Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Video Zizan Maharaja Lawak Mega Menangis.

Suka ngattt nak tengok Abe Zizang NANGIS! 
maghi lah tengok ramai-ramai..


ni part yang Zizan tiru Ustaz Azhar Idrus, mungkin dah dapat permission agaknyer abe mung ni..:P

jom tengok full part yang Zizan teriak..! :'(




apa-apa pun Zizang memang terbaik! :) peace! :)

*sejak bila jadi pengulas Maharaja Lawak Mega nih? hadoiii..maghrib dulu..

:)


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013, Selamat Berlabuh 2012


Alhamdulillah, banyak telah ku lalui disepanjang tahun 2012, banyak juga kenangan PAHIT dan MANIS yang aku tinggalkan..seperti semalam baru menjelmanya 2012, tapi hari ini 2012 telah pun melabuhkan tirainya..tertutup sudah pintu tahun 2012 dan bermulalah lembaran cerita baru di tahun 2013 bagi tahun Masihi ini..:) 

Januari 2012: Aku mula berjinak-jinak dengan bisnes online dan aktif semula berblogging setelah tamat Program Solehah Musim Pertama dari TV Al-Hijrah 2011.

Februari 2012: Mula mencari kerja yang tetap, walaupun ku sangat akui agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan ketika itu dan Alhamdulillah, rezeki Allah itu ada dimana-mana untuk pelajar jurusan agama..selagi ada Agama kita, selagi itu jugalah Allah akan bantu, aku mendapat DUA peluang pekerjaan dalam hari yang sama. Pertama dari Pasir Gudang, Johor dan yang kedua dari SARAN, Rawang. Maka, semua sedia maklum, aku berkhidmat di SARAN, Rawang dek kerana dekat dengan abang long ku.

Mac 2012: Aku sangat seronok menjalankan tugasan sebagai seorang Ustazah di Sekolah Menengah Agama SARAN, dan juga Sekolah Rendah Agama SARAN..Seronok menjadi guru kepada murid-murid yang sangat tinggi nilai akhlaknya..menjalani kehidupan sebagai seorang guru yang keluar seawal 6.45 pagi dan pulang jam 7 petang..Dua sesi yang membuatkan berat badan ku turun, tapi IMAN ku sentiasa bercharge di sana. Alhamdulillah, aku juga turut aktif dengan USRAH yang Mudirah Saran jalankan..:)

April 2012: Aku mula menjadi guru tuition untuk adik-adik comel seperti Aiman dan Harez..pergi dan balik semua dihantar dan dijemput..berjumpa dan berkenalan dengan orang yang sangat baik dalam hidup aku seperti makcik Ana dan pakcik membuatkan aku dekat dengan emak dan abah, sungguh aku touching untuk menceritakan semua ini! :'( Dalam masa yang sama, pelbagai cerita yang kurang baik yang terjadi pada diri aku, terlalu banyak benda yang pelik mula timbul. Hanya setelah kedatanganku di SARAN..pelik apabila ada sahaja gangguan-gangguan syaitan yang direjam..aku demam selama sebulan lebih, aku tiada daya untuk mengajar dan suaraku langsung tidak keluar..:'( dan pada ketika itu jualah makcik dan pakcik dan juga Aiman yang sudi membantu...Setelah itu, cuti sekolah tiba, aku pulang ke Kedah bersama emak dan abah untuk menjalani terapi. Emak dan Abah jugalah yang menasihati aku agar tukar / pindah dari Sekolah SARAN, kerana mereka juga risaukan aku..Terima kasih emak dan abah.

Mei 2012:  1 Mei - 11 Mei (kalau tak salah, not sure) aku menunaikan umrah bersama sahabat-sahabat solehah yang lain..hamdan lillah, masih terasa bekas-bekas umrah pada beg yang aku bawa pulang dan masih juga kekal barang-barang didalamnya..aku rindu ka'batullah! :'( Kenangan di HARAMAIN yang pastinya tidak akan aku lupakan..Umrah Maqbulah..aku bercita-cita tinggi untuk ke sana lagi.

Jun 2012: Selepas Cuti penggal yang pertama persekolahan, aku diterima bekerja di sebuah sekolah rendah agama JAIM di Melaka, syukur..tidak putus-putus rezeki ku kali ini..apatah lagi ditambah dengan perniagaan bisnes online yang semakin rancak! :) Alhamdulillah..:)

Julai 2012: Birthday! ye, hari lahir aku untuk tahun yang ke 26, pada tanggal 27 Julai 1986..terima kasih ya Allah atas pinjaman nyawa ini..

Ogos, September, Oktober, November 2012: Masa-masa yang aku lalui begitu pantas pergi, sehingga dalam tidak sedar aku sudah 5bulan setengah berkhidmat sebagai guru ganti di SRA (JAIM) Ujong Pasir..Terima Kasih kepada semua guru yang sangat baik membantu aku ketika / selama aku di sana..:) Seterusnya, langkah kaki ku untuk ke menara gading aku panjangkan dengan permohonan j-QAF bagi ambilan Januati Tahun 2013. Aku pohon pada September, melalui M-Test pada Oktober, dan Temuduga pada November dan akhirnya...bersambunggggg..

Disember  2012:  dan akhirnya, aku lulus dan doa ku termakbul bila aku dapat menyambung pelajaran dan kerjaya perguruan ini sehingga ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka di Durian Daun..dalam jurusan Bahasa Arab. 
Disaat-saat akhir 2012 melabuhkan tirainya, aku dan adikku mencari satu gadget yang menjadi pujaan ramai anak muda sekarang, iaitu Tablet PC..dalam tahu ini sahaja, sudah banyak yang aku beli menggunakan duit / hasil titik peluhku sndr..Semoga segala barang yang aku ada..BERKAT..! 

