Saturday, December 22, 2012
AKU WAJIB TAHU: Solat Hormat Waktu.
Ramai yang bertanya tentang solat hormat waktu adakah ia mempunyai sandaran atau tidak? Jika ada bagaimanakah perlaksanaannya? Bagaimana pula dengan hukumnya, adakah solat tersebut sah ataupun sekadar mengangkat dosa sahaja?
Untuk menghuraikan isu ini, perkara paling asas yang perlu diketahui adalah mengapakah ulama menyebut tentang hal ini?
Isu ini berlaku apabila seseorang itu gagal menyempurnakan syarat-syarat sah solat. Antara keadaan tersebut:-
1. Tidak dapat bersuci samada wuduk atau tayammum ( seperti dalam kenderaan yang tidak mampu berhenti, atau menaiki kapal namun tidak sampai untuk mengambil air )
2. Dalam keadaan pakaian terkena najis yang tidak mampu untuk menukarkannya dalam tempoh waktu solat.
Boleh disimpulkan keadaan-keadaan yang disebut ganjil dan jarang berlaku apatah lagi di zaman moden ini.
Terdapat empat pendapat utama dalam masalah ini. Antaranya:-
Pendapat pertama : Iman Abu Hanifah, Sebahagian sahabat, Sebahagian Ulama Syafie, dan dinukilkan juga daripada Imam Thauri dan Auzai, tidak perlu solat namun perlu diqada’ ( diganti ). Dalil mereka:-
1. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim ( Tiada solat melainkan bersuci )
2. Qias kepada perempuan haid yang tidak wajib menunaikan solat dalam keadaan hadath.
Pendapat kedua : Pendapat Imam Malek. Tidak perlu solat dan tidak perlu diqada’. Kewajipan solat itu digugurkan.Dalil-dalilnya:-
1. " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub “ ( An-Nisa’ : 43 )
2. Hadith : Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada kamu, apabila dia berhadath sehinggalah dia berwudhu.
Pendapat ketiga : Pendapat Imam Syafie, Abu Yusof ( Mazhab Hanafi ), Sebahagian Ulama Malik, juga salah satu pendapat Iman Ahmad dan Imam Tabari. Wajib solat sekadar rukun sahaja dan perlu diqada’ ( diulang kembali ). Solat ini dianggap tidak sempurna dan hanya dilaksanakan demi menghormati waktu.
Dalil-dalilnya:-
1. Hadith Aisyah yang diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim : Rasulullah s.a.w pernah menghantar Asid bin Hadr dan Anas untuk mencari kalung Aisyah yang hilang, apabila tiba waktu solat mereka tidak menjumpai air lantas menunaikan solat tanpa bersuci, apabila diajukan kepada baginda s.a.w turunlah ayat tayamum
Hadith ini menunjukkan bahawa baginda s.a.w tidak mengingkari solat mereka ( tanpa bersuci ) dan perlu diulangi kembali kerana solat tidak akan sempurna tanpa bersuci.
2. Nas-nas yang menyuruh melaksanakan solat pada waktunya tidak memperincikan mereka yang boleh meninggalkan atau tidak. Ini menunjukkan kewajipan tidak akan digugurkan walau apa keadaan sekali pun.
Pendapat keempat : Salah satu pendapat Imam Ahmad, Ibnu Hazm dan Sebahagian besar ulama hadith.
Dalil-dalilnya:-
1. “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu.” (al-Taghabun:16),
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya.” (al-Baqarah:286)
“Allah tidak menghendaki untuk menjadikan ke atas kamu kesusahan.” (al-Maidah:6),
Ayat-ayat diatas menunjukkan bahawa Islam tidak membebankan penganutnya dalam menunaikan ibadat yang diperintahkan Allah. Maka, laksanakanlah ibadat sekadar kemampuan.
2. Rasululullah s.a.w tidak pernah menyuruh sahabat agar mengulangi solat tersebut.
Dalam memahami isu-isu perbezaan pendapat dikalangan ulama, adalah lebih baik kita mencari apakah punca perbezaan dikalangan mereka terutamannya dalam memahami nas. Dalam isu ini ia berpunca daripada kefahaman hadith sahabat mencari kalung Aisyah.
