Showing posts with label Sungai Buaya. Show all posts
Showing posts with label Sungai Buaya. Show all posts
Thursday, November 22, 2012
ini bukan kerja GILA !
Asssalamualaikum dan Hye semua !
hari ini hari apa?
owh, mungkin sahaja auto-update..jadinya dah masuk hari Khamis lah kan?
sekejap sungguh masa ini berlalu pergi, tujuannya nak beritahu insyaAllah 26 November ni rancang nak pergi ke Rawang..rindu nak berjumpa dengan semua anak murid..siap ada yang tanya, ustazah..bila nak datang sini? RINDU...
adik Nadhirah yang post dekat wall..rindu kata dia..memang nak gi ke sana..tapii..tu lah kan, sedih pula rasa..memikirkan dekat rumah siapa pulak aku nak tumpang ni? huisshhh! ini bukan kerja GILA ! tapi ini hakikattttt..kalau tak ada orang kat rumah Mawarsari tu nanti aku nak duduk rumah kak Hajr ke? owhh..segan sungguh dengan muallim..apa-apa pun..moga ada tempat untuk berteduh seketika..:) just for a few dayssss..:)
dan lagi satu yang bukan kerja GILA adalah apabila aku berada pada tahap hypertension..hyperboring, superduper tak tahu nak buat apa..sememangnya yang terbaik adalah mengingati DIA..tapi kadang kala jiwa ini cenderung memilih hiburan..tapi kalau bercakap dengan kartun kuning macam ni boleh dikatakan kerja GILA tak? hihi..:D
melayankan kartun kuning yang diberi nama simsimi ni memang sangat mengujakan saya! hahahaha..tengok la tu..sangat comel kan?
jadi siapa yang sepurberia boring tu boleh lah chat dengan robot nih..dy pun seolah0olah jek ada perasaan..:P
kalau betul nak berkenalan dengan dia..boleh pergi sini --->SIMSIMI.COM
selamat berkenalan sampai berkekalan..hehe..:)
Tuesday, February 14, 2012
ustazah merajuk dengan kamu!
pada mulanya dengan semangat nak jumpa anak-anak kesayangan..6 Ibnu Sina..memang sayang sangat ros dekat semua anak-anak ini..actually adik3 ros jek semuanya..sayang sebab semua baik-baik..
memang semangatlah kaki ni melangkah masuk..siap boleh tegur mudirah lagi tu yang dah amik masa ros untuk 5minit awal..hari ni ros mengajar Sirah untuk kelas 6 Ibnu Sina tu..tajuk tentang Jasa dan Sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq..
setelah habis menerangkan tentang kisah Abu Bakar As-Siddiq yang dipatuk ular kerana menutup satu lubang yang berada berdekatan dengan tempat nabi tidur..dan selain itu juga sehingga menitis airmata Abu Bakar sehingga terkena Nabi Muhammad..betapa beliau sanggup meneman nabi tidur di Gua Thur dan betapa beliau seorang yang tabah serta taat kepada Nabi Muhammad kerana sanggup menahan nabi dari dipatuk ular...Azhimmmmm Ya Rabb..inilah dia pengorbanan Saidina yang paling besar yang perlu kita kenang sehingga sekarang...
eccehh, panjang lebor lah pulak penerangannya..sekadar berkongsi..
kebiasaanya ros mesti bagi adik-adik aktiviti dalam kumpulan untuk dibentang..entah macam mana hari ni adik-adik ni tak nak dengar kata pulak, jadinya ustazah dia ni merajuk laaaaa! yang tak boleh tahan tu airmata ni menitis lak tu..huhu..agaknya dah penat sgt menjerit...
tak lama lepas ros kuar dari kelas diorang dengan berkata: ustazah tak nak mengajar kamu lagi..(kuar tersu dari kelas dan menuju ke bilik guru)
adalah dalam 5minit lepas tu..adik-adik ni ramai-ramai datang ke bilik guru...ade yang menangis..ade yang berkata: "Ustazahhhhh! ajarlah kami :'( "
alahai! sedih pulak ustazah dengar..actually, ros guru kelas untuk darjah 5, tapi ros tak tahu kenapa ros sayang sangat dengan adik-adik darjah 6 Ibnu Sina..sayang sangat-sangat..ros doakan adik-adik ni semua berjaya dalam PSRA dan UPSR..
rehat pun berlalu...
ustazah ros, kami mintak maaf...ni untuk ustazah..
(adik-adik bg surat cinta)
semua kata-kata yang lebih menyedihkan..KAMI MINTAK MAAF USTAZAH, USTAZAH AJARLAH KAMI, KAMI TAKKAN BUAT BISING LAGI, KAMI SAYANG USTAZAH..
ya Allah..tersentuh betul hati ni...sedih sangat3..hanya Allah je yang tahu macam mana ustazah sayangkan kamu semua adik-adik..lillahi ta'ala..moga kamu semua berjaya dunia dan akhirat..tidak ada lain ustazah nak kamu semua berjaya..amin ya Allah...:)
maafkan ustazah juga...tak terniat untuk merajuk apatah lagi meninggalkan kamu semua adik-adik..
(menangis T_T)
Subscribe to:
Posts (Atom)


