skip to main |
skip to sidebar
bismillah,
bulan Oktober, November dan Disember merupakan bulan-bulan yang pack dengan aktiviti memenuhi jemputan walimah rakan-rakan, sanak saudara dan taulan..mana kan tidaknya..dekat FB sahaja dan berpuluh-puluh event..semuanya yang duk jauh-jauh belaka..Pahang, Kelantan,Kedah Terengganu nasib yang Sabah dan Sarawak belum tiba lagi invitationnya..kalau yang sana pun menjemput pasti terasa juga orang yang di semenanjung ni sebab memang tak la nak ke sana...apatah lagi yang dekat negeri-negeri jiran ni pun tak terlarat nak memenuhi permintaan..
*maaf ye!
umur dah lanjut ni pakat nikah dah belaka semuanyaaaaaa..sedihhhh benor kite ni ha, entah bila pulak tiber giliran kite..Allah sahaja lah yang mengetahui..
jeles sangat bila tengok adik-adik umur yang muda-muda ni dah nikah dulu dari kakaknya..kakak seniornya ni tiba-tiba lewat pulak..hehe..bukan apa, itu namanya perancangan ALlah kan? dah Allah pilih untuk mereka lebih dahulu punyai tugasan dan tanggungjawab, redha sahajalah merekaaaaa..mungkin juga ruang masa yang ALlah berikan pada ros ni kena gunakan sebaiknya dengan family tersayanggg..untuk emak, abah dan adik beradik..:)
yang hairannya tu, yang duk pakat-paka nikah ni semuanya yang senyap-senyap, otai-otai waktu sekolah dulu..ada sesetengah tu yang tomboy tau! bila jumpa dia dan encik suaminya..teringat pula keletah sewaktu dia di sekolah menengah..dengan jalannya, tangan dan kaki yang dihayunkan persis jantannnnn! haha..tapi sekarang lembut mak tuan..cantik lak tu..:P
itu lah dia, rencana dia..mungkin sahaja hari ini kita jeles melihat kebahagiaan rumah tangga orang lain, insyaALlah nanti dan akan datang pasti ramai yang jeles dengan kite..kan3? ye dakkkk? kalau ros, ros anggap yang ros ni masih muda..hahahahaha..sebabnya satu je, diop nikoh lagi...yang hok nikoh belake tu semua dah TUA..hahahahaha..jadi kita ni masih muda remaja laaaaa..;)
moralnya kat sini: jangan jeles pada saya dan sesiapa sahaja yang masih belum mendirikan rumahtangga..
*saya jeles dengan mereka yang dah berumah tangga tu tak megapa..hehehe
kalau berpacaran, jangan tunggu lama-lama,
kalau dah berkenan, jumpalah ayah dan mama,
nantikan rombongan meminang dengan segera,
kalau terlambat kekasihmu disambar boya!
berdasarkan lirik, ini contoh lelaki yang nak disuruh pergi meminang..semua nak tunggu bersuruh, kalau dah suka apalah salahnya tunjukkan kesungguhan dan buktikan dengan berjumpa ibu bapa si perempuan..kan? tak gitu?
tapi zaman sekarang, berpacaran hanya 24JAM = 1 hari, keesokkan harinya..kita clash! tak jumpa, calling-calling, sms and whatever yang dilakukkan bersama-sama selama 24 Jam sebelumnya!
cinta yang datang dengan cepat pastinya akan hilang dengan mudah dan cepat juga..
berbanding ddengan cinta selepas berkahwin..kewangiannya pasti akan semerbak dan harum hingga ke syurga..
percaya atau tidak? inilah realiti cinta remaja..cinta beruk, cinta monyet..
jangan pandang-pandang, jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang,
bertambah sayanggggg..
biar malu-malu..
biar segan-segan
itulah tandanya kita beriman..
