Monday, December 19, 2011
berat sungguh title "SOLEHAH" bagiku..
semalam berkesempatan keluar berjalan-jalan dengan emak dan juga adik di tesco, alhamdulillah..dah lama rasanya tak keluar dan melihat-lihat dunia luar..almaklumlah, dalam Madrasah Solehah sendiri pun kami jarang didedahkan dengan dunia luar kecuali ketika berprogram dengan masyarakat kampung dan anak-anak yatim yang kami raikan...:)
masa kami banyak kami habiskan dengan tasking dan dengan mengikuti kelas-kelas bersama Musyrifah..tidak kurang juga rehearsal di Dewan Muktamar pada setiap hari Khamis..oh! rinduuuuuu~
nak dijadikan cerita, semalam tengah duk cari-cari barang, terperasan orang duk pandang-pandang semacam..dan pada waktu itu terfikir..
berat sungguh title "SOLEHAH" yang aku pegang sekarang..
semua memandang dari atas hingga ke bawah..
tak kurang juga ada yang menegur..
ya Allah, begini rupanya bila dah keluar dari madrasah Solehah..
ke mana sahaja kita pergi, orang pandang, orang peduli..
mungkin kalau sebelum ni tak pernah terlintas untuk orang menilai kita..
tudung apa yang aku pakai, baju apa yang aku pakai, stoking pakai tak..kasut pulak yang macam mana..??
TETAPI! ! !
setelah 3 bulan keluar sebagai seorang pendakwah dan dengan title "SOLEHAH"...
semua orang caring dekat kita..semua nak ambil tahu..
dan kita inilah Qudwah Hasanah bagi mereka di luar sana yang masih mencari identiti sebagai seorang Muslimah..
percaya atau tidak, inilah hakikat kehidupan..yang perlu kita terima dengan lapang dada..
Solehah Maryam, Solehah Adiba dan juga Solehah Amy telah mengorak langkah kehadapan melalui dakwah yang pertama mereka..
bagaimana pula aku yang baru menapak dalam jalan dakwah ini..
baru tercari-cari dimanakah titik permulaan untuk aku teruskan dan kekalkan sehingga aku benar-benar kuat untuk berhadapan dengan orang ramai seperti sahabat-sahabatku?
terus terang, ros tak pernah join mana-mana persatuan islam, dan jangan terkejut kalau ros katakan ros tak pernah tahu akan kewujudan persatuan seperti ini..
melalui "SOLEHAH" lah ros TAHU dan BELAJAR semua..
atas pendapat dan cadangan dari kawan-kawan..
ros tahu pun dari Solehah Adiba..dan dari situlah ros menemukan titik dakwah ros..
dengan menyertai Persatuan Pelajar Islam Melaka..(PEPIM)
insyaAllah..
buat sahabat-sahabat SOLEHAH yang lain, teruskan perjuangan ye?
moga ketemu kita nanti..
rindu kalian semua! ♥ ♥ ♥
dan ketahuilah bahawa..berat sungguh title "SOLEHAH" bagiku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Akak boleh bayangkan situasi ros skrg..mula2 sgt berat, seiring dgn berlalunya masa..semuanya akan lebih mudah.
ReplyDeletelg satu, join JIM (jemaah islah m'sia) pun bagus. ada aktiviti usrah, kem. Boleh tmbh ilmu & ada sokongan moral utk terus di jln Allah.
mencari 'solehah' zmn skrg, bagai mencari permata dalam jutaan deraian kaca.
ReplyDeletekak Ujie: terima kasih kak atas sokongan selama ini..akan diteruskan..sebab dari situ kita belajar macam3 kan kak?:)
ReplyDeleteMaera: hye! yup, solehah...sangat berat..tapi ros berpegang pada La yukallifullahu nafsan Illa wusa'ha..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePerubahan yang mendadakkan kak Ros. Semoga kak Ros tabah m'harungi kehidupan di dunia ni. Title Solehah berat tapi itu yang banyak mengajar kak Ros kan. Tahniah Solehah Rosmarieza. :)