Friday, January 18, 2013

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia.




مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Baru Untuk Saya.


bismillah, 

pagi tadi dah masuk mengajar kelas 6B3, bukan mengajar pun...hanya taaruf sahaja dengan adik-adik di 6B3..nak mengajar satu persediaan pun tak ade sebab memang baru semalam dapat jadual, itu pun jadual yang tak official..hamik kau, masuk hanya berbekalkan buku teks sahaja..pengajaran jugak lah untuk hari ini..sekolah kebanagsaan tak sama dengan sekolaha rendah agama petang yang mana SK ni ada banyak format dan sistem dan juga peraturannya..:) 

apa-apa pun aku rasa bahagia masuk kelas 6B3 tadi, dapat juga lepaskan suara aku..suara aku ni dah lah kuat dan lantang, sampaikan siapa yang dengar pun naik nyampah agaknye..haha..tapi atas pentas SOLEHAH ritu pun mahu pekak agaknya audiens dengar suara aku..asik nak menjerit sahaja..hahahaha :P

nak-nak pulak tadi memang ros gunakan bahasa arab, ros cakap dengan budak-budak, insyaAllah ana sa astakhdim lughah a'rabiyyah mi'ah fi mi'ah..tercengang masing-masing..manakan tidak..takut lah agaknya, ustazah ni serius betul nak cakap bahasa arab je ni, kami tak faham ni..hehe..hari awal macam ni memang ros tak guna B.arab, tapi masuk minggu depan insyaALlah memang ros akan gunakan sepenuhnya bahasa arab insyaAllah..:)

hari ini alhamdulillah dah ada jadual baru! yeayyy...untuk minggu depan dah boleh start buat RPH, malam ini insyaallah nak download semua RPT terbaru dan nak masukkan taqwim dalam tu, kemudian nak balut kad wudhu' yang ada ni..nak tampal kat dalam bilik WUDHU'..:) 

hopefully, Allah mudahkan kerja aku hari ini..:) 

tak sabarnyaaaaa nak mengajar hari ISNIN ini..:) 

semoga dipermudahkan semua kerja di SK Bukit Beruang ni..:) Amin ya rabb..:)