cinta yang jenis macam ni, cinta yang suci lagi murni bak minyak masak murni..! eyh, silap, bak kain yang putih kosong..kemudian dilengkapkan dengan pelbagai corak-corak indah penuh dengan warna pelangi lambang tanda kasih, cinta dan sayang..
tu yang syiokkkkk dan dicari-cari sepatutnya..bukan lah cinta nafsu semata..
orang sekarang melihat kepada kesempurnaan kecantikan dan bukanlah kesempurnaan kecantikan dalaman..
benar, Allah itu cantik dan sukakan yang cantik-cantik..
tapi kita juga perlu mengerti kecantikan itu seharusnya datang dari dalam diri..
kalau harapkan muka kita sahaja yang cantik, tapi dalaman kita "rabak" dan terkoyaak dan hati hitam diselubungi dosa, tak guna juga akhirnya..
pantasnya kita dinilai oleh dia dan yang membezakan kita dengan orang lain adalah sifat Taqwa..
actually, entry ini ditujukan khas kepada anak-anak muda di luar sana lebih-lebih lagi adik-adi yang meningkat dewasa yang baru sangat nak kenal apa itu erti COUPLE, apa itu LOVE is CINTA dan banyak lagi istilah cintan cintun ni semua..tapi anak-anak zaman sekarang lebih pro dari kita..
itupun dengan bantuan tekno terkini..handphone budak yang baru tahap satu sekolah rendah dah advance pakai..kan?
apa-apa pun, jaga diri hiasi peribadai, bagi yg perempuan jangan cepat termakan kata-kata lelaki, nanti anda juga yang merana diri..dan timbul pula yg akan mengata macam ni: "murah nau diri kauuuuuu!" orang Melaka, memang kasar..minta maaf ye..
elakkan diri dari berpacaran hanya 24JAM..dan kemudian lelaki dan fed up mintak clashhhhh..
pantang jumpa dahi licinnn..
*emosi lagi, the end..
semakin hari semakin banyak rambut yang gugur, pelbagai cara yang telah aku lakukan..tapi tetap juga rambut ini gugur ke lantai..emak selalu bising, ni tak lain tak bukan mesti rambut kau ni kan iza..ish mak ni, bulu kucing agaknya tu..takkan yang panjang-panjang warna hitam bulu kucing? hahahaha:D inilah alasan yang selalu aku bagi dekat emak setiap kali emak "menuduh"ku..emak memang selalu suruh potong rambut..tapi sayang..sebab ini lah mahkota kita kan? kenalah jaga..panjang ke, pendek macam jantan ke..tetap rambut..risau sungguh kalau-kalau jadi macam adik ros yang amiey tu..rambut dia sekarang banyak gugur sampai nampak kulit kepala..
banyak yang ros lakukan tau supaya rambaut tak gugur, siap beli cream rambut yang boleh melebatkan rambut...antaranya krim lidah buaya..ros sapukan wwaktu malam dan esoknya ros bilas dengan air dan syampu..memang lembut rambut kita..cuma gugur tu memang tetap juga ada..walau dah berkurang..jadi kat sini ros nak kongsikan tips mengatasi rambut gugur..
mungkin sahaja kita kurang sedar sebelum ini akan kosmetik yang berbahaya seperti dalam post yang sebelum ini..jadi siapa yang masih belum baca boleh tengok pada entry Tips anda perlu pandai memilih barangan kosmetik
kebiasaan wanita yang berambut panjang perlukan penjagaan yang rapi tentang rambut..jika tidak, pasti akan mengalami masalah rambut gugur..jadi jom baca tips dibawah:-
1- Gunakan sikat yang bergigi jarang, terutama sekali apabila menyisir rambutyang basah selepas syampu.