2013: Satu pencapaian ku kali ini adalah mengajar di SJKC Ayer Keroh! 2 Januari aku datang! :)

Selamat Datang 2013, Selamat Berlabuh 2012..Engkau tetap dalam kenangan! :)

Sunday, November 25, 2012

skim cepat kaya..siapa nak kaya meh join baca dulu! :)

bismillah..

untuk kesekian kalinya ros update entry hari ini buat kali yang ke-2 ke? atau ke-3 ni? Allahu Akbar, sampai dah lupa yang ke berapa utuk entry yang nih..haha..:P okey, perkataan KITA = MANUSIA betul ke? betul la kan, takkanlah rama-rama atau kupu-kupu pula yang sedang duk type entry ni..lain la kalau Yuyu Zulaikha si kupukupukecik..hehe..:) comel sahaja Yuyu....;)

baiklah, cut the crap! manusia selalu berkata, usaha tangga kejayaan..orang yang malas nak berusaha dan nak cepat kaya sudah semestinya memilih jalan pintas untuk kaya dengan cara tanpa berusaha..mustahil untuk mereka tidak mencapai kejayaan bukan? tapi lebih mustahil jika mereka yang mengejar kekayaan sementara itu sekarang berada di lokap-lokap atau mana-mana tahanan polis..hari ini untung 2 Juta, esok ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri atau men"SONGLAP" duit syarikat..! sudah banyak kes orang yang nak cepat kaya dengan Skim Cepat Kaya, dulu dikatakan skim-skim seperti ini boleh dipercayai..yang ini dahulu punya cerita..tapi sekarang, bila mana ramai manusia yang terbeliak biji mata tengok Skim Cepat Kaya ni, melaburkan wang tanpa mengenal pasti adakah skim ini atau syarikat yang menganjurkannya betul / sah atau pun tidak sah..maka leburlah wang mereka beersama impian mereka yang kita katakan kaya sementara..

actually, ros bukan nak wujudkan satu skim cepat kaya atau apa sahaja bisnes yang berkaitan dengan kalimah KAYA ini, akan tetapi apa yang ros nak kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman ros dengan orang sekeliling ros sendiri..ini adalah kisah benar berdasarkan cerita seseorang yang ingin menggunakan jalan pintas untuk kaya tanpa USAHA..usaha yang sedikit pasti hasilnya juga sedikit, usaha yang banyak pasti membuahkan hasil yang menggunung tingginya..:)

*cerita*

ada kaitan dengan yang hidup dan didoakan supaya beliau berubah ke jalan yang diredhainya..begitu juga untuk writer ni..hehe..:P

seorang pemuda yang berhijrah bersama isterinya ke kampung dan tinggal bersama ahli keluarganya sendiri..mereka hanya menetap di sebuah rumah sewa yang sangat tinggi kos bulanannya, rumah agak besar dan luas, memang sangat puas hati lebih-lebih lagi beliau tinggal bersama keluarga dan bertambahlah isi rumah tersebut semenjak kehadiran beliau sekeluarga..
ibu bapa beeliau sangat menyayangi beliau..sangat! tidak pernah jemu melayankan kerenah beliau yang boleh dikatakan seorang perajuk dengan adik beradik kandungnya sendiri..
sememangnya ketua keluarga memainkan peranan yang besar dalam keluarganya, akan tetapi beliau ini disifatkan sebagai kurang matang dalam keluarga..
kisahnya sebagai seorang yang bekerja sendiri semakin hari semakin tamak dek kerana pernah bergajikan keuntungan RM100-RM300 sehari..
bekerja sendiri seperti ini bukanlah selalu ada sahaja customernya, disebabkan TAMAK itu juga beliau mulai kedekut untuk mengeluarkan sebarang duit belanja bagi isi rumahnya..makan, minum, pakaian semuanya di TAJA..
kekayaan, hasil wang ringgit bukanlah datang begitu sahaja jika tidak disusuli dengan usaha yang gigih..inilah yang berlaku..mahukan kekayaan..sehingga diri tamak, sehari keluar bekerja dan keutungan pada hari yang berikutnya hanya RM 50, tidakkah beliau begitu bersyukur?
apa yang berlaku seterusnya..? tidak pula diceritakan..hanya dipendammm sahaja..

apa yang ros ingin katakan adalah, kita ambil sahaja cerita ini sebagai contoh..bukan tujuan untuk mengaibkan seseorang..tetapi ianya sekadar pengajaran..*kalau ros cakap ros reka jer cerita ni mesti korang takkan percaya kan? :P

tapi inilah contoh orang yang nak cepat kaya, tapi bila dah direzekikan kepadanya menjadi TAMAK HALOBA..bila dapatnya sedikit..berkira pula..nauzubillah..

apa yang pasti, untuk menjadikan anda semua kaya..kayakan HATI, semaikan BUDI, CAMBAHKAN IMAN DALAM DIRI...insyaAllah..pasti kekayaan milik kita semua..
usaha, doa dan tawakkallah padaNya..minta apa sahaja yang anda semua mahukan pasti akan dapat..dan banykkanlah membaca surah Al-Waqiah..teringat pesan tok guru sewaktu disekolah pondok dahulu..katanya dalam seloroh: siapa yang nak kaya? haaaaaaaaa, kalau nak cepat kaya banykkan baca surah Waqiah..esok dah kaya..:))

tersenyum mendengar ustaz yang berjenaka dalam taman ilmunya..senang untuk kita ingat, sematkan dalam dada..bahawa kaya itu sebenarnya sementara..tapi bila kita baca surah, bila kta ingat Allah, dan tidak kurang juga disusuli dengan usaha..kejayaan dan kekayaan akan jalan seiring mara dan maju bersama kita..:) 

YAKIN
dan
PASTI..

inilah dia resepi dan tips Skim Cepat Kaya..:)

Wednesday, November 21, 2012

ouh, saya terlupa! tahniah adik angah~

hye dan sselamat malam semua!
Assalamualaikum! ;) lupe lagi..tengokkkk! sangat-sangat terlupa..actually nak kasi tahu yg satu-satunya adik harapan sy, mak, abah, bangsa dan negara ni telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR utk tahun 2012 ni..hamdan lillah, semuanya kerja Allah..adik berjaya mendapat 4A 1B..itu pun emak dan abah dah tarik nafas lega..bukan apa, adik ros ni kuat main game dekat rumah..ni lah yang kita katakan dunia tanpa sempadan..no border at all..ecceh..bila dunia dihujung jari ni, alamatnya..muka mengadap laptop sepanjang hari..

ade nilai pro dan kontra bila seseorang itu pandai dan bijak menggunakan internet! ouhhhh..kenapa lah ros dulu tak sepandai adik ros sekrang? sebab dy lebih mantap dari kami semua..
dari sudut belajar la, sebabnya ros dan adk ros yg amiey tu hanya mendapat 1A dan 2A sahaj dalam UPSR..kami cemerlang dalam diniyyah..tapi adik seiring dan sejalan akademik dan agama..alhamdulillah..:)

apa yang ros harapkan, adik akan kekal macam sekarang sehingga dia berjaya mencapai cita-citanya!
*perlu diubah dari segi ------> kurangkan main game boleh? sekarang adik kena FOKUS!! 

