Thursday, December 27, 2012

Esok - Jumpa Guru Besar Untuk Bagi Surat Lantikan.


SJKC Ayer Keroh, esok saya datang..

kenapa nak datang esok?

sila baca dengan jelas tajuk entry saya diatas..

mata tak larat nak buka dah..

sekarang mahu rehatkan mata dan minda..

risau juga jika esok sudah mula bertugas..

apa-apapun..bersedia..Mental dan Fizikal..

aku suka bekerja dan mengajar! yeayyyyyyyyyyyyyyy :)

TIPS: Diet Yang Betul Part II


Sambungan dari TIPS: Diet Yang Betul Part I.

g- makanan yang sihat menjadi pilihan utama. Pilihlah makanan yang mengandungi lemak tepu yang sedikit. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih minyak sayur sebagai sumber lemak kerana mengandungi lemak tidak tepu dalam jumlah yang tinggi. Makan makanan yang mengandungi Omega 3 seperti IKAN! :)

h- Olahraga / bersukan. Sesuaikan olah raga yang anda pilih dengan keadaan tubuh badan anda. Salah satu olehraga/ sukan yang sihat, murah dan dapat dilakukan oleh semua orang ialah berjalan kaki. *Ini macam kes ros! dekat IPG tu sokmo nak kena jalan kaki..apa-apa pun..berjalan itu bagus dan baik untuk jantung! 
Berjalanlah minimum 5 Kilometer sehari. Usahakan untuk sentiasa menambah jarak berjalan anda. Ingat! sukan bukan hanya menurunkan berat badan anda tetapi juga menyihatkan tubuh badan anda.

i- buang kebiasaan makan di malam hari. Makan dimalam hari akan menghancurkan usaha menurunkan berat badan kerana kalori yang diambil selepas makan malam akan tertimbun di dalam tubuh. menggosok gigi selepas makan malam dapat mengurangkan keinginan untuk makan.

j- Perbanyakkan mengambil protein. Makan makanan yang mengandungi protein dalam jumlah yang  banyak akan membuatkan perut anda kekenyangan dalam beberapa jam sehingga mengurangkan keperluan terhadap makanan yang mengandungi jumlah kalori yang tinggi.

k- buang kebiasaan buruk yang membuatkan berat badan bertambah dan gantikan dengan kebiasaan yang lebih sihat. Misalnya menggantikan gula rendah kalori, mengelak makan makanan bergoreng dan lain-lain.

to be continue..:)

MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)


bismillah, kepada semua Guru Dalam Latihan bagi IPG Kampus Perempuan melayu melaka, diminta anda semua mendownload details di blog JAPIM untk tugasan Minggu Orientasi Sekolah..

sebagai panduan, ros cuba cari juga di inteernet dan ada juga blog-blog yang menyediakan MOS yang terbaik sebagai rujukan kita semua..

.....
...
..
.

CONTOH TUGASAN MINGGU ORIENTASI SEKOLAH

boleh kelik laju-laju di link diatas..:) 


Nuffnang Belum Bayar Duit Kita?


Bismillah..

Amboi, lama benor ros tunggu Nuffnang bayar tau..ddekat sebulan lebih dah rasanya ni..ada masalah apa ye agaknya? actually, ini baru kali pertama ros cash out earning dari Nuffnang..tak sangka kena tunggu selama macam ni..

kalau tak salah syaratnya ialah sebulan dari tarikh kita cash out dan Nuffnang akan tolak Rm 1 hinggit..itu sahaja yang setakat ros tahu..kalau kawan-kawan lain tahu antara sebab lain yang ros masih tak dapat cheque dari Nuff ni please kongsi-kongsikannnnn lah ye? :) 

Celebrate Birthday Abah.

Abah, Selamat Hari Lahir..

Semoga Abah dipanjangkan umur..;)

Ros dengan emak belikan boxer untuk abh..haha :p mak cakap itu jelah yg terbaik..boxer pun boxer lah..sbb kalau lipat baju tgok boxer dh lopong3..hahahahaha :p

Kitorang makan-makan ayam golek dengan nasi..memang terbaik..semua pakat kenyang belaka..alhamdulillahhhh ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Ini Birthday Abah.

Ya allah, apa nak jadilah ros ni. Boleh pula terlupa yg hari ini hari jadi abah..sekarang ni tengah on the way cari kek untuk abah..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jabatan Pelajaran Melaka.

Selepas selesai mengecop borang bersama mentor tadi, kami bergegas pula ke Jabatan Pelajaran Melaka.

Eyh, kenapa nak ke JPM pulak ni? Sebab nak ambil surat lantikannnn laaaa..rupanya dh rmi yg ambil surat tuh..kami je yg agak lambat..tapi tak ape, ambik dhhhh! "̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮‎​​ ;)

Hari ni berjalan jela kerja sy..agak penat jugak lahhhh..tp syukur dh settle semua..:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keadaan di IPG Tadi.

