Monday, November 28, 2011

Sumbanglah seikhlas hati anda!

Assalamualaikum wbt..

selamat berhujung minggu kepada semua kawan-kawan blogger yang dirahmati oleh Allah sekalian..
hari ini ros ada satu misi yang lebih penting untuk ros kongsikan dengan semua..
Alhamdulillah selamat sudah majlis Konvokesyen ros semalam..
tapi cerita konvo yang pastinya masih panas tu masih boleh disimpan dahulu..
dan apa yang ingin ros kongsikan di entry ini adalah lebih mulia dari segala-galanya..

dan ini juga berkait rapat dengan NYAWA seseorang..
pasti semua sudah terbaca akan artikel tentang adik Aqil kan..
ok, disini ade maklumat ringkas tentang adik Aqil ni..sangat sedih sekilas terbaca tentang beliau..moga Allah permudahkan segalanya buatmu dik..


adik Mohd Aqil Hafiy Hazley berusia 4 TAHUN telah menghidap penyakit
kanser darah, Burkitt's Lymphoma dam sekarang penyakitnya itu telah sampai tahap yang ke empat. Ibu beliau  Nor Elyza Ahmad Zuki, 28 TAHUN.
bekerja sebagai Pembantu Tadbir di sektor awam sangat tabah dengan penderitaan anaknya begitu juga suaminya Hazley Ishak, 38 TAHUN.
apa yang ros tahu, mereka memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000 untuk menampung kos pembedahan adik Aqil.

pendahuluan yang diperlukan pula adalah sebanyak RM10,000 dan tempoh masa yang diberikan hanya seminggu. 
ya Allah, andai ros berdaya untuk berikan sumbangan sebanyak itu, insyaAllah ros akan hulurkan..
dan disini, ros bukanlah inginkan simpati kawan-kawan..
akan tetapi ros nak semua kawan-kawan merasa akan apa yang ditanggung dan apa yang dirasai oleh sepasang suami isteri ini yang sangat-sangat memerlukan keprihatinan kita semua bagi membantu anaknya adik Aqil..

ros sendiri dan rakan-rakan SOLEHAH yang lain sedang aktif menyebarkan tentang berita ini dan sedaya upaya membantu mencari dana untuk adik Aqil ini secara individu..dan insyaAllah kami juga akan bergerak secara beramai-ramai membuat satu program yg dapat mebantu mengutip dana untuk disumbangkan kepada adik Aqil..

masa bagi kami semua peserta SOLEHAH amat terhad, kerana kos rawatan ini diperlukan segera..

andai ada yang sudi menghulurkan bantuan..ros amat-amat mengalu-alukan keprihatinan dan sumbangan kalian..dan mencari dana ini adalah satu tugasan terakhir bagi kami semua dalam minggu Solehah yang ke-11 ini..

sumbangan anda boleh dibuat di:-

Maybank : 104115038091 (Rosmarieza Rofiee)
atau anda boleh ADD ros dekat Facebook ini Rosmarieza Rofiee dan boleh bagi message untuk tahu dengan lebih lanjut..

semoga dengan bantuan kita yang..walaupun sedikit, pasti adanya balasan dari Allah swt atas apa yang kita lakukan..even sebesar zarrah sekalipun..

    insyaAllah dan sama-samalah kita doakan adik Aqil dapat menjalani rawatan dengan segera dan cepat sembuh seperti sediakala..amin Ya Rabb..


 Sumbanglah seikhlas hati anda..
hanya Allah yang mampu mebalasnya..