Tuesday, December 25, 2012

Pesanan Ringkas Tapi Padat Oleh Pengarah IPG KPM Puan Tumerah.


bismillah, baru sekarang berpeluang untuk membaca semula semua pesanan yang ringkas yang cukup padat dengan info oleh Puan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Puan Tumerah Binti Rosmin.

Di antara isu yang dibawa dan diperingatkan oleh Puan Pengarah IPG adalah:-

1) Pelajar ? Guru Dalam Latihan perlu sentiasa mengambil peluang ketika / selama setahun berada di sekolah untuk belajar menjadi seorang guru.

2) Jangan sesekali memandang remeh pada kerjaya GURU.

3) Mara untuk menjadi seorang pensyarah, walaupun anda bermula sebagai guru sekolah rendah! :)

dan ini pula diantara amanat buat guru-guru JQAF yang bakal mengajar di sekolah-sekolah rendah awal Januari tahun 2013 (tahun depan), antara amanat-amanat Puan Pengarah adalah:-

- Sebagai guru dalam latihan, jangan ragu-ragu / malu untuk bertanya kepada guru-guru yang ada. Dan cara anda berkawan dengan guru-guru juga hendaklah PROFESSIONAL.

- Bersedia, kerana persekitaran sekolah jenis kebangsaan Cina / Tamil tidak sama dengan sekolah rendah kebangsaan yang biasa. sebagai contoh dari sudut kantin, bahasa dan sebagainya.

- Sentiasa menjaga komunikasi yang berhemah dan berkesan.

- Guru haruslah Rajin, berhemah, dan juga peramah. Jaga-jaga, jangan pula terlebih peramah! :P

- Apabila anda di sekolah, anda perlulah mengiku peraturan sekolah.

- Peringatan! , jangan segera beli kereta, jika anda mahu beli..biarlah mengikut kemampuan anda.

- Pengurusan MASA, anda perlu ingat bahawa ketika cuti anda perlu datang ke IPG.

- Apabila di sekolah, in case anda demam, dan kurang bertenaga ataupun tidak sihat untuk meneruskan P&P, anda perlulah segera memberitahu kepada Guru Besar dan juga seterusnya maklumkan kepada IPG.

- BERITA BAIK! , Program JQAF ini akan dipanjangkan ke Sekolah Menengah.

- Perisapsiagakan diri anda kerana di akhir semeste nanti anda akan menghadapi iterview/ temuduga bersama SPP.

* ada diantara soalan yang diajukan , pelajar JQAF tidak dapat menjawab dengan baik iaitu contohnya: bezakan harus dan wajib..masih ada yang kurang arif menjawab dan ini adalah realiti yang berlaku ketika temuduga dijalankan. (tak sangka, speechless bila dapat tahu perkara ni dari Puan Pengarah)

- dan diantara pesanan yang lain adalah agar pelajar tidak sesekali terlibat dengan mana-mana tugasan politik dan haruslah ingat tugas kita sebagai penjawat awam.

kata-kata Puan Pengarah yang paling ros akan ingat sampai bila-bila ialah: " Kebahagiaan seorang GURU adalah melihat KEJAYAAN ANAK MURIDNYA "

ouhhh..terharu! :')

Saya Dah Ukur Badan Saya Selepas Menggunakan Fellina Inchloss.


hye..hye..hye semua!

dah dekat dua minggu ros menggunakan Fellina Inchloss, sampai sekarang masih belum kira lagi ukur lilit badan yang berlemak ini..

tapi nampak macam ada perubahan..haish..kurang pasti..esok ros kasi tahu semua ye? :P segan yang benornyer nak cerita bab ukur lilit badan ni..almaklumlah, badan mengalahkan Shanie..:P

okkeyyy!

bagi yang nak order boleh direct contact ros di 0136918603!
sms or whatsapp akan dilayan dengan segera! :) terima kasih..:)

Jadual Selepas Kelahiran Dan Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh.


Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh -Majalah al-Ustaz isu 09

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. - Furqan ayat 74




Kisah Bukuku.


bismillah, hari Ahad yang lepas ros keluar pergi tesco dan aeon..hah kau! semangat kan pergi jalan kaki pulak tuh..dah dekat..jalan kaki sahaja lah..alkisah nak dijadikan cerita, ros sebenarnya keluar sebab nak mencari buku, dua tempat ros cari buku psikologi pendidikan..dua-dua tempat tu jugak lah yang tak ada nyeerrrr..sedihhh! T_T

ingat dekat Popular tesco ade buku, ssekali tak ada..tak apa lagi sebab store kecil..lepas tu pergi kedai popular yang besar sikit..sama juga rupanya..maka ros beli buku panduan jqaf dan kamus jqaf sahaja.