2- Kurangkan aktiviti mengering rambut yang basah dengan alat pengering rambut, ini boleh mengakibatkan rambut rosak, begitu juga dengan pengeriting rambut dan iron rambut. pengalaman dari seorang rakan yang selalu iron rambutnya, sekarang rambutnya telah rosak dan keras kejong! sedih..jadi, jaga rambut yang menjadi mahkota setiap wanita..:)
3- Jangan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan terlalu kerap mencuci rambut dalam sehari kerana iannya akan mengurangkan kadar minyak natural rambut sehingga mengakibatkan rambut menjadi mudah patah.
4- Gunakan bahan-bahan semulajadi seprti lidah buaya sebagai treatment bagi rambut anda..sebelum tidur, urut-urutkan dikulit kepala anda dan manjakan rambut anda sebaiknya! :)
5- Ulang baca 1-4, semoga berjaya..:)
Kak Nina dah terkeluar! kenapa ros tak tahu ni? tu lah dah jarang sangat tengok tv dan banyak tengok belog sahaja sekarang ni..sedihhhhnyerr..sekarang hanya tinggal 4 orang sahaja..Izyan, Ah Hong, Along dan juga Etiqa..harap-haraplah semua ni kekal? boleh tak macam tu? tapi ros target dua orang yang memang layak sangat ke final iaitu Ah Hong dan Along..Ah Hong sememangnya kreatif sangat-sangat..banyak perubahan yang telah Ah Hong lakukan sedari awal beliau dalam MasterChef walaupun pernah masuk ke dapur Penyingkiran, apatah lagi Along yang pernah terkeluar dan telah dimasukkan semula setelah bersaing dengan rakan-rakan yang juga pernah terkeluar..dan sehingga sekarang Along masih mengekalkan dirinya sehingga ke Top 4, siapa sangaka kan?
Tak sabar nak tahu keputusannya ni..Siapa yang bakal menjadi JUARA MasterChef Musim ke-2 ni kannnn?
nanti kita update lagi..nak sambung tengok MasterChef jappp! ;)
dan jangan lupa saksikan Episod Kemuncak MasterChef musim ke-2,
1 Disember 2012 ini!
ok, bye
Bismillah,
dalam tidak sedar kita khususnya perempuan, wanita, gegurl semua terdedah dengan penggunaan bahan kosmetik yang telah dikategorikan berbahaya..bahkan ianya sangat familiar dalam kehidupan seorang wanita..kita akan kelihatan lebih anggun jika bermake up..tapi inilah hakikat yang perlu kita sedari bahawasanya ada bahan yang berbahaya yang terdapat dalam setiap kosmetik yang kita gunakan..maka, dengan itu berwaspadalah bagi semua wanita yang sangat sukakan koleksi kosmetik..
sumber yang ros dapat ini adalah dari bahan bacaan yang ros beli sendiri, bukan sekadar dibuat tanyangan di blog ini malahan ianya sangat memberikan impak buat diri ros..sebab ros sendiri wanita..jadi perlu peka dengan semua benda yang merbahayakan diri kita..siapa yang tak nak cantik kan? dan siapa pula yang mahu menggunakan produk-produk yang berbahaya..
Perhatikan sama ada anda memiliki atau menggunakan salah satu produk yang dinyatakan ini. Ini kerana semenjak September 2008 - Mei 2009 telah diumumkan 70 jenama kosmetik yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri. hasil dari ujian yang dilakukan di makmal. Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan gangguan saraf, gangguan perkembangan janin, dan penyakit kanser. berikut ialah senarai 70 Kosmetik yang dikeluarkan oleh badan berwajib sebagai produk berbahaya yang terbahagi dalam 4 kategori iaitu kosmetik penghias mata, solekan di wajah, kosmetik pewarna rambut, kosmetik rawatan kulit dan mandian.
