Tuesday, December 20, 2011
Tokoh Salafus Soleh: Sulaiman Bin Yasar Al-Hilaliy
pada minggu yang ke 11, ros telah memilih tokoh salafus soleh ini sebagai tajuk untuk sirah tauladan pada minggu itu..
ada cerita disebalik kisah yang ros pilih ini..pada kali pertama membaca buku Gen-Q..ros dah mula terpikat dengan semua isi kandungan yang ada didalamnya..bukan nak promote..tapi ini memang datang dari hati ros sendiri untuk mengajak semua kawan-kawan menjadikan bahan bacaan dari Stormreaders dan juga Telaga Biru sebagai panduan dalam meniti kehidupan seharian..
kadangkala kita tidak nampak benda ilmiah yang dipandang sepi seperti ini sedikit sebanyak membantu kita dalam membentuk peribadi bahkan dalam menambahkan lagi ilmu kita..
pasti ramai yang tidak mengenali tokoh salafus soleh ini, begitu jugalah ros...ros sendiri baru sahaja terbaca akan kisah beliau dalam buku GenQ..dahsyatkan penangan GenQ..sehinggakan ros tertarik nak bawakan kisah Salafus Soleh ini..
menarik! memang menarik dan sangat-sangat tertarik dengan penceritaan tentang tokoh ini..
seorang yang sangat terkenal dengan sifat warak, sangat handsome dan berbudi pekerti mulia..
ketika beliau di Abwa' beliau berhenti berehat bersama sahabatnya, lalu sahabatnya meminta izin untuk ke pasar membeli bekalan..lantas tinggallah Sulaiman keseorangan didalam khemahnya..
dari kejauhan..kelihatan seorang wanita yang terpandangkan ketampanan Sulaiman..lantas dia menghiaskan dirinya secantik yang mungkin untuk memikat Sulaiman..lalu datanglah beliau ke khemah Sulaiman seraya meghadapnya dan membuka niqabnya dan berkata: "berikanlah kepadaku", Sulaiman menyangka bahawa wanita tersebut inginkan makanan darinya..lalu Sulaiman memberikan makanan kepada wanita itu..wanita tersebut berkata: "aku tidak inginkan makanan, aku inginkan apa yang diinginkan oleh setiap wanita dari seorang lelaki"..
Sulaiman menangis dengan sekuat-kuatnya dan itu merupakan ujian Allah baginya, lalu Sulaiman berkata kepada wanita tersebut: "iblis mengutusmu untuk menyesatkan aku"..
melihatkan keadaan Sulaiman tersebut, wanita itu menutup kembali niqabnya dan berlalu pergi dari khemah Sulaiman Bin Yasar..
demikianlah cerita Sulaiman..seorang yang sangat teguh dengan berpegang pada islam yang mana beliau benar-benar menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah iaitu amanah ketampanan dan kecantikan yang beliau miliki..
kisah ini sama seperti kisah nabi Yusuf A.S...sehinggakan Sulaiman pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi Yusuf A.S...dalam mimpinya beliau berkata: Aku sangat kagum dengan kisahmu wahai Nabi Yusuf bersama dengan seorang wanita yang pernah menggodamu sepertimana yang telah diceritakan di dalam Al-quran..;)
Nabi Yusuf: Kisahmu di Abwa' lebih mengagumkan..;)
Nabi Yusuf sendiri memuji akan perbuatan Sulaiman dengan wanita yang telah menggodanya...
kawan-kawan yang dikasihi Allah sekalian, jom jaga amanah Allah ini..kecantikan yang Allah berikan bukanlah untuk digunakan ke jalan maksiat..tapi ke jalan yang diredhai Allah..dan jagalah sebaik-baiknya agar kita semua terhindar dari FITNAH..
insyaAllah..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!