tahniah adik angah! I am sooo proud of you adik! 
:)

Saturday, October 27, 2012

saya suka tanam bunga !


salamun alaikum semua..:')

Alhamdulillah sentiasa bersama diari maya kesayangan!
hari ni pagi-pagi dah keluar pergi pasar dengan emak..
tak sabar nak tahu ape yang ade kat pasar tu, sebab kebiasaannye ros pergi beli barang basah macam ikan, daging atau ayam hanya di esco...tapi kali ni rumah yang baru sahaja kami berpindah ni dekat dengan pasar, that why la mak ajak to accompany her..;)

jalan punya jalan nampak bunga ros..semalam pergi teco cari barang untuk berniaga nampak jugak bunga ros..tapi kaler koneng..jadi tak jadi lah nak beli..;) then hari ni memang tak nak halang hajat dihati..memag terus menerpa makcik yang jual bunga mawar tu..terus ros beli..murah sahaja..rm5 sahaja..kalau sesiapa yang berminat nak tanam bunga..yang berdekatan dengan melaka ni boleh lah cari kat pasar..kat Tesco pun ade..lebih cantik buna dy hidup..rm12 kalau tak salah..ke rm19..tak perasan plak! hehe..:P

Allahu Akbar, Subhanallah..sangat cantik kejadian tuhan..
ros beli dan tanam bunga tu..belum tanam punnnnn lagii..insyaAllah dalam petang ni kot.
ros suruh mak belikan pasu, nanti dah pindahkan ke pasu rros snap gambar banyak3 ye? :)

wahhhh! memang tak sabar...can't wait to see the rose grow..;)
insyaAllah...
semoga berjaya menanam bunga roros! ;) heeeeeeeeeeeeeeeee :D

Sunday, June 10, 2012

Aku Percaya Pada RezekiNYA..! ! !

cerita ini adalah kesinambungan dari entry asal yang ros tinggalkan tak berupdate..:) tergantung dientry lama..
sebenarnya dah bertahun lamanya ingin membongkarkan perihal diri..apa pun masa yang ada agak terhad , dan hanya Allah yang meengatur rentak rencana perjalanan seorang manusia..
rezeki tdak selalunya menyebelahi kita, ini adalah kisah benar yang ros lalui...paling menyedihkan apabila ada segelintir yang mungkin dalam keadaan yang TIDAK sengaja mahupun dia memang SENGAJA ingin mengguris HATI yang suci ini :')

ros percaya pada REZEKI yang Allah beri, asalkan kita punya usaha ke arah itu...
bermula kisah ini setelah ros menamatkan SPM pada tahun 2004, ros masih mentah untuk menghadapi dugaan dan cubaan dunia..baru nak bertatih dan melatih diri mencari secebis rezeki untuk keluarga..
sebelum tamat SPM lagi kami semua (sahabat-sahabat) sudah bersetuju untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..rezeki banyak menyebelahi kami semua..masing-masing telah menempatkan diri ke Universiti...tapi sebelum melangkahkan kaki ke menara gading, ros pernah bekerja di KILANG, ye...jadi minah KILANG..itulah punca rezeki ros dan adik..setelah usainya SPM kami..
Alhamdulillah, kami tidak pula lokek mebelanjakan wang gaji kami untuk dilaburkan membeli peralatan rumah dan kabinet dapur untuk emak..(anak mithali tak ros ni?) :)

sambung semula yang tadi, kawan-kawan ada yg dapat melanjutkan pelajaran di IPTA, tapi ros hanya dan cuma di IPTS sahaja..ros dapat UITM, kos bina ukur hape entah...tapi itu bukan lah kos yang ros minati dan cenderung..maka dengan itu, ros teah meemilih untuk menyambung pelajaran di KUIS..allah itu maha adil dan maha meengetahui, tidak ada rezeki ntuk smbung pelajaran di UIAM, mungkin ade hikmah disebliknya..

dan ros bersyukur keerana memang pilihan untuk memilih kos bahasa arab adalah pilihan yang TEPAT!
setelah 3tahun disana, dalam tempoh sebelum menyambung pengaajian di Universiti untuk peringkat ijazah, entah bagaimana rasa seperti tiada hati untk berpindah ke universiti lain..yang sebenarnya mahu menyambung pelajaran di UIAM juga  dalam bidang bahasa arab, kawan-kawan ross yg lain memang dah apply..tapi ros jugak yang masih belum apply..:'(  dan disebabkuan itu jugalah ros menyambung pengajian di KUIS, bumi yang penuh barakah..yang mana satu ketika dahulu selepas SPM, aku melangkahkan kaki ke sana dengan lafaz BISMLLAHIRRAHMANIRRAHIM, bismillahi tawakkaltu A'la Allah..dan setiap kali sujudku tidak lupa doa ini..aku ingin menjadi pelajar contoh di KUIS dan pelajar cemerlang ddalam bahasa arab..:') 

tidak terhenti ceitaku disitu, sewaktu habisnya diploma, aku dan kawan-kawan bercadang menyambung pelajaran ke timur tengah...rezeki tidak juga menyebelahi apabila adikku sendiri telefon menangis3 meminta aku tidak menyambung pengajianku disana kerana nnt dia tidak boleh smbung di luar negara..akhirnya aku pasrah pada takdir Allah, aku menerima sebaik-baiknya apa yg adikku ingini..

dalam keadaan itu aku akur dengan rezeki Allah yg datang...walaupun ketika itu aku melamar pekerjaan di JAIM, tapi tidak berjaya...aku hanya dapat bekerja sebagai cashier di Tesco, dan disaat jawatan untuk menjadi guru itu tiba untukku, aku dipanggil interview..apakan daya..ketika tarikh itu jugalah aku terpaksa hadir ke KUIS untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah..aku tidak sesekali sedih, malah aku sangat suka sekali..ini rezeki buat kau ros! sambung shj la!;')

tamat sudah pengajian disana, setelah selesai report tadrib maidani (praktikal), aku menerima tawaran untuk menjadi salah seorang Finalis SOLEHAH..alhamdulillah aku diterima..aku terlepas pandang akan JQAF tatkala rakan-rakan rancak mengapply jawatan di Kementerian Pelajaran Malaysia...
alih-alih, aku baca di wall sahabat-sahabat dengan meetakkan status tanda syukur mereka kerana dapat mengajar dan belajar dengan kerajaan..

