Tuesday, August 6, 2019

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam Tahun 4.

dan Salam Sejahtera semua, saja nak kongsikan beberapa Bahan Bantu Mengajar atau pun Lembaran kerja yang ros sediakan sendiri untuk anak murid ros mengikut tahap mereka.
Antara tajuk yg terkandung adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini yer:

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
JAWI - Imbuhan Apitan, Bina Rencana ringkas berdasarkan gambar atas tajuk Bencana Banjir. 
ADAB - Adab dengan Jiran - Maksud Jiran
- Senaraikan Adab berjiran dalam Peta Buih
- EXIT TICKET Adab Berjiran - Untuk membantu murid menilai sendiri diri mereka setakat mana kefahaman mereka terhadap tajuk Adab Berjiran. Ini di isi sepanjang pembelajaran dan dikutip di akhir pdpc. 
AL- QURAN : Checklist Surah mengikut bacaan murid, ini terpulang kepada guru sekiranya nak ubah. Mungkin ada yag nak buat lebih details dari apa yg sy kongsikan. 
SIRAH: Kisah Isra' Mi'raj
- Kad Bacaan tentang Isra' Mi'raj
- Kad Dominos & Lembaran Kerja sepanjang peristiwa Isra' Mi'raj. 

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
JAWI: Cita-cita saya untuk 3 dan 4 Suku Kata. (TEKS CERITA) saya reka sendiri untuk bacaan murid. boleh buat secara PAIR READING 
Ada juga Exit Ticket umum yang boleh anda gunakan untuk semua subjek termasuklah subjek teras dan sebagainya. Exit Ticket biasanya digunakan untuk menilai kefahamn murid sepanjang pdpc berjalan. Setakat ana murid faham guru mengajar. dan murid turut memberikan pendapat di mana yang mereka masih belum kuasai. guru juga boleh perbaiki cara pengajaran dengan adanya Exit Ticket ini dan membuat refleksi serta impak dalam RPH. 
Boleh DOWNLOAD DI SINI
pastikan anda ada PUBLISHER, kerana file ini adalah PUBLISHER. Terima Kasih.