Friday, December 21, 2012

Jangan Sesekali Kita Memburukkan Diri Sendiri.

bila sahaja masuk dalam IPGM ini, banyak yang aku rasakan aku perlu berubah dan berazam..segala-galanya perlu tangkas walaupun aku agak lemah dalam berfikir..orang cakap aku blurrrr..haha :P 
blur-blur aku pun dapat Dean List tetiap sem..tapi itu lain, dan jangan samakan dengan zaman bekerja..kerana semuanya secara praktikal..apa yang perlu kita ingat adalah kita kena sentiasa ingat bahawa -----------------> kerja itu AMALI! buat! 
banyak yang aku dengar dari pensyarah disini, guru-guru JQAF ini selalu buat banyak masalah..
sedangkan semua tahu dan ma'ruf bahawa semuanya dikalangan mereka yang mengambil jurusan agama..sekali sekala dan bukan sekali sekala, tetapi hakikatnya yang aku rasakan addalah aku rasa tertampar dengan apa yang telah diperkatakan oleh semua pensyarah! 

sebagai seorang guru dalam latihan, aku perlu sentiasa peka dengan isu-isu yang melibatkan pendidikan di negara ini..bagaikan dalam mimpi, masa yang aku lalui di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka hanya sekejap sahaja..aku sudah pun menghabiskan Minggu taaruf dan kelas interaksi bagi minggu yang pertama..

masih dalam keadaan canggung untuk mebiasakan diri dengan persekitaran ilmu ini..tidak sama dengan peringkat IPT yang mana semuanya dibuat bersama-sama dengan rakan-rakan..bayangkan kehidupan di IPG ini laju seperti aliran air terjun yang menjunammmm jatuh ke bawah..

aku sangat rasa terkesan setelah melalui minggu taaruf di IPG, pembelajaran Psikologi membuatkan aku berfikir bahawa pertumbuhan dan perkembangan anak-anak zaman sekarang penting dan perlu dikawal rapi..ilmu ini sangat bagus sekali! Terima Kasih kepada Puan Noraidah yang telah banyak memberikan pandangan tentang ilmu teori pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak..rasa bersyukur dan bertuah kerana dapat mengenali dan juga dikelilingi lecturer yang sentiasa memberikan semangat dan nasihat yang sangat berguna..

sampai sahaja di rumah petang tadi, sememangnya aku memahami situasi emak dan abah yang sibuk..kadang kala rasa mahu sahaja aku luahkan yang aku juga ingin mereka bersama-sama mendengar cerita dan pengalamanku di IPG..apakan daya..:'( sedih sangat aku rasakan..

dalam kesedihan ini, aku bertekad..andai satu hari nanti aku dikurniakan sebuah keluarga, akan aku jadikan keluarga ku keluarga yang bahagia..memberikan sepenuhnya kasih dan sayang..begitu juga perhatian yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak ku..akan ku jadikan teori yang telah diajarkan kepada aku sebagai amalan..dan nasihat yang berguna oleh ustaz-ustaz di IPG aku jadikan landasan didalam aku meniti kehidupan sebagai seorang muslimah sehari-harian..

bagi guru dalam latihan yang bakal menjejakkan kaki anda di sekolah rendah pada awal Januari 2013 nanti..ku ucapkan tahniah kepada kalian..:) 
apa-apa pun, jangan sesekali kita menjatuhkan reputasi kita sebagai seorang guru..peringatan ini juga buat diri yang hina ini..terlalu banyak yang perlu aku pelajari dan perbaiki..

in sha Allah, blog ini akan ku jadikan tempat untuk aku luahkan dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu atau isu-isu pendidikan yang ada kaitannya dengan guru-guru atau bakal guru JQAF..

ingat! jangan sesekali kita memburukkan diri sendiri dengan sesuatu perkara yang sia-sia..
dan di sini ingin sekali ku nyatakan rasa syukur..kerana aku terpilih oleh Allah untuk menyampaikan ilmu ku yang tidak seberapa..apa yang aku mahu adalah..belajar dan mengajar dan terus belajar untuk perbaiki diri dan memantapkan lagi sahsiah rohani dan jasmani..

semoga Allah kabulkan doa ini..

Penempatan Sekolah DPLI SR j-QAF Amb Dis 2012

sila klik link di bawah:-
Senarai Penempatan DPLI SR j-QAF Dis 2012
untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web JAPIM khas untuk semua pelajar DPLI-SR j-QAF ambilan 2013 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka :)

Selamat Tinggal Katilku.

Terima kasih atas jasamu katil.."̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮‎​​ , selama seminggu aku berada di IPG, engkaulah tempat aku menghempukkan badan yang semakin membesar ini..jumpa lagi di minggu interaksi MAC 2013..in sha Allah..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Terakhir Di IPG.

Hari ni insyaAllah tamat Majlis bersama Pelaja-pelajar baharu..yeayyy..pagi ini masih ada lagi kuliah..pukul 10 nanti nak pulang kunci, pukul 4.30 masuk dewan Tun Fatimah untuk majlis penutup..

Tak sabar nak balik rumahhhh dah ni..:( rindu kat adikkkk :')

Okey, nnt aku update lagi ye diary..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.