Wednesday, November 30, 2011

berlalu sepi..

tidak mahu menuding jari ke atas mana-mana pihak..
biarpun kaya ataupun kurang berada..
kita semua adalah sama..
akan tetapi apa yang berlaku dan apa yang baru sahaja yang aku lalui semalam memang tak boleh nak terima..

keprihatinan yang kurang dari sesetengah pihak terhadap sesuatu perkara..
tak nak nyatakan kat sini sebab takut ada yang terasa..
tapi, itulah hakikat manusia yang tak mahu "MENOLONG"
ya Allah, ada yang memandang remeh..

mungkin jua mereka berfikir bahawa aku akan hidup tanpa penyakit..
wahai manusia diluar sana..
ingatlah! kita hidup hanya sementara dan nyawa yang kita ada ini juga adalah pinjaman dari Allah semata-mata..

andai satu hari nanti engkau diuji oleh Allah..
kau akan merasakan betapa peritnya "SAKIT"
barulah kau akan sedar akan nikmat "MEMBERI"
walaupun yang kau hulurkan hanya sedikit..

wallahu a'lam..