Sunday, January 6, 2013

Sebelum Tidur.

Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw wrote:

"Dari 'Aisyah Radhiallahu Anha "Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam Baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdo a), lalu meniup Dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dapat disapunya mulai dari kepalanya dan mukanya dan bagian depan dari badannya, Baginda mel
akukannya sebanyak tiga kali." (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Membaca ayat kursi ...

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيم [البقرة: 255]

Sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah; Jika kamu beranjak ke tempat tidurmu maka bacalah ayat Al-kursi sampai selesai, karena kamu akan selalu mendapat penjagaan dari Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi. [Sahih Bukhari dan Muslim]
BerDo'a sebelum dan sesudah tidur

بسم الله الرحمن الرحيم

Hudzaifah berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam jika hendak tidur membaca ...

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

"Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup"
Dan jika bangun dari tidur membaca ...

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan hanya kepada-Nya lah tempat kembali". [Sahih Bukhari]
_______________________

• MARI JADI ORANG BAIK •

• JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT •
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahniah Buat Artis Yang Sudah Memenangi Anugerah Juara Lagu Malam Ini.

Maaf, tak dapat nak tengok sehingga habis AJL pada malam ini sebab esok masih ada kerja yang menanti di sekolah.

Apa-apa pun tahniah kepada yang telah menang, mungkin esok selepas pulang dari sekolah baru ros update ye..itu pun rujuk pada blogger yang dh update..;)

S̤̥̈̊є̲̣̥ℓά̲̣̣̣̥м̣̣̥̇̊ά̲̣̣̣̥τ̣̣̥м̣̣̥̇̊ά̲̣̣̣̥ℓά̲̣̣̣̥м̣̇

Salam ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saya Beli Tudung di Sericahaya Online.

yes..alhamdulillah, dah lama sangat cari tudung berpelapik dagu..akhirnya jumpa juga! 
tak sabar nak pakai niiiiiii! 
yeyayyyyy!
esok mereka akan postkan..nak beli dari Sri Munawwarah Design, kak Ina mungkin belum buka untuk online lagi..jadi ros beli di Sericahaya Online..
jadi bagi yang mencari tudung berpelapik dagu boleh cari di
................
.............
...........
.......
.....
...
..
.
 SeriCahaya Online


Video Zizan Maharaja Lawak Mega Menangis.

Suka ngattt nak tengok Abe Zizang NANGIS! 
maghi lah tengok ramai-ramai..


ni part yang Zizan tiru Ustaz Azhar Idrus, mungkin dah dapat permission agaknyer abe mung ni..:P

jom tengok full part yang Zizan teriak..! :'(




apa-apa pun Zizang memang terbaik! :) peace! :)

*sejak bila jadi pengulas Maharaja Lawak Mega nih? hadoiii..maghrib dulu..

:)


Yeay! Berjaya Siapkan Kad Bisnes Abah, Emak dan Abang.


emak, abah dan abang..semua ada lesen teksi..PSV, jadi semua bawa penumpang..haruslah ada kad sebab emak, abah dan abang ros biasanya dan kebanyakkannya ambil  penumpang yang terdiri dari student..haruslah ada kad bisnes..simple-simple aja! :)

okey, ini contoh kad bisnes dari ros yang sangatlah simple, print out guna A4 paper biasa dan gunting3..hehe..;) alhamdulillah..:) nanti nak ingatkan adik ros yang dekat KUIS tu supaya dia promote lagi sekali untuk tahun ini dekat page-page Utem, KKM, KYM, seluruh kolej yang ada dekat melaka ni lah supaya senang student ni nak balik rumah, nak pergi kolej, nak pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi keperluan yang memerlukan perkhidmatan kami..:) 

Jubah Modern Baru Untuk Januari 2013.


bismillah,

tadi ros dah update jubah modern terbaru di JUBAH MODERN page..

LIKE dulu dan bagi yang nak order boleh emailkan gambar, size yang anda mahu dan juga warna yang anda berkenan di wardahamra_86@yahoo.com atau Whatsapp sahaja ros di 0136918603..


TIPS: Pakai Korset Untuk Buang Lemak Versi Abg Kevin.




Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen. Persoalan yang sering timbul oleh orang ramai tentang penggayaan korset adalah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di badan dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan?


Jika dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia nya bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja. 


Berkesankah?
Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan. Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infrared atau sebagainya, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak. Walaubagaimanapun, teori yang digunakan ini akan mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:

• Ketidakselesaan untuk bernafas - penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.


• Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.


• Penyebab kepada chlorosis (greensickness)  iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh  adanya gangguan pada hempedu.


• Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.


Kesimpulannya, pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainya. Amatlah tidak berbaloi jika melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli pakaian yang akhirnya memberi kesan yang negatif keatas tubuh badan kita. Nasihat saya, apa yang paling penting untuk penjagaan kesihatan adalah pemakanan dan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya. 



Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

kenapa tiba-tiba masuk cerita pasal korset ni? sebab kita dah start balik pakai korset dari masuk minggu persekolahan hari itu..dan tidak lupa juga lotion Fellina Inchloss~ :) heeeeeeeeee :D

Ingatkan Teori Sahaja Teori Perkembangan Piaget, Rupanya Ada Juga Wedding Ring & Engagement dari Piaget.




nak tengok Watches & Jewellery dari Piaget..

meh ramai-ramai tekan SINI

Resipi Ikan Masak Pindang.


Bahan-bahannya:

3 keping ikan merah atau ikan jenahak.
8 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam biji -ketuk kasar
1 sudu teh halba biji
1 keping asam gelugur 
Beberapa biji cili api.
1 buku kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Perapkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
  •  Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit hingga hancur.
  • Didihkan 2 cawan air(jika suka kuah lebih tambahkan air).
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk,lada hitam dan halba serta kiub ikan bilis.
  • Kemudian masukkan ikan dan masak hingga mendidih baru masukkan asam keping,gula ,garam dan cili api.
  • Perlahankan api dan biarkan mendidih sekejap.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

*okey, ready 1,2,3 nak gi memasakkk! credit resepi ini Ikan Masak Pindang Resipi! :)

padahal tahu je, tapi yang simple punya lah! tapi nak try yang ni masuk halba bagaiiii..kena lah cuba! ;)

Cloth Diapers.


dah lama tak berkunjung ke blog ifatasya.blogspot.com dan hari ini ros dapat notifikasi dari group FB ifatasya..jadi ros pun singgah sebentar dan baca juga lah entry ifa, tak sangka ada juga lampin yang boleh digunakan lama..ingat nak suggestkan dekat abang dan kakak ipar ros tentang lampin ini..jimat..boleh basuh dan sampai bila-bila pun boleh guna..untuk anak yang ke 2, ke 3, ke 4 dan seterusnya..

memang jimat katanya!

jom baca sedikit info tentang Cloth Diapers ni dari blog ifa..

inginkan bermacam - macam info mengenai CLOTH DIAPER ?
klik link dan banner dibawah .


Read more: http://oneilham.blogspot.com/2012/11/inginkan-bermacam-macam-info-mengenai.html#ixzz2HAAFzc12