh-sungguh, bukanlah niat saya untuk menunjuk2 pada kalian..tetapi semuanya yang sy dapat adalah pemberian dari Allah dan saya bersyukur..every sem dari start saya masuk kolej, saya dapat apa yg saya target..anugerah dekan setiap sem diploma dan degree, pernah beberapa kali mendapat 4.0 rata..kemudian tahun 2007 saya pergi ke Maghribi secara percuma..bantuan zakat selangor walaupun saya bukan anak selangor..saya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Bahasa Arab dan Kesusasteraan, dan bagi peeringkat Ijazah sy mendapat Pelajar Terbaik bagi kos Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua untuk Majlis Anugerah Dekan entah kali ke berapa majlis tersebut saya sendiri dah lupa..kemudian sehinggalah saya tamat belajar saya sewaktu Konvokesyen KUIS kali ke -14, saya diantara 5 pelajar yang mendapat Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik Keseluruhan yang ke-2 iaitu Anugerah Dato' Menteri Besar Selangor..saya bersyukur..syukur sangat-sangat..kerana dngan adanya emak dan abah saya yang hanya bergelar PEMANDU TEKSI..
hati saya menjadi sedih, sayu dan pilu..apabila ada yang memperlekehkan kerja halal emak dan abah..ada yang memperrlakukan mereka seperti kuli..pernah sewaktu abah menghantar saya pulang ke kolej, selepas usai solat subuh kami menuju ke rumah pelanggan tersebut..agak lama menunggu lebih kurang setengah jam seperti waktu yang dijanjikan masih belum lagi turun..sehinggalah minit yang kee 40-45minit..abah tetap sabar menunggu, saya yang macam oanas hati betullllllll! saya berkata: abah, mana nye abang tu? tak turun pun..janji pukul berapa? baik iza tidur je dari tadi..abah hanya menjawab: sabar kejap, kejap lagi kang turun lah tu..
sejurus itu, nampak kelibat seorang lelaki menuruni tangga yang gelap..seraya mendekati kereta teksi kami dan berkata:"bang maaf bang, anak saya tak berapa nak sihat sangat..menangis tak nak lepaskan saya..maaf bang" 
dalam hati: hurm, selalu bagi alasan yang sama dekat abah..kesian abah aku tau!!!!
abah membuka bonet kereta dan meluru keluar mengambil beg abg tersebut..
dalam hati lagi berbisik: makkkkk aii! kau ingat abah aku tu kuli ke? ko amik dan letak lah sendiri dalam bonet! dah lah nak tunggu kau punye lah lame tadi..sekali lagi dalam hati terdetik KESIAN DEKAT ABAH! 
macam tulah perangai abah, kalau dah ada customer, dia mesty layan dengan baik..dan jaga customer tersebut supaya mereka stick dengan kita dan menggunakan perkhidmatan teksi kami lagi pada kemudian hari..
itulah ceritanya yang agak panjang, tetapi jari jemari dan hati yang agak tidak tenteram ini masih lagi mahu berkongsi dengan semua teman-teman, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik atok, nenek, opah dan semua yang menggunakan perkhidmatan teksi mahupun bas ataupun segela kemudahan awam yang disediakan..
