Saturday, October 17, 2020

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Jawi - 2020 (Silibus KSSR Semakan)


hai semua, ros kena buat soalan Jawi untuk PKSR 2 / 2020, so di sini ros kongsikan soalannya. Buat sendiri je korang.. dalam main ngan anak-anak sesambil tu dari pagi hingga ni dah jam 3 petang baru siap. boleh 



DOWNLOAD DEKAT SINI

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



SOALAN JAWI - PAT 2020


Sekiranya terdapat sebarang kesalahan ejaan, korang betulkan lah, sebab ni bukanlah FINAL lagi, tak minta rakan semak lagi ejaannya.. harap sedikit sebanyak membantu yang mencari SOALAN. Terima kasih 

JOM LIKE & SUBSCRIBE CHANNEl SAYA

https://www.youtube.com/channel/UCxhoBlFFodqZnM3qxqYISNA?view_as=subscriber

Tuesday, August 4, 2020

Muhammad Ali Nuruddeen 6 Months Old.

Bismillah,

 salam buat semua, esok dah masuk 4 Ogos 2020, dan Ali dah pun mengjangkau umur 6bulan..ikutkan 6 bulan ni dah boleh makan kan? Actually, Ali dah makan masa 28 Julai yang lalu...Alhamdulillah, Ali makan bubur putih yang nenek masakkan..awal sikit anak ibu makan sebabnyer air liur Ali asik ngencesss aje bila tengok kami makan..mungkin gigi nak tumbuh sama la tu..

kalau macam abgnya Ashraf ibu memang ikut betul aturan makan yang disuggestkan oleh kawan-kawan..mana yang terbaiklah untuk dia..tapi untuk Ali ni yang jaganya ibu sorang, tak dan nak buat sangat kecuali hari minggu..ibu mulakan dengan bubur putih sebab ada satu gambar yang ibu baca nanti anak-anak tak cerewet makan..sebab ibui perhatikan macam Ashraf dia susah nak terima benda yang pedas-pedas..sampai sekarang dah 3 tahun 5 bulan still Ashraf tak boleh nak adapt makan benda pepedas nau! 

harap bila ibu mulakan Ali makan bubur putih ni, Ali akan datang ok jelah ye..

PERKEMBANGAN ALI

Alhamdulillah juga, masa umur Ali 5 bulan Ali dah pandai meniarap, nak berborak-borak kononnya..pandai panggil iiibuuuu...allah-allah...seronok dan terhibur sangat rasanya ibu :') 

ALHAMDULILLAH


inilah perkembangan Ali, walaupun Ali adalah haemangioma baby, tapi perkembangan Ali setakat ini mengikut bulan...syukur, minta semua yang baca blog ibu, doakan Ali sihat sentiasa yer..masa buat ultrasound ceranium di kepala hari tu, ibu cukup risau dengan kondisi Ali..6 hb ni ALi perlu ke daycare Hospital Melaka, untuk on ubat..harap ubat propanolol tu OK untuk Ali dan Ali tahan dengan ubat tersebut.. sungguh hati ibu mana yang tak risau bila anaknya banyak masa habis di hospital kan? syukur ada hikmah ibu pindah Melaka, kalau kat sana pastinya ibu dah menyusahkan walid :"( itupun walid selalu ada dengan ibu harungi semua ujian Allah ini..terima kasih Allah 

