Wednesday, October 24, 2018

Cara Bayar PTPTN menggunakan KWSP.

bismillah...hai semua..
baiklah, untuk hari ini ros nak ajar kaawan-kawan step-step untuk kita keluarkan duit melalui akaun KWSP kita sendiri.
Langkah 1: Pastikan semua sudah ada i Akaun KWSP, sekiranya tiada boleh lah berbuat sedemikian di --> https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login
dan tekan First Time Login sekiranya baru kali pertama menggunakan i Akaun. 
Langkah 2: Setelah masuk ke dalam i Akaun KWSP tadi, pautan akan menjadi seperti di bawah dan klik lah bahagian my account untuk melihat baki akaun 2 yang boleh dikeluarkan bagi membayar PTPTN anda. 

Langkah 3: Klik bahagian Withdrawal untuk Pengeluaran dan Klik New Application untuk permohonan baru. 

Langkah 4: Selepas itu, pautan ini akan muncul di skrin anda dan isilah tempat kosong dengan memilih education dan isi tarikh anda mula study habis study dan lain-lain lagi. 


bacalah terlebih dahulu terma dan syarat dan seterusnya habiskan isi form tersebut sehingga ke peringkat pengesahan permohonan pengeluaran.

Langkah 5: Anda akan dapat mesej dari KWSP yang mengatakan valid date untuk transaksi selama 2minggu (kalau tak salah i) 

Langkah 6: Pergilah mana-mana Cawangan KWSP yang terdekat dengan anda untuk Pengesahan cap jari, JANGAN LUPA! bawa semua dokumen yang diminta oleh KWSP seperti Kad Pengenalan Diri anda, Sijil Diploma anda dan juga Transkrip Asal. 


Semoga urusan anda dipermudahkan! 


Saya dah bawa keluar KWSP untuk pembelian rumah dan juga setakat ini sudah 2 kali bayar PTPTN guna KWSP. Layanan yang KWSP berikan sangat PUAS HATI.. TERBAIK!