Friday, November 29, 2013

Malam Bahasa dan Seni Budaya..

Semalam selesai sudah satu task untuk semua pelajar jqaf bagi ipg kampus perempuan melayu melaka...rasa lapang jer dada dan kepala otak ni...minggu depan plak dh kena mengadap perkhemahan unit beruniform plak...doakan ros kuat dan bersemangat...dan dapat elak dr fikir yg negatif...nak positif3 kan minda selalu....huhu....

Kenapa anda memilih untuk menjadi guru??

Sila lihat jadual yg penuh dengan kelas...kadang3 rasa nak sahaja berputus asa...tapi bila fikirkan balik...dah nak habis belajar dah...skrg ni pun ros dh msuk sem 2..nak cerita sedih tu mmg la sedih...sbb kami ni kdc...kursus dlm cuti..jadi jdual mmg pack giler laaaaa...! Dan mmg tak ade mse nak rehat :'(...uhuhu..tapi apa3pun kerja sebagai seorg guru ni kerja yg mulia...moga allah bantu dan mudahkan....amin

Thursday, November 21, 2013

Jaga Tepi Kain Sendiri...

Kadang kala agak lucu bila melihat manusia yang sibuk menjaga tepi kain org..awal3 lagi dah buat spekulasi sndr...hurm...rasanya lebih baik jaga tepi kain sendiri dari sibuk nak menjaga tepi kain org...pendek kata, jaga diri sendiri jelahhhhh..ni lah penyakit hati manusia...gusar rasanya bila duk sibuk hal kte...hrp tak berlaku lagi cmni....huh!

Sunday, November 17, 2013

Seronok Ada, Jeles Pun Ada! - Interaksi VS Cuti Sekolah.


bismillah...

apa khabar sahabat blogger sekalian? diharapkan dalam bulan cuti-cuti Malaysia ni, masing-masing sihat-sihat hendaknya lah ye..jaga diri baik-baik, jaga kesihatan sebaiknya..jangan makan banyak sangat! hihi *padahal sendiri yang makan banyak..haha :P

orang cuti ros masuk belajar..adatlah kalau dah amik KDC ni..kursus dalam cuti..orang pertama pulak tu yang sampai asrama awal...ros mendoakan agar sem ini tidak terlalu stress sebab muke ros akan nampak tua kalau stress sangat...orang lain duk berccuti...seronokkk je tengok..macam best je....macam jelessss je...kite ni..macam nak nangis jek duk asrama..tapi tak pe, disebabkan datang awal..jadi barang semua dh abis kemas siap3...alhamdulillah..:) 

ros sebenarnye jeles dengan kawan-kawan yang dah nikah ni..turn kte ni memang tak lame lg....tapi jelessss sebab dh sah jadi hal milik org..cuma.kena beringat..banyak tanggung jawab...nanti ros igt nak update pasal perbelanjaan kenduri nanti..sikit-sikit nak kongsi..apa-apa pun memang bajet abis laaaa...:P hihi :D buat yg simple3 jek...asal yang wajib tu kita dahulukan..ye tak? :P

esok dh start kelas...PBS Praktikum belum siap sepenuhnya lagi sebab ingat nak buat pendahuluan, penutup atau refleksi..moga Allah mudahkan..amin3..

Tuesday, November 5, 2013

Teks Biodata Persaraan Guru Penolong Kanan 1- SK Bukit Beruang.


bismillah...

ini adalah tugasan buat ros paada hari persaraan GPK 1 SK Bukit Beruang..ros kena baca biodata..diiringi background music yang sedih..huuu..selamat bersara dan berehat Puan Hajah Duriah Bt Omar....semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan...:)

Segak bergaya putera mahkota,
Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim….

Pada tanggal 9 oktober 1956 tarikh keramat bagi pasangan bertuah Encik  Haji Omar bin Jamaludin dan Puan Halimah Binti Nasih di kampung Pantai Remis, Perak apabila dikurniakan seorang puteri. Anak ke -5 dari 8 orang adik beradik ini diberi nama Duriah binti Omar. Beliau telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan di beri didikan yang sempurna. Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak pada tahun 1963. Maka bermulalah pencarian ilmu yang pertama baginya. Detik waktu menginjak pantas dan tahun juga bersilih ganti. Setelah enam tahun di sekolah rendah, pada tahun 1969 beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Idris sehingga ke tingkatan 3, manakala tingkatan 4 dan 5 nya di sekolah menengah convent jalan peel, Kuala Lumpur.
Bukanlah cita-citanya untuk menjadi seorang guru, namun hajat dan keinginan bapanya yang tinggi untuk melihat beliau berjaya dalam bidang pendidikan, beliau telah melupakan keinginannya di dalam bidang perubatan lantas beliau memilih untuk mengikuti latihan asas perguruan di Maktab Perguruan Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1976. Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, “alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Puan Duriah Binti Omar, Guru Penolong Kanan 1 yang sangat dihormati dan disayangi.
“selamat pagi cikgu” ucapan keramat pertama beliau terima pada tanggal 3 januari 1978 di SJK © Tit Bin, Pantai Remis, Perak. Semenjak tarikh itu, Cikgu Duriah terus menabur bakti mendidik anak bangsa tidak kira di mana barada.
Tenanglah tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung.

