Allah mendengar setiap doa hambanya yang bersungguh-sungguh meminta hanya dariNYA..
Friday, November 4, 2011
kepujian kelas pertama?
ikutkan hati malas dah nak online pas abis basuh baju tadi..
dah pagi-pagi buta ni lah tangan duk gatal jugak untuk bukak lappy dan online..
nilah yang selalu ros lakukan setiap kali ada dekat rumah, kalau ade masa jek mesti online..
same lah jugak kat kampus..
melainkan ros betul-betul busy jek....tapi rasenyer waktu duk kat asrama dulu selalu jek online..hehe:P
dah dua entry yang ros pendingkan dulu untuk hari ini...maybe lepas LIVE SOLEHAH esok baru ros cube jugak untuk update..insyaAllah..moga ade kesempatan itu..
tadi agak teruja jugak pas tengok pic neh..
rasa syukur yang tak terhingga kerana semua yang datang dalam hidup ini merupakan hadiah dari Allah..
pernah juga terfikir..adakah ini hanya ujian untuk Allah menduga kekuatan iman seseorang hambanya agar tidak terleka dengan nikmat yang DIA berikan?
dan adakah ini juga merupakan satu istidraj dari Allah buatku?
bila setiap soalan ini berlegar difikiran, teringat akan nasihat yang sentiasa terngiang-ngiang ditelinga ini..
nasihat dan kata-kata dari Ustazah Wazzainab sewaktu ros dan juga seorang rakan kelas yang menumpang keretanya sau ketika dulu..(tumpang nak g ATM kat Petronas Bandar Seri Putra je pown :P ) heeeeee:D
Ustazah kesayangan ros tu cakap: La yukallifullahu nafsan Illa 'Usa'ha..
Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan dia sanggup menempuhinya, dia boleh menghadapinya..
Maha Suci Engkau Ya Allah..bersyukur atas segala nikmat yang tyelah kau kurniakan..
nikmat IMAN, ISLAM dan IHSAN ditambah pula nikmat SOLEHAH ini..
terlalu banyak lopong-lopong yang ada dalam hati dan juga minda yang perlu aku isi dengan ilmu..
yang perlu ros tanamkan ia dengan sifat sabar, redha, yakin, amanah dan banyak lagi sifat mahmudah yang perlu kita semua semai dalam diri masing-masing..
bila idea mencurah-curah ke ladang gandum, mata pula seakan-akan dipacak dengan batang-batang mancis..
haish..susah jugak nak tidur..mungkin sebab assignment lepas yang masih lagi kurang isinya dalam kepala neh..
jadi, untuk mengakhiri entry ini..ros nak kongsikan sedikit tips yang selalu ros amalkan sewaktu ros dalam zaman belajar dulu..
apa yang selalu ros amalkan adalah, yang pertamanya...niat kita untuk dapatlan sesuatu ILMU itu..
yang keduanya, pastikan apa yang kita niatkan adalah kerana Allah dan adalah untuk faham ilmu yang kita dapat dan cuba untuk sampaikan juga kepada orang lain..
yang ketiganya, hormat ibu-bapa, ustaz ustazah, cikgu cikgi, rakan-rakan,teman, taulan dan sahabat handai..dan juga orang yang berada disekeliling kita..
dan akhir sekali, selepas kita lakukan sesuatu yang disertai dengan niat yang baik, usaha yang jitu, doa yang sebenar-benarnya memohon dengan Allah dan mengharapkan balasan hanya dariNYA..insyaAllah selepas semua ini, kita cuba bertawakkal kepada Allah dengan lafaz..
"BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LA ALLAH"
moga dengan doa tadi kita akan beroleh keberkatan dalam apa jua ibadah yang kita lakukan dan juga moga kita beroleh kejayaan...
Amin ya Allah...Amin ya Rahman...Amin ya Rahim..:)
Allah mendengar setiap doa hambanya yang bersungguh-sungguh meminta hanya dariNYA..
Allah mendengar setiap doa hambanya yang bersungguh-sungguh meminta hanya dariNYA..
Subscribe to:
Posts (Atom)