A. 18 merek kosmetik rias wajah dan rias mata mengandung bahan berbahaya dan bahan terlarang:
Cassandra Superior Quality Lipstick No. 1-10
Cassandra Superior Lip Gloss No. 1-12
GLD Garland Lipstick No. 9
Marie Anne Beauty Shadow No. 4, 5, 6, 8
Marie Anne Blush On No. 3
Sutsyu Eye Shadow Blusher 01
Sutsyu 18 Colors Eye Shadow 01
Sutsyu Lipstick Colors Fix No. 1, 3, 4, 6
Sutsyu Lipstick Colors Fix No. 5
Asnew Blush On
Cameo Makes You Beauty Detox 4 in 1 Complete Make Up
Marimar Eye Shadow Powder Cake
Natural Belle Colors Fix Lipstick No. 313
Olay 4 in 1 Complete Make Up
Pond's Detox Complete Beauty Care Make Up Kit
Pond's Detox Eye Shadow Blusher Lip Gloss, Creme Powder No. 1-2
Pond's Detox Complete Beauty Care Eye Shadow Two Way Cake
Pond's Detox Complete Beauty Care
B. Tujuh merek kosmetik pewarna rambut mengandung bahan berbahaya dan bahan terlarang:
Casandra Hair Dye Pink C-14
Casandra Hair Dye Maroon C-17
Casandra 3D Profesional Hair Colors Cream Hair Dye Wine Red C-9
Salsa Hair Colorant Pink Colors (S- 018 )
Salsa Hair Colorant Cherry Red (S- 019 )
Casandra Hair Dye Maroon C-17
Casandra 3D Profesional Hair Colors Cream Hair Dye Grape Red C-11
C. 44 merek kosmetik perawatan kulit
Caronne Beauty Day Cream
Caronne Whitening Cream (Day Care)
Caronne Whitening Cream (Night Care)
CR Lien Hua Bunga Teratai Day Cream
CR Lien Hua Bunga Teratai Night Cream
CR Racikan Ling Zhi Day.Cream
CR Racikan Ling Zhi Night Cream With Vit.E
CR Day Cream With Vit.E
CR UV Whitening Night Cream
CR UV Whitening Day Cream
DR's Secret 3 Skinlight
DR's Secret 4 Skinrecon
Dr. Fredi Setyawan Extra Whitening Cream
Dr. Fredi Setyawan Whitening Cream II
Fruity Vitamin C
Plentiful Night Cream
QL Papaya Peeling Gel
QL Day.Cream
QM Natural Vitamin C E
Scholar Night Cream
Top Gel MCA Extra Pearl Cream Plus
Top Gel MCA Extra Cream
Top Gel TG-3 Extra Cream
Topsyne Aloe Beauty Cream TS- 858
Topsyne Beauty Cream TS-3
Topsyne Beauty Cream TS- 2
Topsyne Beneficial Skin Cream TS- 868
Topsyne Vit C Placenta
Topsyne Day Cream Night Cream
Topsyne Vit E C TS- 819
Topsyne Extra Beauty TS- 821
Elastiderm Decolletage Chest and Neck
Obagi Nu-Derm Blender Skin Lightener Blending Cream
Obagi Nu-Derm Blender Skin Lightener with sunscreen
Obagi Nu-Derm Toleran Anti Pruritic Lotion
Obagi C RX System Clarifying Serum
Obagi C RX C Therapy
Olay Total White
Olay Krim Pemutih
Pond's Age Miracle Day and Night Cream
Qianyan
Quint's Yen
Skin Enhacer
Temulawak Nutrition Cream
olay, ponds dan temulawak memang sangat familiar dikalangan perempuan..kannn? ros pernah gunakan temulawak untuk hilangkan bintil..tapi makin menjadi pulak bintilnya..jadi sekarang ros menggunakan Duofilm, tapi ada kaedah untuk menggunakannya..bukan sebarangan ye sebab sangat sensitif untuk kulit..apa-apa pun dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu..ros memang banyak sangat bintil kat muka..orang je tak perasan agaknya..sebab dah make up kan? ;)
bintil tu ape ye? bintil tu kulit-kulit lebih..*segan nak kabor kan..:P
okey, apa-apa pun hati-hati lah dengan jenama kosmetik di atas!
bye~