Sunday, March 3, 2013

Semalam 2 Mac 2013.


bismillah, dan apa khabar kawan-kawan semua...?
diharapkan semuanya sihat walafiat dan sentiasa ceria bersama keluarga tercinta..
nak cerita tentang semalam...2 Mac 2013 bersamaan dengan hari Sabtu telah diadakan gotong royong di rumah sendiri atas idea kakak ipar ros..hehe..yelah, ros sendri dah lama tak kemas rumah sungguh-sungguh..semalam memang kerja mengemas seharian dr pagi hingga ke petang sebab banyak sangat yang perlu disusun atur balik dengan baik dan kemas lebih-lebih lagi bahagian dapur...gila banyak tahi binatang ape pun tak tahu lah..tak pasti...mungkin cik ti...bahaya jugak sebenarnya..semalam puas hati dah buang dan lap semua...semenjak pindah, awal-awal pindah ke sini je kami berhempas pulas kemas rrumah dengan sebaiknya..selepas tu cuma mop, dan sapu seperti biasa sahaja..alhamdulillah semalam ada juga masa untuk kemas rumah secara bergotong royong dengan kak ipar...maybe minggu akan datang ni buat juga...cuma selepas anak murid tuisyen dah lupang rumah baru kemas..hehe...nak kemas sungguh-sungguh tunggu waktu bertunang nnt lah! :P

boleh? :P

hurm, semalam juga tiba-tiba dapat panggilan supaya datang ke Karnival PIBG yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka...actually malas nak gi..lagi pulak tak ditugaskan untuk buat apa-apa..haha....tapi nak tak nak ros pun denan kaki yang menggigil terus memecut motor ke sana...yelah, tak best jugak nanti kalau tak tolong kat gerai SK Bukit Beruangggg...:P

dah lama tak bawak motor...mungkin esok ros pergi naik motor ke sekolah...will story about it at the next entry insyaAllah..:)