Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts
Monday, August 22, 2011
ini cerita dua hari lepas dan semalam..~
nak cerita sal dua hari lepas dan tentang semalammmm..
hehe..skunk baru rajin nak update pas perut dah kinyanggg..;)
dua hari lepas kalo tak salah ros..ke tiga hari yang dah lalu? ke seminggu yang lalu neh? haha:P
baiklah, tak kisah lah bila...asal nak ceritakan kat korang semua yang ros sudah pown hantar / pos kad kawen raya dekat kawan-kawan yang terpilih...hehe..siap ade yang terpilihhh...:P
Alhamdulillah, untuk cik abang yang berada di Mesir pown aye dah poskan, kalo macam semester lepas, atau tahu lepas ros siap poskan barang-barang makanan tuk dy..tapi kali ni tak kerja dan tak berapa nak mampu untuk berikan pape tuk beliau..hanya sepotong doa buat kekasihhh..cewwwahhh!:P
hah, cer tengok, cer tengokkkk..name sape lah yang bertuah dapat kad raye yang tak seberapa dari ros tu ekh?:P hihi:D
hurm, rindu zaman sekolah dulu, selalu tiap3 tahun mesty berpuluh-puluh kad raye yang dihantarkan kepada kawan-kawan, memang dah jadik tradisi walaupown kad yang dihantar kecik cinonet sahaja...;)
tapi ianya sanga-sangat bermakna..
lebih bermakna dari kita duk guna kad raya elektronik skunk..dunia makin canggih manggih sehinggakan kad raya hanya dipandang sepi..;(
ok, tu kisah dua hari yang lalu...
skunk nak ceghita sal semalam, ros buat 3 benda..
buat kek kukus coklat buat kali yang kedua, dadih dan jugak kuih onde-onde..;)
sayyyyyyyyyyy..
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan kepada ros dan keluarga..
sape kate kita tak pandai buat kuih?
kita reti la, cume kne perbaiki lagi...:P
meh tgok cni...
ni dadihnya! sempoi tak, gune recycle punye bekas sebab kitorang mang suke buat dadih kat umah...;)
buat banyak3 dan ade yang dah bagi orang jugak...
tengok la dak chomel tu pose..dy mang suke tolong angah dy kat dapur...hehe:P
dah siap ape lagi, masuklah dalam peti ais!;)
dan ini pulak untuk berbuka petang semalam..onde-onde buah melaka...;)
mesty ramai yang dah tahu care penyediaanya kan?
senang jek buat kuih neh..
kalo orang melaka tak tahu nak buat tu memang saje sangat la!:P
^^,
selamat berterawih semua!;)
Wednesday, August 3, 2011
menjawab Keywords pada hari ini!;)
ok, ade beberapa keyword yang ros rase tertarik untuk menjawabnya..
keyword yang mane ada dalam Nuffnang: Keyword..
ade 3 keyword tersebut,
yang satu ni sebelum ni pown ade jugak..
iaitu..doa Allahumma Ballighna Ramadhan
maksudnya adalah: "Ya Allah ya tuhan kami, sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan"
ok, tu yang pertama..dan keyword yang kedua..
tempat praktikal Bahasa Arab..
ni mesti lah student3 yang dari diploma atau ijazah bahasa arab kan, ok..ros sendiri pown dalam bidang yang same dengan mereka ni..
jangan risau, skop kerja untuk student b.arab ni luas sebenarnya..cume terpulang pada kita samada kite mampu atau tidak untuk handle sesuatu pekerjaan disertai dengan minat atau pown kecenderungan kite dalam sesuatu bidang..
untuk student bahasa arab, ros suggestkan korang carik tempat pratikal macam Bernama, ITNM, IKIM, stesen3 telivisyen pown digalakkan jugak sebab kat sane amat3 perlukan orang cam kite..contohnya macam TV Al-HIJRAH yang baru kat saluran 114 tu kan..:) heeeeee:D
sebab ape ros cakap camni? sebab ros dah pergi ke sane untuk..ade la satu tujuan ni..;)
orang3 nyer best!
