Monday, July 18, 2011
permainan tradisional yang dah lapuk dek zaman, tapi tetap dikenang!;)
dewasa ini, ramai diantara kanak-kanak sudah mula melupai akan permainan tradisonal yang dahulunya cukup sinonim dikalangan kanak-kanak pada zaman dahulu iaitu zaman nenek moyang kita dan zaman ros sendiri pown masih lagi permainan ini menjadi ikutan dan permainan bagi semua kanak-kanak yang sebaya.
akan tetapi, permainan tradisional semakin lama, semakin ditinggalkannn..
mengapakah terjadinya hal yang sedemikian?
dah tentulah dengan adanya teknologi yang serba canggih kini..
itu diantara faktor-faktor yang membawa kepada kurangnya minat kanak-kanak sekarang untuk bermain permainan tradisional..
disini ros nak senaraikan diantara permainan tradisional yang masih lagi ade segelintir dikalangan masyarakat kita yang bermain dan mengamalkannya..contohnya seperti gasing, batu seremban, congkak, wau, layang3 dan banyak lagi..
melastik burung dan main pondok2 tu permainan tradisional jugak ke ek?;)
ros sendiri pown selalu jugak main pondok3 dulu, almaklumlah...duduk pown dalam Kem Gerakhas, Sungai Udang...abah ros askar dulu..so, kami pown banyak main dekat playground belakang umah...paling tak pown g jogging ngan swimming..abah yang bawak..
dalam pada itu juga, ros tetap bermain batu seremban, ceper (penutup tin botol kaca) dengan kawan-kawan ros dekat flat askar dulu...
disebabkan kite telah menghadapi satu anjakan paradigma, makanya...
permainan tradisonal hanya dipandang sepi dan bagi mereka yang hidup di perkampungan sahaja yang kebanyakkannya masih mengamalkan permainan tradisional ini..
memang tak dinafikan, sebabnya..ros sendiri pown kalau balik kampung ros dekat Kedah, permainan wajib kami adalah congkak yang kami buat sendiri melalui tanah dengan mengorek tanah3 lembut dalam kebun getah, dan biji getah yang jatuh tu pulak kami gantikan guli..kreatifkan kanak-kanak pada tahun itu..tahun 90an..;)
selain dari itu, kami main tengteng jugak tau!
teng3 utara lain sangat dengan tengteng yang biase dimain oleh kanak-kanak yang berada di sebelah selatan...;)
nak tahu ke ape kelainannya?
apa kata korang luangkan mase cuti korang dengan melawat negeri Kedah Darul Aman..
bile main skali mesti nak main lagi...lagi dan lagi!;)
hihi:D
tapi waktu kecik3 dulu, mak ros tak bagi sgt berkawan dengan budak kampung..sebab depa ni banyak kutu..
haha:P disebabkan itu jek pown...
jarang jugak la nak keluar umah, kalau ros dan adik3 ros kuar pown..kami main antra kami-kami jek....;)
oleh sebab permainan tradisional ni sudah makin luput dek zaman, kite sebagai orang yang pernah merasai permainan tersebut kenalah ajar same adik3 kite ataupown anak3 kite agar mereka tahu dan jugak mempelajari warisan nenek moyang kite dahulu...
dari budak3 sekarang duk main game dan menghabiskan duit dekat CC berjam-jam...baik kite ajarkan permainan tradisional ni dan sekurang-kurangnya ibu bapa tahu ape yang anak-anak dia buat dekat rumah..kan3?
tak kurang juga, menjimatkan duit ibu bapa ditambah pula ibu bapa boleh beramah mesra dan dapat memantau anak-anak mereka di rumah!;)
selamat mempelajari ilmu permainan tradisionalll!
bukan susah pown..
lagi3 main ceper..
hihi:D
ros paling suke main ceper, batu seremban dan jugak teng3!;)
k, tata
Subscribe to:
Posts (Atom)