Tuesday, November 5, 2013
Teks Biodata Persaraan Guru Penolong Kanan 1- SK Bukit Beruang.
Segak bergaya putera
mahkota,
Dimahkotakan dalam
majlis yang meriah,
Izinkan saya
membacakan biodata,
Didahului dengan
lafaz bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim….
Pada
tanggal 9 oktober 1956 tarikh keramat bagi pasangan bertuah Encik Haji Omar bin Jamaludin dan Puan Halimah
Binti Nasih di kampung Pantai Remis, Perak apabila dikurniakan seorang puteri.
Anak ke -5 dari 8 orang adik beradik ini diberi nama Duriah binti Omar. Beliau telah
dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan di beri didikan yang sempurna. Beliau
mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu,
Pantai Remis, Perak pada tahun 1963. Maka bermulalah pencarian ilmu yang
pertama baginya. Detik waktu menginjak pantas dan tahun juga bersilih ganti.
Setelah enam tahun di sekolah rendah, pada tahun 1969 beliau melanjutkan
pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Idris
sehingga ke tingkatan 3, manakala tingkatan 4 dan 5 nya di sekolah menengah
convent jalan peel, Kuala Lumpur.
Bukanlah
cita-citanya untuk menjadi seorang guru, namun hajat dan keinginan bapanya yang
tinggi untuk melihat beliau berjaya dalam bidang pendidikan, beliau telah
melupakan keinginannya di dalam bidang perubatan lantas beliau memilih untuk
mengikuti latihan asas perguruan di Maktab Perguruan Kota Baharu, Kelantan pada
tahun 1976. Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan
berani menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh
mencabar. Kata orang, “alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai
jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Puan Duriah Binti Omar, Guru
Penolong Kanan 1 yang sangat dihormati dan disayangi.
“selamat
pagi cikgu” ucapan keramat pertama beliau terima pada tanggal 3 januari 1978 di
SJK © Tit Bin, Pantai Remis, Perak. Semenjak tarikh itu, Cikgu Duriah terus
menabur bakti mendidik anak bangsa tidak kira di mana barada.
Tenanglah tenang air
dilaut,
Sampan kolek mudik ke
tanjung,
Hati terkenang mulut
menyebut,
Budi yang baik pasti
disanjung.
Bermula
tarikh melapor diri pada 3 Januari 1978 sehingga ke hari ini 31 Oktober 2013,
Cikgu Duriah telah berkhidmat selama 34 tahun 9 bulan dan 29 hari. Sepanjang
tempoh tersebut Cikgu Duriah telah mengajar di 6 buah sekolah di 4 buah negeri yang
berbeza iaitu di negeri Perak Darul Ridzuan, di negeri Pahang Darul Makmur, di
Negeri Sembilan Darul Khusus dan di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Sekolah
pertama yang mendapat sentuhannya adalah SJKC Tit Bin, Pantai Remis, Perak
iaitu pada tahun 1978 sehingga 1980. Pada tahun berikutnya, Cikgu Duriah
berkhidmat di SK Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang Darul Makmur sehingga
November 1985. Pada tahun 1986, Cikgu Duriah berpindah ke SK Jelai, Gemas
N.Sembilan dan berkhidmat disitu sehingga Novermber 1991. Perkhidmatan beliau
di negeri Sembilan selama 6 tahun sahaja kerana pada tahun 1991 Cikgu Duriah
telah berpindah ke negeri Melaka. Di negeri Melaka, beliau telah ditempatkan di
SK Bukit Beruang diikuti dengan SK Kubu dan SK Seri Bandar.
Negeri
yang kaya dengan sejarah, Melaka..disinilah segala-galanya bermula. Beliau
telah dilantik sebagai pentadbir ketika berkhidmat di Sk Bukit Beruang. Selama
13 tahun perkhidmatannya di sekolah ini, beliau telah memegang beberapa jawatan
sebagai GPK Kokurikulum, GPK HEM, dan GPK Kurikulum sehinggalah tarikh keramat
persaraan beliau pada hari ini.
Bakat
kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegangag kepada prinsip hidupnya yang suka
berterus terang dan hanya percaya kepada kejujuran. Beliau mempunyai wawasan
yang cukup tinggi dan patut dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak didik
amat tinggi malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak
pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada
semua anak didiknya.
Beliau
telah memulakan tugas sebagai seorang guru penolong kanan 1 pada 16 julai 2010.
Disinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada
usia persaraan 57 tahun. Sikap keprihatinannya terhadap anak bangsa tidak
pernah luntur ditelan masa di mamah usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya
dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit. Banyak masanya
dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang guru.
Terang
bulan dimalam hari,
Indah
gemerlap bintang bercahaya,
Kasih
dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu
bertaut sepenuh jiwa.
Jadilah
apapun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi
yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan
keramat CIKGU kekal terpahat,
Menjadi
kenangan ke akhir hayat.
Tinggi
sungguh pohon kuini,
Dililit
pepaku bersulam semalu,
Melepaskan
dirimu disaat ini,
Basahlah
kami meratap pilu.
Sekian,
Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu…….~
Subscribe to:
Posts (Atom)