Friday, December 28, 2012

Resepi Mushroom Soup Simple Buatan Sendiri.


Bismillah, 

dah lama nak update tentang resipi mushroom soup neh! 
resipi ini sebenarnya hak cipta dari kak Rafiza Raihan..kak iza memang seorang suri rumah yang pandai memasak! ros dan roomate ni dulu gila mushroom soup tau! kami apa lagi, suruh kak iza yang masak dan kami perhatikan bahan-bahan yang diperlukan..nampak macam senang tau! tapi boleh tahan ghenyah juga nak buat mushroom soup neh..

yang penting! sedap.....;)

bahan-bahan yang diperlukan:-

bawang merah dicincang dadu
tepung gandum 
ayam bahagian dada
button mushroom di cincang nipis
susu cair
air 
white pepper
garam
gula
minyak

1- Masukkan minyak ke dalam periuk yang sudah panas, minyak tu agak-agak nak goreng bawang sehingga kekuningan tetapi jangan sampai bawang tersebut hangit ye? 
2- Masukkan pula white pepper, kalau nak pedas bubuh lebih, kalau tak nak bubuh biasa-biasa aja dan terus masukkan tepung gandum kemudian gaul.
3- Gaulkan tepung dengan minyak dan bawang tersebut sehingga kelihatan tepung kekuningan, kemudian masukkan air secukupnya dan jangan pula sehingga terlalu cair..pastikan tepung anda tidak berketul-ketul dan kacau sehingga ianya hilang ketul-ketul tepung.
4- Setelah itu, masukkan ayam dan cendawan button tadi..gaul sehingga sebati.
5- Masukkan setengah susu cair, dan gaul lagi dan akhir sekali masukkan sedikit sahaja gula, dan garam secukup rasa! 
6- dah siap!

boleh makan dengan garlic bread buatan sendiri jugaaaaa! sangat sedapppppp :)

Guru Besar SRA (JAIM) Ujong Pasir Terbaik! :)


bismillah, 

waktu mula-mula menjejakkan kaki di SRA (JAIM) Ujong Pasir, orang pertama yang entertain ros bukanlah guru besar, sebab guru besar ada meeting..jadinya guru besar akan datang lewat sedikit..eyh, tak datang rasanya waktu tu..:)

orang pertama yang layan ros adalah GPK HEM, Ustazah Faridah yang super lembut! ;) 
Kak Faridah memang seorang guru contoh yang baik! semua anak muridnya dilayan sama rata..begitu juga staff iaitu ustazah-ustazah lain..ala, sekolah kami ni tak ramai sangat gurunya..hanya 6 orang sahaja memandangkan anak murid hanya seramai 200 orang..:) 

Guru Besar SRA (JAIM) Ujong Pasir yang ros maksudkan dengan terbaik itu adalah Puan Kamariah Binti Haji Ismail..kak kam, kak maria! apa sahaja panggilannya dia okkey! asalkan semua dengar kata dan buat kerja dengan baik..

terlalu banyak yang aku belajar dengan kak kamariah ni, dari cara nak mengawal kelas, cara nak mengajar, cara nak buat kertas soalan..cara nak hias kelas dengan cantik..sekolah paling cantik yang aku rasakan selama aku mengajar ni Sekolah Rendah Agama (JAIM) Ujong Pasir lah yang tercantik pada mata pandangan aku..complete semua..Kak Kamariah memang layak menjadi GURU BESAR dalam usianya yang muda.

Kak Kamariah pandai menjaga hati pekerjanya, semua kebajikan kak Kamariah prihatin..almaklumlah, kami semua sangat rapat dan mostly guru-guru dekat situ semuanya yang dah berumur..terutamanya cik Jah..orang yang banyak pengalaman..segala pengalaman aku selama aku mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir takkan aku lupakan..

dan Kak Kamariah! akak adalah GURU BESAR yang terbaik bagi ros! :)
terima kasih atas tunjuk ajar akak selama ni..semoga akak dan keluarga diberkati..:) segala kebaikan akak meghantar kita sehingga ke depan pintu pagar rumah, bantuan suami akak yang mengecop semua borang-borang kita untuk sambung belajar di IPG akan kita kenang sehingga mati..terima kasih kakak! :) 

insyaAllah, mesti akak akan dapat Anugerah Pencapaian Cemerlang..:) 

Amin..:)

Guru SRA Sambilan Jaim Tahun 2013.


bismillah, banyak juga carian untuk Guru SRA Jaim Sambilan bagi Tahun 2013 untuk hari ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menjadi guru sambilan di JAIM.

Same goes to me, waktu mula-mula nak mintak JAIM, memang punya susah ros nak dapat..tidak dinafikan ramai yang menjadikan kerjaya guru sebagai pekerjaan mereka secara sambilan. kita sama...! ye, kita semua sama..adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang mencari kerja sambilan guru.

lebih-lebih lagi bagi mereka yang memohon kerja dengan JAIM.
JAIM memang bagus..selama lebih kurang 5bulan lebih ros bekerja dengan JAIM, tidak ada sebarang masalah malah sangat mudah untuk berurusan..cuma untuk pengambilan gaji sahaja yang agak merumitkan bila anda terpaksa mengisi banyak borang yang sama untuk setiap bulan, tapi bagi ros tak lah rumit mana sebab JAIM dengan rumah ros sangat dekat..sekolah juga dekat dan ros mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir dan waktu pagi ros boleh buat bisnes jual jubah secara online..dua kerja dalam satu masa memang agak penat..tapi akan hilang bila berjumpa dengan anak-anak murid ros..

