Sunday, July 31, 2011
makan je keje kau!
hamik ko..kalau dah bercuti..bertanam3 anggur tuh....faham3 jelahkan?:P
makan jek kijenyer~
nasiblah esok dah nak PUASA!
itupown masih tak menjanjikan ape3 sebabnyer badan dah mula naik balik neh!
ingatnyer nak bersahur dengan biskut Julies jerk..
sebabnyer makan jek biskut tuh konfem aku g toilet..
terbaik tak?:P
cicah dengan kopi tawar kew..
sebabnyer biskutnyer manishhh banget!:P
wah, tak sabarnyer nak berpuasa...
tak sabar jugak nak raye..
raye kali nih macam mane lah kan?
kalau mcm sebelum3 ni tak berapa nak best sgt..
tak terasa kehangatannya raya..
tak mcam kecik3 dulu,
penuh jek puase..dapat duit..haha..
abah mesty bagi kat kitorang sorang rm20..
sebab buat puasa penuh..
sekarang pown dapat duit raya jugak tau!
lagi dah besar lagi bertambah duit raye dr abah..
abah mesty bagi rm50 setiap sorang~
WAJIB! ! !
haha:P
tapi lagi best waktu kiter berpuase kecik3 dulu kan?
waktu ros skolah, ade dua sesi..
pagi sekolah rendah cam biase,
petang sekolah rendah agama...
paling best...mesty nak jalan lambat3 balik sekolah dengan harapan balik3 jek, bukak kasut, bukak tudung, bukak baju...
azan pown bergema......:P
tapi, hampeh lah kan, sebab umah ros dekat lam kem tu umah gurkha..
umah teres yang mane memang tak smpi 2minit dah smpi sekolah agama...
muahahahahahha:P
berangan lah kau!
dulu ros kurus tau!
sekarang pown kurus jugakkkk~:P
tapi semenjak ros kemalangan waktu darjah 5 tu r badan ros makin mengambang..
dan sehinggalah sekarang..
kembang cam bune ros tuuuuuuuuu!
ni duk kat umah pown mak duk bising..
ha! makan jek keje kau!:P
mak ros tu mulut dy bising sikit..
hihi:D
tapi dy seorang emak yang sporting gilew~
sayang sgt ngan mak..
so, ingat dalam bulan puase ni nak turunkan sikit badan, kang lagi kembang lagi malas nak buat kerja..
hope berjaya dengan cemerlang..
leh masuk Book Of Records..
kan3?
perasanlah kau ros!
ok, kwn3..jgn lupe lawat blogshop roros eh?;)
selamat berpuase semua..
jangan lupe niat berpuase...
dan setelah seharian berpuase..kini tibelah waktunyer untuk berbuka!
jangan lupe bace doa juga ye kawan3!;)
jgn puase yang yok! pagi3 bukak periyok~:P
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna....~ :)
"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Beberapa hari lagi menjelang,tibalah bulan Ramadhan.Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?Ini yang perlu kita teliti dan fahami.
Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan.Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.Di kala zaman Rasulullah seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknyasering lalai dan lupa.Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini.Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan.Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ?Di mana keindahan nya?Adakah ia terletak pada makanan.Atau ganjaran pahalanya?Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.
moga Ramadhan kita diberkati..agar Syawal yang menjelma dirasai!:)
-Credit to: iluvislam
zam cakap aku anak buah Pak A.Samad Said..?
memandai jek beliau berkata begitu..
A. Samad Said tu kawan kepada pak ude aku..
pak ude aku orang seni jugak..
hurm, pernah waktu aku diploma dulu, g kenduri anak beliau selaku cousin aku lar kan..buat dekat Dewan Anjung Rahmat..
memang gamat!;D
heeeeeeeee:D
sebabnyer semua nak bergambar dengan A. Samad Said termasuklah aku sendiri..
ala. ceghiter lame..
ni zam punye pasal lah ni sebab dy cakap aku gitew..
aku lau boring mang suke nak habiskan mase dengan berpuitis kosong bagai!:P
tak de lah hebat macam orang lain..
sebabnyer teringat plak dekat Ezar Bakti..kawan Facebook yang sorang neh cakap..
masih ade yang tak terluah dengan entry aku yang satu neh..(mls nak link kan)
bile dy cakap gitu aku balik berfikir..if semua aku luahkan..
menimbulkan salah faham plak..
hurm, takut lak aku..sat g orang marah3 lak..
terasa tak tentu pasal..
dah bertambah kat analytics aku dengan pelbagai warna mewakili dr lain3 negara ...
huwahuwahuwaaaaaa~:P
ok, selagi mate tak leh nak lelap,
selagi tu jari jemari nak menaip smpi lenguh3..:D
tapi kannnnn..mata dah kuyu dah neh..
kay la, entry ni sekadar nak btau cik zam tu!
sy bukan anak buah A. Samad Said la!
saya anak buah kepada Pak Uda sy la!;)
hehe..
galeri pak ude ros neh ade kat Central Market..
ok cik zam sy..udah jelaskan sekarang?
nak carik gambar skali degan A. Samad Said lak dah tak tahu kat mne den letakkan..
banyak nau folder gambo..;P
if jumpe nnt aye upload yew~:)
mlm semua~
Subscribe to:
Posts (Atom)