ini adalah kisah benar, abah saya sudah lama memberikan perkhidmatan teksi bermeter ini..abah selalu memberikan yang terbaik untuk semua pelanggannya..pelanggan abah datang dari pelbagai kaum..cina, melayu india serani dan tak kurang juga dari pelbagai negara teerutamanya yang paling ramai adalah pelancong dari Korea dan Indonesia..memang jika mereka datang ke sini..abah lah yang mereka langgan unuk pergi ke mana sahaja..alhamdulullah rezeki untuk kami sekeluarga cukup..tidak pernah kurang..abah juga mempertingkatkan dirinya dengan belajar bahasa inggeris..apa yang saya tahu..english abah hanyalah biasa..tetapi sifat untuk memajukan diri..abah saya membeli buku belajar bahasa inggeris yang khusus untuk pelancong..itu sikap abah yg sangat mebanggakan saya..:) dan abah saya tak pernah malu jika dia silap grammar..dia terus bercakap sehingga Korean tu faham apa yang ingin disampaikannya..bagus kan abah..i am so proud of u abah..walaupun kita tak lah rapat mane kan abah? hehe :D *segan dengan abah kalau saya ade buat perangai cam budak-budak..:P
tibalah masanya saya bongkarkan kebiiadaban sesetengah pelajar di beberapa buah kolej di Melaka ni, sungguh saya tak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan terhadap emak dan abah..lebih-lebih lagi pelajar dari Politektik dan Yayasan Melaka..saya agak kurang senang apabila abah menerima panggilan ketika dia sedang makan tengahari di rumah..abah menyambut panggilan dengan baik, khabarnya ada yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi..kebiasaannya abah selalu mengutamakan pelanggan..abah terus memakai baju dengan kemas dan keluar untuk hanya mencari RM 5..apa yang menyedihkan adalah..apabila abah pulang dalam masa 10minit dan memberitahu bahawa pelanggan aka plajar yang berpelajaran tinggi itu sudah menaiki teksi lain..apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah..jika anda sedar bahawa anda telah menempah kereta sewa dengan pemandu teksi aka abah saya,,,jadi tunggu dan gunakan sahaja perkhidmatannya..dan jangan sesekali call pemandu teksi lain untuk pick up anda..itu adalah satu perangai yang agak kurang baik dan sungguh saya geram dan boleh dikategorikan agak kurang adab sekali anda terhadap pemandu-pemandu teksi..ingatlah adik, what comes around goes around..tak mustahil jika anda ditakdirkan dalam keluarga ada yang bekerja sebagai pemandu teksi pada suatu hari..fikirkanlah kebaikan dan keburukan yang akan mereka hadapi! 
please, lagi satu..hormatlah mereka seperti anda menghormati ibu bapa anda..teringat sewaktu abah dan emak bertugas pada bulan puasa..sesetengah dari pelajar ini agak kurang menghormati abah, abah cakap..pakcik buka puasa dulu, nnt pakcik ambil kamu dekat tempat biasa, mereka melawan..mereka cakap..ala, pakcik ambil la kami..kami nak bukak puasa dah ni..okey, abah dengan taat menuruti..dah itu punca rezekinya..dalam kereta..mereka sedap menelan air..berbuka puasa..abah? abah saya macam mana..? tidak langsung mereka mengajak atau mebelikan apa-apa keada abah untuk berbuka..bukanlah abah saya meminta simpati pun, tapi abah sendiri memang tak sempat nak beli apa-apa untuk berbuka...jika anda semua pandai belajar sehingga ke tahap yang tinggi..pasti anda menganggap abah saya ini seperti ibu dan bapa anda sendiri..sekali lagi saya memang kasihan mendengar luahan seorang pemandu teksi..ye..itulah dia..abah saya..! ROFIEE BIN HUSSIN..
saya sedar siapa abah saya, dan disebabkan itu..jika saya menaiki kereta sewa / teksi.duit lebihnya saya sedekahkan kepada pakcik tersebut..dan saya anggap dan hormat mereka sepertimana saya fikir abah saya sedang berada di sebelah saya..
apa yang perlu anda ada dalam diri anda sebagai seorang pengguna teksi adalah:-
1- Hormati mereka.
2- Layani mereka seperti mana yang sepatutnya.
3- Jangan sesekali menawar atau menipu mereka dengan mengatakan saya naik teksi sebelum ni lagi murah dari yang ni..(ini hakikat beberapa pelajar yang pernah menipu abah, padahal mereka pernah dikenakan charge yg lebih mahal)
4- jangan sesekali memperlekehkan seorang pemandu teksi kerana kerja mereka adalah HALAL! 
5- Ucapkanlah TERIMA KASIH PAKCIK, kepada pemandu teksi atau bas setelah selamat anda sampai, mereka menjaga nyawa anda dan nyawa mereka sekali ketika disepanjang perjalanan anda dan semestinya Allah menjaga kita semua..! :) jangan lupa, ucapkan terima kasih..
6- sila baca dengan hati yang terbuka dan berlapang dada dari 1-5..terima kasih! :)