Friday, February 3, 2012

rindu pada Solihin..

andaikan di kau membaca luahan hati ini dik..pasti di kau mengetahui betapa dalamnya rasa rindu pada seorang insan yang bergelar pelajar..
biarpun orang mengata kamu lembab..
tapi bagi ustazah..kamu bukan begitu..
ya Allah..kau lindubgilah adik Solihin ini..
moga dia akan meneruskan perjuangan menjelajahi ilmu Allah di muka bumi ini dengan penuh tabah dan sabar serta rajin..

kerana, ustzah kasihan melihatkan ummi mu yang sanggup menebalkan muka datang ke sekolah pada pagi tadi..sedih..ustazah yang menjadi sebak yang teramat sangat..
kerana terkenangkan kehidupan ustazah yang susah sewaktu di sekolah pndok dahulu..bahkan difitnah..sabar..ye..tetap sabar demi mendapatkan sekeping sijil PMR..

dulu..
itu dulu..
sekarang..pelajarnya kian berubah menjadi liar..
tapi dik..
kamu tak liar..
mungkin kamu hanya terpengaruh dengan keadaan sekelililng dan cuma ingin menunjukkan sikap memberontak..!

jadi, ajarilah anak dan didiklah sebaik-baiknya..jangan sesekali diherdik dan dijentik telinganya..
moga kamu dilindungi Allah sentiasa dari kejahatan manusia yang sesat lagi menyesatkan..Amin Ya Rabb..