Thursday, December 22, 2011

Kisah Si Gundik Raja dengan Tabib..


 Pada zaman dahulu seorang gundik Raja telah terseliuh tangannya sehingga menjadi kaku tidak boleh di angkat. Bermacam cara di buat tetapi tetap juga tak dapat di obat. Maka Raja memerintah seorang tabib tua yang banyak idea datang merawat gundik Baginda. Sampai di istana tabib tua pun menyuruh gundik Raja mengangkat tangannya tetapi tetap tak boleh juga.

 Akhirnya datanglah idea gila tabib tua dan dia pun bertitah : Wahai Tuan ku ! Sakit tangan ini berpunca dari tulang punggungnya di sebelah belakang maka izinkanlah hamba menjamahnya.
Tabib tua pun bersungguh-sungguh mengacah-ngacah menghulurkan tangannya hendak menyelak kain gundik raja hendak menyentuh punggungnya dan dengan tidak semena-mena kerana terkejut dan malu gundik raja telah menepis-nepis tangan tabib tua sambil menyumpah-nyumpah di dalam dada.

Tabib tua mengacah-ngacah lagi tangannya hendak menyelak kain gundik raja dan bersungguh-sungguh pula gundik Raja menepis tanpa menyedari kesakitan yang menimpa dia.Akhirnya tamatlah sesi acah-mengacah dan tepis menepis di antara gundik dan tabib tua dengan keputusan sembuhlah tangan gundik raja tanpa sempat di pegang punggungnya oleh tabib tua.Moral of the story : Rasa malu telah melupakan rasa sakit kerana ingin mempertahankan maruah diri......Sekian dari hamba..(^_^)V.