Bermula tarikh melapor diri pada 3 Januari 1978 sehingga ke hari ini 31 Oktober 2013, Cikgu Duriah telah berkhidmat selama 34 tahun 9 bulan dan 29 hari. Sepanjang tempoh tersebut Cikgu Duriah telah mengajar di 6 buah sekolah di 4 buah negeri yang berbeza iaitu di negeri Perak Darul Ridzuan, di negeri Pahang Darul Makmur, di Negeri Sembilan Darul Khusus dan di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Sekolah pertama yang mendapat sentuhannya adalah SJKC Tit Bin, Pantai Remis, Perak iaitu pada tahun 1978 sehingga 1980. Pada tahun berikutnya, Cikgu Duriah berkhidmat di SK Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang Darul Makmur sehingga November 1985. Pada tahun 1986, Cikgu Duriah berpindah ke SK Jelai, Gemas N.Sembilan dan berkhidmat disitu sehingga Novermber 1991. Perkhidmatan beliau di negeri Sembilan selama 6 tahun sahaja kerana pada tahun 1991 Cikgu Duriah telah berpindah ke negeri Melaka. Di negeri Melaka, beliau telah ditempatkan di SK Bukit Beruang diikuti dengan SK Kubu dan SK Seri Bandar.
Negeri yang kaya dengan sejarah, Melaka..disinilah segala-galanya bermula. Beliau telah dilantik sebagai pentadbir ketika berkhidmat di Sk Bukit Beruang. Selama 13 tahun perkhidmatannya di sekolah ini, beliau telah memegang beberapa jawatan sebagai GPK Kokurikulum, GPK HEM, dan GPK Kurikulum sehinggalah tarikh keramat persaraan beliau pada hari ini.
Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegangag kepada prinsip hidupnya yang suka berterus terang dan hanya percaya kepada kejujuran. Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya. 
Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru penolong kanan 1 pada 16 julai 2010. Disinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada usia persaraan 57 tahun. Sikap keprihatinannya terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa di mamah usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit. Banyak masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang guru.
Terang bulan dimalam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu disaat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu…….~

Saturday, November 2, 2013

Demam Denggi.


ini kisah dalam minggu ini juga...disebabkan terlalu banyak program dan keletihan badan yang terlampau membuatkan aku diserang demam yang mengejut...doktor cakap kamu mungkin suspek denggi..lalu dia bertanya...kamu tinggal mana? sy tinggal di Peringgit...hurm, peringgit jaya tu memang kawasan denggi tu..macam mana kamu boleh demam ye? sy pun tak tahu doktor..tiba-tiba hari ni memang kepaala rasa berat..satu badan rasa sengal3...doktor tanya nak cek darah tak? aku tak nak la..takkan aku kena denggi kot? huhu..pastu doktor cakap..takpela, kalau ianya masih berlarutan..sy nasihatkan kamu datang balik jumpa saya...ok? aku pun...baiklah doktor...huhuhu..memang rasa tak tahan sgt semalam...panas yang terlampau aku rasakan pada kepala ku..

tapi hari ini..
alhamdulillah..beerkurangan...nasib baik ade peneman..adikku sendiri..terima kasih adik angah...dialah yang tolong celurkan air asam dan letakkan di kepala...dr semalam tak ade langsung rasa nak makan apa3,...mak tanya nak makan nasi ayam tak? jawapanku tak nak...bubur? tak nak...semua tak nak..jadinya boleeh hilang 5 kg kot sebelum tarikh walimah....??? *perasaannnn! 

seriously, mmg ros tak rasa nak makan ape..tambahan pula tekak rasa kelat3 je...last3..suruh adik buat air asam jawa..minum air asam jawa shj...itu jlah yang boleh hilangkan kelat di mulut...harapnya panas yang ada di badan ni akan beeransur hilang...tak tahan nak tanggung kalau jadi lagi pada hari-hari mengajar..memang penat dan sungguh letih ros rasakan.:'( 

k la..nak rehat..slm