Friday, December 23, 2011

penonton khayalan...

orang lain yang merasa, 
orang lain yang terasa,

orang lain tersentuh hatinya lalu menangis,
hati ini juga turut tersentuh lalu airmata menitis..

ya Allah, adakah jalan buatku?
apakah lagi yang bakal kau jelmakan dalam hidup ku ini?
tidak pernah aku rasakan seperti ini..
hanya disebabkan sesuatu..

hanya disebabkan penonton khayalan itu..
aku lemah dan kembali tidak bertenaga..

betapa rapuhnya imanku dikala ini..
rapuh dan goyah dek kerana iman yang tak teguh..
IMAN manusia sepertiku..
yazid wa yanqush..
dan kerana itulah aku seperti ini..

bermain dengan penonton khayalanku sendiri..

siapakah yang perlu aku persalahkan?
andai tertulis takdir "SEPI" buat DIRI...

mengharapkan engkau sahaja ya Allah..
tunjukkan aku pilihanmu yang benar-benar kau pilih untukku..

biarkan aku pendam dan diam..
tidak siapa yang tahu..

biarkan juga yang mengiringi luahan ini berderai jatuh tak berlagu..
SEPI bak DIRI yang sedang dirundung PILU..

lorongkan aku..ke jalanmu YA RABBI..YA ILAHI..
agar hati ini terisi..

Amin..