banyak juga buku yang ros borong tau! antaranya buku 40 Mukjizat Nabi Muhammad SAW, karangan Zuraimi Ismail. buku macam ni memang bagus..tapi ros agak sangsi dengan isi yang ada..sehinggalah terdetik hati ini nak bertanya sendiri dengan Amie Sofea..ala, kawan solehah juga..mesti semua kenal dia kan? host untuk segmen Assalamualikum Tv Alhijrah..ros bbm amie dan tanya certain tajuk yang ada dalam buku tersebut..

enty pernah tak dengar cerita Maisarah? pembantu khas rasulullah ketika beliau pergi berniaga tanpa Khadijah? memang lah amie pernah ddengar dan tahu..cuma bila ros tanye tentang nabi pernah dipayungi oleh dua orang lelaki ketika sepanjang perjalanan tersebut..amie agak musykil juga dan dia cakap ana tak tahu cerita tu, takut israiliyyat..

actually, tujuan ros beli buku-buku sirah tu sebab nanti senang nak berkongsi dengan student, andaikan sahaja SJKC Ayer Keroh tu kurang tenaga pengajar, sudah tentulah ros yaang akan mengajar mereka nanti..apa yang membimbangkan ros adalah kita semua sedia maklum telah banyak cerita-cerita tentang israiliyyat yang ertentangan dengan kisah dari Al-Quran..

nak tahu apa itu Israiliyyat?
jom baca sumber di sini:-

Israiliyyaat: Pengenalan Dan Kaedah Pengecamannya


sekarang ini, apa yang ros fikirkan adalah..ros nak cari penulis buku ini dan nak bertanya sendiri dari mana sumber rujukan yang dia dapat..ala, benda baik..tak ada masalah rasanya kalau bertanya..sekadar untuk mendapatkan kepastian..harap sahaja ada balasan..:) Aminnnnn :)

Kawan-kawan Amiey.

Siapa Amiey tu? Okey, Amiey tu bukanlah biskut ataupun siput sedut..yang pasti Amiey tu manusia, perempuan berbada gempal..hahahahaha :p

Ni diantara kawan-kawan rapat adik ros..Amiey tu adik aku..kenalkan..;) Rosmainie namanyer..bakal peguam..insyaAllah..;)

kawan-kawan Amiey adalah kawan ros juga. Kot mane pun, kami semua pasti ada jodoh..bertemu, kenal dan jadi kawan. Bahkan rapat..itulah yg dinamakan ukhuwwah fillah tak mengira siapa..;)

Tak gituuuuu? "̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮‎​​

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rahsia Seorang Wanita Yang Pemurah bernama Halimatus Sa'diah.

Kisah ini terjadi apabila Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke bumi. Ketika itu, dato' baginda mencari ibu susuan buatnya. Lazimnya, mereka dikalangan wanita badawi yang duduk di pedalaman. Akan tetapi, ramai yang menolak untuk menyusukan nabi, kecuali Halimah. Semenjak terpandangkan anak kecil itu, Halimah sudah menyukainya. Diambilnya pulang untuk disusukan, dan semenjak dari itu segala-galanya berubah. Unta yang ditunggang oleh Halimah segera bertenaga dan bergerak pantas sekali, dan susu Halimah dari sedikit menjadi banyak secara tiba-tiba. Bukan sekadar itu sahaja, perubahan tersebut dpt dirasai oleh suaminya apabila unta ternakannya yang kurus sudah dipenuhi susu. Inilah diantara kelebihan ataupun rahsia seorang wanita yang baik hati bernama Halimatus Sa'diah.

Selepas kedatangan nabi dalam hidup mereka, kehidupannya berubah menjadi senang dan makmur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Inilah Dia Kapten Hadi.

Bismillah,

Selamat pagi semua kawan-kawan, nak cerita tentang seorang mamat poyooo..bak kata Awie, kau jangan nak poyoooo sgt..hehe..

Hadi ni kawan baik ros waktu zaman diploma dulu..hajatnya nak tackle ros la ni, tak kuasa nak layannnnn :p

Nak anggap kawan biasa boleh..lebih3 tu maaflahh..tak larat nak tampung dan layan..ramai nau peminat! *bajetttt retis..

Nak dijadikan cerita, ros nak promote kwn ros ni dekat siapa-siapa yg berkenan..kapten dah tau..dah la pandai, bg ceramah sokmo..*ok, tipuuuu..dia tak la bg ceramah..tp dia ni memang hebat bab agama..

Waktu dip dulu, dlm kelas dia suke sangat tdow..tapi yg peliknya adalah..bila kena soal dengan ustaz, dia boleh jawab..ustaz panggil dia sibawaih sebab dia pandai nahu..

Okey, agak-agak nak kenal ngn dia..gtau ros eyh? Hahahahaha

Ampun Hadi, aku saje je nak update pasal kauuuu! :p

____
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from BlackBerry App World : http://bit.ly/screengrabber_appworld
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.