Tuesday, January 1, 2013

Esok .

Dup dap..dup dap...rase tak sabar nak tunggu hari esok..semestinya hari persekolahan..:) Ros masih tak tahu lagi nak pakai baju kaler ape..mungkin sahaja dah malam sikit baru iron...Ros ingat nak tidur awal sikit, tapi macam tak jadi je ni..haha...cikgu cikgi lain agak-agak ada tak macam Ros sekarang yang duk tengah fikir baju apa nak pakai..kasut mane nak pakai...tudung ke atau selendang yang nak dikenakan esok? Ohhhhh hoi..confuse kejap! Eyyhhh...mos tak print lagiiii..buruk pangai...:(

Nanti dah settle semua Ros update lagi ye...bubbye..;)

posted from Bloggeroid

Aci Tak Kalau Ros Nak Lelapkan Mata Sekarang?


Esok 2 Januari, bermulanya hari persekolahan untuk semua adik-adik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Bagaimana peersediaan semua untuk tahun 2013 ini? Semoga semuanya sudah bersedia menghadapi hari persekolahan esok.

Begitu juga buat semua para pendidik yang bakal berhadapan dengan situasi baru dan bakal berjumpa dengan wajah-wajah baru bagi Tahun 1 dan juga Tingkatan 1.. Selamat kembali mengajar buat semua para pendidik di Malaysia..:) 

Esok hari pertama bagi ros di sekolah, pembukaan bagi tahun 2013 ini adalah mengajar..tak pernah mengajar di awal tahun, manakan tidak..ros kan mengajar adik-adik di pertengahan tahun..itu pun sebab rezeki tahun lepas 2012 dapat juga ros mengajar..:)

Barang-barang untuk dibawa ke sekolah esok masih belum di kemas, baju belum gosok, kain tudung, kasut belum bawa keluar dari kotak kasut, dokumen-dokumen dan buku-buku tertentu belum lagi disusun ke dalam beg. Apatah lagi dengan MOS iaitu Minggu Orientasi Sekolah yang ros masih belum print! hebat...:P 

apa-apa pun sekrang ni izinkan ros untuk melelapkan mata buat beberapa minit..boleh? bisa gak? ngantuk banget! :'( 

tadi sibuk duk belek-belek Tablet PC, sekarang baru terasa mengantuk..mungkin sahaja penat memmasak, lipat baju..lepas ni emak dan kak ipar pula yg mainkan peranan untuk itu semua..izinkan saya? :) plssss! untuk seketika..:)

Kenapa Lelaki Cepat Curang?


Wah, tajuk tak menahan...ini lah negative thinking punya perangai yang tak dapat AKU elakkk! 
selalu nak fikir, nak dapat suami yang baik-baik, tak mo curang-curang..takut! 
ish, selalu nau terfikir bukan-bukan..
tak mau-mau! kena ubah persepsi, bukan semua lelaki yang suka curang, sesetengah lelaki sahaja..
lebih-lebih lagi Suami Curang Ketika Isteri Mengandung.

takut nauzubillah, nasib tak nikah lagi..kalau aku dah nikah, aku nak tampar-tampar muka aku sendir..supaya aku tak fikir negatif! 

bila nak nikah ni? boleh tak nak buat NIKAH sebagai wishlist 2013? :) heeeeeeeeeeeeee :D 

Test line

Kenapa lambat pula lineberukband niiii? Huhuhuhu

posted from Bloggeroid

Arysha suka menetek.

Arysha mengamukkkkk jika dia tak dapat menetek ngan mama dia..manja dan mengada-ngada..hari ini asha pakai baju kembang yang nenek dia belikan..nak berjalan ke mane lah agaknye tu..apa-apa pun mak ngah ucapkan happy new year untuk asha!

posted from Bloggeroid

Selamat Datang 2013, Selamat Berlabuh 2012


Alhamdulillah, banyak telah ku lalui disepanjang tahun 2012, banyak juga kenangan PAHIT dan MANIS yang aku tinggalkan..seperti semalam baru menjelmanya 2012, tapi hari ini 2012 telah pun melabuhkan tirainya..tertutup sudah pintu tahun 2012 dan bermulalah lembaran cerita baru di tahun 2013 bagi tahun Masihi ini..:) 

Januari 2012: Aku mula berjinak-jinak dengan bisnes online dan aktif semula berblogging setelah tamat Program Solehah Musim Pertama dari TV Al-Hijrah 2011.

