Thursday, December 20, 2012

Aduh, lucah-lucah.

Bila nak habis kelas ni, lecturer punya bersemangat terangkan teori sigmund freud yang ada kaitan tentang "lucah". Aduhhhh..mengantuk dah ni...inilah akibat kelas ganti lebih-lebih lagi kelas ini pada waktu malam.. Memang masing-masing mata nak kena pacakkan mancis laaaaa..

Lebih sedih, perkara negatif yg dikaitkan melibatkan remajaaaaa sekarang..adik-adik, insaaaffff laaaa..

Okey, akak sndr dah mengantuk dlm kelass..bersambung..nnt nak update teori perkembangan yang lain..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perkongsian: Perngurusan Bilik Darjah - j-QAF.

Ini adalah diantara perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih JQAF ketika pada awal kemasukkan guru pelatih / ketika mendaftarkan diri ke sekolah :)

Diantara perkara-perkara tersebut adalah :-
1) Pegang Jawatan, jika anda dipertanggungjawabkan untuk menyandang apa sahaja jawatan, terimalah ianya sebagai satu amanah dan kepercayaan bahawa anda boleh lakukan. Apa yang penting, ingatan dari lecturer saya Puan NorAidah, beliau menggalakkan semua guru pelatih agar "wajib" menggalas tugas tersebut.

2) Hal Ehwal Pelajar, berkemungkinan anda juga akan meyandang jawatan yang diberi oleh HEP, tidak kiralah apa jua jawatannya, anda perlu mengamilnya sebagai satu amanah! Walaupun hanya sekadar AJK Biasa.

3)Ikuti kokurikulum yang ada..sukan bola tampar, bole jaring, bola baling..kena ikuti sukan yg ada..dan cuba ceburkan diri dalam aktiviti yg disediakan disekolah.

4) Jangan tolak jika diberikan tugas.

5) Jika anda disindir oleh guru lama, eyh? Ada jugakah macam ini? Ada..ini adat..jadi anda perlu bersabar..;)

6) Jika anda seorang perempuan, cuba juga untuk menyapa semua guru lelaki yang ada..bukan kerana gatal, tetapi tanda anda hormat dengan menyapa spt assalamualaikum dan senyumm..jgn kenyit mate pula ^_*

7) Jika anda mendapat sebarang arahan dari Guru besar, lakukan dengan segera..dan jangan bertangguh.

8) Jika anda berada di dalam mesyuarat, pastikan anda mendengar dahulu segala pendapat, dan anda perlu AKUR.

9) Anda yang akan menjaga jadual kedatangan dan jika terdpt masalah sila berjumpa dengan mentor anda di sekolah.

10) Perlu masuk bilik darjah awal..;)

11) Perhimpunan turun dan jangan duduk seorang diri di dalam bilik guru.

12) Sampah sarap buang, papan hitam padam, kerusi dan meja pastikan tersusun dengan rapi.

13) Rancangan Pengajaran Harian perlu dibuat awal sehari awal.

14) Tidak boleh tanda buku student dlm bilik darjah.

15) Pastikan kedatangan diri anda sendiri bertanda..jika perlu ditandatangan / punch card buat.. Dan akhir sekali anda perlu pandai control murid dalam kelas.

Okey, itu sahaja yg nak ros kongsikan..ni pun ambil masa kuliah kejap! ┏┉┈┈┈┈┈┈┉┓
┆. τĥªηк☺γōυ
└┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶ ..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.