sporting n ramah..;)
ce try mintak kat sane..ok?;)
then, syarikat-syarikat travel, contohnya seperti ANDALUSIA, UMRAHAJ, dan yang pasti kalau boleh syarikat travel yang diiktiraf...macam mane pulak nak tahu sesuatu syarikat tu di iktiraf atau tak ek?
korang cube check dekat link JAWHAR
i-Umrah..dekat link yang ros bagi tuh korang leh tengok senarai syarikat travel yang diiktiraf jawi..
hurm, yang the rest to..not sure ianya syarikat yang diiktiraf atau tak..
ok, selain tu..
korang boleh jugak mintak kat bahagian pentadbiran dekat kolej korang..tu pown kalo korang belajar madah Idariyyah (pengurusan pejabat/pentadbiran)
dan bagi ros..pendapat ros la eh..
ros lebih suke kalo korang mengajar sebenarnya..
bile kite mengajar, sekaligus kite mengamalkan ape yang kite pelajari...;)
dan secara tak langsung..
ke empat-empat kemahiran bahasa pown korang akan dapat...
Maharah Kalam, Maharah Istima', Maharah Kitabah, dan akhir sekali Maharah Qiraah!
wah, rindu dengan semua subjek3 nih!;)
ok, tu untuk keyword yang kedua..
keyword yang ketiga tentang Shoutmix baru..
adakah anda pendatang baru dalam dunia blog?
jika ya, daftarkan Shoutmix anda di SINI
kalau nak buat baru, kene masukkan email yang lain la..
tak bape nak sure sgt..
sekadar tu yang dapat ros bantu kalian yang mencari keyword tersebut..
salam 3 Ramadhannnnnn ^^,
macam best jek dapat BE! :)
hehe..yang sebenar benarnya..
ros suke bace entry orang yang duk sebut-sebut pasal BE...walaupown dahulunya ros dungu sikit bab BE neh, namun sekarang ros tak lah pandai sgt..banyak membace jek dari blogger3 otai..lebih3 lagi sis Dahlia dan juga yang terbaru ros bace tadi kat blog adik Shida'R..
terima kasih ye kalian..
blog mereka tu diantara blog yang paling ros suke bace sebaenarnya..
walaupown tak ade dalam bloglist ros, ros tetap akan google..;)
pasni ros letak kat bloglist eh?
dan blogger lagik satu yang wajib ros bukak tiap3 hari adalah blog Intan
memang terbaiklah entry3 dy..
tak caye cer korang bukak bace!;)
hurm, kalo newbie nak dapatkan BE, senang je caranya..
banyakkan blogwalking dan tinggalkan comment selepas bace entry blogger lain,
pastuh, buat la entry review..cter sikit3 sal blogger lain kat entry korang..
then paling senang untuk naikkan traffic dan dapatkan BE adalah dengan cara join GA..macam tiefazati
dan yang terbaik sekali, korang anjurkan GA atau ape sahaja Contest..;)
itu adalah cara yang mudah unuk dapatkan BE...
siyesly ros katekan, after ros buat GA la ros dapat BE..
dan even tak ramai yang join, tapi dalam cara kite nak promote GA dari blog ke blog membuatkan kite enal jugak dengan blogger lain..
eh, dah jadi entry yang memberikan tips lah plakkan?
ok la, tu lah diantara tipsnya untuk dapatkan BE..;)
alkisah, BE ros tak banyak macam korang pown..
adelah sikit..
dan ros tak pernah cashout earning dari Nuffnang lagik..
bakal di cashoutkan pabila ros perlukan..heeee:D
target nak dapatkan riban3 macam Yuyu Zulaikha..
boleh?:P
hurm, sikit jek..
yang satu dah jadik ME..
patutlah dah lame dy tak joget3 kat blog ros..
sedey rase..
iklan3 lain masih duk terkinja3 lagik..:P
hihi:D
doa3lah ros dapat banyak BE cam korang eh?:)
selamat menjalani ibadah puasa untuk hari ke-3 ni~;)
Monday, August 1, 2011
Ramadhan, Facebook dan kita semua..~:)
terbaiklah bila IT hanya di hujung jari..
semuanya dengan pantas menghupdate..
cume nak kena ade broadband, wireless, and so on yang boleh menyambungkan kite pada dunia luar sane dan hubungan diantara kawan-kawan samada dalam dan juga over the sea!:P
hurm,,,,,
macam3 gelagat bile bulan ramadhan ni kan?
manusia iaitu kita dan juga teknologi seperti tak dapat dipisahkan..
orang ade Facebook, kite pown nak ade Facebook jugak, orang ade Twitter, kite pown nak ade jugak...imma ianya diupdate ato tak jek..
asal orang tanye jela..
ngko ade FB kiah?
eh, adeeeeeeeeee..