Thursday, July 16, 2020

Muhammad Ali Nuruddeen, haemangioma baby 😘

Bismillah, 
Salam buat semua, dah lama tak bersiaran dan bercerita..hari ni rasa terpanggil nak bercerita tentang Ali anak Ros yg nombor 2 tu..alhamdulillah, Ali selamat dilahirkan pada 5 Feb 2020 yang lalu, and now he is 5months old..Ali sihat dan sangat kuat semangat biarpun dilahirkan secara emergency csect dan pramatang..Ali punya kuat semangat tu dia nak keluar ward sekali pun dengan ibu, cuma ada masalah kuning shj tinggi, itu pun tak lama sebab Ali kuat menyusu..mcm abang dy lama juga jaundicenya..
Ali masa umurnya dua bulan, doktor yang nak berikan suntikan perasan ada bengkak bawah telinga Ali dan minta kami terus bawa ke Emergency Department General Hospital Melaka, sebab takut bahaya dan jejaskan kesihatan Ali. Maka pada hari yang sama Ali dapatkan suntikan dua bulan kami tak terus pecut ke ED pun, sebab doktor bagi masa seminggu lagi untuk pantau bengkak Ali dan kami turut berharap bengkak tersebut akan kecut. Actually kami dh perasan bengkak tu dalam seminggu sebelum, tapi disebabkan kes COVID-19 yang menular, kami jadi takut nak bawa Ali keluar ke hospital memandangkan Ali baru sahaja menjengah dunia. Akhirnya, kami decide bawak Ali setelah seminggu pantau bengkaknya masih dalam keadaan yang sama. Berat hati sebenarnya tapi terpaksa juga, dan setelah doktor di ED cek dan akhirnya Ali direfer ke ENT. 

Pada hari yang sama juga kalau tak salah doktor minta buat ultrasound dan findings menunjukkan bengkak tersebut hanyalah Kelenjar Parotid. Ibu dan walid biasa nak hadap kes tertentu kami banyak membaca dahulu. Masa umur Ali 2 bulan jugak, doktor Rusita dari Klinik Amal Semabok tu perasan yang dekat pipi Ali bukanlah ruam biasa dan dia cakap itu adalah HAEMANGIOMA, guys, korang boleh google maklumat tentang haemangiomma ni. Ros tak pandai sangat nak beri penerangan tapi inilah yg berlaku ketika umur Ali menjangkau 2bulan. Segalanya berlaku sangat pantas, Ali sekarang kena refer dua klinik iaitu ENT dan Paeds. 

ibu dan walid is redho, anak kecil lagi sekecil lima bulan dah nak kena on medication which is yang kami tak nak pun sebenarnya berlaku juga sebab baru-baru ni masa check up Ali, doktor ENT kabo haemangioma Ali dah merebak ke tempat bengkak dan kena on ubat Propanalol. 

masa tu tak terbayangkan macam mana kalau Ali kena duduk di ward sebab doktor Paeds mintak decide dulu samada nak ON atau X ON ubat, tapi bila appt baru ni 14 Julai lepas doktor beritahu yang haemangioma dh merebak so, as a parent yang nak anaknya sihat pastinya kami akur untuk Ali terima treatment kurangkan haemangioma dan kecutkan yang ada diluar pipinya tu. sounds complicated, tapi idok pun. Ibu sebenarnya on that day dah tahan sebak dan akhirnya bila walid tanya macam mana keadaan Ali, ibu terus meleleh air mata. Seriously tak tahan kot! :"( 

tapi, ada hikmah semua ni berlaku, mungkin sahaja dosa-dosa ibu yang lalu yang buatkan ibu selalu kena UJIAN seperti ini, dan hikmahnya insyaAllah akan datang mungkin Allah nak beri BAHAGIA buat ibu walid dapat anak seperti Ashraf dan Ali 😍😍😘 insyaAllah. 


Kalian sentiasa ibu doakan agar menjadi ANAK yang SOLEH, ANAK yang MENDENGAR KATA, ANAK yang TAAT IBU BAPA, ANAK yang TAK TINGGAL SOLAT. insyaAllah.. AAMIN YA RABB.

terima kasih atas doa semua untuk anak saya yang comel itu. semoga ALLAH sahajalah yang dapat membalasnya dan mengurniakan kesihatan buat Ali Nuruddeen dan kita semua. 

Sunday, June 7, 2020

C&P: Kesan Gadget Kepada Anak

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.Dah lama sebenarnya rasa nak share. Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.Macam-macam.
Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan? Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je. Amboi mukaddimah dia. Macam. Bagus. Je.Puih.
Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist. 
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu. Gitu.
Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.
So kita skip cerita tu.Boleh naa?
Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.
Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old. 
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi. Dan Alhamdulillah memang berkesan. Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.
1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.
Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.
2. Don't expose to too much things in a box.
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Gitu.
Takut aku. 
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T
3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung. 
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T
Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.
Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D
4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.
Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-
5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.
6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.
7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan?? 
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-
8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.
9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. 
Haruslah dimarahin dong.
10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"
Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.
Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.
Niat aku satu je. 
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. 
Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..
-artikel dicopy dari blog saatakukaupilih
Banyak ilmu dan info2 berguna dalam artikel ni. Semoga memberi manfaat.
🀩🀩🀩🀩🀩🀩🀩🀩
Ros copy sebagai sumber rujukan.

