Monday, December 3, 2012

Atasi kegugupan anda dengan...


bismillah..

macamane nak atasi gugup ni ye? ada tak korang amalkan apa-apa ayat? selain dari Rabbishrohli sodri?

okey, kebiasaannya gugup ni berlaku dalam keadaan bila kita tak bersedia..lebih-lebih lagi dan terutamanya bagi mereka yang nak apply kerja, nak buat kerja dengan orang yang kita tak kenal..nak present sesuatu dekat org..memang susah lah nak jadi presenter terbaik kalau ada masalah macam ni...

jadi atasi kegugupan anda dengan:-

- kenal pasti adakah anda bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan sesuatu situasi..(situasi ini umum ye?)
- Redah!  !  ! pecahkan benteng malu yang ada dalam diri!
- Niatkan anda mahu sampaikan sesuatu kepada orang dengan niat untuk menyampaikan ilmu ke, cuba untuk membantu ke..sesuai dengan situasi laaaa!
- banyakkan pengetahuan tentang semua cabang ilmu! geo, sejarah, sains, maths, bahasa, dan sebagainya..:)
- kemahiran bertutur dengan baik itu penting dan akhir sekali...
- anda perlu bersahaja dan buangkan segala pemikiran negatif..

pasti anda akan terus maju dalam hidup, mara kehadapan dengan senyum sampai ke telinga..

macam ni..



^_________________________________________^


hahahaha..:P

Kita baru nak guna Fellina Inchloss + Fellina Vitamin C.


Bismillah,

FELLINA INCHLOSS *katanya ada juga dibaca dengan ayat-ayat sui Al-Quran..wallahu a'lam..apa3pun memang tak sabar nak guna!
 
FELLINA VIT C


wah..wah..wah..tak sabar rasanya nak tunggu esok pagi..cepat-cepatlah sikit esok pagi..boleh? sebab teruja sangat dengan krim Fellina nih sampaikan ros memang dah bersedia nak mencubanya esok juga selepas mandi!

actually, abang pos laju akan sampai dalam pukul 9 - 9.30 pagi, selalunya abang-abang pos laju mesti SABAR sangat dengan ros, sebab kadang pagi-pagi buat sarapan kat dapur..rumah pulak berhadapan dengan jalanraya besar, memang tak dengar sangatla bunyi hornnye..maka nya abang-abang pos laju selalu bagi salam.....hahahahah..betul-betul bertanggungjawabkan mereka ni? terima kasih! 

badan dah naik 40000++ kilo agaknye ni..tak tahu lah berat dan berapa tannnnn! tu lah sebabnye minggu lepas ros terus order Fellina Inchloss dengan Fellina Vitamin C, kebetulan ada duit lebih sikit..jadi tak salah kan nak infaqkan untuk penjagaan diri..ini lah perempuan..semuanya nak perfect, eyh! bukanlah perfect..cuma nak kempiskan lemak yang dah bertahun-tahun bersarang di perut, dagu, lengan..kalah malek nor yang hangkat berat tu tau! sebab badan ros dah ketak-ketak macam dia..:P hehe..:P

kalau semua nak tahu lebih lanjut..searchkan aja di google tentang kebaikan Fellina Inchloss ni..ros sendiri tak pakai lagi, kalau boleh dalam seminggu nak tengok macam mana keberkesanannya dan ros akan kongsikan di blog ni insyaAllah..:) 

tak sabarnya!












^_* kite pun nak kurus dan nampak flawless..hehe..;) 


lepas baca entry ni, jangan tanya kita apa perkembangan lepas guna, sebabnya..bace balik tajuk post ini ye? :) 

k, bye

orang kata: malu biar betempat..:)


orang kata: kalau kita malu biarlah bertempat..
tapi kalau saya yang malu, tak tahu lah nak katakan ianya bertempat atau tidak, yang pasti saya rasa macam nak sorokkan sahaja muka saya ini jika saya bertemu secara langsung atau tidak langsung dengan LELAKI..

lebih-lebih lagi lelaki yang saya tak kenal..kenapalah saya begini..?

waktu dalam Siaran Langsung Solehah pun saya kalau boleh nak elak, bukan setakat waktu LIVE, waktu rehearsal bersama / berdepan dengan abang-abang camera sahaja saya tak sanggup inikan pula bila ada yang menyakat saya ketika di backstage atau di depan stage sewaktu rehearsal..

saya ni tak camput orang ke?

bukan saya tak gamble dan bersahaja dengan lelaki, saya memang bershaja dengan mereka lebih-lebih lagi rakan sekelas sewaktu diploma, perangai saya berubah setelah "sesuatu" teerjadi..saya rasa macam tak nak percaya lelaki, tak nak jumpa lelaki..nak sorok muka..kalau boleh pendek kata dalam group pun tak nak campur dengan lelaki..bagi saya mereka semua dalah sama..

waktu debat bahasa arab yang dijalankan, sememangnya saya dan kumpulan saya juga ada seorang lelaki, tetapi pangkat adik..lecturer yang membimbing kami juga adalah lelaki..tapi bila nak latihan, ya ALlah...! punyalah MALU nak cakap lantang..! 

terkadang saya terfikir, kenapa saya tak boleh nak bekerjasama dengan lelaki..padahal dengan lecturer lain pun mostly lelaki..dan saya juga rapat denan mereka..saya hormati mereka..adakah disebabkan sifat ANTI saya terhadap lelaki membuatkan perangai saya juga berubah?

kalau kau nak tahu kan diary, aku kalau boleh macam nak jadi katak dibawah tempurung yang tak jumpa dengan manusia..jadi pengecut, penakut..padahal waktu presentation dekat dlam kelas suara aku paling lantang..! dalam group sendiri pun aku sebagai ketua..

semuanya berbeza disebabkan perkara "sesuatu" itu..

rasa macam nak keluar dari kepompong malu..
tak perlu pun macam ni jika nakkan sesuatu kebaikan..

waktu saya mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir, waktu sekolah mengadakan hari bertemu dengan ibu bapa untuk mengambil keputusan result anak-anak/ mengambil buku rekod..dah lah baru sahaja menjadi guru ganti disana..punya segan nak bercakap dengan ibu bapa...nasib baiklah ada adik-adik yang comel depan mata..terus semangat nak cakap macam mana tahap pencapaian anak-anak mereka..

kadang-kadang juga saya terfikir, dulu saya tak pernah macam ni..sekarang saya jadi takut, malu, segan...semua ada..memanglah malu tu separuh dari iman..tapi kalau tak kena gaya rasa macam nak lempang sahaja pipi yang semakin debab ni laju-laju...

adakah disebabkan sesuatu itu?

huhu.....

sungguh saya tak suka!