Sunday, June 10, 2012

Aku Percaya Pada RezekiNYA..! ! !

cerita ini adalah kesinambungan dari entry asal yang ros tinggalkan tak berupdate..:) tergantung dientry lama..
sebenarnya dah bertahun lamanya ingin membongkarkan perihal diri..apa pun masa yang ada agak terhad , dan hanya Allah yang meengatur rentak rencana perjalanan seorang manusia..
rezeki tdak selalunya menyebelahi kita, ini adalah kisah benar yang ros lalui...paling menyedihkan apabila ada segelintir yang mungkin dalam keadaan yang TIDAK sengaja mahupun dia memang SENGAJA ingin mengguris HATI yang suci ini :')

ros percaya pada REZEKI yang Allah beri, asalkan kita punya usaha ke arah itu...
bermula kisah ini setelah ros menamatkan SPM pada tahun 2004, ros masih mentah untuk menghadapi dugaan dan cubaan dunia..baru nak bertatih dan melatih diri mencari secebis rezeki untuk keluarga..
sebelum tamat SPM lagi kami semua (sahabat-sahabat) sudah bersetuju untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..rezeki banyak menyebelahi kami semua..masing-masing telah menempatkan diri ke Universiti...tapi sebelum melangkahkan kaki ke menara gading, ros pernah bekerja di KILANG, ye...jadi minah KILANG..itulah punca rezeki ros dan adik..setelah usainya SPM kami..
Alhamdulillah, kami tidak pula lokek mebelanjakan wang gaji kami untuk dilaburkan membeli peralatan rumah dan kabinet dapur untuk emak..(anak mithali tak ros ni?) :)

sambung semula yang tadi, kawan-kawan ada yg dapat melanjutkan pelajaran di IPTA, tapi ros hanya dan cuma di IPTS sahaja..ros dapat UITM, kos bina ukur hape entah...tapi itu bukan lah kos yang ros minati dan cenderung..maka dengan itu, ros teah meemilih untuk menyambung pelajaran di KUIS..allah itu maha adil dan maha meengetahui, tidak ada rezeki ntuk smbung pelajaran di UIAM, mungkin ade hikmah disebliknya..

dan ros bersyukur keerana memang pilihan untuk memilih kos bahasa arab adalah pilihan yang TEPAT!
setelah 3tahun disana, dalam tempoh sebelum menyambung pengaajian di Universiti untuk peringkat ijazah, entah bagaimana rasa seperti tiada hati untk berpindah ke universiti lain..yang sebenarnya mahu menyambung pelajaran di UIAM juga  dalam bidang bahasa arab, kawan-kawan ross yg lain memang dah apply..tapi ros jugak yang masih belum apply..:'(  dan disebabkuan itu jugalah ros menyambung pengajian di KUIS, bumi yang penuh barakah..yang mana satu ketika dahulu selepas SPM, aku melangkahkan kaki ke sana dengan lafaz BISMLLAHIRRAHMANIRRAHIM, bismillahi tawakkaltu A'la Allah..dan setiap kali sujudku tidak lupa doa ini..aku ingin menjadi pelajar contoh di KUIS dan pelajar cemerlang ddalam bahasa arab..:') 

tidak terhenti ceitaku disitu, sewaktu habisnya diploma, aku dan kawan-kawan bercadang menyambung pelajaran ke timur tengah...rezeki tidak juga menyebelahi apabila adikku sendiri telefon menangis3 meminta aku tidak menyambung pengajianku disana kerana nnt dia tidak boleh smbung di luar negara..akhirnya aku pasrah pada takdir Allah, aku menerima sebaik-baiknya apa yg adikku ingini..