Februari 2012: Mula mencari kerja yang tetap, walaupun ku sangat akui agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan ketika itu dan Alhamdulillah, rezeki Allah itu ada dimana-mana untuk pelajar jurusan agama..selagi ada Agama kita, selagi itu jugalah Allah akan bantu, aku mendapat DUA peluang pekerjaan dalam hari yang sama. Pertama dari Pasir Gudang, Johor dan yang kedua dari SARAN, Rawang. Maka, semua sedia maklum, aku berkhidmat di SARAN, Rawang dek kerana dekat dengan abang long ku.

Mac 2012: Aku sangat seronok menjalankan tugasan sebagai seorang Ustazah di Sekolah Menengah Agama SARAN, dan juga Sekolah Rendah Agama SARAN..Seronok menjadi guru kepada murid-murid yang sangat tinggi nilai akhlaknya..menjalani kehidupan sebagai seorang guru yang keluar seawal 6.45 pagi dan pulang jam 7 petang..Dua sesi yang membuatkan berat badan ku turun, tapi IMAN ku sentiasa bercharge di sana. Alhamdulillah, aku juga turut aktif dengan USRAH yang Mudirah Saran jalankan..:)

April 2012: Aku mula menjadi guru tuition untuk adik-adik comel seperti Aiman dan Harez..pergi dan balik semua dihantar dan dijemput..berjumpa dan berkenalan dengan orang yang sangat baik dalam hidup aku seperti makcik Ana dan pakcik membuatkan aku dekat dengan emak dan abah, sungguh aku touching untuk menceritakan semua ini! :'( Dalam masa yang sama, pelbagai cerita yang kurang baik yang terjadi pada diri aku, terlalu banyak benda yang pelik mula timbul. Hanya setelah kedatanganku di SARAN..pelik apabila ada sahaja gangguan-gangguan syaitan yang direjam..aku demam selama sebulan lebih, aku tiada daya untuk mengajar dan suaraku langsung tidak keluar..:'( dan pada ketika itu jualah makcik dan pakcik dan juga Aiman yang sudi membantu...Setelah itu, cuti sekolah tiba, aku pulang ke Kedah bersama emak dan abah untuk menjalani terapi. Emak dan Abah jugalah yang menasihati aku agar tukar / pindah dari Sekolah SARAN, kerana mereka juga risaukan aku..Terima kasih emak dan abah.

Mei 2012:  1 Mei - 11 Mei (kalau tak salah, not sure) aku menunaikan umrah bersama sahabat-sahabat solehah yang lain..hamdan lillah, masih terasa bekas-bekas umrah pada beg yang aku bawa pulang dan masih juga kekal barang-barang didalamnya..aku rindu ka'batullah! :'( Kenangan di HARAMAIN yang pastinya tidak akan aku lupakan..Umrah Maqbulah..aku bercita-cita tinggi untuk ke sana lagi.

Jun 2012: Selepas Cuti penggal yang pertama persekolahan, aku diterima bekerja di sebuah sekolah rendah agama JAIM di Melaka, syukur..tidak putus-putus rezeki ku kali ini..apatah lagi ditambah dengan perniagaan bisnes online yang semakin rancak! :) Alhamdulillah..:)

Julai 2012: Birthday! ye, hari lahir aku untuk tahun yang ke 26, pada tanggal 27 Julai 1986..terima kasih ya Allah atas pinjaman nyawa ini..

Ogos, September, Oktober, November 2012: Masa-masa yang aku lalui begitu pantas pergi, sehingga dalam tidak sedar aku sudah 5bulan setengah berkhidmat sebagai guru ganti di SRA (JAIM) Ujong Pasir..Terima Kasih kepada semua guru yang sangat baik membantu aku ketika / selama aku di sana..:) Seterusnya, langkah kaki ku untuk ke menara gading aku panjangkan dengan permohonan j-QAF bagi ambilan Januati Tahun 2013. Aku pohon pada September, melalui M-Test pada Oktober, dan Temuduga pada November dan akhirnya...bersambunggggg..

Disember  2012:  dan akhirnya, aku lulus dan doa ku termakbul bila aku dapat menyambung pelajaran dan kerjaya perguruan ini sehingga ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka di Durian Daun..dalam jurusan Bahasa Arab. 
Disaat-saat akhir 2012 melabuhkan tirainya, aku dan adikku mencari satu gadget yang menjadi pujaan ramai anak muda sekarang, iaitu Tablet PC..dalam tahu ini sahaja, sudah banyak yang aku beli menggunakan duit / hasil titik peluhku sndr..Semoga segala barang yang aku ada..BERKAT..! 

2013: Satu pencapaian ku kali ini adalah mengajar di SJKC Ayer Keroh! 2 Januari aku datang! :)

Selamat Datang 2013, Selamat Berlabuh 2012..Engkau tetap dalam kenangan! :)