Tuesday, December 11, 2012

TUTORIAL: Update Guna Blackberry Versi Copy Paste Hak Orang.

Jangan salah sangka, sejujurnya saya sendiri tak pandai nak buat TUTORIAL..
tapi ada juga yang mencari bagaimanakah kekdahnya untuk mengupdate blog menggunakan Blackberry! :)

saya kurang pasti jika anda update guna blackberry kemudian blog anda jadi haru..wallahu a'lam..

mari kita dapatan tutorial dari blog ini..

http://www.fdhelina.com/2011/04/tutorial-update-blog-via-blackberry.html

credit utk belog Puan Farra Diaries..:)

dari puan Farra ni lah ros dapat update guna bb dah sekarang..kalau ikutkan nak beli tablet pc dah tau! haha..semata-mata nak update belog punye pasal. tapi ni sahaja dah saving duit kite kan? :)

selamat mencuba! :)

Check List JQAF Untuk Saya, Mungkin Untuk Anda Juga.


selepas pukul 8.30 pagi tadi..iaitu setelah saya mengamati betul-betul keputusan Jqaf ambilan Jan 2013, saya rasa bersyukur kerana ditempatkan di IPG Durian Daun, Melaka yang dekat dengan rumah saya..Alhamdulillah..:)

setelah itu, apa yang membuatkan saya rasa mual dan nak termuntah ialah..owh, apakah semua ini? banyak sungguh borang-borang yang perlu di print dan difotokopikan berhelai-helai..memang banyak dan Pegawai Kumpulan A, siap sedia ye? saya memerlukan khidmat anda sepenuh jiwa raga untuk sedia bersama-sama muntah dengan saya sebab beratus helai yang perlu dicop pengesahankan! ;) *ayat dah lintang pookang! 

okey, mari kita buat senarai semak supaya tidak menyemak..kerana saya yakin pasti semak bilik anda dengan kertas-kertas yang ada..;)

diantara perkara yang wajib bagi bakal guru-guru Jqaf laksanakan untuk masuk ke IPG masing-masing pada hari pendaftaran 17 Disember ini nanti ialah:-
1- Print semua dokumen penting yang telah anda download dari laman web www.moe.gov yang berbentuk PDF..
2- Setelah print, pastikan semua borang telah lengkap ditangan anda.
3- Baca Buku Panduan dengan teliti apakah diantara dokumen yang perlu anda sahkan benar oleh kumpulan A. Ada juga yang perlu anda beli sebagai contoh setem hasil sebanyak 5 setem.
4- Sebelum anda hantar untuk pergi fotokopi, better anda buat medical checkup dahulu..sebab ada 4 salinan yang perlu difotokopikan juga dan perlu juga disahkan benar / disahkan oleh..setelah itu barulah bawa kesemua dokumen yang diperlukan untuk fotostat dan disahkan oleh..
5- Pastikan borang yang memerlukan saksi juga dibawa ye? kerana saksi juga dikalangan Penghulu, Guru Besar..senang cerita mereka adalah Kumpulan A.
6- Buat senarai semak semula untuk semua dokumen, sekurang-kurangnya anda sudah bersedia 3 hari awal sebelum daftar.
7- Beli juga barang keperluan sebagai contoh barang mandi, baju, kasut sukan dan peralatan lain! sebab kita baru nak kenal hati budi orang..kang nak pinjam takut orang kedek dengan kita..tak gitu? :)
8- Apa yang dituggu lagi? bersedia lah dari sekarang..!
9- Semoga Berjaya! 
10- tatatititutu :)


Fellina Inchloss Tipu?


masih ada lagi yang mencari dan mengatakan Fellina Inchloss ni tipu yer? saya tak suka nak copy paste testimoni orang lain..saya lebih suka bagi testimoni dari saya sendiri..baru sahaja menggunakan Fellina ukur lilit dibahagian peha dah berkurang..itu baru beberapa jam penggunaannya..dan setiap pagi bangun mesti saya akan ke tandas dahulu..mungkin ini antara kesan penggunaan Fellina pada waktu malam..

macam mana nak pakai waktu malam ye?
- pastikan sapu pada bahagian yang berlemak selepas anda mandi..! 
- sapu dan urut secara perlahan-lahan ditempat yang terkumpul lemak tepu agar lemak-lemak anda cepat menipis..
- mulakan dengan sapuan yang nipis,jika anda tahan dengan kuasa haba / panas yang ada..tambahkan sapuan anda pada bahagian tersebut untuk kedua kalinya!
- anda akan rasakan prosesnya semasa anda tidur dan esk sure pergi jumpa mr.Tan dulu....;)

kenapa cakap Fellina tipu  ni?
tak baik tau! belum cuba belum tahu..hehe..

bagi yang nak order produk ini boleh lah menghubungi ros di: 0136918603
sms or whatsapp pun okey! ;)


Preparation untuk menuju puncak IPG 17 Disember 2012 ini.

Yessss! ​​اَلْحَمْدُلِلّهِ hanya ini sahaja barang yang diperlukan, maksud saya..yang penting la buat masa ini..baju putih, kain hitam, tudung putih dan kasut sukan yang saya tidak ada lagi! Kasut sukan yang lama waktu saya gunakan tasking utk Solehah ada lagi, cume tak berapa sesuai..seperti kembali ke sekolah kan? Lucu tak? Kira yang ni semua untuk digunakan bagi Majlis Suai Kenal nnt lah ni. Ros sangat mengharapkan segalanya dimudahkan olehNya..semoga pada hari pendaftaran sudah hilang demam ini! Hopefully! Nnt nak update sal telekung dari Bella Ammara pula..kita dah dpt telekung tu..reddish pink yg cantik! ;)

Eyh, kawan-kawan yang nak masuk IPG ni dah kemas3 brg lom? Agak byk juga modal yang perlu dilabur, tapi takpe..nnt lg byk yg kita dpt..ilmu dpt, elaun pun masyuk kannn? In shaa Allah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerana JQAF.

Disebabkan keputusan jqaf telah diumumkan..maka saya dan emak telah keluar mencari barang-barang keperluan..punyalah banyak yang perlu dibeli dan disediakan..in shaa allah dalam hari ini juga saya mahu pergi buat check up! ;) semoga dipermudahkan..bg yang masih belum check keputusan, sila-sila lah check ye! *mode: excited..:) dan syukurrrr...:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013New


bismillah, anda semua boleh check di Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013New

semoga dipermudahkan semua urusan kalian dan tahniah diucapkan kepada yang berjaya! ;)

Alhamdulillah saya dapat di Melaka!


bagi yang bakal mendaftar di Melaka, jumpa nanti! hehe....;) bttry flat..tak sabar nak tanyakhbar kawan-kawan yg interview skali hari itu...tahniah bagi yang berjaya! :)