Wednesday, May 20, 2020

MAAF


bila bicara tentang MAAF
rasa kusut, marah, gelisah, dendam serta merta hilang...hilang ditiup dan dibawa ANGIN...

rasa LEGA
rasa SYUKUR
rasa NIKMAT

kerana terfikir aku KUAT, aku TABAH, aku LEMBUT
LEMBUT dengan punya HATI yang PEMAAF.

ALHAMDULILLAH, Allah masih beri nikmat kita SEDAR akan kesilapan dan meminta kemaafan dari orang lain.

kerana dalam DUNIA yang FANA' ini, bukan hanya kita sahaja yg BETUL

kita juga punya SILAP, bahkan lebih BANYAK! 

maka, bersyukurlah atas NIKMAT RASA dan kesempatan yang Allah beri..

Minta petunjuk dan jalan dari Allah, moga ALlah lorongkan ke arah yang baik-baik..insyaAllah..


banyakkan istighfar, untuk hapus dosa-dosa dan zina yang kita lakukan..
'
zina apa?

ZINA MATA
ZINA TELINGA
ZINA MULUT 

yang berbuat ingkar, yang mana akan datang mereka yg akan disoal siasat akan perbuatan dzolim kita...mudahan Allah sahajalah ampunkan..aamin ya rabb


Astaghfirullah aladzhim 

Sunday, May 3, 2020

Ashraf 3 tahun sudah!

Sinpan kenangan bersama anak ibu, pengganti kepada kesunyian ibu setelah hilang kakak, ibu sangat bersyukur Allah hadirkan anak bertuah ibu ni..penyejuk hati ibu, dan kadangkala je buat ibu marah..actually, jarang je..ibu sayang Ashraf😍πŸ₯°πŸ˜˜















Setakat ni acap suka main lego dan dy akan jd leka bina house, buat rifles & guns pelbagai bentukπŸ˜… yg jadi mangsa utk jd zombie dy adalah ibuπŸ€ͺ kalau baca buku dy akan tertarik dengan spider kerana dy adalah spidermanπŸ˜†dan berminat dengan makanan yg ada dlm buku tersebut seperti ice cream, donut, cake, chocolate dan serta merta ibu kena adakan semua jenis makanan tersebut biduni ta'kheer.. 😏
.
.
paling best ebook omar hana yg ada abjad ABC, dy suka sebut huruf W--> wallet..dy ingat wallet tu walid dy🀣 itu pun dy dah gelak sakkannnn bila sebut wallet (walid) maka bertabahlah walid bila dengar dy gelak😝
.
.
Terbaru, dy duk nyanyi lagu i believe i can fly..jgn tak tahu lagu kegemaran dy gemuruh dari FT tau😎 acap, esok3 hang nak jadi penyanyi kaaa? Suruh ngaji tu masyaallah..puassssss duk ulang..Jadi insan berguna ye wahai anak bertuah 🀩
#perkembanganAshraf
#3tahun 

Tuesday, March 31, 2020

Pregnany Induce Hypetension (Part II)

Bismillah
Nak sambung semula cerita pengalaman PIH aku masa mengandungkan Ali, hari selepas aku datang KD Semabok iaitu hari selepas aku jumpa Dr Rusita dekat Klinik Amal, which is 23hb hari Khamis aku ke KD Semabok utk buat buku. Malam sebelum tu, abg n kak iparnaku balik..pastinya anak3 buah aku ade skali lah kan.. nak dijadikan ceritaaaaaa..akuntidur hampir jam 3pagi sebab Ashraf seronok aangat main dengan sepupu3 nya...


Esoknya bukak buku pink di KD Semabok, masa ambil bp aku dh mencanakkkk naik tinggi gila kotttt..huhu..>140/90 tau! Tanpa berlengah, nurse walaupon sempat bebel3 kt aku pasal hpt kencing manis dan risikonya..mereka juga turut mengingatkan untuk menghantar aku naik ambulans ke GH atas masalah bp yg aku hadapi..1st time aku naik ambulan korangggg oiii..dah la cucuk branula atas ambulan yg tengah bergerak..


