Sunday, November 25, 2012
skim cepat kaya..siapa nak kaya meh join baca dulu! :)
bismillah..
untuk kesekian kalinya ros update entry hari ini buat kali yang ke-2 ke? atau ke-3 ni? Allahu Akbar, sampai dah lupa yang ke berapa utuk entry yang nih..haha..:P okey, perkataan KITA = MANUSIA betul ke? betul la kan, takkanlah rama-rama atau kupu-kupu pula yang sedang duk type entry ni..lain la kalau Yuyu Zulaikha si kupukupukecik..hehe..:) comel sahaja Yuyu....;)
baiklah, cut the crap! manusia selalu berkata, usaha tangga kejayaan..orang yang malas nak berusaha dan nak cepat kaya sudah semestinya memilih jalan pintas untuk kaya dengan cara tanpa berusaha..mustahil untuk mereka tidak mencapai kejayaan bukan? tapi lebih mustahil jika mereka yang mengejar kekayaan sementara itu sekarang berada di lokap-lokap atau mana-mana tahanan polis..hari ini untung 2 Juta, esok ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri atau men"SONGLAP" duit syarikat..! sudah banyak kes orang yang nak cepat kaya dengan Skim Cepat Kaya, dulu dikatakan skim-skim seperti ini boleh dipercayai..yang ini dahulu punya cerita..tapi sekarang, bila mana ramai manusia yang terbeliak biji mata tengok Skim Cepat Kaya ni, melaburkan wang tanpa mengenal pasti adakah skim ini atau syarikat yang menganjurkannya betul / sah atau pun tidak sah..maka leburlah wang mereka beersama impian mereka yang kita katakan kaya sementara..
actually, ros bukan nak wujudkan satu skim cepat kaya atau apa sahaja bisnes yang berkaitan dengan kalimah KAYA ini, akan tetapi apa yang ros nak kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman ros dengan orang sekeliling ros sendiri..ini adalah kisah benar berdasarkan cerita seseorang yang ingin menggunakan jalan pintas untuk kaya tanpa USAHA..usaha yang sedikit pasti hasilnya juga sedikit, usaha yang banyak pasti membuahkan hasil yang menggunung tingginya..:)
*cerita*
ada kaitan dengan yang hidup dan didoakan supaya beliau berubah ke jalan yang diredhainya..begitu juga untuk writer ni..hehe..:P
seorang pemuda yang berhijrah bersama isterinya ke kampung dan tinggal bersama ahli keluarganya sendiri..mereka hanya menetap di sebuah rumah sewa yang sangat tinggi kos bulanannya, rumah agak besar dan luas, memang sangat puas hati lebih-lebih lagi beliau tinggal bersama keluarga dan bertambahlah isi rumah tersebut semenjak kehadiran beliau sekeluarga..
ibu bapa beeliau sangat menyayangi beliau..sangat! tidak pernah jemu melayankan kerenah beliau yang boleh dikatakan seorang perajuk dengan adik beradik kandungnya sendiri..
sememangnya ketua keluarga memainkan peranan yang besar dalam keluarganya, akan tetapi beliau ini disifatkan sebagai kurang matang dalam keluarga..
kisahnya sebagai seorang yang bekerja sendiri semakin hari semakin tamak dek kerana pernah bergajikan keuntungan RM100-RM300 sehari..
bekerja sendiri seperti ini bukanlah selalu ada sahaja customernya, disebabkan TAMAK itu juga beliau mulai kedekut untuk mengeluarkan sebarang duit belanja bagi isi rumahnya..makan, minum, pakaian semuanya di TAJA..
kekayaan, hasil wang ringgit bukanlah datang begitu sahaja jika tidak disusuli dengan usaha yang gigih..inilah yang berlaku..mahukan kekayaan..sehingga diri tamak, sehari keluar bekerja dan keutungan pada hari yang berikutnya hanya RM 50, tidakkah beliau begitu bersyukur?
apa yang berlaku seterusnya..? tidak pula diceritakan..hanya dipendammm sahaja..
apa yang ros ingin katakan adalah, kita ambil sahaja cerita ini sebagai contoh..bukan tujuan untuk mengaibkan seseorang..tetapi ianya sekadar pengajaran..*kalau ros cakap ros reka jer cerita ni mesti korang takkan percaya kan? :P
tapi inilah contoh orang yang nak cepat kaya, tapi bila dah direzekikan kepadanya menjadi TAMAK HALOBA..bila dapatnya sedikit..berkira pula..nauzubillah..
apa yang pasti, untuk menjadikan anda semua kaya..kayakan HATI, semaikan BUDI, CAMBAHKAN IMAN DALAM DIRI...insyaAllah..pasti kekayaan milik kita semua..
usaha, doa dan tawakkallah padaNya..minta apa sahaja yang anda semua mahukan pasti akan dapat..dan banykkanlah membaca surah Al-Waqiah..teringat pesan tok guru sewaktu disekolah pondok dahulu..katanya dalam seloroh: siapa yang nak kaya? haaaaaaaaa, kalau nak cepat kaya banykkan baca surah Waqiah..esok dah kaya..:))
tersenyum mendengar ustaz yang berjenaka dalam taman ilmunya..senang untuk kita ingat, sematkan dalam dada..bahawa kaya itu sebenarnya sementara..tapi bila kita baca surah, bila kta ingat Allah, dan tidak kurang juga disusuli dengan usaha..kejayaan dan kekayaan akan jalan seiring mara dan maju bersama kita..:)
YAKIN
dan
PASTI..
inilah dia resepi dan tips Skim Cepat Kaya..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!