Sunday, January 27, 2013

Kerap Sakit Kepala.


ya Allah, dalam hari ini sahaja dua tiga kali jugak lah rasa sakit kepala..tak tahu apa puncanya..adakah disebabkan hari yang terlalu panas? ditambah dengan kerja yang menimbun? huhhuhu..berikan kekuatan..:'( 

plisss! nak siapkan kerja dan BBM untuk esok yang masih tertunggakkkkk! chaiyok3 roros! :')

Semalam 26.1.2013.


bismillah,hye dan selamat pagi buat kawan-kawan ros semua...diharapkan pagi ini lebih sihat, dan ceria seperti biaasa..nak cerita dan kongsikan pasal ssemalam...ssemalam yang agak suram..ecceh! 

Pagi.

Semalam ros bangun dengan sakit-sakit badan dan ditambah dengan perut yang asyik memulas, seperti nak berak, tapi bukan nak menyahtinjaan satu pun sisa makanan yang ada dalam perut, bahkan seperti ombak tsunami yg bergolak meronta-ronta untuk dilepaskan.

mission failed bila masuk sahaja toilet, ombak tsunami perut taknak keluar pun..tak tahu kenapa..huhuhu..adakah kesan dari makan rumpai laut? proses untuk membuang toksin-toksin dalam badan barangkali..ros dah try makan dua kali tau! macam rasa tak lepas je nak makan banyak kali..haha...disebabkan bau dia..patutlah Meen Habib syorkan supaya minum dengan sunquick..tapi kalau semua nak tahu, rumpai laut ni memang terbaik, sebab sebelum pergi ke sekolah, ros dah membuang dulu...alhamdulillah, perut dah tak merajuk lagiiiiiiiii..! 

Sekolah.

Semalam ros tunggu juga message dari senior a.k.a guru-guru j-QAF bagi msg kate nak pergi sekolah untuk hias bilik dan selesaikan apa yang patut di sana, sekali..hampeh juga yang ros dapat..sebab tak dapat sebarang message punnnnn..jadinya, ros plan pergi sseorang diri..Kak Wan Noor Hayati ade pesan suruh kak poji temankan ros, ros dah bagi msg pada kak poji suruh datang, tapiii..tak dapat juga kak poji utk temankan sebab kak poji tak ade kenderaan nak ke sekolah, gamaknya memang ros seorang diri sahaja semalam dari pukul 12 sehingga pukul 4.00 petang...

Duit Kutu.

Waktu dalam perjalanan ke sekolah, kak Kamariah msg kate nak hantar duit kutu, dia memang tahu ros ade kat sekolah sebab ros nak hias bilik, ros mmg awal-awal dah msg kak Kamariah, kalau nak hantar duit kutu gi jer dekat sekolah ros, jadi semalam ros dapat duit kutu..rm1200, wahhhhh! banyak kan? seronokkkkkk kan? rm350 bagi dekat emak, dan yg lainnya ros masukkan dalam bank..alhamdulillah....ingat nak beli emas..tapi..tunggu dapat elaun guru jelah nnt..baru syiok nak beli emas! peelaburan / simpanan masa hadapannnnn lah katakan! orang semua pelik kenapa ros suka nau beli emas...sebab benda tu lebih berharga dari duit sekarang ni, emas kalau disimpan, pada masa akan datang emas tersebut harganya akan naikkkk! ;) percaya lah, kita tidak tahu langsung kehidupan kita paada masa akan datang..:)

Kenduri Mel & Ika.

Tahniah diucapkan kepada mel dan ika, maaf sebab tak ddapat hadir kenduri kalian, ada MISI yang lebih penting...sebab minggu hadapan kami satu sekolah kena observe..kena bersedia mental dan fizikal lah gamaknya...maaf sekali lagi ye sayang-sayangku..Barakallahu Lakuma wa Baraka Alaaikuma, wa Jama'a Bainakuma Fi Kheir..:)


Pergi Aeon a.ka. JJ Melaka.

Semalam juga ros dan adik ros, rosmainie pergi ke JJ, Melaka..mulanya ros yang nak pergi sebab nak beli barang elianto. sebelum ni tak pernah terfikir nak masuk Elianto tu tau, sebab ros prefeer beli baraang atau perfume dekat Body Shop, tapi lepas je dak amiey masuk beli eyeliner dia, terus ros pergi tengo-tengok minyak wangi dan terpandangkan body mist..aduh, sedap giler lah bau diaaaaa! suke! ! ! jadi semalam ros beli body mist, serum rambut, dengan body gel,

ni body mist yg ros beli..


(terima kasih atas ihsan gambarnya ye cik Google)

then, rm50 ke atas dapat beg gong xi fa cai percuma! ros pun decide lah beli lagi apa yang patut utk dicukupkan..tu yg ros amik body gel, dari rm19 jadi rm10! siapa yg tak nak kan? :P heeeeeeeeeeeeeee :D 

lepas ni ingat nak beli barang kat elianto jelah..yelah, kalau body shop beli botol kecik aje dh rm29.90, punya budget dak ros sekarangggg..harus membajetkan diri..sebab kewangn tak berapa nak stabil utk dua 3 bulan ni..elaun dapat selepuk nanti baru boleeh berbangga..hahaha :P *memang bajet! :P

utk harga body mist ni, harganya rm21..ros ada terbaca yg harganya rm19, tapi itu mungkin waktu promosi, kalau ros beli dua rasanya okey jer..tapi takut nanti cepat tergoda dengan perfume lain pulak! ni lah perangai rosssss..yang benornya nak save peefume yang ada..perfume davidofff yang cik zam bagi pun masih ade lagi, dah lah tahun lepas wwaktu birthday ros dia hadiahkan ros perfume paco rabane, masih disimpan rapi dengan kotaknya, anak murid ros pun kasik perfume jugak, masih tak guna lagi..sayang nak guna, tak tahu lah kenapa...tu pun tahun lepas dapat gaji ros beli pefume wild lily dari body shop, bau dia memang menyengat! tapi nak kena hati-hati lah..sebab takut ustaz terbau..zina pula jadinya nanti..:) 

inilah antara kisah semalam, hihi, panjang kan? lepas dah beli belah, ros plan nak belanja adik ros makan, tapi dia tak nak, jadi kami pergi menonton wayang jelah, cerita terbaik! ! !Parker! lama gila taak tengok wayang dengan kawan-kawan, dak adik kat UIA, ai di USIM, tyra sekarang di Jordan...arghhhhh! sedih sebab semuanya jauh-jauh..so, ikut plan kami pergi tgok wayang jelah semalammmm...

masa ada lagi 15 minit utk masuk ke panggung, ros dan adik ros pergi ke Daiso terlebih dahulu.....beli lagi barang dekat sana...kali ni ros beli rak buku yang kecil serta pengahadang buku...nak bawak ke sekolah dan nak letak dekat atas mejakuuuuu! 

upsss, tak teringat langsung utk update pasal meja guru ros kan? esok insyaAllah..:) 


okey, setakat ini sahaja, buat kawan-kawan yang budget nak beli perfume mahal-mahal tu, try lah beli body mist dari elianto nih, memang sgt murah! tak tipu punyerrrr..;) 

selamat maju jaya utk hari-hari esokkkk..cemerlangggg! :)