aku juga tumpang gembira dan adakalanya sedih kerana aku tidak dapat untuk JOIN seperti mereka..:)
syabas sahabat..

dua tiga hari yang lalu, aku dikejtkan dengan komen yang agak mengguriskan..:') sedih sgt barangkali...tapi Aku Percaya Pada RezekiNYA! ! !
biarpun ada diantara sahabat yang kata-katanya mengguris jiwa, aku terima kerana rezeki seseorang bukan terletaak pada manusia..jika kau lebih tahu akan apa yang aku sedang lalui...pasti kau akan faham kawan! tapi kau tidak megetahui bahkan Allah itu MAHA TAHU SEGALANYA..:)

ada hikmah mengapa aku tidak bersama mereka, alhamdulillah..Allah menjemputku ke Baitullahil Haram...syukur tidak terhingga..barangkali inilah HADIAH yang paling besar dr Allah buatku..:') 

percaya pada janjinya...berdoa hanya kepadanya..
pasti semua tertanya-tanya apa yang aku lakukan sekarang bukan?
Ijazah Kelas Pertama ku tidak tertampal hanya pada DINDING wahai SAHABAT!
tapi ijazah ku masih didalam fail, dan rezeki Allah itu tidak tergantung pada sijil yang kau ada..
tapi pada kejujuran dan ketawadhukkan keikhlasan yang ada dalam dirimu..

inginku kongsikan, ijazahku cuma peneman di dunia yang tidak mungkin aku bawa ke akhirat..
aku ssekarang mengajar secara SAMBILAN di Jabatan Agama Islam Melaka, Sekolah Rendah (JAIM) Ujong Pasir dan sepenuhnya menguruskan bisnes online ku..:')

jangan sesekali kita alpa, doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat yg lainNya..kerana rezeki itu bukanlah dari manusia..bahkan dari Allah SWT..

*menitis airmata ini..untuk entry ini, ros benar3 maksudkan HAK pencipta yang MAHA PEMBERI AKAN REZEKI..bukan manusia..pls! ingatan ini juga buat diri..:')

Aku Percaya Pada RezekiNYA..! ! !

Monday, May 28, 2012

tak sangka kena cium tiba-tiba! :">

Abang: Ustazah, waktu ustazah tak ada..dia cakap dia rindu ustazah..
Adik: hehehehehe..(dalam keadaan pelat dia bercakap dan ros tak faham satu apa pun)
Abang: apa Hafiz cakap ni? =.="
Ros: yeke? takpe2, esok kita mengaji maccam biasa balik ye..!, jumpa esok..
Abang: Ustazah, tak nak datang malam tau..sebab nanti kena colek..
Ros: Colek??? (dengan mukee yang pelik)
Adik: lek3..(adeh, nape la ko ni pelat Hafiz ooooiiii!)
Ros: Owh...kena culik eh? ok, esok datang lepas Asar..kite dah tak buat malam lagi..:)

sebelum adik beradik ini pulang ke rumah, Hafiz mendekati dan mencium seluruh muka, pipi kanan, pipi kiri dan juga di dahi..
WHAT?! ! !
Speechless!
tak sangka kena cium tiba-tiba! :">
memang taak terkata apa..teerkejut dengan tindakan adik Hafiz sebab sebelum ni diaa tak pernaah meelakukan sedemikian..
jadi, Ros faham la..selama Ros mengajar di Rawang..memang mereka ni tak pergi mengaji langsung dekat mana-mana rumah orang lain..kecuali menanti kepulangan Ros agaknya..
yaang paling sedih bila Azrul selaku abg kepada Hafiz bertaanyakan soalan..Ustazah, dah balik eh? boleh ajarr mengaji lagi? :') sedihnyaaaaaaa...
wwalaupun dua beradik ini kurang dari segi bacaan dan ingatan..tapi insyaAllah dengan berkat kesungguhan Ros akan bantu mereka..
ya Allah, permudahkan urusan mereka..

sebelum balik dari sesi mengaji tadi..Ros bagi adik beradik tu makan kurma, coklat dan juga bagi minum air zam-zam yang ros bawak balik dari umrah pada 2minggu lepas..semoga sedikit sebanyak dapat membantu minda mereka..

Amin..Amin..Amin ya Rabb..:)

Friday, May 25, 2012

Masihkah berbisa perasaan MALU itu..?

teringat aku akan satu kata-kata ini, dan juga kurang pasti adakah ianya Hadith Nabi...Ajarilah anak kamu mengikut zaman mereka, dan bukan zamanmu..

berpandukan konsep seperti ini, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mengikut zaman anak-anak tersebut..jika satu ketika dahulu anak-anak mungkin sahaja diajar degan leeteran dan pukulan yang sudah membuatkan mereeka takut untuk membuat kesilapan..tapi jika amalan tersebut masih lagi berlangsung sehingga kini berkemungkinan anak reemaja sekarang sudah tidak takut lagi malahan ramai pula bertindak lebih dari memukul ibu bapa bahkan ada juga yang sanggup melihat sengketa itu berlangsung teerus dengan pertumpahan darah salah seorang dari kedua ibu bapa atau membunuh teruss kedua-duanya...

ini lah zaman dan realiti yang selalu sangat berlaku pada zaman sekarang..bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujannnnn dan berganti dengan sang mentari yang menyinarrrr memancar..

Masihkah berbisa perasaan MALU itu? seperti mana didikan yang berlangsung DAHULU nya dan KINI telah pun berubah sama sekali..adat ketimuran dan ke"MALU"an yang paastinya ada dahulu sudah tidak berbisa laagi dalam diri individu remaja sekarang..dimanakah silapnya...

ada satu kisah yang membawa kepada penulisan entry ini dimana berlakunya dialog diantara dua adik beradik perempuan ini..(kisah dicipta sendir..haha..)

