Wednesday, December 21, 2011

Kejutan buatku di Episod Solehah yang ke-11..:)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua kawan-kawan..:)

Setelah sekian lama ros simpan cerita ni dan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk ros kongsikan apakah perasaan ros sewaktu menerima kejutan pada minggu ke-11 Episod Solehah berlangsung..

Kejutan yang memang tak disangka-sangka oleh ros..baik teman-teman dalam  Solehah sendiri tidak seorang pun diantara kami yang tahu kecuali Produksi..
pandai betul Abg Is..(Tengku Ismail) simpan rahsia..patutlah bila ditanya tentang kawan-kawan Solehah akan raikan ros atau tidak waktu hari Konvo ros nanti..Abg Is hanya tersenyum dan agak sinis jugak senyumannya tu..sseolah-olah sedang memikirkan apa yang dia nak kenakan ros nanti..

sesuatu yang diluar jangkaan apabila sekumpulan kawan-kawan ros dari KUIS hadir pada malam itu..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ros, bercampur baur..suka, duka yang hadir sebelumnya dan sedih sebab kawan-kawan tak datang waktu kedua-dua hari konvokesyen ros..

actually, dua kali ros naik pentas untuk ambil sijil sebab hari pertama ros dapat Anugerah Menteri Besar Selangor..syukur Alhamdulillah manakala hari kedua pula adalah pengambilan sijil untuk course..:)
hari pertama tu memang ros agakkan jela, kawan-kawan yang lain akan datang..tapi, tunggu jugak sebenarnya..hampa jugak la..tapi ros suka sebab roomate ros dan kawan baik ros sendiri dari UKM hadir untuk meraikan kejayaan ros..thanks Aisha!;) luv u!

pastu tunggu pada hari keduanya pula..hampagas jugakkk :'( frust wooo..hehe..:P kowtlah sahabta-sahabat Solehah hadir..tapi ternyata tidakkkk..yang datang cuma abg director iaitu Hakim Zin dan jugak abg cameraman dua orang..abg adik ngan hapis..mekasih korunk!;)

malam tu kalo semua nak tahu, bile ros tengok balik siaran ulangan Solehah pada setiap hari Ahad jam 11 pagi tu..waktu kumpulan Rabbani duk berselawat..ros pown same duk berselawat jugak..padahal kawan-kawan ros dari KUIS dah turun dari tangga tau..sumpah! memang tak perasan langsung kwn3 ada kat tangga tu dan lepoas diberitahu oleh kak Iman ke kak Irma ntah..baru ros perasan dan serta merta airmata ni mengalir..ya Allah..terima kasih abg Is...terima kasih kepada semua team produksi Solehah yang telah mengaturkan semuanya dengan sempurna tanpa dapat ros hidu apa yang mereka rancangkan..memang ros akan ingat sampai bila-bila..nak3 pulak orang yang bagi bunga ros tu adalah Idola ros sendiri..Dr.Sharifah Hayaati..:) 

ros berpegang pada Man Jadda Waja..siapa yang bersungguh, dia pasti akan dapat..dalam solehah sendiri pun ros nampak akan kesungguhan dari setiap sahabat-sahabat solehah..mereka memang sangat-sangat bertungkus lumus dengan apa yang mereka buat...kesemuanya amat ros kagumi! 

kalian memang terbaik! dan kalianlah menjadi ikutan terbaik untuk wanita masa kini..:) insyaAllah..:)

sebenarnya, cerita tentang perasaan ros ni telah direquest oleh kawan ros yang hadir pada malam tu untuk bersama-sama memberikan kejutan buat ros..iaitu saudari Sakinah..syukran Sakinah dan kawan-kawan BASL yang hadir..kalian terbaik! sanggup duduk asrama selama seminggu untuk menanti Solehah..

kagum juga dengan ketekunan kalian..
tak telambat nak wish Congratulations to all of u FRIENDS..
kalian HEBAT!

saya sangat HAPPY dan terharu pada malam ituuuuu..
tak tergambar perasaan..tak terlahir dengan kata-kata..
moga Allah merahmati anda semua!
aminnnnn..


6 comments:

  1. moment paling indah pastinya!
    kalau sedih, ingat moment ni..mesti boleh senyum balik kan.

    ReplyDelete
  2. kak Ujie: yup kakak! suke sangat! hehe..kak, akak ade cerita sal Shamsiah Fakeh kan? pengarangnya tu Sifu ros..hehe...:P untukntasking ros yang last tu..ros jumpe dengan beliau la! beliau sgt BAGUS!

    ReplyDelete
  3. wahh..ade tengok saat2 tu..hehehe..fun..:)

    ReplyDelete
  4. bestnya jumpa dgn org hebat kan..

    tp dia mmg best sbb letak link entry akak tu kat fb dia..lngsung ramai yg dtg & like.^__^

    ReplyDelete

Terima Kasih!