Wednesday, March 13, 2013

Kehidupan.


bismillah, 

selamat pagi...awal pagi dah on9..nak on FB macam dah tak sesuai pulak..hehe..dah deactivate..mls nak activekan balik..agak-agak dah sampai masa yang sesuai baru on..

macam ni lah kehidupan, ada pasang surut..kadang kala..apa yang diharapkan dan apa yang diminta untuk menjadi, tak kesampaian..plan lah sebaik mana sekalipun..Allah tu lebih tahu semuanya...kadang tak terluah dengan kata-kata..tapi terluah dengan airmata..huhuhu..rasa macam mengada pulak..haha..:P tak de ape sangat pun, biasalah..kalau dah ada sesuatu hubungan tu..nak serius sangat macam-macam hal yang datang..redha jelah..sampai sekarang ni rasa dah putus asa nak cipta sesuatu hubungan..

ros ke yang bercakap macam ni ni? biasa tak selemah ni..memang lah lemah sangat, tapi nak buat guane? kita maksudkan lain, orang faham lain..agak mendesak ke ek? huhuhuhu..umur dah lanjut, orang dah berumah tangga..kita ni ada rumah je..tangga tak siap-siap lagi..hehe...:P 

itu lah nak katakan, HATI kita ni Allah yang pegang..kalau ros cakap ros dah tak ada jodoh dengan dia..nak wat camne..bagi ros..orang tak serius kan..pendek kata, bila nak wujud satu hubungan yang lebih rapat tu mesti ada banyak halangan...

nak post kat FB, nanti dikatakan ros ni tak matang...kadang dah tak tahu nak kongsikan apa kat FB, sebab FB dah tak macam dulu...dulu orang nak baca status kita pun segan..sekarang, post sikit je, hampir 1-5 likers..malah lebih dari itu...tapi tak seronok juga...sebab semua orang tahu masalah kita...

jadinya, berkongsi di blog sahajalah...lalu FB dideactivekan...:P gasaklah orang nak cari aku nanti...maaf lah kalau ada salah silap dengan kawan-kawan di FB, saja nak deactivekan..sekarang ni nak lebih FOKUS dengan kehidupan..bagi ada aset dulu..baru fikir sal nikah kawin ni..boleh? agak3 umur 31-35 nikah masih ada yang nak tak? hahahaha..:P gasaklah ros, kalau tak de pun..leh jadi kecintaan nabi nanti..hihihi :D 

bukan menolak sunnah, cuma bila jadi masalah yang remeh dan orang yang tak faham walaupun dah lama kenal, rasa macam satu perasaan yang tak boleh BLAH sangat! perasaan tu seakan-akan macam ni..biarlah aku menyendiri..layan perasaan sorang-sorang pun best jugak...hahaha..dah orang dop mahu layan ke kite..kite layan perasaan sorang-sorang pun dah okey..lagi tak banyak dosa...kah,kah, kah....*tak de kena mengena..

okey, agak-agak ada tak yang nak cakap entry ni entry layan perasaan sendiri dan syiok sendiri? SS? gasaklahhhh..orang melaka kan kasauuu! ha..amik ko..GASAKKKKLAH! ;) 

korang sedih macam ros tak agak-agak? jom doa bersama! :)

Doa Bila Sedih dan Doa Agar Bertemu Orang Yang Ikhlas

Doa ketika sedih, tatkala terasa segala isi dunia menghimpit ruang keberadaan kita di alam nyata penuh fatamorgana ini

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Terima Kasih.

Hanya satu..syukran..terima kasih ya Allah! Atas kekuatan yaang kau pinjamkan ini..

Moga aku terus istiqamah, dan engkau pegangilah hatiku ini... ,-)))))),
q" )
( ^_^)
_.>("!")._
‎​​​آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ya allah..ya rahman, ya rahimmmm :')

* aku tetap dengan pendirianku! 13 Mac 2013.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.