A: Dik, g idai baju cepat..dah tengahari dah ni..nak jadi apa ni? (dalam keadaan didapur yang sedang memasak untuk hidangan tengahari)
B: Kejaplah..kau sibuk keenapa..kalo ko nak ko jela yang g idai baju tu..(sungguh tak malu!, nama je anak dara tapi bangun sampai ke pukul2-3 petang)
A: hurm, ape nak jadilahhhh! (getusnya si kakak, seolah-olah marah dengan tindakan adiknya yang peemalas itu)
B: (dengan sambil lewanya bangun, makan taanpaa memberuss gigi dan mengambil baju utk diidai)
A: dik, tolong ambikkan serai kat luar rumah tu..
B: ko amik la sendiri..orang tak pandai la nak amik serai..! (dengan suara yng disengajakan menjerit..memang tak tahu malu! ditambah pula hidup dah 27 tahun tapi masih tak pandai nak amik serai) memang agak B_BAL..) 
A: tak pela..(kakaknya menjawab dengan peenuh sabar di dada)

nampak tak situasi diatas? mesti semua faham ddah kan? dengan suara jerritan si adik tadi..dengan dia kate tak pandai nak amik serai..ya Allah..punye lah senang nak amik serai tu..
actually yang si adik tadi pemalas nak buat kerja dn tidak ada rase malu dalam diri..
inilah sifat remaja..jika memberontak dengan ibu bapa..kakak atau abg..inilah situasi yg memang biasa akan terjadi..ros yakin dan percaya..pasti anda juga pernah mengalaminya..

dan ini juga memang terjadi dihadapan mata ros sendiri bila terdengarkan perbualan antara rakan-rakan ros..
sebab tulah sekarang memang ibu bapa boleh mengajarkaan anak-anak merekaa mengikut zaman mereka tapi jangan sesekali melupakan adat keetimuran sebagai bangsa melayu dan juga adab islam yaang perlu diterapkan..nilai-nilai murni perlu ada dalam setiap perlakuan lebih-lebih lagi buat remaja perempuan islam..untuk menjadi muslimah sejati, benda penting yang perlu dijaga addalah AKHLAK..:)
moga kita menjaga akhlak dan adab kita...

satu Hadis Rasulullah SAW ada menyebut yg bermaksud: Adab itu melebihi Ilmu..jika ada ilmu sahaja tapi tidak beradab..ilmu shj tidak cukup..biarlah kedua-duanya seiring..ADAB dan ILMU..:)

untuk anda semua..
Masihkah berbisa perasaan Malu dalam diri anda?
ingatlah bahawa Malu itu sebahagian dari IMAN..

renung-renungkan..:)

nampak taak jalan cerita dekat atas

Wednesday, May 23, 2012

tiap-tiap hari makan KFC buatan sendiri..;)


Salam 2 Rejab..:)

semalam tak dapat nak buat puasa atas sebab-sebab tertentu..tapi tak pe, setiap perancangan oleh Allah itu CANTIK sekali..

dan begitu juga setiap rezeki yang diberikan olehnya..
happy sangat bile tengok mak dan abah ceria jek, lebih-lebih lagi kereta baru diorang parking dengan selamatnya di rumah..mak dan abah dh beli kereta baru, Citra, NAZA..hurm, murah rezeki semenjak beberapa bulan lepas..ade duit lebih abah ddecide beli kereta sebab tak tahu nak letak mane duit tu kan, jadi belilah kereta..(ok, ros tipu) abah sebenarnya ada perancangan nak bukak syarikat pengangkutan..hurm, dalam perancangan abah lah tu..ros sndri tak tahu...tapi abah ni punya wawasan kalah wawasan 2020:P haha:P

disebabkan kesibukan mak dan abah yang melampaui batasannn itu..(ayat ros yg sgt melampau sebenarnya) actually dh maklum sgt mak ngn abah mang busy since ros ade kat rumah..so, thats why la dyowang jarang sgt ade kat rumah..smpikan mak n abah zam nak dtg umah pown tak boleh..last-last terpaksa pakcik g labuannnn jumpa anak dy kat sane..hihi:D maaf
 cik, abah ngn mak ros sibuk sgt!;)

ok3, dah melalut ke laut teengah hindia british timur...ntah kee hape-hapee lagi yg bakal ros merepekkan nnt..inputnya kat sini nak cerita yang tiap-tiap hari ros kaat rumah ni kena masak KFC..ayam goreng Kentucky Fried Chicken..nak buat camne...dh nasib, adik ros yg sorang tu memang kuat makan ayam..(padahal memang ayam meenjadi menu utama dy)..
tiap-tiap harilah mngadap muke ayam dan ayam-ayam yang dh disiang tu semua dah boring ngadap muke ros agaknya..

mesti semua nak tahu macam mana ros buat ayam KFC tu kan?
baiklah, disini ros nak bagitahu korang camne ye..
mula-mula mestylh ade ayam kan..basuh bersih3, selawat ke atas nabi 3 kali..benda yg same dipesan oleh abah..huhu..kalo tiap kali dy tgok ros cuci ayam..dy akan cakap..jangan lupe selawat basuh ayam tu! ros pown mengangguk tanda UNDERSTAND..heee:D

lepas tu sediakan bawang besar 1 ulas ke ek? yang pasti 1 bawang besar lah!;P
bawang putih ade la dalam 3-5 ulas
then, buh halia ikut kadar suke korang la..agak-agakkan la ayam tu banyak mane ye..
serai 1 batang
cili padi ikut tahap kepedasan yang korang nak..kalo ros buh dalam 5 jek, sebab adik tak kuat makan pedas..kalo nak pedas buh la dalam 15 ke..haha..tu baru betul hot n spicy! kih3..:P
dah ready dengan sume bahan-bahan diatas?
masukkan kesemuanya ke dalam blender dan mesin ye..masuk la air sikit! kang tak gerak pulak blender korang kangggg!;)

ok, dh siappppp!
campurkan bahan yang dah ddikisar ke dalam ayam-ayam tadi..:)
then gaulkan keesemuanya..nak masukkan telur pown boleh, kalo tak masukkan pown tak pe..nape kena masuk telur? sebab kejap lagi sebelum goreng kan nak lumur ngan tepung..kalo ros, ros tak masuk telur pown..;) terus jek gaul ngan tepung dan goreng macam biasa...
pastikan minyak anda adalah minyak baru!;)

kalo minyak ikan yang dah hitam tu better buang jela.tak baik untuk kesihatan..:)
kolestrol tinggi jugak tu, selain tu baunya nnt kurang enak..:)
ok, setakat itu sahaja..
tiap-tiap hari pun korang leh makan ayam KFC buatan sendiri kan?


selamat mencuba ya!;)