Aku rasa takutttt sgt bila smpi dkt GH nak3 dekat emergency department..sampai3 je terus kena soal siasat bertubi3 pertanyaaan..aku tahu diorg prihatin dan nak tahu hiatory kita..tapiii, diorg tak th aku ade anxiety n panic..lagi buatkan aku rasa nak pitam masa tu..masa tu aku cuba tenangkan hati..tapi GAGAL guysss..sebab apa? Sebab kiri kanan aku adalah patient yg dah tua tenat dan sebagainya..nama pun dekat Red ZoneπŸ˜‚


Alhamdulillah, adik aku follow kt belakang dan smpi di ED, dy daftarkan aku kat hasil dan masuk OnG ward..tapi masih dipantau dekat situ untill bp ok baru diorg hntr ke ward biase, hampir dua malam tidur dekat OnG ward yg hanya beralaskan tempat duduk ala3 katil..bila nak baring je nurse marah tak kasi..kita dah keneneng ni..

Dan bermula dari situ, ubat darah tinggi dah onz sbanyak 250mg methyldopa..bermulalah hidup bergantung dengan ubat😭😭😭

Aku ni jenis kaki gugel memacam, pastu sendiri risau..

Dan kalau korang nak th, lepas masik wad biase tu, hari keesokkannya aku dh boleh discaj..MO yg bertugas iaitu dr.shaikh siap tanya apa plan aku pas dah bersalin..merancang yg bagaimana?? Sebab aku dikategorikan high risk jugak lah kalau nak beranak lagi..dan aku ckp kat dy, nak IKAT je..tp dy kata aku masih mudaπŸ€ͺ


Dr, saya sedar diri..huhuhu..dengan dugaan yg aku hadap, aku rasa cukuplah rezeki tiga anak yg Allah beri..

Lepas dah discaj guys, cerita seterusnya tak lama dari tarikh tu...3/2 appt seterusnya..to be continue ya!🀩🀩🀩

Saturday, January 25, 2020

Pregnancy Induced Hypertension (PIH) - Pengalaman Aku

Bismillah, alhamdulillah..syukur untuk nikmat hidup hari ini..
Entry kali ini mungkin agak panjang..disebabkan kisah ujian pregnant yang tiada henti..aku tahu Allah sayangkan aku..😍πŸ₯°
Terima kasih Allah, kerana segala yg berlaku dalam hidup menjadi ujian pengajaran buat hambamu agar sentiasa mensyukuri nikmat SIHAT dan tidak akan mensia-siakannya..
22/1/2020
Aku rasa berat bahagian depan kepala, rasa panassss semacam..anggapan aku ialah..cuaca yg panas barangkali..tapi lately rasa itu kerap hadir..orang anxiety mcm aku keep thinking benda ni mcm something wrong somewhere je..sebab dah kerap sangat, tambahan pula last checkup di PPUM masa 30wks kot bp aku dah mula tinggi..tapi bila repeat bp masa jumpa doktor dah normal semula..ikutkan doktor nak suruh warded, tapi disebabkan bp dah cantik..doktor cuma beri kerja rumah untuk monitor bp selang sehari..bermulalah kisah aku ambil bp sendiri di rumah..alhamdulillah ada alatnya..belikan untuk emak..

Bila rasa tak sedap hati dengan keadaan diri sendiri, aku decide nak pergi klinik..solat dahulu dekat surau sekolah, dan aku masih boleh drive pergi ke klinik..alone..ikutkan bahaya sebenarnya...tujuannya adalah untuk scan bby..risau if jd apa3..dan cek bp..ok, bp aku dh mula tinggi...masa cek dekat Klinik Amal, doktor Russita cakap...kena buka juga buku merah dekat KK...tak boleh hanya di swasta..sebab kalaj dh ade buku merah, senang kot jadi apa3..


Sebenarnya, aku book bersalin di PPUM, tapi disebabkan masalah high bp ni..aku rasa...better aku hanya di Melaka sahaja..to be continue