dalam keadaan itu aku akur dengan rezeki Allah yg datang...walaupun ketika itu aku melamar pekerjaan di JAIM, tapi tidak berjaya...aku hanya dapat bekerja sebagai cashier di Tesco, dan disaat jawatan untuk menjadi guru itu tiba untukku, aku dipanggil interview..apakan daya..ketika tarikh itu jugalah aku terpaksa hadir ke KUIS untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah..aku tidak sesekali sedih, malah aku sangat suka sekali..ini rezeki buat kau ros! sambung shj la!;')

tamat sudah pengajian disana, setelah selesai report tadrib maidani (praktikal), aku menerima tawaran untuk menjadi salah seorang Finalis SOLEHAH..alhamdulillah aku diterima..aku terlepas pandang akan JQAF tatkala rakan-rakan rancak mengapply jawatan di Kementerian Pelajaran Malaysia...
alih-alih, aku baca di wall sahabat-sahabat dengan meetakkan status tanda syukur mereka kerana dapat mengajar dan belajar dengan kerajaan..

aku juga tumpang gembira dan adakalanya sedih kerana aku tidak dapat untuk JOIN seperti mereka..:)
syabas sahabat..

dua tiga hari yang lalu, aku dikejtkan dengan komen yang agak mengguriskan..:') sedih sgt barangkali...tapi Aku Percaya Pada RezekiNYA! ! !
biarpun ada diantara sahabat yang kata-katanya mengguris jiwa, aku terima kerana rezeki seseorang bukan terletaak pada manusia..jika kau lebih tahu akan apa yang aku sedang lalui...pasti kau akan faham kawan! tapi kau tidak megetahui bahkan Allah itu MAHA TAHU SEGALANYA..:)

ada hikmah mengapa aku tidak bersama mereka, alhamdulillah..Allah menjemputku ke Baitullahil Haram...syukur tidak terhingga..barangkali inilah HADIAH yang paling besar dr Allah buatku..:') 

percaya pada janjinya...berdoa hanya kepadanya..
pasti semua tertanya-tanya apa yang aku lakukan sekarang bukan?
Ijazah Kelas Pertama ku tidak tertampal hanya pada DINDING wahai SAHABAT!
tapi ijazah ku masih didalam fail, dan rezeki Allah itu tidak tergantung pada sijil yang kau ada..
tapi pada kejujuran dan ketawadhukkan keikhlasan yang ada dalam dirimu..

inginku kongsikan, ijazahku cuma peneman di dunia yang tidak mungkin aku bawa ke akhirat..
aku ssekarang mengajar secara SAMBILAN di Jabatan Agama Islam Melaka, Sekolah Rendah (JAIM) Ujong Pasir dan sepenuhnya menguruskan bisnes online ku..:')

jangan sesekali kita alpa, doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat yg lainNya..kerana rezeki itu bukanlah dari manusia..bahkan dari Allah SWT..

*menitis airmata ini..untuk entry ini, ros benar3 maksudkan HAK pencipta yang MAHA PEMBERI AKAN REZEKI..bukan manusia..pls! ingatan ini juga buat diri..:')

Aku Percaya Pada RezekiNYA..! ! !

2 comments:

  1. k.rOs... sedih sy baca.. cam nak nanges.. sapa la yg x de hati perut tu eh.. fikir la sama.. ngaji tinggi3 tapi x pandai adab.. hishh.. x suke ar.. x pe kak.. rezki ada d mana2.. cuma lambat sket je smpai dkt akak.. insyaAllah satu ari nanti ada jugak.. akak kena banyak bersabar.. ikhlaskan diri yer.. sy tau agak berat tapi mungkin Dia nak bg masa akak bersama keluarga dulu.. mcm sy, x sempat nak dok dekat kluarga, kena antar jauh.. mana tau satu ari nanti Dia akan kembalikan sy dekat dengan keluarga.. macam tu la.. sentiasa husnu dzon.. anggap semua Dia dah aturkan sebaik mungkin.. cuma belum masanya.. InsyaAllah sy akan tetap berdoa.. sy akan membantu selagi terdaya ^_^ namo cedey3~ <3

    ReplyDelete
  2. Blogger: ~mAwAr m3rAh b3rDUri~ - Post a Comment
    sac longchamp

    ReplyDelete

Terima Kasih!