Thursday, May 17, 2012

laptop hanya tinggal kenangan..:)

semalam hanyalah kenangan yang takkan dilupakan, eeccewwaahhh! sebenarnya, nak cerita kat sini laptop ros dah jadi korban..benda ni berlaku ketika ros tak de kat rumah..peristiwa yang berlaku tu biarlah ros je yang tahu..perasaan kat dalam ni memang sedih sangat-sangat..tapi tak pe, Allah tu maha mengetahui, maha adil dan saksama..bila hilang pasti ada gantinya..akhirnya laptop bertukar ganti keepada netbook..model: ideapadS110..ros beli guna duit sendiri..kalo ikutkan laptop lama tu mak yang belanja..tapi kali ni ros beli guna hasil titik peluh sendiri dan apa yang penting adalah..ros kena hargai ssetiap apa yang ros belanjakan melalui hasil titik peluh sendiri ni..bukan senang nak kuarkan duit sendiri..haha..bapak kedekut!:P

abah nak belikan laptop baru tuk ros, tapi tak pela, memandangkan waktu ros pergi umrah 2 minggu lepas pown abah yang bagi duit belanja, jadi ros decide kali ni ros nak guna duit sendiri..tak nak susahkan abahhh walaupun abah memang dh hulur RM200 untuk buat tambah-tambah beli netbook tu..

sayang sangat dengan lappy lame, ingatkan boleh bertahan bertahun-tahun..dah nasib kot kan? huhu :'( tak pela, yang patah tumbuh hilang berganti..tak nak sedih-sedih nau..sebab sekarang dah ade yang ini..


tadaaaaaaaaa..
jangan jeles okeyh..;)




Sunday, March 18, 2012

masa..

masa berlalu begitu pantas..dari pentas SOLEHAH dan kini aku mengejar cita-cita menjadi seorang pendidik..
semuanya hanya kerana masa dan aturan ALlah buat hambanya...paantas sekaali 3bulan didalam Solehah mengajarku akan erti persahabtan, kecekalan, erti hiduop suoaya menjadi lebih bersemangat dan berdisiplin dengan MASA..

segaalanya bukan sekaadar bermula disini..akan tetapi segalanya bermula dengaan masa yang mengajar kite supaya tahu ddan mempelajari sesuatu yang baru dengaan CEPAT, PANTAS dan bergerak seiring dengannya EFISYEN...:)

sekarang ni dah genap ddua bulan aku menjadi tenaga pengajar di Sekolah SARAN..:)
dan Alhamdulillah, Allah knows the best..sseperti mana dulu aku bermula dengan sekolah menengah swasta ketika belaajar dan begitu jugalah mengajar...

syukran ya Allah..mungkin selepas ini aku lebih mengerti akan ajaran Allah yang mungkin setiap dari kita tidak menyedarinya..sedikit demi sedikit nikmat dariNYA supaya hambanya tahu akan erti syukur..:)

wwalau dalam sakit..dan terus sabar dengan ujian ini..sakit ini mungkin hanya ujiaan sementaara untuk benda yang kekal selama-lamanya di Syurga nanti..
dari Allah kita datang dan kepadaNYA juga kita kembali..

QUL: Alhamdulillah ya Allahhh..

seminggu bercuti terasa seperti tiga hari sahaja dan hari-hari cuti dipenuhi dengan berubat..kita hanya merancang dan hanya Allah yang menentukan..
ssakit didalam hanya Allah yang tahu..
panas yang berlaarutan...(demam) batuk dan selsema yang Alhamdulillah dengan izinnya jua semakin berkurangan walau bersisa..:)

tarbiyah Allah buat hamba...

ada HIKMAHnya..:)

esok kembali bertugas...kerinduan terhadap anak-anak didik memang sangat mendalam..
ya Allah..kuaatkan aku..
demi MASA juga aku teruskan bertahan..
mengharapkan kesempurnaan ddalam meniti hidup yang akan datang..
ddan kesempurnaan yang ku cari juga bergaantung hanyalah dengan MASA..

moga engkau permudahkan segalanya ya Allah..

aku adalah hamba yang berjalan..
mencari keping-keping semangat..
supaya terus kuat..
dan ku pasrahkan segalanya hanya dengan ketentuanMU..

ada yang terbaik menanti di hadapan..
insyaallah..:)

semuanya kerana MASA..dan ALLAH yang MAHA PERANCANG segala..:)

Tuesday, March 6, 2012

terima kasih kak Ujie..~ :)

terbaik dalam memberi nasihat
ros ade sorang kawan blogger..yang sentiasa bagi semangat dan kata-kata nasihat buat ros..tak pernah putus kata-kata nasihat yang diberikan..rasa syukur kerana ada seorang insan seperti ini..
yang tak pernah ros kenali dan tak pernah berjumpa langsung..
ukhuwwah kami tercipta hanya dengan blogging..
alhamdulillah hingga kini ukhuwwah kami masih  berterusan..

busy
adatlah kan bila dah kerja..memang busy sesangat..tapi alhamdulillah diberikan kesempatan untuk update..hehe..;) quick update actually..
ayat ntah hape-hape...heeeeee:D
busy membuatkan ros tak sempat nak balas komen-komen yang kawan-kawan bagi..masih ade yang setia membaca nukilan ros di dada blog yang agak usang ini..seusang hati yang sedang sedih ini..eccewwah! ! !;P abaikannnnn~ 

mekasih kak ujie sebab setia bace luahan hati ros dan ape yang ros kongsikan..;)

ketakutan

baru sangat menerima message dari ustaz alfadhil Mohd Noor..segannyer ustaz jemput untuk slot Motivasi Remaja..haishhh..segan yang amat..cemane lah nak buekkan ni..kalo sebelum ni untuk adik-adik sekolah jek..ni untuk remaja..
insyaAllah..nak kena check jadual balik nih..
papepown mohon doa semua..:)

agar ketakutan ini hilang sedikit demi sedikit..:)

kelaut...

penulisan kita kali ni dh kelaut..hehe..
tujuan asalnya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada KAK UJIE..
teruskan bagi nasihat yang berguna ye kakak untuk adikmu yang serba dhoif ni..:)

sayang akak kerana Allah..:)

Wednesday, February 29, 2012

Antara Dua..:)

resah dan gelisah..
semalaman aku memikirkan yang terbaik buat diri..
sehinggakan demam yang menimpa tak lega-lega..
mungkin dek kerana terlalu penat bekerja..
aku berpegang pada satu kata..
LAHU AJRUN A'ZHIMMMMM..
(baginya ganjaran pahala yang besar atas setiap kebaikan yang dilakukan..)
insyaAllah..semoga semua yang ku lalui disini mengundang Redha Allah dan tidak sesekali MurkaNYA!
Nauzu billahi min Dzalik..