1. Mereka yang menyatakan bahawa solat itu wajib digugurkan terus berpendapat Rasulullah s.a.w tidak menyuruh mengulangi kembali solat tersebut dan solat itu sememangnya tidak sah tanpa bersuci.
2. Mereka yang berpendapat solat itu wajib dilaksanakan dan wajib diulang, melihat Rasulullah s.a.w tidak mengingkari solat mereka ( tanpa bersuci ) dan dalam masa yang sama solat tersebut tidak sah dan mesti diulangi.
3. Mereka yang menyatakan hanya perlu solat tanpa qada’ melihat baginda s.a.w tidak menyuruh sahabat mengulanginya kembali menunjukkan solat tersebut adalah sah.
Kesimpulan.
Jika dilihat kepada kekuatan nas secara jelas atau tidak sudah pasti pendapat wajib ditunaikan tanpa perlu diulang lebih kuat.
Namun, jika dilihat dari sudut berhati-hati pendapat wajib menunaikan dan wajib menqadakkan kembali adalah paling selamat dan meyakinkan.
Perkara yang perlu difahami asas ulama mewajibkan mengulangi solat dan hanya mengiktibarkan solat tersebut hanyalah menghormati waktu dibina atas dasar berhati-hati. Ia merupakan ijtihad mereka.
Jika anda yakin tidak ingin mengulanginya kembali terpulang..
Jika ada orang yang ingin mengulanginya mengapa perlu dihalang..
Keyakinan orang memilih pendapat adalah berbeza-beza..
Wallahua’lam.
Jamuan Makan.
Hari ini merupakan hari yang terakhir utk adik-adik nursing kolej kejururawatan melaka menggunakan khidmat emak dan juga abah..khidmat ape tu? Sudah tentu khidmat kereta sewa atau lebih glamour lagi teksi.."̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮ ..
Seronok tengok emak happy dengan adik3 tu semua, dari awal pagi lagi emak dah bangun sediakan brg3 untuk dimasak..aku pulak lepas solat subuh baru tolong emak kat dapur..kemas3 apa yang patut dan sampai sekarang masih shj ada yg berkunjung ke rumah..
Emak dengan abah memang nampak seronok sangat menjamukan adik-adik dengan hidangan lauk tengahari..ayam masak merah, kobis masak lemak, dengan hati ayam goreng kentanggggg..memang sedap lah, sekali makan terangkatttt kening3..kih3..pedasssss! :p
Waktu adik-adik KKM ni nak balik, emak memang menangis lah..sebab dia dh anggap mcm anak sendiri..sayang sgt lah tu agaknye..:p cian makkkk..
Tapi masih ramai lagi yang akan menggantikan adik-adik kkm ni nnt..
Semoga adik-adik ni semua berjaya dunia dan akhirat..dan semoga dapat posting dekat3 sahaja ye semuanyaaaa..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Seronok tengok emak happy dengan adik3 tu semua, dari awal pagi lagi emak dah bangun sediakan brg3 untuk dimasak..aku pulak lepas solat subuh baru tolong emak kat dapur..kemas3 apa yang patut dan sampai sekarang masih shj ada yg berkunjung ke rumah..
Emak dengan abah memang nampak seronok sangat menjamukan adik-adik dengan hidangan lauk tengahari..ayam masak merah, kobis masak lemak, dengan hati ayam goreng kentanggggg..memang sedap lah, sekali makan terangkatttt kening3..kih3..pedasssss! :p
Waktu adik-adik KKM ni nak balik, emak memang menangis lah..sebab dia dh anggap mcm anak sendiri..sayang sgt lah tu agaknye..:p cian makkkk..
Tapi masih ramai lagi yang akan menggantikan adik-adik kkm ni nnt..
Semoga adik-adik ni semua berjaya dunia dan akhirat..dan semoga dapat posting dekat3 sahaja ye semuanyaaaa..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)