*cerita pasal anak murid rindu pulak! 
baiklah, buat masa sekarang pada pendapat ros mungkin sahaja kekosongan di JAIM sudah penuh..full! tapi anda boleh berhubung terus di kaunter Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Melaka tingkat dua tau! cakap sahaja nak berjumpa dengan Pegawai bahagian pendidikan..insyaALLAH untung-untung anda terus dapat tahu sekolah mana anda bakal mengajar..tengok pada rezeki juga..macam ros sebelum ni alhamdulillah ada kekosongan di SRA (JAIM) Ujong Pasir, tu yang terus dapat tahu sekolah dan dah boleh mengajar..seronok..

anda perlu cuba ya! 
yang pasti bawa fail-fail sijil anda..SPM ye? walaupun anda degree, tapi gaji taraf SPM..itu untuk sekolah rendah..kalau sekolah menengah mungkin sahaja gaji anda lebih..:) RM120 sehari kalau tak salah..:P 

semoga berjaya, jika anda dipanggil temuduga..bersedia lah! :)

tahniah pada bakal-bakal ustazah dan ustaz yang akan mengajar SRA dan SMA di bawah JAIM, all the best dan curahkan ilmu anda seikhlas-ikhlasnya..:)

terkesan dengan kata-kata lecturer di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka: " Salah seorang doktor, hanya mati seorang pesakit, Salah seorang guru, MATI satu generasi..renung-renungkan..:)

TIPS: Mengecilkan Liang-liang.


Ukuran lubang liang-liang pada asasnya dipeengaruhi oleh faktor genetik. Namun, dengan bertambahnya usia, lubang liang-liang cenderung menjadi lebih besar. Lubang pori yang besar dapat mencacatkan kulit yang kenyal dan mulus. Jika anda berniat untuk merawat kulit wajah, lakukan 5 langkah berikut:-

1- Bersihkan hiasan setiap malam dengan saksama. Tidak kira walau betapa penatnya anda, dan sebaiknya anda tidak terus tidur tanpa membersihkan muka. meskipun tidak mengenakan hiasan pada wajah setiap hari, ambil masa untuk membersihkan muka dengan pembersih. Hal ini untuk menanggalkan kotoran dan minyak yang melekat di kulit wajah.

2- Cuci muka dengan sabun yang mengandungi asid salisik. Bahan ini akan menghancurkan minyak dan kotoran yang menyumbat liang-liang dan membantu untuk memperbaiki permukaannya.

3- Gunakan pelembap yang tidak mengandungi minyak dan tidak menyebabkan alahan. Asid salisik kemungkinan akan menyebabkan iritasi untuk beberapa jenis kulit tertentu. Jika terjadi demikian, kombinasikan dengan pelembab yang lembut.

4- Gunakan Losyen pelindung matahari pada setiap hari. Mungkin ramai dari kita yang belum menyedari bahawa cahaya matahari dapat merosakkan kulit. Ia merosakkan lapisan-lapisan kolagen yang menciptakan kulit wajah yang mulus. Berada di luar rumah tanpa pelindung matahari juga akan menghancurkan manfaat dari ketiga-tiga langkah yang sudah anda lakukan sebelumnya.

5- Ulang baca! ^_*

Semangat Kami Makan Kak Ani Tom Yam Thai.

Hari ini selepas ke sekolah untuk menghantar surat lantikan guru dalam latihan, ros terus pergi Tesco untuk cari-cari tudung nak buat mengajar nanti..

Dah sampai Tesco, terus terpandangkan kedai tom yam yang....perghhh bau tom yam dia..memang memikat..tgok orang dekat kedai makan tu pun memang ramai..:) sangat mendapat sambutan lah..

Jadi, ros dengan emak pun singgahlah kejap..dan makan kongsi-kongsi je dengan emak..memang puas hati! ;) tengok sahajalah gambar tu..separuh je muke emak..sdg sedap menikmati tom yam :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Arysha Tidur Cute.

Meh sini ramai-ramai tengok anak buah kita tidur..cute jek muka dia..:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Traffik Mencanak !

Seronok pula baca pengalaman blogger hebat yang dapat menaikkan trafik blog mereka..ada tu sampai puluhan ribu pengunjung..umangaiii! Sungguh ros jealous..

Kalau dulu tak terfikir, tapi sekarang memang selalu terfikir..macam mane nak tarik visitor / pembaca blog dtg ke blog ros..

Kebanyakkan mereka bercerita tentang SEO..apa kejadahnya tu? "̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮‎​​ :p dop tahuuuu pula ros..

Azam tahun baru nanti nak capai sebanyak mungkin trafik blog..dan kalau boleh nak kongsi macam-macam dekat blog..insyaAllah..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.