PILIHAN ANTARA DUA

kebiasaanya yang akan dilakukan oleh setiap orang dalam memilih sesuatu yang kurang pasti adalah Solat Istikharah..Istikharah yang bermaksud menuntut pilihan..
aku keliru sangat-sangat..
antara ingin meneruskan perjuangan mengajar di SMAS atau memilih untuk memohon mengajar di Sekolah Bina Insan yang bakal dilancarkan oleh pihak KUIS..

ya Allah..teringin rasanya dihati ini untuk menelefon sendiri pihak KUIS dan bertanyakan tentang hal sebenar ataupun bertanya details tentang SBI..
apakah diantara tujuan tertubuhnya SBI di KUIS?

Allah..Allah..
hanya padamu aku berserah dan bergantung harap..
terkadang diri ini terlalu banyak khilaf sehinggakan sedikit-sedikit meminta-minta kepadamu..
hina sungguh aku sebagai hambaNYA..

lumrah yang suka lalai, yang berduka cita sentiasa mengingatiNYA..
begitu juga aku yang perlu sentiasa MUHASABAH DIRI..
manakah diantara DUA ini yang perlu aku pilih..?

semestinya yang terbaik untuk semua pihak..

MAK DAN ABAH TAK TAHU..

ye..memang mak dan abah tak pernah tahu mana sahaja anak dia ni mohon..kecuali setelah dapat tawaran dan dengan sendiri tanpa berbincang aku menolak tawaran tersebut..
seperti yang berlaku pada dua minggu lepas..
aku mendapat panggilan dari Kolej Unifield, Melaka..
memang dekat dengan rumah..dalam negeri sendiri..
terus menolak jawatan tersebut kerana memikirkan akan nasib adik-adik di SMAS ini..

perjuangan menuntut aku lebih berbakti dalam memberi dan mencurahkan segala ilmuku disini..
insyaAllah..
aku YAKIN dan TAWAKKAL..
ada JALAN Allah yang TERBAIK buat semua..
Amin Ya Rabb!

DEMAM

pada Sabtu yang lepas, aku balik ke rumah abg yang terletak di Taman Tun Teja..
perjalanan hanya memakan masa selama 20minit..
alhamdulillah punya abg yang memahami..yang dapat membantu adiknya ke sana sini..
aku ntidak lokek dengan abg sendiri sebab dia yang banyak mebantuku disini..
begitu juga dengan kakak iparku Nisa..Alhamdulillah..Barakallahu Lakuma..
sentiasa mendoakan yang tebaik buat abg dan Nisa..

Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang memang tak ada mood untuk mengajar..
mengajar ni ada naik dan turunnya..
benar sekali kata-kata kak Hajr..dan sekarang aku sendiri merasainya pabila masuk ke kelas dalam keadaan badan yang kurang cergas dan panas terlampau..
sehingga hari ini masih lagi kurasakan benda yang sama..
inilah Kaffarah Dosa dari Allah..
barangkali ada dosa yang ingin diampunkan..
dan dosa yang ku lakukan amat banyak sekali sehingga tak terhingga banyaknya ya Allah..
ampuni dosa hambamu ini..

abg..terima kasih sebab sudi menemani adikmu ini pergi ke klinik..
terima kasih kerana menuruti kehendak adikmu ini untuk membeli cermin mata..
puas memusing satu Rawang untuk cari Kedai Optik..dan Alhaةdulillah ketemu jua..:)

sayang ko sgt! ;)

hari ni dah pakai cermin mata baru..semalam abg jugaklahhhh yang hantarkan..dengan hujan yang lebat lagi.:(
memang cian kat ko kan?

Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalasnya..AMIN..

ok, menanti untuk menjaga pepeeriksaan..paper sendiri..PSI..moga adik-adik Form 4 dapat jawab dengan baik..:)


Saturday, February 18, 2012

Bukit Fraser yang best...;)

alhamdulillah, waktu Maulid Nabi hari tu ros dan rakan-rakan guru ni semuanya ade program di Bukit Fraser...
tujuannya adalah untuk merapatkan lagi ukhuwwah dan secara santainya kami semua habiskan masauntuk memantapkan lagi rohani dalam diri sebelum menghadapi adik-adik yang bakal kami ajar..

bersyukur sangat, mungkin inilah yang terbaik buat diri dan bagi ros tahun 2012 ni merupakan satu pengalaman yang menarik untuk diri ini dan tak akan dilupakan sampai bila-bila..pengalaman yang pertama mengajar..walaupun penat tapi tak pe..ganjaran Allah tu yang lebih kita harapkan..moga Allah memberkati..insyaAllah..:)

Guru Rabbanieyyah merupakan tajuk utama yang kami perbincangkan sewaktu dalam ceramah yang disampaikan oleh udir Ustaz Muhyiddin dan juga isterinya yang juga merupakan Mudirah di SMAS..
walaupun sekejap cuma..ceramah yang disampaikan VERY CONTENTED..;)

alhamdulillah..syukur yang amat ya Allah...
seperti mengingatkan kembali kenangan ketika berada di dalam SOLEHAH..
rindu dengan semua sahabat yang ada dan kekuatan yang boleh membuatkan ros berada di hadapan umum ketika tazkirah pagi itu dan juga ketika sambutan Maulidur Rasul di sekolah SARAN adalah disebabkan sahabat-sahabat yang banyak memberikan dorongan dan dengan NIAT untuk berkongsi...