Tengok sendiri macam mana keadaan kat ipg tadi, masing-masing sibuk isi borang perjanjian pendidikan guru..dengan mintak cop dekat mentor lagi..umangaiii..mentor gila garang kot! Tapi hati dia baik ooooowww! Mentor kami ialah En.Zolkeple Bin Ibrahim.

Biarpun suara garanggggg, tapi hati baik..;) "̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮‎​​

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Abang Ben Ashaari Melucah?


bukak twitter, kot ingat ada orang metion nama ke, ape ke kan...:P tapi yang aku dapat dekat home, yg boleh dibaca adalah perkataan bontot je memangjanggggg! dari awal atas sampai ke bawah..umangggaiiii! ini betul-betul penangan abg Ben Ashaari nihhh! 

apa ni bang, sampai bontot-bontot orang pun abg nak teropong? eyh, tak3...abg cakap perempuan  suka tengok bontot lelaki kan? owhhh! sangatlah tidak..kalau takat bontot sekepengggg mcm tu..haha :P

nak tahu lebih lanjut baca entry abg Ben dekat SINI.

ampun bannggg! :P 


Minggu Orientasi Sekolah.


teerbayang-bayang sudah gelagat anak-anak kecil menangis ketika hari pertama datang ke sekolah, almaklum sahajalah!, mereka semua baru sahaja berumur 7 tahun dan baru tamat tadika..apa yang lebih ros kasihankan bukan pada mereka, tapi pada guru-guru yang bakal handle semua pelajar ni..ouhh! adik-adik ini semuanya hari tisu..handle them with care..:)

baru masuk IPG sudah ada assignment, lecturer cakap kami semua perlu buat Mos atau nama panjangnya Minggu Orientasi Sekolah..apa yang sangat ros harapkan adalah semua guru dapat membimbing ros ke arah jalan yang benarrrrr! :P dan ros!, pls bertanggungjawab dan amanah dalam apa sahaja yang engkau lakukan! 

MOS ni Ketua Unit dah bagi dalam minggu lepas, cumanya sekarang ros masih not in mood to study all things yang sudah pun kami belajar..

mood ke laut..tunggu mood pulang dahulu......ouh, my mood..tolonglah merajinkan diri anda untuk melekat terus dalam badan aku ni..suapaya aku gagah sasa dan berani untuk hadapi semua! 

semangat-semangat! nak beli buku apa semua bagai memang semangat, nak baca buku tu memang hampeh lah! inilah rosmarieza! :)

TIPS: Diet Yang Betul Part I.


1- Langakh Menurunkan Berat Badan.

Masalah berat badan merupakan masalah yang sangat pelik dan sering dipersoalkan oleh pesakit yang mengalami masalah kegemukan. * Terkena dekat batang hidung sendiri! :') 
menjadi GEMUK merupakan mimpi buruk bagi sebahagian orang terutamanya bagi mereka yang memilih untuk berketerampilan anggun sepanjang waktu!
Kegemukan juga mengakibatkan diri seseorang merasa rendah diri dan kurang yakin bila erhdapan situasi tertentu sebagai contoh sesuatu yang melibatkan karier. Berikut merupakan langkah-langkah praktikal yang boleh diikiut untuk mengawal berat badan:-

a- Saya pasti BOLEHHHHH! ! ! tanamkan tiga perkataan ini dalam hidup anda walaupun ada sahaja benda yang menghalang dan anda perlu sentiasa ingat bahawa anda perlu menurunkan berat badan dengan segera. Jadikan orang-orang yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai pembakar semangat anda untuk turut sama seperti mereka!

b- Sarapan merupakan perkara yang wajib dilakukan. jangan skip sarapan, kerana anda sangat memerlukan sarapan sebagai alas perut. tidak perlu yang berat-berat, cukuplah sekadar pisang, yogurt, bijirin, roti dan lain-lain.

c- Luangkan masa untuk membaca kandungan gizi pada pembungkus makanan. apa yang perlu anda perhatikan adalah kalori dalam makanan yg anda makan.

d- Jangan melakukan DIET?. dalam jangka masa yg pendek, diet sememangnya akan menurunkan berat badan tetapi jika anda mneghentikan diet, berat badan anda akan kembali kepada yg asal. Makan makanan yg kurang berkhasiat dan mengurangkan makanan yg sedia ada tidak akan menurunkan berat badan, apa yg peru anda lakukan adalah melihat kepada gizi pemakanan yg seimbang sesuai mengikut kalori seharian dan kalori keperluan anda..:)

e- Selalu makan secara teratur. anda perlu membuat pola pemakanan / jadual pemakanan anda..sekurang-kurangnya 3kali sehari.

f- Perbanyakkan mengambil serat. Serat sangat penting untuk menjaga  tubuh agar tetap sihat. Serat yang kita makan setiap hari berfungsi untuk membantu menurunkan kolestrol dan melawaskan saluran pencernaan. Serat juga mampu memperceepatkan rasa kenyang sehingga secara semulajadi dapat mengurangkan pengambilan makanan yang tidak berguna. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah sehingga sesuai dengan makanan yang kita perlukan untuk menurunkan berat badan.

to be continued! :)