IT dihujung jari..
dunia semakin majulah katekan...
tak kurang jugak dengan segala i..i..i..yang ade dalam dunia sekarang..
Ipad, I-Phone, I love U, I hate U..heyyy..macam3 lah haiiiiiii!:P
omak den pown samo lah cam gitu jugak..
caller ringtone mesti ade..tak nak kalah, Aishiteru lagi tewwwww~
korang ade?
tak de kan???
ok, ros nak cerita tentang Ramadhan dan Facebook..
dalam semalam aje, dah beriban, berjutaan, berbillionan orang duk hupdate status yang berbunyi:-
SALAM RAMDHAN..
SELAMAT BERPUASE..
RAMADHAN KAREEM..
RAMADHAN MUBARAK..
KULLU 'AM WA ANTUM BIKHOIRRRRR!..
hah, ape lagi?
macam3 lah..
tu yang best nyer biler tber sesuatu perayaannyer punnnnn..
deepavali pown kalo boleh orag nak hupdate gak status walaupown orang tu msulim sekalipown..
name pown 1 Malaysia kan?
bagus tak?
then, alhamdulillah hari ni dah sehari kiter berpuasa..baki tinggal 29 hari lagi..
bile dah berbuka lain pulak ucapannya..
SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA!
JOM MALAM NI G TERAWIH..
G TERAWIH TAU! JGN TAK GI..!
ape yang bestnyer, itulah yang membuatkan kiter semua rapat dan sekaligus dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan juga sekaligus dapat nasihat menasihati antara kita..
begitulah alkisah Ramadhan, Facebook dan kita semua!;)
Selamat berpuase yew semua..
jgn lupe niat puase..
tdow awl untuk bersahur esok!
nunyte....
nak mengaji sat!
azam untuk habiskan 30 Juzuk..
insyaAllah..amin..:)
motif letak gmbr ni? (rindu nak pose kat kolej! T_T)
Sunday, July 31, 2011
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna....~ :)
"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Beberapa hari lagi menjelang,tibalah bulan Ramadhan.Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?Ini yang perlu kita teliti dan fahami.
Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan.Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.Di kala zaman Rasulullah seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknyasering lalai dan lupa.Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini.Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan.Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ?Di mana keindahan nya?Adakah ia terletak pada makanan.Atau ganjaran pahalanya?Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.
moga Ramadhan kita diberkati..agar Syawal yang menjelma dirasai!:)
-Credit to: iluvislam
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan kareem~
Sangat banyak kerja yang perlu aku selesaikan sebelum final yang akan bermula dari 19 Ogos ni hingga 3 Sept 2010. Wah, begitu pantas waktu berlalu plus sem ni mang masa singkat sangat3~ presentation last aku esok iaitu taqrir ataupown laporan kesemua task bagi madah pelancongan..baru ingat nak balik umah..miss my mum plus abah, mamat , adik n dak bang..mak tiap3 hari dah call tanya bila aku nak balik?..waaaaa;( sedeynyer bukak pose sok ngan dak3 rumate jew..bertambah sedey cik zam plak kat mesir..cian dy..tak pe eh wak~ awk tetap kami ingat! Hihi~ :D sempena ngan bulan ramadhan ni..dark rose nak ucapkan selamat berpuasa buat semua muslimin muslimat kat seluruh dunia neh~ buat kwn3 blogger..camat berpuasa yer sumew~ ;) moga amalan kita dibulan yang mulia ini diterima olehnya..amin ya rabb~;)
Subscribe to:
Posts (Atom)