teringat Amie Sofea..juara Solehah..;)
kawan ros sendiri pernah berkata dan berpesan: "Ros, anggap kita ni nak berkongsi, insyaAllah mesti kita boleh bercakap dihadapan khalayak ramai..:)

dan alhamdulillah, inilah diantara perkara yang ros amalkan...sehinggakan rase takut berada dihadapan sedikit demi sedikit hilang...:)

siap boleh menyanyi lak tuh..
haishhhh!;)
rasa seronok pown ade jugak tau..!;)

waktu dekat Fraser Hill kjami habiskan masa dengan bersiar-siar..g The Paddock..ingat nak menunggang kuda..tapi ... dah lewat sangat waktu tu..dan akhirnya rakan-rakan yang lain cuma sempat memanah sahaja...;) 

tak dinafikan ros tak join sebab rasa mual sangat petang tu..dan ditambah pulak kepenatan yang teramat sangat..tapi percutian santai imliyyah di Fraser Hill sangat berbaloiiiii oOoOoO~ ;)

jom ros kongsikan gambar-gambar yang sempat ros tangkap ketika berada di sana..;)









main paddle bot..best kayuh3 ngan kaki..hehe..senaman kaki..;)



nak habaq kat korang semua....!
Bukit Frase yang best! MEMANG BEST lah~:P

Tuesday, February 14, 2012

ustazah merajuk dengan kamu!

pada mulanya dengan semangat nak jumpa anak-anak kesayangan..6 Ibnu Sina..memang sayang sangat ros dekat semua anak-anak ini..actually adik3 ros jek semuanya..sayang sebab semua baik-baik..
memang semangatlah kaki ni melangkah masuk..siap boleh tegur mudirah lagi tu yang dah amik masa ros untuk 5minit awal..hari ni ros mengajar Sirah untuk kelas 6 Ibnu Sina tu..tajuk tentang Jasa dan Sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq..
setelah habis menerangkan tentang kisah Abu Bakar As-Siddiq yang dipatuk ular kerana menutup satu lubang yang berada berdekatan dengan tempat nabi tidur..dan selain itu juga sehingga menitis airmata Abu Bakar sehingga terkena Nabi Muhammad..betapa beliau sanggup meneman nabi tidur di Gua Thur dan betapa beliau seorang yang tabah serta taat kepada Nabi Muhammad kerana sanggup menahan nabi dari dipatuk ular...Azhimmmmm Ya Rabb..inilah dia pengorbanan Saidina yang paling besar yang perlu kita kenang sehingga sekarang...

eccehh, panjang lebor lah pulak penerangannya..sekadar berkongsi..

kebiasaanya ros mesti bagi adik-adik aktiviti dalam kumpulan untuk dibentang..entah macam mana hari ni adik-adik ni tak nak dengar kata pulak, jadinya ustazah dia ni merajuk laaaaa! yang tak boleh tahan tu airmata ni menitis lak tu..huhu..agaknya dah penat sgt menjerit...

tak lama lepas ros kuar dari kelas diorang dengan berkata: ustazah tak nak mengajar kamu lagi..(kuar tersu dari kelas dan menuju ke bilik guru)

adalah dalam 5minit lepas tu..adik-adik ni ramai-ramai datang ke bilik guru...ade yang menangis..ade yang berkata: "Ustazahhhhh! ajarlah kami :'( "

alahai! sedih pulak ustazah dengar..actually, ros guru kelas untuk darjah 5, tapi ros tak tahu kenapa ros sayang sangat dengan adik-adik darjah 6 Ibnu Sina..sayang sangat-sangat..ros doakan adik-adik ni semua berjaya dalam PSRA dan UPSR..

rehat pun berlalu...

ustazah ros, kami mintak maaf...ni untuk ustazah..
(adik-adik bg surat cinta)

semua kata-kata yang lebih menyedihkan..KAMI MINTAK MAAF USTAZAH, USTAZAH AJARLAH KAMI, KAMI TAKKAN BUAT BISING LAGI, KAMI SAYANG USTAZAH..

ya Allah..tersentuh betul hati ni...sedih sangat3..hanya Allah je yang tahu macam mana ustazah sayangkan kamu semua adik-adik..lillahi ta'ala..moga kamu semua berjaya dunia dan akhirat..tidak ada lain ustazah nak kamu semua berjaya..amin ya Allah...:) 

maafkan ustazah juga...tak terniat untuk merajuk apatah lagi meninggalkan kamu semua adik-adik..

(menangis T_T)

Friday, February 3, 2012

rindu pada Solihin..

andaikan di kau membaca luahan hati ini dik..pasti di kau mengetahui betapa dalamnya rasa rindu pada seorang insan yang bergelar pelajar..
biarpun orang mengata kamu lembab..
tapi bagi ustazah..kamu bukan begitu..
ya Allah..kau lindubgilah adik Solihin ini..
moga dia akan meneruskan perjuangan menjelajahi ilmu Allah di muka bumi ini dengan penuh tabah dan sabar serta rajin..

kerana, ustzah kasihan melihatkan ummi mu yang sanggup menebalkan muka datang ke sekolah pada pagi tadi..sedih..ustazah yang menjadi sebak yang teramat sangat..
kerana terkenangkan kehidupan ustazah yang susah sewaktu di sekolah pndok dahulu..bahkan difitnah..sabar..ye..tetap sabar demi mendapatkan sekeping sijil PMR..

dulu..
itu dulu..
sekarang..pelajarnya kian berubah menjadi liar..
tapi dik..
kamu tak liar..
mungkin kamu hanya terpengaruh dengan keadaan sekelililng dan cuma ingin menunjukkan sikap memberontak..!

jadi, ajarilah anak dan didiklah sebaik-baiknya..jangan sesekali diherdik dan dijentik telinganya..
moga kamu dilindungi Allah sentiasa dari kejahatan manusia yang sesat lagi menyesatkan..Amin Ya Rabb..

Tuesday, January 31, 2012

preloved item hanya dengan harga RM15 (free postage)


Assalamualaikum wbt...seperti yang ros pernah janjikan...ros nak jual semua baju-baju ros..heeee:D murah sahaja..dengan harga RM15 dan yang pasti percuma satu shawl...yang memang ros tak guna sangat..bukanlah tak guna..guna cuma waktu study jarang sangat kuar g jenjalan..jadi tak terpakai pun ada shawl tu..dengan niat nak sedekah sama..jadi ros bagi percuma dengan setiap pembelian...;) hehe...;)

MY PRE♥D ITEM
cuma RM 15 sahaja
free postage ye!
percuma selendang!;)


PL 0112

PL 0212


PL 0312


PL 0412

PL 0512 (SOLD : K.NONI)

PL 0612 (SOLD : KAK NONI)

PL 0712 

PL 0812


PL 0912



 jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli baju-baju diatas boleh la contact ros di email ni ye:- wardahamra_86@yahoo.com..;) 


Nyatakan juga kod pilihan anda..;) ty!